CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4535|Reply: 9

Masihkah Ada Bahagia (U)

[Copy link]
Post time 20-2-2017 01:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ziti23 at 20-2-2017 02:01 AM

Senyuman manis terukir di bibir milik Ariana Balkis.Fikirannya sudah menerawang jauh ke hari bersejarah buat dia dan Amir Danial. Enambulan yang lalu, mereka sudah selamat diijabkabulkan di atas permintaan orangtua mereka yang bersahabat baik. Namun, mereka menerimanya dengan hati yangterbuka dan percaya dengan cinta selepas nikah itu lebih manis. Perempuan itutersenyum lagi.

“Haaaa! Kenapa senyum  seorang-seorang ni?” sergah Amir daribelakang. Dia baru sahaja selesai membasuh kereta di halaman rumah.

“Eh abang..terkejut kita tau..” balas Ariana manja. Sengajadilentokkan kepalanya di bahu suaminya itu.

“Sayang teringat masa kita nikah haritu abang..taksangka dah enam bulan waktu berlalu..sekejap je rasa” balas Ariana lagi.

Amir tersenyum mendengar kata-kata isterinya.

“Tak sangka kan sayang..tepat pilihan orang tuakita..abang rasa macam duduk dalam syurga lepas kahwin dengan sayang ni” ujarAmir. Dia membelai lembut rambut isterinya.

Ariana mencuit hidung suaminya.

“Eleh yelah tu abang..nanti dah lama nanti bosan dahtengok muka kita ni”

“Sumpah tak sayang..tak baik tau cakap macam tudengan suami….” Amir buat buat merajuk. Dengan harapan isterinya memujuk.

Ariana tertawa kecil. Sengaja dia mengusik lelakiitu.

“Tak nak pujuk…Bwekkkk” sengaja Ariana menjelirkanlidahnya sambil bingkas bangun dan berlari di sekitar ruang tamu.

Amir tersenyum melihat gelagat isterinya yang manjaitu. Dia bangun dan terus mendapatkan Ariana. Tangannya pantas memeluk tubuhwanita itu.

Ariana menguntumkan senyuman lebar. Jauh di sudut hatinya diabersyukur memiliki suami yang baik dan penyayang.


Bersambung...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2017 08:43 AM | Show all posts
Hehehe...saja aku nak menyambung....


Ariana berdoa semoga gerbang perkahwinan yang diciptakan oleh keluarganya sentiasa bahagia hingga ke akhir hayatnya.

Ariana sejak di zaman persekolahan memang seorang anak gadis yang manja, apatah lagi dia anak bongsu dari dua orang adik beradik.  Kakaknya, Ariani, belum lagi berumahtangga.  Entahlah, Ariana sendiri tidak tahu samada kakaknya sudah mempunyai teman lelaki atau tidak.

Sewaktu di kampus, ramai juga teman lelaki sekampus yang meminati Ariana.  Ariana mempunyai raut wajah keanak-anakan, berambut panjang, berkulit cerah sering menjadi perhatian teman lelaki sekelasnya.  Tambahan pula, Ariana terkenal dengan sikap ramahnya, suka berjenaka, ada saja cerita lucu yang sering dikongsi oleh Ariana dengan rakan-rakannya.

Perwatakan Ariana itu sedikit sebanyak telah mencuri hati rakan sekelasnya, Armin.  Armin cuba mendekati dan berbaik-baik dengan Ariana.  Bermula dengan bertukar-tukar nota, bertukar nombor telefon, akhirnya Ariana menerima Armin sebagai rakan sekelasnya yang paling rapat.  Armin juga seorang pelajar yang bijak di kalangan rakan-rakan sekelasnya yang lain.  Namun begitu, Armin seorang pelajar yang pendiam.  Armin bukanlah seorang pelajar yang sombong tetapi sudah begitu sikap Armin.  Jika ditegur, barulah Armin bercerita.  Kalau tidak, namun Armin nak membuka mulut dahulu, tidak lah.

Tetapi bila berhadapan dengan Ariana, Armin lain.  Mungkin keramahan Ariana itu, tidak kekok bagi Armin.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 05:26 PM | Show all posts

Ariana menyelak helaian demi helaian fail tender terbaru syarikatnya dengan penuh teliti. Dia tidak mahu ada kesilapan sedikit pun terdapat dalam fail itu apabila dia menyerahkan fail tersebut pada bosnya dalam mesyuarat esok pagi. Tanggungjawabnya sebagai ketua akauntan memainkan peranan yang besar dalam firma tersebut.

Sempat dia mengerling jam dinding di sudut atas kiri biliknya itu. Sudah tepat jam 1 tengahari. Segera dia menutup fail dan lekas mencapai beg tangannya yang berwarna putih yang terletak kemas di atas meja. Tak sabarnya nak jumpa encik suami, getus Ariana sambil tersenyum manis.

Ariana terus bangun dan melangkah keluar dari bangunan pejabat menuju ke kereta Volkswagen Jetta putih miliknya. Dia terus memandu ke restoran Secret Recipe yang terletak tak jauh dari tempat kerjanya.

“Sorry abang..dah lama ke abang sampai?” soal Ariana sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Amir.

Lelaki itu tertawa kecil apabila melihat isterinya itu kelam kabut menuju ke arahnya.

“Seribu tahun pun abang sanggup tunggu sayang tau..inikan pula 10 minit” ujar Amir sambil menghadiahkan satu kenyitan mata kepada Ariana.

Ariana membuat cebikan manja.  Pandai betul suaminya itu mengayat. Mahu diabetes dia hari-hari suaminya itu bersikap romantik.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila pelayan restoran datang untuk mengambil pesanan. Fish and Chips dan Spaghetti Aglio Olio berserta 2 Oreo Milkshake menjadi pilihan mereka. Sementara menunggu pesanan sampai, suami isteri itu meneruskan lagi perbualan.

“Sayang..guess what?” ujar Amir kegirangan sambil menayangkan dua helai tiket kapal terbang.

“Holiday??” Teka Ariana dengan nada yang gembira.

“Our second honeymoon sayang..abang plan hujung bulan depan kita pergi Maldives..nanti sayang apply cuti ok” kata Amir dengan nada yang lembut.

Ariana lekas mengenggam erat tangan lelaki itu selepas mendengar perkataan Maldives itu. Sudah lama dia memasang angan-angan untuk meluangkan masa bersama orang yang tersayang di pulau itu.

“Betul ke ni abang? So sweet la abang ni..macam tau-tau je sayang dah lama teringin nak ke situ..tak sabarnya !”

“Tengok orang la sayang..Amir Danial ni memang sweet dari dulu lagi okay”


Kelihatan seorang wanita mendekati mereka berdua. Ariana terus menghalakan pandangannya ke arah wanita tersebut. Dia bingkas bangun dan segera memeluk wanita itu. Amir hanya memerhatikan gelagat dua sahabat itu dengan sebaris senyuman.

“Deena!! Ya Allah..lamanya aku tak jumpa kau”  Ariana meleraikan pelukannya.

“Babe, kau apa khabar sekarang? Tak payah nak drama sangat lah..wedding kau kan aku ada datang” balas Deena tersengih. Sengaja dia menyembunyikan perasaan terujanya apabila terjumpa sahabat baiknya itu. Malu apabila suami sahabatnya itu asyik memerhatikan adegan jejak kasih tersebut.

“Eleh segan la tu laki aku tengok..yela jarang dapat jumpa kau sejak pindah JB ikut husband kau..tu aku excited sikit” usik Ariana.

“Sayang..tak nak ajak Deena duduk ke?” soal Amir tiba-tiba.

Soalan jejaka itu membuatkan dua wanita itu saling berpandangan dan ketawa sekali lagi dilepaskan.

“Eh takpelah guys, aku sekejap je ni..husband aku dah tunggu dah tu..kita orang jumpa client kat sini tadi..nak balik JB dah kejap lagi..” Deena meminta diri untuk beredar sambil menunjuk ke arah lelaki yang sedang berjabat tangan dengan seorang lelaki cina di luar restoran itu.

Ariana mengalihkan pandangannya ke arah sahabatnya itu semula. Ada sesuatu yang menarik perhatiannya apabila terpandangkan susuk wanita itu.

“Wait…Deena..Are you….”

Belum sempat Ariana menghabiskan ayatnya, Deena menghadiahkan satu senyuman lebar dan jarinya terus menunjukkan angka 4.

Ariana yang faham dengan hint yang diberikan itu terus memeluk tubuh sahabatnya itu.

“Congratulations dear..take care okay” ujar Ariana sebelum Deena beredar.

Amir mengangkat tangan ke arah Deena dan suaminya sebagai tanda hormat sebelum suami isteri itu berlalu dari situ. Ariana kembali duduk menghadap Amir. Dia bahagia melihat kebahagiaan sahabatnya itu. Namun, jauh di sudut hati dia juga ingin merasakan apa yang Deena alami sekarang tetapi terpaksa akur dengan rezeki yang belum tiba.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-2-2017 05:28 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 20-2-2017 08:43 AM
Hehehe...saja aku nak menyambung....



yeay ada orang sambungkan

tapi.......sape armin tuu kikiki
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2017 01:25 PM | Show all posts
ziti23 replied at 20-2-2017 05:28 PM
yeay ada orang sambungkan

tapi.......sape armin tuu kikiki

so, camana, skrip saya ni leh di terima pakai ke tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-2-2017 11:16 PM | Show all posts
Amir memusingkan badannya ke sebelah kiri. Tangannya cuba memeluk tubuh insan disebelahnya. Amir membuka matanya secara perlahan. Dia mendapati isterinya tiada di atas katil. Jam tangan di atas meja solek dicapai dan waktu menunjukkan tepat pukul 3 pagi. Mana pulak isteri aku ni, gumam Amir sendirian sambil melangkah lemah menuju keluar bilik.

Sewaktu Amir menuruni tangga rumahnya, matanya menangkap kelibat seseorang di bahagian dapur. Dia mula mengatur langkah ke situ. Kelihatan Ariana sedang termenung sendirian tanpa langsung menyedari kehadirannya.

“Sayang….kenapa ni?”

Ariana tersentak sedikit apabila satu sentuhan lembut singgah di kepalanya. Dia cuma menghadiahkan sebaris senyuman kepada lelaki itu. Dia mencapai dan membelai jari jemari Amir.

“Kenapa ni sayang? Muram je muka tu abang tengok..sayang ada problem ke..?” soal Amir. Mata yang tadinya mengantuk kini terus segar apabila melihat wajah murah Ariana. Kalau boleh sesaat pun dia tak mahu isterinya itu bersedih.

“Rumah kita ni sunyi je kan abang..kalau ada suara baby mesti bestkan…” Ariana bersuara. Pertemuannya dengan Deena petang tadi membuatkan dia terfikir sekali lagi tentang zuriat.

Amir mengeluh perlahan. Dia faham dengan keadaan isterinya itu. Siapa yang tak nak anak jika sudah berkahwin ditambahkan pula sahabat baik mereka yang akan mendapat anak sulung tak lama lagi.

“Sabar ye sayang..soal anak ni Allah yang tentukan..nanti ada lah rezeki kita..” pujuk Amir sambil membelai lembut pipi milik Ariana.

Ariana hanya mendiamkan diri. Ada betulnya kata-kata lelaki itu. Dia cuba untuk bersabar. Entah kenapa kandungan Deena yang diketahuinya itu tadi membuatkan rasa untuk memiliki zuriat membuak-buak.

“Dah jangan sedih-sedih lagi ye sayang..jom tidur..esok kita nak kerja..” ujar Amir sambil bangun. Dia mencapai tangan isterinya dengan niat ingin mengajak wanita itu kembali tidur namun Ariana enggan bangun dari tempat duduknya.

Ariana merenung wajah jejaka di hadapanya itu. Kesian pula melihat Amir cuba menenangkan dirinya walaupun sudah lewat malam.

“Abang, sorry buat abang risau..” ujar Ariana perlahan.

“Its okay sayang..abang love you sangat-sangat..yang penting isteri abang ni jangan sedih-sedih lagi ye” balas Amir sambil merangkul tubuh Ariana. Dia terus membawa isterinya kembali ke tingkat atas.

Ariana hanya menuruti si suami. Dia tersentuh dengan kata-kata suaminya tadi. Dia berharap kasih sayang itu akan berkekalan selama-lamanya. I love you more than you do abang, bisik Ariana dalam hati.


p/s: So far so good tak guys?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-2-2017 11:17 PM | Show all posts
iznanaziz replied at 22-2-2017 01:25 PM
so, camana, skrip saya ni leh di terima pakai ke tak?

haha skrip tu dah best dah tapi lari dari cerita asal la pulak hihihi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-2-2017 07:08 PM | Show all posts
Hujung minggu tiba. Suami isteri itu bergegas ke hospital sebaik saja menerima berita kelahiran anak buah pertama si suami. Shakila, kakak kepada Amir baru sahaja selamat melahirkan anak sulung hasil perkahwinannya dengan Mikail dua tahun lepas.

Perasaan teruja menjengah dalam diri masing-masing. Awal pagi lagi mereka sudah bersiap untuk ke Prince Court Medical Centre. Maklumlah ahli keluarga bertambah lagi seorang, siapa yang tak excited.


“ Assalamualaikum”


Amir memberi salam ketika masuk ke wad tersebut. Dia terus bersalaman dengan orang tuanya. Ariana hanya mengikut perbuatan suaminya itu. Kedatangan mereka disambut baik oleh keluarga Amir.


“Waalaikumsalam…hah sampai pun kamu berdua..tengok cucu mama tu..comel macam nenek dia” Puan Yanti bersuara sambil tersenyum. Dia membelai lembut pipi bayi tersebut.

“Over tau mama kamu ni..mestilah muka baby ni ikut muka mak ayah dia..perasan je ikut muka awak”  balas Encik Aziz, papa kepada Amir.


Serentak itu, mereka sekeluarga tergelak apabila mendengar usikan papa mereka. Puan Yanti mencebik dan mencubit lembut tangan suaminya.  


Amir dan Ariana mendekati bayi comel itu. Amir cuba mengendong bayi tersebut dengan bantuan isterinya.


“Kak Ila, dah fikir nama untuk baby girl ni belum?” soal Amir. Pandangannya masih dihalakan ke arah anak kecil itu. Sejuk hatinya melihat wajah bayi itu yang sedang nyenyak tidur.


“Abang Mikail kau yang decide kalau baby girl” jawab Shakila. Dia memberi isyarat kepada suaminya supaya memberitahu nama anak mereka.


“Abang decide nak namakan Maya Safeena..Ila pun setuju” ujar Mikail lembut.


“Maya Safeena..nanti dah besar mesti cantik macam mama dia..” balas Ariana sambil memuji kecantikan kakak iparnya itu.


Shakila tersenyum manis mendengar pujian itu. Harapannya cuma satu biarlah anaknya itu nanti menjadi anak yang solehah. Anak yang menyenangkan hati dia dan suami.


“Mama tengok dah sesuai sangat dah kamu tu nak ada anak sendiri Amir..”

“Amir tengah usaha la ni ma..tu yang plan nak bawa Yana ni second honeymoon bulan depan..” jawab Amir sambil tersengih.


Ariana tersipu malu dengan usikan si suami. Dia menampar lembut bahu lelaki itu. Sempat dia mengerling ke arah Amir yang sedang mengekek ketawa.


“Maksudnya tahun depan kita timang cucu lagi seorang la Yanti” sambung Encik Aziz pula.

Keluarga Amir yang lain juga turut ketawa. Riuh rendah wad itu jadinya. Begitulah meriahnya suasana apabila permata baru datang dalam keluarga mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2017 12:26 PM | Show all posts
“Sayang, cuba buka lacidashboard tu sekejap” pinta Amir sebaik saja dia mematikan enjin keretanya.

Ariana terus membukalaci tersebut. Terdapat satu kotak berbalut kertas berwarna merah jambu. Arianamenghalakan semula pandangannya ke arah lelaki itu.

Amir mengambil kotakitu dan meletakkannya di atas riba si isteri.

“For you sayang.. HappyBirthday my love !” ucap Amir sambil mengenyitkan mata.

Ariana tersenyum lebar.Lekas dia membuka kotak tersebut tanpa menunggu lagi.

“Wah cantiknya !!” Diamemegang dua utas gelang tangan emas yang diukir dengan perkataan ‘LOVE’.  

“Tapi abang kenapa adadua?” soal Ariana pelik. Dua utas gelang itu berbeza saiz. Satu kecil dan satu lagibesar.

Amir menguntumkansenyuman. Pantas dia menggenggam kemas tangan milik wanita itu.

“One is for you…and onefor the little one”

“Maksud abang?”

“Kalau nanti kita dapatbaby girl, abang nak dia pakai gelang ni” jelas Amir lagi.

“Oh..tapi abang sayangbelum…”

Belum sempat Arianamenghabiskan ayatnya, Amir cepat mencelah.

“Sayang cantik sangatmalam ni..tak sabar pula abang nak masuk rumah kejap lagi” Dia merapatkantubuhnya ke tubuh Ariana. Wangian yang dipakai wanita itu menusuk hidungnya.

Ariana tergelak kecil.Sudah faham sangat dengan lirikan menggoda suaminya itu.

“Gatal eh abang..by theway, thank you untuk hadiah ni..dinner tadi romantik sangat abang.. rasa macamprincess sangat malam ni” ujar Ariana dengan nada terharu.

Dia tak sangka seromantik ini sambutan harijadinya bersama suami tersayang. Makan malam yang disertakan dengan iringan muzikpiano yang  mendamaikan jiwa, kelopakbunga mawar yang ditaburi sekitar meja makan mereka sambil ditemani lampu lilin. Hanya mereka berdua sahaja dalamrestoran itu kerana Amir menempah khas restoran itu untuk meraikan momen indahmereka berdua.

Amir membelai lembutjari jemari si isteri.

“Kalau boleh setiapsaat abang nak bahagiakan sayang… insyaAllah kalau diizinkan Allah sayang”

Kata-kata itumembuatkan Ariana terharu. Terima kasih Ya Allah atas kurniaanmu ini.



p/s: Dah baca jangan lupa komen

Reply

Use magic Report

Post time 1-3-2017 02:44 PM | Show all posts
ziti23 replied at 26-2-2017 12:26 PM
“Sayang, cuba buka lacidashboard tu sekejap” pinta Amir sebaik saja dia mematikan enjin keretanya. ...

wow! romantik sungguh...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.101170 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list