CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1290|Reply: 4

Perihal bekerja di premis yg menjual arak dan terlibat dalam transaksi bersabita

[Copy link]
Post time 21-1-2017 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 21-1-2017 09:16 AM

Al-KAFILI AL-FATAWI



AL-KAFI #509: HUKUM BEKERJA DI KEDAI SERBANEKA YANG MENJUAL ARAK




Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd NoorDiterbitkan: 09 Januari 2017
laman sesawang asal :http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/al-kafili-al-fatawi/1367-al-kafi-509-hukum-bekerja-di-kedai-serbaneka-yang-menjual-arak









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-1-2017 09:13 AM | Show all posts
SOALAN:

Assalamualaikum wrm wbt,

Hukum bekerja di  premis yang menjual arak ?

( SAYA EDIT sikit ye soalan daripada karya asal , harap maklum )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2017 09:13 AM | Show all posts
JAWAPAN:

Waalaikumussalam wrm wbt,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”

Surah al-Maidah, 5:20

Imam Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini dengan menyebut satu riwayat daripada Abdurrahim bin Ghanm RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

وإن الخمر حرام وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ، وَإِنَّ الْخَمْرَ حَرَامٌ وَثَمَنُهَا حَرَامٌ

Maksudnya: Dan sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram, Sesungguhnya khamar itu haram dan hasil jualannya juga haram.

Hadis riwayat Ahmad (17995) dalam Musnad. Syuaib al-Arnaut berkata hadis ini sahih li ghairih.

Justeru bagi seorang mukmin hendaklah dia bertaqwa kepada Allah dengan menghindari diri daripada terlibat daripada apa-apa pekerjaan yang terlibat dengan arak. Ini dikuatkan dengan hadis Anas bin Malik RA:

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الخَمْرِ عَشَرَةً: عَاصِرَهَا، وَمُعْتَصِرَهَا، وَشَارِبَهَا، وَحَامِلَهَا، وَالمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ، وَسَاقِيَهَا، وَبَائِعَهَا، وَآكِلَ ثَمَنِهَا، وَالمُشْتَرِي لَهَا، وَالمُشْتَرَاةُ لَهُ

Maksudnya: Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: “Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.”

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi (1295) dalam Sunan.

Namun begitu, jika pendapatan seseorang itu bercampur baur antara haram dan yang halal maka menerima harta yang dia beri adalah tidak haram kerana tidak yakin pemberian itu bersumberkan yang haram. Imam al-Suyuti ketika membincangkan kaedah umum fiqh:

اليَقِيْنُ لَا يُزَالُ بِالشَّكِّ

Maksudnya: Keyakinan tidak dapat dihilangkan dengan keraguan

Beliau memasukkan sebagai faedah, huraian Syeikh Abu Hamid al-Isfirayni  tentang kategori perkara syak yang tidak diketahui atau ditentukan sumber asalnya, “Seperti melakukan transaksi dengan orang yang majoriti hartanya bersumber perkara yang haram dan tidak dapat dipastikan harta yang diperolehi itu dari harta orang tersebut sumber haram, maka hukum transaksi jual beli itu tidak haram kerana ada kemungkinan halal dan sumber haram itu juga tidak dapat dipastikan, tetapi makruh mengambilnya kerana ditakuti terjatuh dalam perkara yang haram”. Rujuk al-Asybah wa al-Nazair (1/74-75).
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2017 09:15 AM | Show all posts
Justeru kami berpandangan dalam isu bekerja di premis yang menjual alcohol ( saya edit ) [atau di kedai-kedai lain yang seumpama dengannya dalam penjualan arak]:

  • Jika pendapatan yang mereka perolehi ialah daripada hasil jualan barang-barang yang halal dan haram, maka hukumnya adalah tidak haram mengambilnya tetapi makruh.
  • Jika pekerja itu terlibat dengan jual beli arak itu contohnya di kaunter, maka hukum perbuatan itu adalah haram sekalipun dengan martabat yang lebih rendah daripada meminumnya. Syeikh Mulla Ali al-Qari dalam al-Mirqah Sharh al-Misykah dalam menghuraikan hadis riba: “Mereka sama dari sudut mendapat dosa tetapi berbeza daripada segi tingkatannya.”
  • Sebaiknya berusaha dengan sebaik mungkin untuk memisahkan kaunter barangan yang halal dan barangan yang haram, atau mengikut pekerja, dan ini adalah tanggungjawab majikan yang perihatin terhadap kebajikan agama para pekerja Muslim.
Kami juga mencadangkan agar carilah pekerjaan yang tiada sebarang syubhah kerana ia bersifat lebih aman dan tenang jiwa. Benarlah sabda Nabi SAW:

فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ، وَعِرْضِهِ

Maksudnya: Barangsiapa yang memelihara dirinya daripada sebarang syubah maka sebenarnya dia telah menyelamatkan agama dan maruahnya.

Hadis riwayat Bukhari (52) dan Muslim (20)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2017 09:15 AM | Show all posts
Justeru, dengan mencari-cari sumber yang halal dan menjarakkan diri daripada sebarang keraguan, maka sudah tentukan ia menatijahkan lagi kebaikan dan keberkatan dalam hidup.

Wallahua’lam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:54 AM GMT+8 , Processed in 0.039408 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list