saya tak tahu nak letak tajuk apa. saya harap anda semua sudi membaca. Setiap kenangan yang tercipta sama ada manis atau pahit akan kita bawa sehingga mati. Namun penderaan yang menyakitkan adalah rindu yang tak bertepi. tiada sahutan ketika diseru..
**************************************************************************************************************************************************************
KejoraAdinda merenung hujan di luar. Bersabar menghadapi kesesakan lalu lintas dijalan raya Kuala Lumpur memang adalah perkara biasa bagi warga kota. Bukanlahsesuatu yang asing. Boleh mereput dalam kereta kalau macam ni.
Tiba-tiba lagu Thousand Year nyanyianAdele berkumandang. Bergegas dia menjawap panggilan dari seseorang yangistimewa dihatinya. Hanya insan ini peneman hidupnya. Jantung hati.
“Mama.......” jerit suara di corongtelefon.
“Assalamualaikumsayang..” sapa Kejora Adinda tersenyum. Mengenangkan keletah si pemanggil.Pasti kecoh rumah. Apa pula kali ni.
“Mama...bilanak balik ni. Abang ni dah dah lapar sangat dah ni..sikit lagi nak pengsansebab kurang zat”omel si empunya suara.
KejoraAdinda tergelak. Sudah terbayang si empunya suara. Kejora Adinda menggelengkankepala. Badan yang montel, jari-jari yang gemok selalu menjadi mangsa gigitnya.Pipi yang tembam yang selalu dicubit, makanan dan dia ibarat kawan baik takboleh berpisah. Itu yang dikatakan kurang zat. Aduh..anak..anak.. banyak sangatolahnya.
“Kejaplagi mama sampailah sayang. Kakak mana?”
Terdengarsuara si dara. “Mama.. abang tu tipu. Kurang zat apanya macam terlebih zat sajakakak tengok..”komen si dara.
Tersenyumlagi. Penyeri hidupnya. “Tak apalah jangan bergaduh. Tok Mak mana sayang?”
“Adani..Kejap Kakak panggil” terdengar suara kecil itu memanggil Tok Mak.
“Assalamulaikum...Mak..” Sapa Kejora Adinda.
“Waalaikummussalam.Dekat mana dah Kejora..?” sapa Puan Chempaka. Risau kerana pada waktu inibiasanya Kejora Adinda sudah tiba dirumah. Ini sudah menjangkau pukul 7.30malam masih belum tiba.
“Sayasangkut dekat DUKE Mak. Tak tahu lahkenapa. Mak dangan Bak makanlah dulu. Tak perlu tunggu saya, tak tahu pukulberapa saya sampai.”
“Kamidah makan dah. Tak apalah. Drive carefully.” Pesan Puan Chempaka.
“OkeyMak. Mak Abang Tuah dengan Kak tak balik lagi ke?” tanya Kejora Adinda.Selalunya masa ni Abang dan kakak iparnya sudah berada dirumah.
“Belumsampai lagi macam kamu jugak tersangkut..”
“takapalah.. karang kita sambung balik Mak.” “errmm..pandu baik-baik.” Pesan Puan Chempa
KejoraAdinda mematikan talian. Dia menumpukan semula pemanduannya semula. Dia memanduSubaru XV membelah kesibukkan kota.Ingin pulang kepangkuan keluarga.
Kejoramengeluh sendiri. Tadi dia tiba di rumah waktu hampir Isyak. Bergegasmenyelesaikan tanggungjawab yang ada dia terus duduk memerap didalam bilik.Ingin menyudahkan kerja yang dia bawa balik. Esok ada mesyuarat dan laporan iniharus dia sudahkan. Bekerja sebagai seorang senior akauntan yang bertauliahmembuatkan dia agak sibuk. Seluruh tumpuannya hanya pada kerja dan keluarganyasahaja.
Bingkaigambar disebelah meja menarik perhatiannya dicapai. Waktu itu dia sedangtersenyum gembira. Selepas ditunangkan. Syed Mohd AlFateh tersenyum disebelah.Hari bahagia mereka hanya menanti untuk disatukan sahaja lagi dalam tempohsetahun. Bakal berkahwin diwaktu usia baru meniti 23 tahun dan AlFateh barusia 30tahun. Baru habis belajar namun kini usianya hampir mencecah usia 30 tahun dandia masih sendiri selepas kehilangan tunang tersayang akibat kemalangan jalan raya.Semuanya berlaku dengan pantas.
Iconvideo di lap top di tekan. Terpangpang video AlFateh.
“HaiAdinda.. Kanda dedecate lagu ni just only for you...I love you... This I PromiseYou”
Tak lamaitu kedengaran petikan gitar dan suara AlFateh menyanyi. Air mata Kejora Adindaberderai lagi. Betapa berat dugaan ini. Tak terlangkah kaki dan hati yang rapuhberkecai sudah.
Abang..Adinda rindu. Kanda. AlFateh selalu mengusiknyadengan nama itu. Hatinya rapuh. Akhirnya dia yang tersungkur. Mengutip sisa-sisa kenangan. Rindu yang tak bertepi. Rindu yang tak terucap.
|