CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1463|Reply: 9

Artikel IKIM : Perihal Pembangunan Wanita

[Copy link]
Post time 28-4-2017 05:27 AM | Show all posts |Read mode
Pembangunan Wanita dan TN50


  • Hajah Siti Fatimah binti Abdul Rahman

  • April 27, 2017
    [size=1em]

  • http://www.ikim.gov.my/index.php/2017/04/27/pembangunan-wanita-dan-tn50/
Pada tahun 2050, jika diizinkan Allah, penulis akan berusia 81 tahun.  Anak gadis penulis pula akan berusia 49 tahun.  Jika dia bertemu jodoh pada usia muda dan mendapat anak pada usia 25 tahun, cucu penulis akan berusia 24 tahun. Seandainya cucu penulis juga berkahwin awal dan terus mendapat anak, cicit penulis mungkin berusia setahun.  Seandainya cucu dan cicit penulis juga adalah perempuan, bagaimanakah agaknya kehidupan kami – empat generasi ini sebagai wanita-wanita di Malaysia – 33 tahun yang akan datang?
Untuk sampai ke tahun 2050 itu, Malaysia akan dipandu oleh Transformasi Nasional 2050 (TN50) – satu gagasan pembinaan negara untuk 30 tahun yang akan datang.  Walaupun TN50 masih sedang dibangunkan untuk mendapat input dari segenap lapisan masyarakat, namun ciri-ciri Malaysia yang diidamkan itu adalah sebuah Malaysia yang maju.  Ini kerana Dasar Transformasi Nasional bertujuan mentransformasi Malaysia menjadi sebuah negara maju, High Income Advanced Economy.
Agak sukar untuk membayangkan apa yang akan berlaku 30 tahun dari sekarang.  Untuk memikirkan tentang diri sendiri pun sukar, apatah lagi untuk memikirkan isu negara seperti “pembangunan wanita”.  Bagaimanakah kehidupan wanita di sebuah negara maju hasil dari pembangunan wanita yang bersungguh-sungguh?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2017 05:35 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 28-4-2017 05:37 AM

Pada 24 Oktober 2016, theguardian.com melaporkan bahawa Iceland adalah negara terbaik untuk wanita.  Ini kerana dasar pembangunan wanitanya berjaya meletakkan wanita Iceland di kedudukan tertinggi dalam petunjuk-petunjuk global pembangunan wanita.


Dari segi jurang gaji gender, pendapatan wanita Iceland 14 peratus kurang dari lelakinya (berbanding UK, 17.4%).  84 peratus wanita Iceland berada dalam pasaran buruh (berbanding UK, 72.1%).  44 peratus komposisi lembaga pengarah di Iceland adalah wanita (berbanding UK, 26%).  41.3 peratus kerusi parlimen Iceland diisi oleh wanita (berbanding UK, 29.4%).  Akhirnya, 24 peratus wanita yang berusia 25-64 tahun di Iceland, memiliki Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf (berbanding UK, 23.1%).



>>> tapi penulis mungkin mahu mengkaji akan cabaran wanita bekerjaya di UK dan kos sara hidup di UK;  dalam sektor sektor yg sepatutnya ' menyokong' kerjaya wanita yg juga bergelar ibu ni ? sebab childcare cost sangat tinggi - tengok rate nursery ( satu hari berapa  dan ini ikut lokasi ...kalau SW 7  or what not  1-3 hari boleh capai £ 300++!!!)  dan plus kos sara hidup dan plus insentif cuti bersalain dan jaga anak lagi   pada ibu  yang  sedang menjaga bayi...memang cabaran dan kebanyakan majikan tak nak ambil pekerja wanita yg ada kelulusan tinggi di UK atas sebab sebab ini .
Dan ini boleh jadi pros and cons jugak - ada dalam kalangan mereka suka je menjadi part timer dan bagi mereka yg berPhD  reratanya ingin bekerja semula selepas menjaga anak setelah anak kecil menggapai usia 4 tahun ...so ini tough competition...i cant see possible unless wanita itu seorang consultant  yg ada kelulusan profesional dan akademik dan ini say alihat  very very tough. sebab tu lady consultants  in medicine - stroke ke, any ke tak banyak ...ade pun ldy neurosurgeon cuma 1?-2 orang je...
sebab terlalu terlalu intense or compatitive ...kita dengar career pathway depa pun geleng je kepala...tapi dari segi personality , confidence etc yeah they are nice, humble and down to earth / grounded. enjoy their work ...

but tulah   tu ....tough ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 05:36 AM | Show all posts
baik depa ajar perempuan cara mudah utk menuntut nafkah drpd suami tarak guna   
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 05:36 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 05:39 AM | Show all posts
Ramai yang melihat statistik ini dengan sinis.  Ini kerana petunjuk-petunjuk ini dilihat sebagai kayu ukur Barat semata-mata dan bukan kayu ukur Islam.  Malah, ramai yang mengaitkan statistik ini dengan perkara negatif lain, khususnya institusi keluarga yang terjejas.  Benarkah begitu? Mari kita intai sedikit kehidupan wanita-wanita di Iceland, berdasarkan dasar-dasar mesra wanita/ keluarga yang digunapakai di sana.

Pertama, undang-undang mengenai cuti bergaji untuk ibu dan bapa selepas kelahiran anak.  Selepas bersalin, wanita di Iceland boleh mengambil cuti ini selama tiga bulan.  Bila beliau masuk kerja, suaminya pula yang mengambil cuti tersebut selama tiga bulan.  Sesudah itu, suami-isteri ini boleh berkongsi dan bergilir-gilir mengambil cuti bergaji ini untuk menjaga anak mereka untuk tiga bulan lagi.  Ini bermaksud, di Iceland, seorang bayi yang baru lahir akan dijaga oleh ibu atau bapanya di rumah untuk 9 bulan pertama kehidupannya.

Kedua, subsidi upah penjagaan harian anak-anak.  Selepas 9 bulan, bila kedua-dua ibu dan bapa perlu bekerja, anak-anak akan dihantar kepada pengasuh.  Para ibu bapa diberikan subsidi untuk membayar upah pengasuh ini sehingga anak itu berusia 3 tahun.

Ketiga, penjagaan anak-anak selepas waktu sekolah khas bagi kanak-kanak yang berusia 6 – 9 tahun.  Ia beroperasi di setiap sekolah rendah dari jam 2 petang hingga 5.15 petang dan kosnya ditanggung oleh ibu bapa.


Iceland may be ....but in the UK aiyoo...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 05:41 AM | Show all posts
Bagaimana pula keadaan sebuah keluarga “sandwich” – keluarga yang suami dan isterinya bekerja tetapi “terkepit” antara tanggungjawab membesarkan anak-anak dan menjaga ibu dan/atau bapa yang tua dan uzur di Iceland?  Apakah bantuan yang ada?

Untuk warga tuanya, Iceland menyediakan: (a) perkhidmatan mengemas rumah dan penghantaran makanan ke rumah warga tua yang dibiayai oleh pihak berkuasa tempatan; (b) perkhidmatan rawatan di rumah yang disediakan secara percuma oleh pusat kesihatan komuniti; (c) pusat jagaan harian yang menjaga warga tua yang tinggal dengan keluarga ketika anaknya bekerja; (d) servis apartmen dengan perkhidmatan khusus termasuk merawat wargatua (biasanya milik swasta); (e) rumah jagaan dan perawatan warga tua; dan, (f) hospital geriatrik.

Ternyata bahawa Iceland – dalam membangunkan wanitanya – bukan sahaja membuka ruang dan peluang itu semaksimum mungkin, tetapi ia juga menyediakan sistem sokongan yang sewajarnya bagi memastikan penglibatan wanita di luar rumah itu tidak menjejaskan kualiti hidup mereka dan keluarga mereka.

Sekiranya senario di Iceland ini menggambarkan kehidupan wanita di negara maju, apakah penulis, anak, cucu dan cicit penulis – yang perempuan semuanya itu – akan menikmati apa yang dinikmati oleh wanita-wanita Iceland ini di Malaysia pada tahun 2050 nanti?

>>> di  UK pun ade cer tengok hopsice care , respite relief  . care  untuk golongan tertentu ...
tapi kos ...ini jug acabaran
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-4-2017 05:48 AM | Show all posts
Ataukah Malaysia hanya akan mengejar statistik itu (kerana ia satu keperluan global) tanpa menyediakan sistem sokongan sosial yang sewajarnya?  Atau mungkin Malaysia hanya akan menetapkan peratusan yang sedikit rendah dari Barat kerana percaya bahawa hanya itulah peratusan yang wajar dalam konteks sosio-budaya kita? Atau Malaysia sama sekali tidak mahu mengejar statistik itu kerana ia bukan kayu ukur Islam?

Apakah kayu ukur Islam dalam pembangunan wanita?  Tidakkah perjuangan memberi pendidikan kepada wanita sehingga ke universiti sesuatu yang dituntut oleh Islam?  Bila wanita-wanita ini telah berjaya mendapat segulung ijazah, tidakkah perjuangan untuk membolehkan mereka memasuki pasaran kerja dan menyumbang semula kepada masyarakat satu perjuangan yang Islamik?  Bila wanita-wanita ini memasuki pasaran kerja, tidakkah perjuangan untuk memberi gaji yang sama untuk pekerjaan yang sama antara lelaki dan wanita merupakan satu keadilan yang dituntut oleh Islam? Sekiranya ada dalam kalangan wanita-wanita ini yang berkebolehan untuk menjadi pemimpin, bukankah melantik mereka sebagai ahli lembaga pengarah dan wakil rakyat juga sesuatu yang Islamik?  Siapa kata kayu ukur global ini tidak Islamik?

Pada pandangan penulis, dalam menuju tahun 2050 ini, dalam hal pembangunan wanita, isunya bukan lagi apakah Islam membenarkan wanita untuk terlibat di luar rumah ataupun tidak.  Isu ini telah lama kita selesaikan.  Isu yang perlu kita selesaikan dalam masa 30 tahun ini ialah seramai manakah wanita yang kita mahu terlibat di luar rumah dan sejauhmanakah kita mahu mereka pergi.  Lagi ramai wanita yang mahu kita libatkan, dan semakin jauh kita mahu mereka pergi, maka semakin banyaklah prasarana yang perlu kita sediakan.

Usaha membangunkan wanita tidak cukup dengan penyediaan ruang dan peluang semata-mata.  Ia perlu dilengkapi dengan penyediaan sistem sokongan sosial bagi memudahkan wanita melaksanakan kedua-dua tanggungjawab mereka di dalam dan di luar rumah.  Sekiranya penyediaan ruang dan peluang ini disokong dengan prasarana yang wajar, natijah akhirnya bukan sahaja dinikmati oleh kaum wanita dan ahli keluarga mereka khususnya, tetapi juga negara itu  secara keseluruhannya.






>>>hmm ...pening kepala EPU nak pikiaq semua ni sedangkan GDP kit apun ...ade berapa  ?


i sokong tang aspek kemudahaan sokongan
>>> i think pada hemat peribadi , selesaikan dulu prasarana sokongan - taska  yg berkualiti tinggi yg kondusif dan tak ada lagi kes bayi meninggal sebab susu tersedak, kena dera oleh pekerja yg bermoral dan pengetahuan  rendah (DALAM KALANGAN wanita jugak tu ) , kos yg sewajarnya
ini dulu - wanita ni yg ada anak anak ni okay je nak keje atau keluar duit if and only if keperluan anak dan kualiti jagaan anak tu tinggi dalam sektor sokongan tapi yg dok dengar meninggal sini sana , dera situ sini  well...???
>>tang bab day care centre , respite relief , or hospice care ni - di UK dah wujud sesedar saya around 1997 lagi pun  - tapi NHS tanggung but now NHS pun sudah agak no fuluss....
so when we are talking about this matter - ini bukan semudah  atas kertas ...




>> i generally agreed on pra sarana sokongan tu ...








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2017 05:59 AM | Show all posts
so perihak pembangunan wanita ni bukanlah kalau dilihat , satu isu yg mudah actually...ia kompleks sebab di negara maju pun depa struggle to meet these challenges so apatah lagi negara membangun...

nevertheless.... kita alhamdulillah bersyukur dalam hal ini sebab diberikan peluang, dan platform untuk bergerak






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2017 05:59 AM | Show all posts
tahniah wanita nusa tenggara....
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2017 06:51 AM | Show all posts
Lobai_Shalom replied at 27-4-2017 09:36 PM
macam mana negara majoriti atheis nie bermoral dan adil tanpa tohan?

kenapa ban post aku?  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.046289 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list