View: 2644|Reply: 19
|
Transformasi Subjek Pendidikan Islam - updates Bengkel ~5
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 27-1-2017 09:46 PM
MAIM anjur Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017
KUALA LUMPUR 13 Januari – Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) akan mengadakan Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017 pada 17 Januari ini bertempat di Hotel Putra, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Bengkel yang membawa tema `Memperkasa Pendidikan Islam, Menjana Modal Insan Berpersonaliti Unggul’ antara lain bertujuan menjadi batu loncatan dan permulaan sebelum melaksanakan Kongres Pendidikan Nasional pada masa hadapan.
MAIM yang merupakan sebuah majlis di bawah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menjangkakan program ini bakal disertai oleh ketua-ketua agensi, badan-badan bukan kerajaan, wakil institusi pengajian tinggi (IPT) serta wakil daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Bengkel itu juga akan membincangkan pelan tindakan dan blueprint agar segala yang dipersetujui oleh peserta-peserta bengkel dapat direalisaikan. Antara objektif bengkel ini termasuk untuk membincangkan status pendidikan Islam semasa dari segi perancangan dan pelaksanaan., membincangkan cabaran cabaran pendidikan Islam di Malaysia dan mebincangkan isu-isu semasa berkaitan dengan pendidikan Islam.
Bengkel ini juga diadakan bagi membincangkan hal ehwal pendidikan Islam dan yang berkaitan dengannya dan kepentingan pendidikan Islam dalam pembangunan pendidikan negara dan hala tujunya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-1-2017 06:48 AM
Bengkel ini dijadualkan bermula pada pukul 8 pagi dan sebaik sahaja sesi pendaftaran peserta dan sarapan pagi selesai, bengkel akan dimulakan dengan
slot 1 : yang merangkumi pembentangan kertas kerja di bawah tajuk Pendidikan dan Undang-undang, Pendidikan dan Alam sekitar, Pendidikan dan Jihad dan Pendidikan, Gadget dan Media Sosial.
Sesi 2 : pula akan mengupas tajuk-tajuk Pendidikan dan Integriti, Pendidikan dan Golongan Terpinggir, Pendidikan dan Wanita dan Pendidikan, Keusahawanan dan Kewangan.
Manakala sesi 3 membawa tajuk-tajuk seperti Pendidikan dan Ketamadunan, Pendidikan, Terrorisme dan Ekstremisme, Pendidikan dan Kepemimpinan Sekolah dan Pendidikan dan Keibubapaan.
Sesi kelima bengkel : akan membincangkan tajuk Pendidikan dan Pembangunan Negara-Bangsa, Pendidikan, Sekolah Pondok dan Maahad Tahfiz, Pendidikan dan Belia dan Pendidikan dan Isu Prasekolah, Sekolah Rendah dan Menengah
Sesi terakhir bengkel iaitu sesi keenam pula membawa tajuk :
Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Pendidikan dan Negara, Pendidikan, Kesihatan dan Keselamatan dan Pendidikan dan Toleransi Kaum. Bengkel akan diakhiri dengan pembentangan resolusi.
13/01/2017
By yadim
Khabar Yadim
sumber : http://www.yadim.com.my/v2/?p=27777
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 16-1-2017 06:58 AM
err...sesi ke 4 ??
okay : kat sinilah peluang bagi aktist pendidikan yg cintakan ilmu , sistem nilai dan etc perlu pergi
untuk kebaikan semua ...
saya juga sapa yg baca ni yg terlibat dalam polisi making
- mungkin tema atau aspek yg menyentuh: akhlak, nilai, sifat nawaitu dan penghayatan ilmu dalam proses pembelajaran perlu ditekankan berbanding belajar untuk cemerlang di atas kertas tapi keluar sahaja kosong ilmu itu walaupun dapat 10A ; macam terpisah habis back to zero , macam tak tahu apa apa...tak tahu aspek sistem nilai apa yg penting dan kat mana standpoint...
- inclusivity dlm penddikan islam - yes kita adakan golongan kelainan upaya yg dah sedikit sebanyak dapat dikurangkan kesan handicap selaras dengan kemajuan teknologi perubatan dan sains yg dah bolehlah keluar rumah atau mengakses maklumat pendidikan - macam org yg kelainan upaya pendengran yg dah ada menjalani koklea implant yg boleh belajar mengaji quran , org yg kelainan upaya yg dar aspek pancaindera lain...mengakases pendidikan islam
- integrasi ilmu naqli da aqli ..dan penghayatan lah itu salah satu terasuklah displin berkaitan ethics dan kemjuan sians dan teknologi
ini penting masa masa depan ni..
- sebab kita berhadapan dengan kepesatan teknologi saintifik dan kajian fundamental sains dan perubatan dalam pelbagai bidang , sebagai contoh : yg dalam teknologi reproduktif - la ni dah ada attempt for mitochondrial DNA replacement dalam teknologi ni
so banyak ye
golongan agama ni jgn dok leka lagilah , take heed, be aware and you guys need to know and kusai pelbagai bahasa untuk tahu , akses maklumat sebab benda ni akan dihadapai oleh anak didik masing masing
so nak perlengkapkan dengan pemikiran dan attitude yg betul suatu cabaran ...
hopefully bukan lagi menekankan kifiat solat dan pergerakan fizikal tapi juga falsafah yg tersiratdisampikan dalam bhs yg depa fahami , nilai dan mengapa ini penting dan perlu - ini yg budak perlu faham at the very basics...when they know the importance and the rationalea and the benefits gained from the ibadah atau nilai penghayatan tu akan harapnya memandu mereka apabila menjadi invidu di mana mana.sebab tak akan ada ustazah di bumi asing, tak akan ada mak ayah nak guded kecuali malaikat di kiri kanan dan Allah swt ...
|
|
|
|
|
|
|
|
this important untuk bhn polisi , further analysis...so ini majlis ilmu...kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Transformasi subjek Pendidikan Islam - updates dari Bengkel ini - artikel YADIM .
Oleh AZIMAH GHAZALI BIASA kita dengar mutakhir ini keluhan mengenai pelajar sekarang… “hanya pandai akademik namun kurang menghayati nilai moral khususnya agama”. Terlalu mengejar jumlah A bagi mata pelajaran teras, manakala Pendidikan Islam dipandang enteng. Bagi rata-rata pelajar, subjek Pendidikan Islam hanya perlu menghafal jawapan bagi soalan-soalan ramalan. Pastinya boleh dibilang dengan jari… terutama bagi pelajar bersekolah bukan berlatarbelakangkan pendidikan agama, berapa kerat sahaja yang pergi tuisyen bagi mendalami subjek ini. Adakah subjek Pendidikan Islam hanya boleh dipandang sebelah mata, sedangkan jika melihat kepada Falsafah Pendidikan Islam di negara ini, ia amat besar peranannya iaitu: Pendidikan Islam adalah satu usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah bagi membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai hamba ALLAH yang mempunyai tanggungjawab untuk membangun diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Jika dihayati, penekanan falsafah ini adalah bertumpu kepada al-Quran dan as-Sunnah. Namun, benarkah itu yang menjadi tumpuan dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Islam masa kini?
|
|
|
|
|
|
|
|
Timbalan Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ulama Kedah (PUK), Abdullah Din berkata, kualiti subjek Pendidikan Islam perlu berada pada tahap maksima kerana setiap pelajar Islam akan mempelajari subjek ini semasa berada di sekolah.
Beliau yang juga Guru Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Muadzam Shah, Kota Sarang Semut, Kedah, berkata, melalui pemahaman dan penghayatan terhadap isi kandungan subjek inilah pelajar-pelajar akan meneruskan kehidupan mereka sebagai Muslim sejati.
“Sekiranya subjek ini gagal diolah dan digubah selaras dengan tuntutan Islam dan keperluan semasa maka akan lahirlah generasi pincang. Ada pihak yang berpendapat, walau pun wujud kekurangan dan kelemahan dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah, para pelajar akan terus mempelajari isi kandungan subjek ini di peringkat universiti.
“Persoalannya, peratusan pelajar meneruskan pengajian mereka di universiti jauh lebih sedikit berbanding yang gagal menjejakkan kaki mereka di universiti atau dengan kata lain pendidikan peringkat sekolah menengah adalah destinasi akhir pendidikan formal mereka. Bagi pelajar yang meneruskan pengajian di universiti, tidak semua mengambil bidang pendidikan Islam,” katanya.
Beliau mengetengahkan demikian semasa prosiding Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017, Memperkasa Pendidikan Islam, Menjana Modal Insan Berpersonaliti Unggul yang berlangsung di ibu negara, baru-baru ini.
Hadir merasmikan program anjuran Kluster Pendidikan Majlis Amal Islami Malaysia (Maim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) itu ialah YDP Yadim, Dr Yusri Mohamad. |
|
|
|
|
|
|
|
- Sejajar perkembangan semasa dan peredaran zaman, subjek Pendidikan Islam seharusnya memerlukan penilaian dan kajian semula agar terus relevan dan mampu menjadi bahtera penyelamat kepada generasi pada hari ini dan masa akan datang.
- Frasa “ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat” dalam Falsafah Pendidikan Islam merupakan kemuncak matlamat subjek Pendidikan Islam.
- Abdullah berkata, untuk melihat keseimbangan dan matlamat besar ini, beberapa perkara perlu dilihat dan diberi penilaian semula oleh pihak bertanggungjawab dalam rangka membina kurikulum subjek Pendidikan Islam seterusnya melakukan beberapa penambahbaikan dan transformasi dalam kerangka asas subjek ini.
- Menurutnya, empat skop penambahbaikan subjek Pendidikan Islam sekolah menengah dicadangkan adalah kandungan kurikulum/sukatan, bahan bacaan tambahan, peruntukan masa dan Guru Pendidikan Islam (GPI) sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersetuju sebahagian besar kandungan kurikulum subjek Pendidikan Islam membantu ke arah tercapainya matlamat Pendidikan Islam, namun katanya, masih ada ruang-ruang kosong belum diisi.
“Sebagai contoh, kebanyakan sarjana Islam membahagikan ilmu fekah kepada empat bahagian, iaitu, ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Dalam sukatan pelajaran subjek Pendidikan Islam, pelajar Islam hanya mempelajari tiga bahagian sahaja daripada pembahagian ilmu fekah ini ketika mereka berada di tingkatan 1 hingga 5.
- “Ya, barangkali ada mengatakan bahagian jinayat dimasukkan dalam sukatan tingkatan 6.
- Persoalannya berapa kerat pelajar Islam menyambung pelajaran di tingkatan 6? Pelajar di tingkatan 6 pun bukan semua mempelajari subjek syariah. Pelajar mengambil subjek syariah sahaja akan mempelajari fiqh jinayat Islam,” katanya.
Menurutnya, sepatutnya ke empat-empat bahagian utama ini perlu dimasukkan dalam kerangka asas subjek ini atau diselitkan di mana-mana bahagian difikirkan sesuai jika pihak kementerian berhasrat melihat keseimbangan intelek pelajar-pelajar Islam di negara kita.
|
|
|
|
|
|
|
|
- Bayangkan apa terjadi jika semua pusat pengajian al-Quran ditutup. Mampukah KPM beri jaminan pelajar akan menguasai kemahiran membaca dan menghayati al-Quran dengan hanya mengikuti pengajian di sekolah?
- Realitinya guru-guru akan dipersalahkan jika anak tidak kuasai kemahiran membaca al-Quran. Guru menengah akan meletakkan kesalahan kepada guru agama sekolah rendah. Apabila guru-guru di sekolah rendah dipersalahkan apa jawapan mereka?
- Abdullah berkata, dengan 30 minit satu masa atau satu jam 30 minit seminggu, perlu difikirkan mampukah seorang GPI memastikan pelajar menguasai al-Quran dengan wajaran masa diberikan sekarang?
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pemilihan ayat-ayat kefahaman perlu dilakukan semula berdasarkan keperluan semasa. Jumlah hadis perlu diperbanyakkan agar nampak keperluan sunnah dalam kehidupan.
“Saya ingin mencadangkan buku Sirah Nabawiyyah 3 (sirah nabi) sebagai bahan bacaan wajib kepada pelajar Islam seperti bahan bacaan dalam subjek Sastera, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Biarlah sebelum menamatkan pelajaran di sekolah menengah sekurang-kurangnya pelajar Islam habiskan bacaan tentang sirah kehidupan nabi agung, Nabi Muhammad SAW bermula dari kelahirannya hinggalah kewafatannya.
Amatlah malang seorang Muslim tak pernah membaca dan tahu sirah hidup nabi yang wajib dicintainya.
Mungkin ada akan bantah cadangan ini dengan alasan bebankan pelajar,” katanya.
Menurutnya, bahagian akidah, Ibadat / Muamalat, Bahagian Sirah, tulisan Jawi juga antara perkara perlu diberi perhatian. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam masa sama katanya, peruntukan masa subjek Pendidikan Islam perlu ditambah atau paling kurang dikekalkan sebanyak 6 masa seminggu.
Katanya lagi, melalui Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bermula pada tahun ini diharapkan berlaku perubahan yang bantu memperkasa Pendidikan Islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Atasi gejala sosial
Sementara itu, Ketua Kluster Pendidikan Maim, Dr Amini Amir Abdullah bersetuju kaitan erat antara pendidikan Islam dengan jati diri pelajar pada masa ini.
Tidak menafikan perkaitannya dengan perubahan zaman, menurutnya sudah sampai masanya subjek Pendidikan Islam yang sudah lebih 10 tahun ditambah baik.
“Dengan cara itu ia bantu atasi pelbagai gejala dan masalah sosial pelajar terutama beragama Islam seperti kita tahu semakin membimbangkan pada kini.
“Hanya dengan pendidikan Islam dapat membantu jika dalam masa sama kita bercakap soal dan mempersoalkan mengenai masalah sosial, jati diri, adab, tatasusila dan sekarang tentang integriti,” katanya.
Menurutnya, kajian juga banyak mengaitkan gejala sosial masa kini berpunca daripada kurangnya pendidikan agama.
Mengulas cadangan Abdullah, Amini mengakui kekangan masa PdP dalam kelas antara faktor utama, justeru berharap mencari alternatif bagi mengatasinya dengan anjakan waktu.
“Jika waktu pembelajaran pagi, waktu pulang biasa 1.30 petang mungkin boleh dianjakkan masa dalam satu ke satu jam setengah. Begitu juga jika sekolah petang, mungkin boleh diawalkan daripada masa sepatutnya.
“Pendek kata perlu ada inisiatif untuk memperkasakan agama. Sepatutnya juga subjek agama Islam kini dijadikan subjek teras dan waktu pembelajarannya sama seperti subjek mata pelajaran lain. Barulah ada lebih masa untuk mendalami al-Quran dan hadis,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya penekanan sama perlu diberikan kepada subjek Pendidikan Moral untuk pelajar bukan Islam dengan menambah waktu PdP sekiranya dilihat kurang mencukupi.
Memberi komen berhubung peranan perlu dimainkan GPI, Amini berkata, guru mengajar Pendidikan Islam seharusnya kalangan mereka yang sememangnya mendalami bidang berkenaan.
“Bagaimanapun difahamkan ada disebabkan kekurangan, guru Bahasa Arab juga diserap menjadi guru Pendidikan Islam. Sedangkan guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam berbeza. Itu sebab misalnya, bila pelajar tanya mengenai muamalat, guru Bahasa Arab tak boleh terangkan.
ni apa jadi ni?????
“GPI memang perlu dari bidang Pendidikan Islam. Bukan ambil GPI sekadar mengisi kekosongan,” katanya.- http://www.sinarharian.com.my/ |
|
|
|
|
|
|
|
maka aduhai teruklah semua guru ye - semua nak dilangsaikan tugas atas bahu yg telah tersdia memikul kerja kerja mendidik
so why not kan kalau kita berdikit dikit get ourselves a good books written by those prominent islmaic scholars atau kita jimat kita berusaha dapatkan buku buku sirah at least karya
a) Safiur Rahman Mubarakpuri - The sealed necctar - ada versi baru yg BI yg cantik
b) Dr Muhammada al sallabi - ni detailed
dua buku ni untuk adults okay ada rujukan
cuma untuk budak budak ni pilih buku yg sesuai dan yg memetingkan kesahihan fakta dan adab penulisan.
yg betul betul sirah - benda ni boleh dibaca dan diceritakan pun.
kalau nak harap guru isk payahlah ...kekadang kenamainkan peranan ibu bapa juga. |
|
|
|
|
|
|
|
yeah , yang penting dalam apa apa pun bentuk penyampaian ilmu - harus diagendakan akan keberkatan, pemberi ilmu org yg berkualiti dalam segala aspek JERI - jasmani , emosi , rohani dan intelek. |
|
|
|
|
|
|
|
Cabaran getir wakaf pendidikan
02 Februari 2017 6:00 PM
SEJARAH Islam jelas membuktikan bahawa wakaf dapat menjadi sumber dana utama bagi dunia pendidikan. Terdapat banyak contoh wakaf berkenaan, sama ada dilaksanakan secara individu, institusi ataupun kerajaan.
Antara institusi wakaf di beberapa buah negara Islam yang berjaya dan terkenal adalah Universiti al-Azhar, Mesir, Madrasah Nizamiyyah, Iraq; Madrasah Al-Junied, Singapura dan Yayasan Darunnajah dan Universiti Islam Indonesia di Indonesia.
“Di Malaysia, Universiti Islam Malaysia, Cyberjaya adalah contoh terbaik bagaimana penjanaan dana wakaf pendidikan tinggi dilaksanakan.
“Begitu juga dengan langkah kerajaan menubuhkan agensi seperti Yayasan Wakaf Malaysia dan Perbadanan Wakaf Selangor bagi mengawal selia dan melaksanakan projek wakaf secara sistematik,” kata Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM), Amaludin Ab. Rahman ketika berucap dalam Bengkel Pendidikan Islam Nasional 2017 di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada bengkel anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) tu, beliau membentangkan kertas kerja bertajuk, ‘Wakaf Sebagai Instrumen Untuk Memajukan Pendidikan Ummah’. Seminar sehari itu dirasmikan oleh Yang Dipertua Yadim, Dr. Yusri Mohamad. Yang turut hadir, Pengerusi Kluster Pendidikan MAIM, Dr. Ahmad Amir Abdullah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagaimanapun, Amaludin dalam kertas kerjanya mengakui bahawa dalam melaksanakan wakaf itu wujud beberapa kekangan atau cabaran yang perlu ditempuhi. Antaranya, kata beliau, tahap pendedahan dan pemahaman masyarakat terhadap amalan itu sangat rendah apabila masih membayangkan amalan wakaf hanya berorientasikan tanah terbiar, pembinaan masjid atau kubur sahaja.
“Masyarakat Islam seharusnya menyedari konsep wakaf pendidikan adalah bertujuan untuk membiayai sesebuah institusi pendidikan dan tidak begitu mengharapkan bantuan sepenuhnya daripada kerajaan atau orang ramai.
“Jadi bagi mengembangkan dana wakaf itu, sesebuah institusi perlu mengembangkannya melalui pelaburan dalam institusi kewangan Islam seperti penerbitan sukuk (instrumen kewangan Islam), wakaf amanah pelaburan hartanah Islam (I-REIT) dan sebagainya,” katanya.
Di samping itu, institusi wakaf turut kurang mendapat sambutan dalam pasaran kerana usaha pemasaran oleh institusi wakaf tidak memberangsangkan. Kerajaan atau pihak institusi wakaf itu sendiri perlu memasarkan produk wakaf ini sebagai satu agenda terpenting bagi memastikan institusi wakaf boleh berkembang seiring dengan pasaran global.
“Kekurangan kakitangan dan tiada pengkhususan kerja serta kepakaran dalam mengurus institusi wakaf turut menyelubungi institusi wakaf di negara ini. “Sepatutnya, pengurusan secara profesional ke atas harta wakaf sangat penting bagi membuka peluang baharu dan meningkatkan kualiti serta imej institusi wakaf itu sendiri,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
MARTABATKAN 
IMEJ TAHFIZ Dalam masa sama, usaha untuk mengubah imej negatif madrasah tahfiz pada pandangan dan tanggapan masyarakat umum perlu juga diberikan perhatian sewajarnya dalam usaha menggalakkan orang ramai berwakaf.
Usaha itu perlu, kerana menurut Timbalan Presiden Persatuan Madrasah Tahfiz Malaysia, Prof. Madya Musa Ahmad, realitinya majoriti masyarakat membayangkan pondok tahfiz adalah dalam keadaan daif dan sistem pengajiannya diragui daripada aspek kualiti serta potensi peluang masa depan.
“Hal sedemikian akan menyukarkan pelajar lepasan tahfiz untuk mendapat pekerjaan terutama dalam bidang profesional kecuali menjadi imam masjid, bilal atau tugas-tugas berkaitan dengan aktiviti keagamaan.
“Malah sehingga hari ini, sebenarnya masih wujud sindiket mempergunakan pelajar sekolah tahfiz untuk mengutip derma di stesen minyak, restoran atau kawasan tumpuan orang ramai bagi pelbagai tujuan seperti pembiayaan pengajian dan pengurusan segelintir sekolah tahfiz,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Pendidikan Sekolah Pondok Dan Madrasah Tahfiz al-Quran Di Malaysia: (Realiti Dan Relevan).
Musa turut memberitahu, realiti semasa memperlihatkan bahawa pusat pengajian pondok, sekolah agama dan institusi tahfiz menghadapi beberapa kelemahan antaranya aspek pengurusan yang lemah, kurang tersusun, kekurangan infrastruktur selain kemudahan tidak memuaskan.
Di samping itu, mereka menghadapi masalah pengurusan personel dan sumber kewangan yang terhad kerana sukar untuk mendapatkan dana sumbangan.
“Semua isu dan masalah dihadapi oleh madrasah tahfiz ini adalah berpunca daripada kelemahan serta kepincangan barisan pucuk kepimpinan pondok atau madrasah tahfiz itu sendiri yang perlu diambil perhatian,” katanya. - See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.zJIFQNJX.dpuf |
|
|
|
|
|
|
|
Tadi saya baru mendengar siaran ulangan : The beauty of Arabic Language dalam IKIMfm.
Bestlah ulasan yang diberikan oleh Prof Madya Dr Kaseh Abu Bakar
i mean intipati datu ulasan tu bagus untum empower guru guru bahasa arab untuk mengambil kursus empowering the students to learn arabic ..or menanamkan kesuburan ilmu yg ilmu bahasa tak kira ap abahasa ialah lmu yg mencapah asalnya ilmu dari ? dari Allah swt jua so...u know elok platform ni ...
saya harap pada masa akan datang pihak IKIMfm dan DJ yg sama dapat mengembangkan
aspek aspek keindahan bahasa arab - dalam Al Quran - the classical arabic and bahasa arab umum
- medan makna...sebab i sedar yg kekuatan mukjizat makhnawi al quran itu adalah dalam salah satunynya pemilihan jenis dan kata Kalamullah tu ...Allah berkata kata dalam rentetan kalimah yg katanya itu mempunyai makna yg boleh difahami merentas zaman ...
sebelum ilmu sains menemui apa itu orbit, apa itu embrio, apa itu x, y and z...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|