CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1914|Reply: 5

Consert 'SIDES' AFGAN di Johor Bahru pada 8 April 2017

[Copy link]
Post time 10-3-2017 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Edited by isabel at 13-3-2017 12:47 PM


Idola pop dan juga penyanyi serta penulis lagu sensasi, Afgansyah Reza atau AFGAN bakal menaklukJohor!

Dianjurkan oleh IME Malaysia, AFGAN akan menbawa konsert SIDES Malaysia Tour 2017 ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johorpada hari Sabtu, 8 April jam 7.30 malam.

Peminat penyanyi ini boleh dianggap bertuah kerana konsert ini disifatkan sebagai konsert AFGAN berskala paling besar, bukan saja di Johor tetapi juga di serantau selatan.

Dibawakan khas atas pemintaan peminat setia yang menggelarkan mereka sebagai Afganisme, konsert itujuga adalah sebagai tanda sokongan terhadap kemunculan album SIDES, yang juga album solo keempatnya.

Kemunculan album itu juga membuatkan jadual penyanyi ini cukup padat kerana mendapat undangan persembahan di seantero dunia. Dalam kesibukannya itu, akhirnya dapat juga AFGAN mengadakan konsert di Johor seperti yang diharapkan.

Pada malam itu nanti, penonton dapat menyaksikan kemunculan rapper yang banyak memenangi anugerah iaitu SonaOne sebagai penyanyi undangan. SonaOne turut terbabit dalam album SIDES apabila mereka berpadu suara menerusi lagu X dan Rollercoaster. Itu adalah gandingan pertama AFGAN bersama artis Malaysia. Bukan saja menyampaikan lagu duet tetapi SonaOne juga bakal menghangatkan konsert itu dengan lagupopularnya.

Nama AFGAN mula meledak dalam industri muzik sekitar 2008 menerusi lagu popular, Terima Kasih Cinta. Selepas itu peminatnya semakin bertambah sehingga ke peringkat serantau iaitu Brunei, Singapura dan Malaysia. AFGAN telah memenangi 44 anugerah di Indonesia dan antarabangsa sepanjang kerjayanya. Beliau juga pernah dicalonkan dalam Anugerah Industri Muzik (AIM), majlis anugerah muzik persis Grammy.

Sebagai artis serbaboleh, AFGAN turut terjun dalam dunia lakonan serta mencuba nasib dalam bidang pengarahan. Bakatnya dikktiraf apabila dia ditawarkan untuk duduk di kerusi panel juri menerusi program X Factor Indonesia.


Tiket dijual pada harga RM485 (VVIP), RM385 (VIP) dan RM285 (CAT1). Semua kategori tiket adalah tempat duduk bernombor. Harga termasuk 6% GST kecuali yuran pemprosesan yang dikenakan pada harga RM4. Tiket boleh didapati menerusi onlineiaitu www.ticketcharge.com.my atau talian hotline +603-92228811. Peminat AFGAN juga boleh dapat membeli tiket di kedai terpilih iaitu Speedy video, Victoria Music, RockCorner, Chambers Music, PJ Live Arts, kaunter maklumat di The Mines shopping mall atau 1 Shamelin, Eden Ultimate (Kuantan) dan juga Blonde Brunette(Penang). Tiket akan mula dijual pada 27 Feb 2017 mulai jam 11 pagi.


Tawaran eksklusifpeluang bergambar bersama AFGAN untuk 600 pemenang serta 50 pass sesi ramahmesra akan diberikan kepada pemegang tiket VVIP iaitu RM485. Peminat yang membeli tiket berharga RM385 (VIP) berpeluang untuk memenangi hadiah posteryang ditandatangani AFGAN. Bagaimanapun ia adalah terhad kepada 350 orangsahaja.

Untuk maklumat terkini bolehlah mengikuti akaun media social IME Asia Facebook, @IME_Asia(Instagram),  @IMEProduction(Twitter) atau @IMEProductions untuk WeChat.

Press Release disediakan oleh : IME Production

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2017 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
O M G !!!!! nakkk pegiiii
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2017 05:25 PM | Show all posts
Nak gak tp nak tggu kot ada contest radio ke.. tp afgan ni cam sombong sket laa
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 12:16 PM | Show all posts
As salam, saya ada 2 tiket VIP dan ingin menjual tiket  dengan dengan separuh harga. Boleh wasap saya 0125695276. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 08:14 PM | Show all posts
boleh tahan mahal tiket
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2017 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
he's so good looking
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 05:45 AM GMT+8 , Processed in 0.039517 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list