Jika dilihat pada masa kini, masih ramai yang menghadapi kesukaran dalam menghasilkan resume yang baik, dalam menyampaikan maklumat diri, dan pencapaian yang diperolehi. Lebih merungsingkan, ada di antara kita yang meniru resume rakan-rakan, dan hanya menukarkan maklumat peribadi sahaja.
Pada asasnya, resume sememangnya sangat penting buat bakal majikan anda, untuk menilai, juga mengenalpasti individu yang benar-benar layak untuk dipanggil ke sesi temuduga. Dari sudut design pula, anda boleh sahaja membuat sendiri design resume anda, sama ada menggunakan photoshop, atau illustrator, ia akan memberikan kelainan buat resume anda.
Bagaimana pula dari sudut isi, atau maklumat di dalam resume tersebut, adakah perlu diubah, dibuang, atau ditambah dengan yang baru? Laman telah kongsikan 5 kandungan yang perlu dibuang dari resume anda, untuk tahun 2017 ini.
Mari kita ikuti kupasan yang lebih lanjut.
Ini 5 Kandungan Yang Anda Perlu Keluarkan Untuk Memberi Ruang Kepada Pencapaian Anda
1. Maklumat Sewaktu Di Universiti
Jika anda bukanlah seorang graduan yang baru tamat belajar, atau fresh graduate, maklumat mengenai kejayaan anda, atau aktiviti anda sewaktu belajar dahulu harus dikurangkan atau diketepikan, mungkin boleh diletakkan di bahagian akhir resume anda.
Kelab atau persatuan yang diceburi, dan juga CGPA anda tidak diperlukan lagi di resume anda.
2. Bahasa
Walaupun anda fasih bahasa lain, kalau jawatan yang dipohon tidak memerlukan bahasa ketiga, sebaiknya anda perlu keluarkan dari resume anda, untuk menjimatkan ruang.
3. Internship Dan Anugerah Penghargaan
Ada ketikanya kerja yang dipinta, tiada kaitan sewaktu menjalani latihan amali dahulu, jadi sekiranya ia tidak memberi kelebihan atau berkaitan, lebih baik abaikan sahaja. Tetapi, jika perlu, jangan lupa masukkan ke dalam resume anda.
4. Rujukan
Tidak salah untuk letakkan nama mereka pada resume anda, tetapi lebih baik, dan meyakinkan, jika anda boleh dapatkan rujukan anda untuk memberi ulasan akan diri anda.
Berapa lama anda bekerja di sesuatu tempat bukanlah menjadi kayu pengukur akan pengalaman yang anda miliki, ia lebih kepada andaian dalam perundingan gaji yang akan diberikan.
Bagi mereka yang baru sahaja menamatkan pengajian, boleh sahaja jadikan perkongsian ini sebagai rujukan, anda boleh lebihkan pada bahagian universiti, juga sewaktu latihan amali, kerana tiada pengalaman kerja yang khusus lagi. Tetapi, buat mereka yang telah mempunyai pengalaman kerja yang banyak, boleh mula untuk kemas kini resume anda. –
|