KESERONOKAN seorang wanita bermain salah satu permainan berbentuk tunggangan di sebuah pesta ria atau fun fair di Costa Rica bertukar tragedi memalukan selepas seluar yang dipakainya terlondeh sehingga menampakkan bahagian punggung. Menurut laporan Tribun-Video.Com hari ini, wanita malang itu dikatakan bermain permainan tersebut, yang digelar sebagai La Tagada bersama teman lelakinya dan pengunjung lain, di mana mereka yang menaiki permainan berkenaan akan digoncang atau dilambung dalam keadaan yang laju. Berdasarkan video tersebut, wanita yang tidak didedahkan identiti itu kelihatan berpegang kuat pada pemegang besi dibelakangnya, namun permainan itu yang berpusing dan bergoncang dengan kuat menyebabkan dia mula hilang keseimbangan. Menyedari kedudukan wanita itu semakin tidak stabil dan seluarnya mula terlondeh, seorang lelaki dipercayai teman lelakinya membantu dengan memegang wanita itu menggunakan kakinya bagi mengelakkan dia dari jatuh. Beberapa saat kemudiaan, wanita itu terjatuh dari kedudukannya di kerusi, namun tangannya masih lagi berpaut pada besi. Bagaimanapun, tanpa disedari, seluarnya sedikit demi sedikit mula terlondeh, dan lebih malang wanita berkenaan tidak memakai seluar dalam. Seorang lelaki yang duduk disebelah wanita itu terus membantu dengan melindungi bahagian sulit wanita itu daripada perhatian umum. Malangnya, tindakan lelaki berbaju hitam itu yang cuba menyelamatkan teman wanitanya yang dalam keadaan separuh bogel dengan mengepit bahagian punggung wanita itu menggunakan kakinya tidak berjaya apabila gadis itu secara tiba-tiba tercampak kebahagian tengah permainan tersebut. Wanita tersebut cuba menarik seluar dan menutup bahagian punggungnya, namun permainan itu yang masih bergerak telah menyukar dia untuk membetulkan seluarnya. Kedengaran suara pengunjung yang melihat insiden berkenaan menjerit dengan kuat. Video tersebut dipercayai dirakam oleh pengunjung yang hadir ke fun fair itu. Bagaimanapun, semakan di internet, kejadian tersebut berlaku pada penghujung Disember 2015, namun video tersebut disiar semula oleh portal Tribun-Video.Com, hari ini
|