CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 26078|Reply: 32

BMW E39 540i ‘Raja Continental’.

[Copy link]
Post time 4-1-2017 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Enjin 2.5 liter dianggap tidak mencukupi sebelum ditukar rangkaian kuasa berkapasiti 4.4 liter V8.

Kenderaan jenama Eropah atau lebih dikenali sebagai continental menjadi pilihan utama bagi golongan elit sebagai jentera pengangkutan harian mereka.
Hadir dengan ciri mewah dan selesa, boleh dikatakan agak mustahil ia akan diubah suai atau dinaik taraf oleh pemiliknya berikutan mahu mengekalkan prestasi serta imej dalam keadaan yang asal.


Namun tidak pula bagi model BMW E39 540i dalam ruangan modifikasi kali ini.
Jentera yang sebelum ini menggunakan enjin Double Vanos bersesaran 2.5 liter dianggap tidak mencukupi bagi pemiliknya sebelum ia ditukar rangkaian kuasa berkapasiti 4.4 liter V8.
Namun, enjin itu tidak dibiarkan dalam keadaan asal. Ini berikutan ia menerima sedikit sentuhan dengan menaik taraf bagi menyalurkan lebih prestasi.


Sentuhan itu membabitkan padanan Stroker kit 4.6 Alpina dan turut kelihatan pancarongga pengambilan M60 serta Red Top Injector M60 yang digunakan pada enjin berkenaan.
Bagi pengambilan udara bersih memasuki ruangan kebuk pembakaran, enjin itu dipasangkan dengan penapis K&N. Malah, penyampaian bahan api menjadi cekap selepas menggunakan pam bahan api dari Walbro.


Talaan enjin lebih hebat dengan padanan Unit Kawalan Elektronik US Spec 2000 yang dipeta semula bagi menyesuaikan ciri rangkaian kuasa jentera berkenaan.
Kotak gear automatik yang didatangkan bersama enjin itu turut dimantapkan dengan ‘final drive’ 3.15 bagi menghantar kuasa dari enjin terus ke bahagian roda dengan lebih padu berbanding biasa.


Ciri keselamatannya ditingkatkan dengan penggunaan brek Brembo 6 pot pada bahagian hadapan, manakala 4 pot dibelakang ditambah pula pelapik tahan panas bagi memberi kuasa hentian lebih cekap.
Bagi jentera berprestasi, sudah pasti ia memerlukan tahap kestabilan berkualiti supaya kuasa terhasil tidak diganggu oleh kedudukan kenderaan yang tidak seimbang. Justeru itu, sistem suspensi boleh laras dari Bilstein PSS9 B16 menjadi pilihan bagi jentera berkenaan.


Selain enjin, penampilan luarannya kelihatan sangat mengujakan dengan padanan bampar dari M5 serta peresap gentian karbon.
Penggunaan rim M Paralel bersaiz 18 inci dibaluti tayar Dunlop Direnzza menyerlahkan lagi personaliti jentera itu. ‘Back box’ dari Remus dibahagian belakang pula memastikan pelepas karbon dari dalam kebuk pembakaran boleh disalur keluar dengan sempurna.


Sementara itu, ruang dalaman jentera itu tampak ringkas selepas dipadankan tempat duduk kulit V8 Msport, selain menggunakan stereng SMG lengkap dengan ‘paddle shift’ serta dilengkapi tombol gear M5 SMG .
Bagi menjayakan projek itu, pemiliknya memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Bavaria At Work Melaka serta Conti JDM Auto. Hasilnya, sangat mengagumkan seperti yang dapat dilihat sekarang.


Spesifikasi
Model: E39 540i.
Enjin asal: 2.5 Double Vanos.
Modifikasi Enjin: 4.4 V8, penapis udara K&N, Stroker kit 4.6 Alpina, pancarongga pengambilan M60, Red Top injector M60, pam minyak Walbro 450lph.
Elektronik: ECU US spec 2000 dipeta semula.
Gearbox: 4.4 gearbox automatik dan ‘final drive’ 3.15.
Brek: 6 pot Brembo (depan) dan 4pot (belakang).
Tayar dan Rim: M Parallel 18 inci dan tayar Dunlop Direnzza.
Suspensi: Bilstein PSS9 B16 coilover suspension kit.
Luaran: Bampar M5, peresap gentian karbon dan Remus Racing ‘backbox’.
Dalaman: Stereng ‘paddle shift’ SMG, tombol gear M5 SMG dan tempat duduk V8 Msport.
Bengkel: Bavaria At Work Melaka dan Conti JDM Auto.

Ikuti Drebar.my di: Facebook, follow us on Twitter and Instagram.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2017 10:17 AM | Show all posts

lasak BM. body keras
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2018 09:05 PM | Show all posts
Kielholtz (2-1 MMA, 2-1 BMMA) may be a stand-up specialist, but she said her judo background makes the ground game her “secret weapon.” The well-roundedness in her game is overlooked by most in her opinion, but that only makes her more confident as she attempts to surge toward another belt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2020 01:01 PM | Show all posts
Edited by BubbleFlash at 28-3-2020 01:03 PM
alexandramark replied at 25-9-2018 09:05 PM
Kielholtz (2-1 MMA, 2-1 BMMA) may be a stand-up specialist, myprepaidcenter but she said her judo background makes t ...

Thank you for the information and advice!
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2020 01:50 AM | Show all posts
site is nice...you can follow me at https://morpheustvapkdownload.com/
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2020 05:22 PM | Show all posts
interesting .... thanks for the advice and post
https://tutuapp-app.org/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2020 02:47 AM | Show all posts
Happy to be hear,  Great post and informative article. thanks for sharing https://topstorevipapp.com/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2020 08:53 PM | Show all posts
i lebih minat e30 ler
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2020 07:55 PM | Show all posts
ada sesapa boleh buka thread pasal G30?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 10:04 AM | Show all posts
ada sapa guna bmwE36 tak? abg aku nk pass kat aku sbb dia dia dpt dri company dia sbb dh lma so dia beli la dgn harga murah. bmw ni minyak kuat kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:39 AM | Show all posts
doubledecker89 replied at 25-3-2021 10:04 AM
ada sapa guna bmwE36 tak? abg aku nk pass kat aku sbb dia dia dpt dri company dia sbb dh lma so dia  ...

kereta mahal2 ni mmg makan minyak bnyak. yg dpt jimat kereta jenama malaysia mcm viva, axia, myvi, iriz apa. ikut cc enjin juga la.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2021 11:53 PM | Show all posts
doubledecker89 replied at 25-3-2021 10:04 AM
ada sapa guna bmwE36 tak? abg aku nk pass kat aku sbb dia dia dpt dri company dia sbb dh lma so dia  ...

sudah tentu lah, nama pun continental cars...apa pun mahal
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 12:03 AM | Show all posts
doubledecker89 replied at 25-3-2021 10:04 AM
ada sapa guna bmwE36 tak? abg aku nk pass kat aku sbb dia dia dpt dri company dia sbb dh lma so dia  ...

maintenance dan spare parts mahai giler...drive elok2 jgn eksiden klu tak, tak tau lah nk ckp ape dh. Spare part xde dlm Malaysia, kne order dari oversea
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 01:09 PM | Show all posts
hazael123 replied at 25-3-2021 11:53 PM
sudah tentu lah, nama pun continental cars...apa pun mahal

sadis la hidup bang. tak ambil mcm rugi org nk bgi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 01:12 PM | Show all posts
minahremp replied at 25-3-2021 11:39 AM
kereta mahal2 ni mmg makan minyak bnyak. yg dpt jimat kereta jenama malaysia mcm viva, axia, myvi, ...

ni mcm nk pkai keja la. itu tnya minyak mkn bnyk tak. kalau tak aku pakai dl kwsn perumahan ni ja la tkpun dekat2.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2021 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau aku dah bnyak duit nak swap 2jz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2021 11:49 PM | Show all posts
doubledecker89 replied at 26-3-2021 01:09 PM
sadis la hidup bang. tak ambil mcm rugi org nk bgi.

bukan apa, tp klu awk rase awk ada keyakinan boleh memiliki kete ni...go ahead lah. Duit kne standby...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 12:02 AM | Show all posts
doubledecker89 replied at 26-3-2021 01:09 PM
sadis la hidup bang. tak ambil mcm rugi org nk bgi.

kalau konfiden ambik lah kereta ni, lagipun dpt free cuma bahagian maintenance, minyak semua kne cover ah
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 12:04 AM | Show all posts
doubledecker89 replied at 26-3-2021 01:09 PM
sadis la hidup bang. tak ambil mcm rugi org nk bgi.

kalau konfiden boleh je ambik kereta ni lagipun dpt free je kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2021 12:26 AM | Show all posts
doubledecker89 replied at 26-3-2021 01:12 PM
ni mcm nk pkai keja la. itu tnya minyak mkn bnyk tak. kalau tak aku pakai dl kwsn perumahan ni ja  ...

pakai gi keja...rasenye ok lagi...tengok jugak cara pemanduan...kalau laju2 mungkin makan banyak minyak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.053171 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list