CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2940|Reply: 11

Kepentingan Mempelajari Al Quran

[Copy link]
Post time 7-3-2017 07:08 AM | Show all posts |Read mode
IRSYAD AL-HADITH



IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-163: KEPENTINGAN MEMPELAJARI AL-QURAN
Ditulis oleh Muhammad Mushfique Bin Ahmad Ayoup @ AyubDiterbitkan: 20 Februari 2017
sumber pautan asal :http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1428-irsyad-al-hadith-siri-ke-163-kepentingan-mempelajari-al-quran




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2017 07:10 AM | Show all posts
Soalan:

Apakah terdapat hadith berkaitan kepentingan mempelajari al-Quran?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 07:11 AM | Show all posts
Jawapan :


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.



Berkaitan soalan di atas, terdapat banyak ayat al-Quran mahupun hadith Nabawiyyah yang menceritakan berkaitan kelebihan al-Quran dan juga kelebihan mempelajari al-Quran. Di sini, kami akan nyatakan sebahagian daripadanya, antaranya adalah:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 07:12 AM | Show all posts



  • Firman Allah SWT:


إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ


Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfaqkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian”. [Fathir:29]




  • Firman Allah SWT lagi:


وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِن مُّدَّكِرٍ


Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami telah memudahkan al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?”. [al-Qamar:17]

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 07:13 AM | Show all posts
  • Firman Allah SWT:

وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا



Maksudnya: “Dan bacalah Al-Quran dengan tartil (perlahan-lahan)”. [al-Muzzammil:4]


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 07:17 AM | Show all posts
Di dalam ketiga ayat di atas, kesemuanya menunjukkan bahawa Allah SWT suka kepada hamba-Nya yang sentiasa membaca dan melazimi al-Quran. Di samping itu juga, Allah SWT telah menjadikan al-Quran mudah untuk dihafal dan dipelajarinya.



  • Daripada Abu Umamah RA, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ



Maksudnya: “Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat sebagai syafaat kepada para pembacanya”. [Riwayat Muslim (804)]




  • Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللهِ، يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ، وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ، إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ، وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ



Maksudnya: “Dan tidaklah satu kaum itu berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid) sambil membaca al-Quran dan mempelajarinya sesama mereka melainkan turunnya ketenangan kepada mereka, diliputi oleh rahmat Allah serta malaikat mengerumuninya dan Allah menjadikan makhluk-makhluk yang berada di sisi-Nya menyebut-nyebut mereka. Dan barangsiapa yang amalnya perlahan, maka nasabnya tidak dapat mengangkat darjatnya itu”. [Riwayat Muslim (2699)]




  • Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ



Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. [Riwayat al-Tirmizi (2835)]




  • Daripada Abdullah bin ‘Amr RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:


يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ، وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَؤُهَا



Maksudnya: “Dikatakan kepada pembaca al-Quran: Bacalah dan naiklah, bacalah sebagaimana kamu membacanya di dunia. Sesungguhnya tempat kamu(di Syurga) adalah pada ayat terakhir yang kamu bacakannya”. [Riwayat Abu Daud (1464)]






  • Daripada Abi Musa RA, bahawa Nabi SAW bersabda:



مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِي يَقْرَأُ القُرْآنَ كَالأُتْرُجَّةِ، طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَرِيحُهَا طَيِّبٌ، وَمَثَلُ الَّذِي لاَ يَقْرَأُ كَالتَّمْرَةِ طَعْمُهَا طَيِّبٌ وَلاَ رِيحَ لَهَا



Maksudnya: “Perumpamaan orang mukmin yang membaca al-Quran seperti buah Utrujah (limau sitrus), rasanya enak dan baunya wangi. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca al-Quran seperti buah Kurma, rasanya enak tetapi tidak berbau”. [Riwayat al-Bukhari (7560) dan Muslim (797)]

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-3-2017 07:18 AM | Show all posts
Cara Mempelajari al-Quran

Al-Quran perlu dipelajari dengan cara berguru ataupun bertalqqi. Ini berdasarkan peristiwa di mana Nabi SAW diajar oleh Jibril AS secara bertalaqqi. Di samping itu, Nabi SAW akan belajar al-Quran dengan Jibril AS setiap tahun sekali melainkan pada tahun kewafatan Baginda SAW iaitu sebanyak dua kali sebagaimana di dalam hadith yang sahih:



Daripada Fatimah RA berkata, bahawa Nabi SAW telah berbisik kepadaku:


أَنَّ جِبْرِيلَ كَانَ يُعَارِضُنِي بِالقُرْآنِ كُلَّ سَنَةٍ، وَإِنَّهُ عَارَضَنِي العَامَ مَرَّتَيْنِ، وَلاَ أُرَاهُ إِلَّا حَضَرَ أَجَلِي

Maksudnya: “Jibril membacakan al-Quran kepadaku setiap tahun sekali dan sesungguhnya Jibril membacakan al-Quran kepadaku pada tahun ini sebanyak dua kali. Aku tidak melihatnya melainkan isyarat bahawa ajalku telah datang”. [Riwayat al-Bukhari (3353)]



Daripada hadith ini, jelaslah bahawa al-Quran perlu dipelajari melalui cara bertalaqqi atau berguru. Ini juga merupakan sunnah para salaf yang diamalkan oleh para sahabat apabila mereka mengambil atau mempelajari terus daripada Nabi SAW. Setelah itu, Nabi SAW mengutuskan para sahabat ke beberapa buah tempat untuk mengajarkan al-Quran kepada orang lain. Ini juga yang diamalkan oleh generasi selepas daripada sahabat seperti tabi’in, tabi’ tabi’in dan selepas daripada mereka.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 07:19 AM | Show all posts
Hukum Mengambil Upah Dalam Mengajar al-Quran

Imam al-Nawawi ada membahaskan berkaitan pendapat ulama’ pada hukum mengambil upah daripada mengajar al-Quran terbahagi kepada beberapa bahagian:  [Lihat: al-Tibyan, 66-67]



Ulama’ yang mencegah seperti al-Zuhri dan Abu Hanifah.
Ulama’ yang mengharuskan mengajar al-Quran tanpa meletakkan syarat seperti Hasan al-Basri, al-Sya’bi dan Ibn Sirin.
Ulama’ yang membolehkan dengan syarat pemberi upah dan penerimanya perlu bersetuju dengan pembayaran upah tersebut. Antara mereka ialah Atho’, Imam Malik dan al-Syafie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-3-2017 07:19 AM | Show all posts
Pendapat Syeikh Ali al-Shobuni

Beliau berkata, aku berpendapat bahawa pandangan fiqh yang halus (teliti) ini mengangkat tahap ilmu ke tahap ibadah. Maka pandangan semacam ini perlu diperhatikan. Namun ilmu syariah hampir saja tidak memperoleh perhatian sekalipun fatwa ulama’ muta’akhirin tentang bolehnya mengambil upah mengajar. Apalagi kalau kita mengambil pandangan ulama’ mutaqaddimin yang melarang mengambil gaji dan upah (mengajar)?. Dengan begitu maka tidak akan ada lagi orang yang mengajar dan orang yang belajar. [Lihat: Tafsir Rawa’i al-Bayan, 152/1]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 07:20 AM | Show all posts
Pendapat Dipilih

Setelah melihat beberapa pendapat di atas, kami memilih untuk mengatakan bahawa dibolehkan mengambil upah daripada mengajar al-Quran. Ini kerana, bagi menampung kos-kos pengajian seperti usaha, pengangkutan dan masa yang ditanggung oleh guru tersebut. Berkaitan isu yang menular berkaitan belajar al-Quran di dalam Jet Persendirian dengan harga yang tinggi. Pertamanya, kami nasihatkan agar disiasat (tabayyun) terlebih dahulu sebelum menyebarkannya kepada orang lain kerana dikhuatiri ia adalah fitnah yang direka oleh golongan yang mempunyai kepentingan tertentu atau niat yang tidak baik. Tetapi jika khabar ini benar maka kami nasihatkan agar tidak menjadikan al-Quran atau mengambil upah yang tinggi sebagai usul atau tujuan utama perniagaan dan menjadikan penyewaan jet sebagai ikutan (tabi’) daripada tujuan asal. Ini kerana, ia akan menimbulkan fitnah terhadap agama dan juga orang yang mengajarkan agama itu sendiri. Walaubagaimanapun, jika tujuan asal adalah penyewaan jet tetapi disertakan (pakej) pengajian al-Quran secara percuma di dalamnya maka ini dibolehkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-3-2017 07:21 AM | Show all posts
Penutup

Kami menutup perbincangan ini dengan nasihat Imam al-Nawawi di dalam al-Tibyan bahawa kita perlu berwaspada apabila menjadikan al-Quran sebagai satu-satunya punca pendapatan dalam mencari rezeki. Kesimpulannya, kita dituntut untuk sentiasa mempelajari dan mengajarkannya bagi sesiapa yang mampu. Ini kerana, Nabi SAW menyifatkan golongan ini sebagi sebaik-baik manusia. Sebagaimana di dalam hadith:



Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:


خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ

Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)]



Akhirnya, semoga Allah SWT menjadikan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang mencintai dan melazimi dalam membaca al-Quran serta beramal dengan apa yang terdapat di dalam kitab-Nya. Amin.



Wallahua’lam
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2017 11:35 AM | Show all posts
kalau kite rse sedih bila dengar bacaan alquran or zikir dsb..maksudnye ape?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:01 PM GMT+8 , Processed in 0.189361 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list