NAIROBI: Kecurangan seorang wanita, yang dipercayai sudah berkahwin terbongkar selepas dia dan kekasih gelapnya ‘melekat’ semasa melakukan hubungan seks dalam kejadian di sebuah hotel, yang tidak didedahkan lokasinya.
Lebih memalukan, pasangan kekasih itu telah diarak di kawasan terbuka dan di depan khalayak ramai dalam perjalanan untuk mendapatkan bantuan perubatan. Menurut laporan Mail Online, dalam kejadian yang berlaku di sebuah hotel, dipercayai dipanggil Explor-Inn di Kenya, pasangan terbabit tidak dapat ‘dipisahkan’ ketika melakukan hubungan seks, mengakibatkan kedua-dua pasangan terpaksa mendapatkan bantuan.
Akibat kesakitan kerana ‘melekat’ wanita terbabit menjerit meminta tolong, sebelum didengari kakitangan hotel berkenaan yang bergegas ke bilik pasangan tersebut.
Kakitangan hotel kemudiannya terpaksa membawa mereka menggunakan kawasan terbuka bagi membolehkan pasangan berkenaan dihantar untuk bantuan perubatan.
Ketika pasangan itu diusung keluar melalui jalan, orang ramai yang berada di kawasan berkenaan mengerumuni dan merakam kejadian tersebut.
Berdasarkan rakaman sebuah video, pasangan terbabit dilihat masih ‘melekat’ ketika diusung menggunakan pengusung beroda.
Wanita, dipercayai berstatus isteri kelihatan menutup wajahnya menggunakan cadar, manakala teman lelakinya hanya melihat sekeliling.
Media Kenya membuat spekulasi bahawa suami wanita terbabit telah menggunakan sejenis cecair yang direka khas bagi menangkap isterinya yang curang. Walau bagaimanapun, identiti kedua-dua mangsa dan nasib menimpa pasangan itu tidak diketahui.
Insiden memalukan sebegini bukan pertama kali berlaku di Kenya, di mana sebelum ini seorang wanita juga dipercayai sudah berkahwin turut menimpa nasib sama apabila ‘melekat’ dengan teman lelakinya ketika mengadakan hubungan seks.
Suami wanita tersebut didakwa meminta bantuan seorang bomoh untuk mengenakan sihir terhadap isterinya bagi membongkar rahsia kecurangan wanita itu.
|