KEHEBATAN penyanyi Yuna yang kini mengorak langkah sebagai artis antarabangsa tidak dapat dinafikan lagi.Namun, sebagai seorang artis popular, setiap pergerakan dan kehidupan sosialnya sudah menjadi perhatian peminat di dalam negara.
Terbaharu, kecoh di media sosial apabila video Yuna dipeluk dan dicium rakan artis barat ketika menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas tersebar, baru -baru ini.
Dalam video tersebut, penyanyi yang mula popular dengan lagu Dan Sebenarnya ini sedang diwawancara sebelum didatangi rakan artis lelaki, Anderson Paak dengan memeluk bahagian bahunya.
Turut kedengaran suara pengacara yang menyatakan Anderson mahu menciumnya di mulut sambil dia turut memuji penyanyi kelahiran Sungai Petani itu.
Yuna kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memeluk rakan artis tersebut sebelum lelaki itu mencium pipinya.
Tindakan Yuna dan rakan artis itu mendapat kritikan netizen kerana dianggap kurang sopan dan menjatuhkan imej wanita bertudung.
Ada juga netizen yang mempersoalkan tindakan Yuna yang seakan-akan ‘merelakan’ dirinya diperlakukan sedemikian kerana sudah tentu penyanyi itu tidak akan membiarkan artis di dalam negara malakukan perkara yang sama terhadapnya.
Insiden ‘pelukan’ membabitkan penyanyi ini bukan perkara baharu kerana sebelum ini sekeping foto dia bersama Pharrell Williams tersebar di media sosial sehingga mendapat kritikan netizen.
Pada Julai tahun ini juga, Yuna turut dipeluk erat oleh Usher ketika menyanyikan lagu duet mereka Crush yang juga mendapat kritikan peminat.- MYNEWSHUB.CC
so mcmne yuna nak elakkan pkra ni dari terjadi lagi di masa akan dtg.
aku jenis yg x kisah, janji bakat pelakon penyanyi hebat. artis, what u expect for? nk jd mcm helija helmi ka warak2 gtu sesambil muslimah barbie doll bagai?
baideway ak mmg x suke la berita2 mcm ni, jgn korang kata ak sokong yuna mcm ni plk.
Post time 14-12-2016 04:56 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Bakat ko da ok yuna..tp tula , perangai urban ko yg terlebih tu..out of topic sikit..aku tengok masa ujibakat pe tah ari tu ko pakai tudung bawal ok je xyah nak tayang2 leher..ooo da internasional kenala tunjuk leher ke
Post time 14-12-2016 05:17 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku ada tengok video tu.
Nampak mamat tu yg try nak kiss Yuna, 2x pulak tu, tapi failed.
Yuna tried her best to avoid that.
Itu dari pandangan aku la..
Post time 14-12-2016 05:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Itulah harga yg patut dibayar nk jd retis kt hollywood.. X payah nk verangan kono ummah bertudung litop pon mampu menakluk hollywood.. In your dream.. Masuk kandang kambing kena la mengembek.. Kalo iols jd yuna dh alang2 tanggal je tudung.. InsyaAllah terus teralon grammy..
Post time 15-12-2016 06:19 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Dah lama dah kan video ni since bulan lepas kan.... sah2 la si yuna tu try avoid. Dah di amarika nun mmg budaya dorang so aku x salahkan yuna. Korang pun x payah la nak jadi setajah jadian sgt kan