CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7565|Reply: 5

Hukum Menunaikan Solat Sunat Selepas Asar...hmm.....

[Copy link]
Post time 18-1-2017 06:22 AM | Show all posts |Read mode
IRSYAD FATWA



IRSYAD AL-FATWA KE-164: HUKUM MENUNAIKAN SOLAT SUNAT SELEPAS ASAR
Ditulis oleh Syed Husaini Syed HassanDiterbitkan: 17 Januari 2017



sumber asal pautan :
http://muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-fatwa/1377-irsyad-al-fatwa-ke-164-hukum-menunaikan-solat-sunat-selepas-asar




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2017 06:23 AM | Show all posts
Soalan:

Apakah hukumnya solat sunat selepas asar? Sebagai contoh, saya ingin melakukan solat taubat atau hajat selepas asar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2017 06:24 AM | Show all posts
Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Terdapat beberapa waktu yang dilarang untuk melakukan solat (solat sunat). Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas R.Anhuma, iaitu:

أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَشْرُقَ الشَّمْسُ، وَبَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ‏.‏

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW, telah melarang dari melakukan solat (sunat) selepas solat subuh sehingga terbitnya matahari dan selepas solat asar sehingga terbenamnya matahari.

Riwayat Al-Bukhari (581)



Dalam hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَهَى عَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ الشَّمْسُ وَعَنِ الصَّلاَةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah menegah dari melakukan solat (sunat) selepas solat Asar sehingga tenggelamnya matahari dan solat selapas subuh sehingga terbitnya matahari.

Riwayat Muslim (825)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2017 06:24 AM | Show all posts
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) menyebutkan bahawa pada waktu yang disebutkan pada hadis Muslim di atas adalah dilarang untuk melakukan solat sunat selepas selesai menunaikan solat fardhu asar. Telah ijma’ bahawa dimakruhkan untuk melakukan solat yang tiada sebab untuk melakukannya pada waktu yang disebutkan. Adapun solat sunat (nawafil) yang mana mempunyai sebab (untuk melakukannya) seperti solat tahiyyatul masjid, sujud tilawah dan syukur, solat al-‘Eid, solat al-Kusuf, solat Jenazah dan juga qadha’ solat fardu yang ditinggal, maka mazhab al-Syafi’e mengharuskan tanpa memakruhkannya. Adapun mazhab Abu Hanifah dan yang lainnya tidak membenarkan kerana termasuk dalam keumuman larangan hadis.[1]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2017 06:26 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 18-1-2017 06:27 AM

Di dalam kitab al-Mu’tamad, penulis mengatakan bahawa makruh di sini adalah karahah tahrim (makruh yang hampir kepada hukum haram). Meskipun begitu, terdapat pengecualian dalam beberapa keadaan waktu yang mana pada waktu-waktu tertentu, boleh dilakukan solat sunat selepas asar. Antara yang disebutkan:


  • Solat yang ada sebab untuk menunaikannya:

    Tidak dimakruhkan bagi setiap solat yang terdapat padanya sebab seperti seseorang yang ingin mengqadha’ solat fardhu, sujud tilawah, solat jenazah, solat gerhana matahari dan bulan, solat minta hujan, solat sunat tawaf, solat sunat tahiyyatul masjid. Jika diperhatikan, kesemua solat sunat di atas dilakukan kerana bersebab.

  • Solat ketika matahari terpacak tegak di atas kepala pada hari Jumaat:
    Tidak dimakruhkan juga pada waktu ini untuk solat bagi mereka yang hadir untuk solat. Dalam hadis Abu Daud, Abu Sa’id al-Khudri RA meriwayatkan:

أَنَّهُ كَرِهَ الصَّلَاةَ نِصْفَ النَّهَارِ إِلَّا يَوْمَ الْجُمُعَةِ
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW tidak menyukai solat di tengah hari (keadaan matahari tertegak di atas kepala) kecuali pada hari Jumaat.
Riwayat Abu Daud (1083). Abu Daud mengatakan hadis ini adalah Mursal.





  • Solat di Haram Mekah al-Mukarramah:

    Tidak dimakruhkan solat di sana sekalipun pada waktu yang makruh sama ada bersebab ataupun tidak bersebab. Ini berdasarkan hadis daripada Jubair bin Mut’im RA, bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
لاَ تَمْنَعُوا أَحَدًا يَطُوفُ بِهَذَا الْبَيْتِ وَيُصَلِّي أَىَّ سَاعَةٍ شَاءَ مِنْ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ
Maksudnya: Jangan kamu halang seseorang yang ingin melakukan tawaf di rumah Allah ini (Ka’bah) dan solat pada setiap waktu yang mereka inginkan pada waktu malam ataupun siang.

Riwayat Abu Daud (1894) & Al-Nasa’ie (586)

Maka dibolehkan untuk tawaf pada setiap waktu tanpa khilaf dan begitu juga dengan solat berdasarkan hadis di atas.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2017 06:26 AM | Show all posts
Kesimpulan

Memang terdapat nas yang melarang untuk melakukan solat sunat pada waktu-waktu tertentu sepertimana yang disebutkan pada hadis-hadis di atas. Disebabkan itu, di dalam fiqh, hukum melakukan solat sunat selepas solat asar adalah makruh melainkan pengecualian yang telah disebutkan pada perbincangan di atas. Wallahu a’lam.



Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri               

Mufti Wilayah Persekutuan



17 Januari 2017 bersamaan 18 Rabi’ al-Akhir 1438 H







[1] Lihat Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim. Dar Ihya’ al-Turath al-‘Arabi, (6/110).
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.033427 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list