CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2682|Reply: 18

Pelanggan Berang Sudah Tiga Bulan Barang Dibeli Tak Sampai, Syarikat Dalam Talia

[Copy link]
Post time 3-1-2017 04:01 PM | Show all posts |Read mode
MASALAH penipuan dalam kalangan peniaga dalam talian semakin berleluasa apabila terdapat segelitir pihak tidak bertanggungjawab menggunakan pelbagai strategi untuk memperdayakan pengguna.

Terbaharu, hasrat beberapa orang pelanggan mahu menggayakan barangan diperbuat daripada kulit yang ditempah sejak tiga bulan lalu sehingga kini masih tidak kesampaian selepas sebuah syarikat dalam talian didakwa gagal membuat penghantaran walaupun pembayaran telah dibuat oleh pelanggan mereka.

Syarikat berkenaan, Jcosstudios, yang dipercayai berpangkalan di Singapura yang menjual barangan buatan tangan seperti kasut dan beg tangan berasaskan kulit bukan sahaja gagal membuat penghantaran barangan yang ditempah, malah turut memberi pelbagai alasan sehingga mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pelanggan.

Berang dengan pengurusan syarikat berkenaan, seorang pelanggan, Sakinah Zulkifli, 26, tampil mempertahankan haknya sebagai pelanggan apabila mendedahkan Jcosstudios gagal menunaikan janji untuk menghantar barang yang sudah dibayarnya sejak September tahun lalu. Kata Sakinah, dia telah membuat pembayaran untuk seutas beg tangan buatan tangan dari Korea berharga RM827.20 kepada Jcosstudios, namun kecewa kerana masih tidak menerima produk tersebut.

Jelas Sakinah, dia telah menghubungi pihak syarikat berkenaan untuk mendapatkan pengesahan mengenai status pembelian, namun syarikat dalam talian itu memberi pelbagai alasan seperti berdepan dengan masalah pengurusan dan kilang pengeluar. “Sejak September lalu, alasan sama diberikan oleh mereka. Pada awalnya, Jcosstudios memaklumkan kepada saya akan menyelesaikan masalah kehabisan stok itu pada pertengahan September, namun sehingga kini pihak mereka gagal berbuat demikian dan saya tidak menerima apa-apa.

“Saya juga telah menuntut bayaran balik, tetapi Jcosstudios seolah enggan memulangkan wang, tetapi terus menabur janji akan menyelesaikan isu tersebut,” katanya dengan nada kecewa. Menurut Sakinah, beberapa pelanggan lain yang berdepan dengan masalah sama bertindak ‘menyerang’ laman sosial Instagram syarikat berkenaan, namun syarikat itu memadam semua komen dan aduan pelanggan.

Tambah Sakinah, selepas berkali-kali didesak, Jcosstudios mendakwa telah menghantar email kepadanya dan beberapa pelanggan lain bagi menjelaskan masalah yang dihadapi pada awal Disember lalu. “Saya tidak terima apa-apa makluman daripana pihak Jcosstudios, yang kami terima hanyalah alasan dan tiada sebarang penyelesaian diberikan daripada mereka, termasuk mengenai tuntutan bayaran balik,” tegasnya.

Semakan juga mendapati, laman sesawang syarikat tersebut kini sudah tidak dapat diakses. Bagaimanapun, rata-rata pelanggan masih menyuarakan kemarahan mereka di entri laman sosial Instagram Jcosstudios. Beberapa pelanggan lain turut menghubungi Sakinah menerusi laman sosial Instagram selepas menyedari berdepan dengan situasi sama. Berikut mesej tersebut:



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya klu ig xda feedback cust ni.. smua gmbr2 ble dia cedok mana2, tp feedback xda, tu bahaya.. penipu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 05:19 PM | Show all posts
bayar guna apa? kalau cc ada harapan boleh dpt reimbursed kan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ai prnah kene sekali
beli tudung dr kelantan, tp tracking number xboleh track, alasan dia pos laju kelantan mmg xupdate tp brg akn smpai, last2 seminggu tgu ai bising2, mgu kedua bru dia bg refund pastu hntr jugak tdg yg ai order
bukak2 tdg xsama langsung dgn yg order, dia letak notis say sorry brg xde, dia gnti brg lain, sesuka ati
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 06:09 PM | Show all posts
Sebab tu tak minat nak beli barang cara online
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2017 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
hasniey replied at 3-1-2017 09:22 AM
ai prnah kene sekali
beli tudung dr kelantan, tp tracking number xboleh track, alasan dia pos laju  ...

itulah beza penjual ,peniaga dan usahawan. jual barang semua orang boleh jual barang meniaga tak semua boleh buat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2017 07:54 AM | Show all posts
gigahertz replied at 3-1-2017 07:55 PM
itulah beza penjual ,peniaga dan usahawan. jual barang semua orang boleh jual barang meniaga tak s ...

btl tu i setuju sgt.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-1-2017 08:33 AM | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 3-1-2017 05:00 PM
Bahaya klu ig xda feedback cust ni.. smua gmbr2 ble dia cedok mana2, tp feedback xda, tu bahaya.. pe ...

betul tu zaman skg pikir duit je...tipu tu dah kira no 2...mnyirap membe duit hangus gtu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-1-2017 08:34 AM | Show all posts
Artemesiaa replied at 3-1-2017 06:09 PM
Sebab tu tak minat nak beli barang cara online

kalau cod or dtg kdai lg baik tp tu la...bila dtg kdai bsenye hrga brg lagi mahal dri online
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 09:15 AM | Show all posts
So far i beli online tak pernah lagi ada case, kena cari reputable sellers, online purchases ni i suka sebab boleh dapat murah, plus kurangkan hassle nak pergi mall and cari barang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 10:07 AM | Show all posts
vanillaninja replied at 4-1-2017 09:15 AM
So far i beli online tak pernah lagi ada case, kena cari reputable sellers, online purchases ni i su ...

i penah kena sekali..tapi idak le sampai 5-6 ratus...
tapi ttep kecewa...

rm150 gitu...i tempah tuk 1st birthday anak i....buku kustomed la konon..dgn bantal frozen...sekali habuk pun xde..
konon nak refund balik ckp dia sakit..barang dah siap katanya...bila i kata pos jek la barang tu...dia  x pos..
pastu janji nak refund...i bg lah no akaun...sampai la ni diam...anak i dah masuk birthday yg ke dua dah pun...

sejak itu...no more kustomed la aihhh...beli aje apa yang ada...huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 12:01 PM | Show all posts
seri_mawr replied at 4-1-2017 10:07 AM
i penah kena sekali..tapi idak le sampai 5-6 ratus...
tapi ttep kecewa...

You jumpa seller ni dekat mana? Instagram ke? Followers ramai tak menentukan dorang ni trustworthy kan, some of them guna app yang tambah fake followers tu. RM150 tu still a lot of money. Kalau you active on Instagram, you follow kamibencipenipuonline. Dorang selalu disclose which ig shops yang suka buat hal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 12:07 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 4-1-2017 12:01 PM
You jumpa seller ni dekat mana? Instagram ke? Followers ramai tak menentukan dorang ni trustworthy ...

FB jek..Ig pun dia ada tapi i tak guna Ig...

al kesah kawan yang rekomen...katanya kawan dia...sudahnya...kawan i yang jadi serba salah dgn i..

FB mcm alim2 mcm boleh di percayai org komen pun mcm bagus2....sbb tu i terus buat full payment...huhuhuh...


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 4-1-2017 04:07 AM
FB jek..Ig pun dia ada tapi i tak guna Ig...

al kesah kawan yang rekomen...katanya kawan dia... ...

dodok kat dunia ni kena ada secubit rasa was was dalam semua urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:21 PM | Show all posts
gigahertz replied at 4-1-2017 03:17 PM
dodok kat dunia ni kena ada secubit rasa was was dalam semua urusan.

betul tu...giga...i setujukk...


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah bagi tahu terus. Ni bila cerita asik rahsiakan aja nama penjual tu. Baik tak yah cerita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Company tu kat Singapore ...such a lousy service:
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2017 11:54 AM | Show all posts
aku beli makeup from beauty bay.. lebih sebulan x dpt2.. email pun dok ding dong ding dong je.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2017 02:46 PM | Show all posts
aku ni so far ok lagi tapi sgt berhati-hati dgn orang meniaga online ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 03:42 PM GMT+8 , Processed in 0.076632 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list