CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1546|Reply: 3

Persijilan JAKIM dalam produk Farmaseutikal ...

[Copy link]
Post time 5-2-2017 07:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 6-2-2017 01:11 AM

PERSIJILAN JAKIM MEMANGKIN USAHA PEMASARAN PRODUK FARMASEUTIKAL SECARA GLOBAL
SUMBER ASAL :http://www.yadim.com.my/v2/?p=27959






KUALA LUMPUR, 2 Februari – Pensijilan baharu bagi ubat terkawal/preskriptif yang dibangunkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan membolehkan Farmaseutikal Halal berkembang di dalam dan luar negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pensijilan itu dianugerahkan kepada Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM) yang akan menggalakkan penyertaan daripada syarikat farmaseutikal di peringkat tempatan dan global.

“Kami berharap ini akan mendorong badan-badan pensijilan halal yang diiktiraf untuk melakukan perkara sama bagi memastikan perubatan preskriptif, vitamin dan suplemen kesihatan adalah halal dan mematuhi piawaian Syariah.

“Produk yang disahkan halal bukan hanya untuk umat Islam sahaja, malah selamat digunakan, berkesan, berkualiti tinggi dan bersih lagi suci,” katanya, sambil menambah piawaian halal perlu menjadi teras dalam produk penjagaan kesihatan dan farmaseutikal.

Beliau berkata  perlu ada penyatuan Syariah dan Sains, dan Malaysia mampu menjadi peneraju industri, berdasarkan pelaksanaan Piawaian Farmaseutikal Halal pertama di dunia – MS2424:2012.
Kerajaan mahu peserta global melihat negara sebagai hab serantau baharu untuk menampung pasaran halal global yang semakin berkembang, katanya dalam kenyataan hari ini.
Jakim mencipta sejarah sekali lagi dalam industri halal global dengan menjadi badan pensijilan halal pertama mengesahkan ubat terkawal/preskriptif (Produk Beretika) berdasarkan MS2424:2012 Farmaseutikal Halal – Garis Panduan Umum.

Sijil halal bagi produk farmaseutikal preskriptif itu dianugerahkan kepada CCM pada majlis anugerah khas di Putrajaya hari ini.
Logo Halal Malaysia diterima dan diiktiraf di seluruh dunia kerana mematuhi standard dan integriti yang tinggi dalam menepati konsep Halalan Toyyiban.

Pencapaian baharu Jakim ini akan membolehkan Malaysia menguasai dan meningkatkan kepimpinan dalam industri, terutamanya dengan prospek global Halal Pharmaceuticals yang bernilai US$75 bilion pada masa ini, dan dianggarkan mencecah US$132 bilion menjelang 2021.

Sementara itu, Pengerusi CCM, Datuk Normala Abdul Samad berkata, syarikat berharap Farmaseutikal Halal akan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan untuk Bumiputera dalam ekosistem farmaseutikal.

“Langkah ini bagi menyokong saranan kerajaan untuk mengukuhkan daya saing  Bumiputera dalam industri ini.

“Kami mahu menggalakkan para cendekiawan dan pakar Muslim Malaysia, dalam menggalakkan penyatuan Syariah dan sains untuk memperluaskan Farmaseutikal Halal di dalam dan luar negara, menyumbang ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (K-economy),” katanya.  – Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2017 07:13 AM | Show all posts
Tahniah dan Alhamdulillah atas kejayaan ini. Harapnya our brother and sisters yg berkecimpung dalam industri FARMASEUTIKAL  dapat menghasilkan produk yg effective,  kos yg berpatutan dan pemasaran yg meluas.

ini juga jihak ekonomi dan ibadah.

tapi untuk produk yg selamat bukannya testimoni!!! bukan yg u know...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
One step ahead. Good move
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2017 12:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Good.... Atleast kita xsalah pilih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.063103 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list