CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4983|Reply: 33

About Rohingyas - Penerima hadiah Nobel KECAM SUU Kyi ~ 41

[Copy link]
Post time 26-11-2016 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 31-12-2016 06:38 AM

TRAGEDI ROHINGYA KEMBALI BERDARAH
https://www.facebook.com/notes/mufti-wilayah-persekutuan/tragedi-rohingya-kembali-berdarah/813428872130427

Kami pernah mengeluarkan satu kenyataan Bayan Linnas pada 17 Mei 2015 berhubung saudara kita di Myanmar iaitu komuniti Rohingya. Dilampirkan kembali ringkasan artikel tersebut untuk tatapan dan kesedaran semua pihak.
MukaddimahTatkala kebanyakkan negara dan masyarakat umat Islam di seluruh dunia pada hari ini, ditimpa pelbagai bentuk ujian, dugaan dan tribulasi, tetapi ahamdulillah, Malaysia pada hari ini masih lagi dikurniakan nikmat keamanan dan kesejahteraan dan rezeki yang masih melimpah-ruah yang menjarakkan kita daripada kancah peperangan, musibah dan bencana alam yang begitu teruk. Nikmat yang kita peroleh pada hari ini, haruslah disyukuri sebelum kejadian melanda seperti saudara kita lain hidup dalam keadaan yang merana, kefakiran, sentiasa diburu oleh pihak musuh dan hidup dalam keadaan ketakutan. Apatah lagi yang hanya menanti ihsan dan pertolongan dari saudara yang lain hanya untuk sebuku roti atau sesuap nasi bagi mengalas perut dalam meneruskan kehidupan dengan penuh sengsara serta serba kekurangan.

Tragedi pelarian Rohingya menjadikan diri yang dhaif ini tersentak dan terpaku dalam mengimbau kenangan dan ingatan tentang musibah dan ujian yang menimpa masyarakat dan saudara seagama kita, yang tiada berkesudahan. Ya Allah ampunilah kami di atas kelalaian kami yang melupakan ujian tribulasi menimpa saudara-saudara kami.Justeru itu, Bayan Linnas pada kali ini, adalah memperingati dan menunjukkan nilai kasih sayang buat saudara Rohingya yang amat memerlukan pertolongan. Walaupun catatan ini yang begitu ringkas tetapi diharap dapat memberi sedikit kesedaran dan penghayatan buat seluruh warga Malaysia dan umat sejagat.Bayan Linnas kali ke-21 ini dengan bertajuk “Rohingya: Bantulah Saudaramu Walaupun Hanya 10 Sen”. Semoga memberi manfaat, kesedaran dan penghayatan kepada kita semua, Amin.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2016 11:18 PM | Show all posts
Siapa Sebenarnya Rohingya
Etnik-etnik Rohingya bukannya pendatang asing tanpa izin seperti yang datang dari Bangladesh, Indonesia ataupun Nepal dan dilambakkan secara haram di negara ini. Perlu jelas bahawa etnik Rohingya  sebenarnya tergolong sebagai pelarian. Wilayah Rakhine di Myanmar merupakan tanah serta negeri mereka.

Etnik Rohingya adalah kelompok minority Muslim yang kebanyakannya tinggal di Rakhine, Myanmar. Walaupun hampir 800,000 Rohingya tinggal di sana sejak turun temurun malah berabad, kerajaan Burma tidak mengiktiraf mereka kewarganegaraan mereka.

Pada tahun 1978, junta tentera Myanmar cuba menghalau mereka daripada tanah  air mereka sendiri. Ini menyebabkan ramai yang lari ke Bangladesh. Akta Kewarganegaraan 1982 yang digubal oleh tentera Junta Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai salah satu etnik di Myanmar mengakibatkan mereka ini tidak mendapat kewarganegaraan. Ini menyebabkan mereka terasing dari latar sosio ekonomi dan politik negara.

Myanmar mengiktiraf 135 golongan etnik dan etnik Rohingya langsung tidak tersenarai. Etnik ini mempunyai kampung dan tanah di Rakhine, sebuah kawasan yang kaya dengan hasil bumi seperti minyak, gas dan sebagainya dan ini merupakan salah satu usaha pihak tentera untuk mengambil tanah mereka.

Kezaliman demi kezaliman terus dikenakan kepada mereka sehingga saat ini oleh pihak kerajaan dan juga sebahagian besar golongan ‘ekstremis’ sami Buddha yang dipimpin oleh Ashin Wirathu.[1]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 11:19 PM | Show all posts
Kezaliman Terhadap Muslim Rohingya
Pembantaian dan kekejaman terhadap Muslim Rohingya di Myanmar sebenarnya bukan pertama kalinya di tahun ini, namun ianya telah berlangsung terlalu lama.[2]

Demi menyelamatkan nyawa daripada tangan-tangan yang kejam, etnik Rohingya sanggup melarikan diri walaupun terpaksa meredah ombak lautan berminggu-minggu lamanya. Keadaan itu terpaksa dilalui rakyat dari wilayah Arakan, Myanmar kerana komuniti tersebut semakin terhimpit di bumi sendiri.

Memetik kenyataan Penyelaras Bantuan Kemanusiaan Rohingya Persatuan Muafakat Kesejahteraan Rakyat (Permuafakat), Rashid Md Ali berkata, beliau antara individu berpengalaman menjaga kebajikan kumpulan itu sejak lima tahun lalu.

Menurutnya, sejak 2011 hingga kini, 1,000 pelarian mendarat di Pulau Pinang dan kemudian diserah kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR). Menurutnya, pelarian Rohingya terpaksa menempuh pelbagai ranjau bagi meneruskan kehidupan termasuk menaiki bot 12 hingga 14 hari untuk pergi ke tempat lebih selamat. “Sepanjang tempoh itu juga mereka hanya makan beras saja dan kadangkala ikat perut menahan lapar.

“Anak-anak kecil ada yang tidak berpakaian sementara golongan ibu sehelai sepinggang sahaja, memang menyedihkan, semuanya kerana demi menyelamatkan nyawa,”[3]

Begitu juga dengan perlakuan zalim lain seperti pembunuhan kejam, rogol (termasuk bawah umur)[4] dan lain-lain yang pasti meluluhkan hati kita sebagai saudara seagama mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 11:19 PM | Show all posts
Rohingya: Bantulah Saudaramu Walaupun Hanya 10 Sen.
Isu Rohingya memperlihatkan kepada kita, bahawa sejauh mana kepekaan dan kasihan belas atas ujian dan bencana yang berlaku membabitkan saudara-saudara seagama dengan kita. Keprihatinan, nilai kasih sayang dan bantuan yang dihulurkan  adalah ubat yang terbaik dalam kita mendepani isu yang besar ini. Sesungguhnya hati dan perasaan ummat Islam telah diikat dengan satu ikatan yang sesekali tidak akan putus dan berlanjutan dalam apa jua keadaan yang menimpa. Allah SWT berfirman:

  وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ  
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.” (Surah al-Maidah: 2)  
Di samping itu juga, sesungguhnya peringatan yang tegas disabdakan oleh Nabi SAW

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
"Tidak sempurna iman salah seorang di antara kamu hingga dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari, no. 13)

Mereka menginginkan keamanan, kedamaian dan ketenteraman. Itu juga yang kita inginkan dalam kehidupan kita di sini. Maka, itulah yang wajar kita sedari dan hayati bersama. Seorang Mukmin dengan Mukmin yang lainnya bagaikan satu jiwa, jika dia mencintai saudaranya maka seakan-akan dia mencintai dirinya sendiri.

Semoga kita tidak termasuk dalam golongan yang mengabaikan dan tidak prihatin terhadap sesama Islam. Sebagai mengukuhkan kenyataan di atas, dalam sabdaan Baginda SAW yang lain dinyatakan:

  مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ  
Maksudnya: “Siapa yang membantu menyelesaikan kesulitan seorang mukmin dari sebuah kesulitan di antara berbagai kesulitan-kesulitan dunia, niscaya Allah akan memudahkan salah satu kesulitan di antara berbagai kesulitannya pada hari kiamat. Dan siapa yang memudahkan orang yang sedang kesulitan niscaya akan Allah mudahkan baginya di dunia dan akhirat dan siapa yang menutupi (aib) seorang muslim Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong hambaNya selama hambaNya itu menolong saudaranya.” (Riwayat Muslim, no. 2699)     
Peringatan dan renungan yang disabdakan Nabi SAW ini adalah satu sikap tanggungjawab dan keprihatin seluruh ummat Islam. Baginda sendiri menunjukkan contoh apabila seorang perempuan yang beragama Islam dicabul kehormatannya oleh orang Yahudi di Madinah, maka Rasulullah SAW mengambil tindakan yang tegas menghalau suku Yahudi itu dari bumi Madinah. Inilah penegasan Nabi SAW terhadap maruah dan nyawa umatnya.

Di samping itu juga, penekanan dan penegasan Nabi SAW terhadap seluruh umatnya tentang betapa mustahak dan pentingnya untuk membina dan mengikat tali persaudaraan sehingga terpahat dalam sanubari kita. Perkara ini hanya mampu difahami oleh mereka yang benar-benar mencari dan mendalami akan suruhan Baginda SAW. Ini amat sukar untuk dihayati dan disemai dalam jiwa kita.

Dalam peringatan ini, Nabi SAW amat menitik beratkan nilai kasih-sayang dan amalan tolong-menolong. Nilai yang disemaikan oleh Baginda SAW ini kepada sahabatnya yang lain, seharunya dijadikan suri teladan buat kita semua. Berasaskan nilai inilah, Islam mampu untuk menakluk hampir keleuruh pelosok dunia. Dengan berbekalkan iman yang mantap dan persaudaraan yang teguh mampu untuk membuka kota besar seperti Rom dan Parsi. Oleh itu, nilai tolong-menolong dan belas ihsan adalah satu nilai yang teramat mulia dan penting untuk kita semaikan ke dalam diri setiap insan.

Nabi SAW bersabda:
  انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا . فَقَال رجلٌ : يا رسولَ اللهِ ، أُنْصُرُه إِذَا كَان مَظْلُومًا ، أَفَرَأَيتَ إِذا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أنصُرُه ؟ قَالَ : تحجِزُه ، أَوْ تُمْنِعُهُ ، مِنَ الظلمِ فإنَّ ذَلِكَ نَصْرُه   
Maksudnya: “Tolonglah saudara kamu yang zalim atau yang dizalimi” Berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulullah, aku akan menolongnya jika ia dizalimi, bagaimana pula aku akan menolongnya jika dia seorang yang zalim?” Jawab Baginda: “Engkau boleh menahannya daripada melakukan kezaliman, maka yang demikian bererti engkau menolongnya.”. Riwayat Bukhari (6952)  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 11:20 PM | Show all posts
Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan
Isu Pelarian Rohingya yang membanjiri perairan negara serantau dan Malaysia perlu dipandang serius. Tragedi yang berlaku ini begitu menginsafkan kita, bukan isu sempadan, bangsa, warna kulit sahaja tetapi isu kemanusiaan dan insani yang wajib diberi bantuan.

Kita sering kali mengambil ringan terhadap isu yang berlaku ke atas saudara kita di atas alasan persempadanan dan perbezaan geografi, namun lebih jauh daripada itu, nilai persaudaraan seagama dan seakidah telah membuka sempadan dan merentasi seluruh benua.

Nilai agama ini seharusnya dihayati bersama oleh seluruh umat Islam, jangan kita biarkan saudara kita dalam keadaan keperitan di tengah samudera tanpa makanan dan minuman yang hanya mengharapkan Tuhan. Ingatlah yang musuh sentiasa cuba menindas musuhnya yang diibaratkan seperti seekor serigala yang membaham seekor kambing secara rakus. Bencana dan ujian yang menimpa mereka turut juga dirasai oleh kita bersama.

Sesungguhnya agama Islam ini merupakan satu rahmat buat seluruh umat manusia. Nilai kasih sayang, bantu-membantu dan bekerjasama merupakan elemen yang begitu penting di dalam Islam. Umatnya disuruh untuk menolong manusia dalam kesempitan, memberi perlindungan kepada yang lemah dan menghulurkan kepada yang memerlukan. Oleh itu, marilah sama-sama kita tanamkan azam untuk sama-sama kita menghulurkan segala upaya yang ada bagi meringankan beban dan kesempitan saudara-saudara kita, dan ini akan dapat menjarakkan kita daripada neraka Allah SWT, seperti mana Nabi SAW bersabda:
  اتَّقوا النَّارَ ولو بشقِّ تمرةٍ
  Maksudnya: “Jauhilah api neraka, walau hanya dengan bersedekah sebiji kurma.” (Riwayat al-Bukhari, no. 6540)   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 11:20 PM | Show all posts
Antara jalan dan cara yang dapat kita hulurkan bantuan buat saudara Rohingya adalah:
Membuka tabung khas untuk Rohingya dalam isu ini.Masjid di seluruh Malaysia menggunakan tabung pada hari Jumaat sebagai bantuan dan sedikit kempen kesedaran untuk tujuan itu.
Majlis Agama atau Baitul Mal dijadikan sebagai tempat pengumpulan dana dan pengagihan bantuan kepada masyarakat Muslim Rohingya.
Menggesa pihak OIC untuk dalam mengambil tindakan yang sewajarnya untuk membantu perlarian Rohingya yang tiada arah tuju sehingga berkampung di lautan samudera.
Menggesa pihak Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memainkan peranan yang lebih aktif dalam memberi tekanan dan mendesak kerajaan Mynmar.

Saya yakin dengan hati budi masyarakat Malaysia yang cepat tersentuh jiwanya apabila berlakunya ujian dan tribulasi ke atas saudara segama dengan kita. Justeru itu, marilah kita melakukan tindakan dengan bantuan yang seadanya untuk disampaikan kepada masyarakat Rohingya di atas dasar saudara seagama dan simpati yang mendalam terhadap hak insani.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 26-11-2016 11:21 PM | Show all posts
Penutup
Ya Allah, Tuhan Rabb al-‘Alamin yang berkuasa setiap atas sesuatu yang bersifat Maha Pengampun , ampunlah dosa kami atas kecuaian dan ketaqsiran kami dalam membantu saudara-saudara kami.

Ya Allah, selamatkanlah saudara kami dari mehnah tribulasi dan ujian yang sedang mereka hadapi. Semoga kabus dan gerhana kehidupan mereka akan diganti dengan cahaya dan sinar harapan untuk terus hidup dengan sempurna dan selesa.

Saya pernah ke Makkah beberapa tahun dahulu pada musim Ramadhan dan isu Rohingya telah di doakan oleh Imam Makkah dan Madinah ketika solat tarawih. Ini menunjukkan isu ini diberi perhatian penuh oleh masyarakat Islam dunia. Rintihan mereka telah menjadi igauan buruk kepada denyut nadi umat Islam yang lain, yang seolah-olah sama-sama merasa kesakitan tersebut. Ini kerana nilai ukhuwwah dan mahabbah begitu ampuh dan utuh. Benarlah sabda Nabi:
مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ؛ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى
Maksudnya: Perumpamaan sesama Mukmin pada kasih sayang, rahmat dan Ihsan seumpama sebuah jasad. Apabila salah satu anggota mengadu sakit, maka anggota yang lain berjaga malam dan demam. Riwayat Bukhari, no. 6011, Muslim, no. 2556)

Sekali lagi, saya tegaskan di sini yang bahawa isu Rohingya yang terkena kepada saudara kita adalah tanggungjawab kita bersama dalam menghulurkan bantuan walaupun hanya 10 sen cuma.

Semoga usaha yang kita lakukan ini mendapat pahala di sisi Allah SWT dan dikira sebagai amalan jariah yang diterima untuk bekalan dunia dan akhirat kita. Amin. Sekian. Terima Kasih Malaysia.

Akhukum Fillah,
DATUK DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI
Mufti Wilayah Persekutuan
17 Mei 2015 Bersamaan 28 Rejab 1436
_____________________________________
[1] Rujuk http://asianhistory.about.com/od/As...; http://www.utusan.com.my/berita/kom...;
[2] Rujuk http://www.asiasentinel.com/society...; http://www.cidcm.umd.edu/mar/chrono...; http://reliefweb.int/sites/reliefwe...  
[3] Rujuk http://www.sinarharian.com.my/semas...
[4] Rujuk http://www.rohingyablogger.com/2012...
[5] Walaupun demikian, maksud hadith ini adalah benar. Al-Quran dan al-Sunnah memerintahkan kita untuk saling tolong dan membantu sesama kaum muslimin dalam kebaikan dan ketaqwaan.
[6] Rujuk http://www.bernama.com/bernama/v8/b...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 11:24 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-11-2016 11:33 PM

i  am alhamdulillah sangat berterima kasih kerana diingatkan untuk membuka thread tentang saudara  seislam kita  - rohingya by someone this morning. Bless you  dear for this.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2016 11:29 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 26-11-2016 11:35 PM

i just wondering apa Suky yii buat ? okay tak leh buat apa - anything ??? at all... yg effective? dialogue? talks?  sebab ia wilayah tentara  ke ape ke  Rakhine ni   ?

okay - apa resolusi UN Security Council ? - no askar pengaman? ban ki moon ? buat apa? oh this is really like kofi annan era kan ...

this is like Bosnia already .  Bosnia revisited.

habis  abad ini  - abad ganyangan umat umat  islam ...seperti buih kan?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 11:49 PM | Show all posts
banyak ye genocide - yg palestine tu dah tak payah cakap lah
then those desert storms , desert shields, wmd, Bosnia. Chechnya, Suriyah/ syria..etc etc...

actually perang khandak tu dulu  adalan cubaan genocide . kalau kita lihat  kekuatan ketumbukan tentera - puak ghaftaan, The  Qs tribes - uraizah, qainuqa  dan ....satu lagi...Mecca group ...habis Madinah kalau Allah tak tolong...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 11:52 PM | Show all posts
OIC Expresses Concern at Deteriorating Situation in Rakhine State, Myanmar


Date: 22/11/2016

Organization of Islamic Cooperation (OIC) expresses grave concern at the deteriorating situation following the ongoing security operation in Rakhine state, Myanmar. Reports have been received of serious human rights violations against innocent Rohingya civilians including torture, rape and summary executions. The OIC expresses further its concern that the destruction of homes and mosques has forced tens of thousands to flee their villages and the subsequent blockade in the region has also left many in the area facing acute shortages of food, water and essentials.

The OIC Secretary General, Dr. Yousef A. Al-Othaimeen called for an immediate cessation of violence and urged the authorities of Myanmar to ensure that the security services act in full compliance with the rule of law and to allow humanitarian aid agencies access to the affected region to provide needed relief to the victims. He further called upon the Government to abide by its obligations under international law and human rights covenants and take concrete steps to prevent the further deterioration of the crisis in Rakhine state.

Other Press
Turkish President receives the Secretary General and congratulates him on his election
OIC Condemns the Terrorist Bombings in Turkey’s Adana and Şırnak Provinces
OIC Secretary General’s Statement on the International Day for the Elimination of Violence against Women
OIC Supports Role of Women in Peace Processes
OIC Secretary General Calls on Member States to Support Achievement of IBU Objectives
The Secretary General Commends Role of COMCEC in Advancing OIC Developmental Initiatives
OIC Expresses Concern at Deteriorating Situation in Rakhine State, Myanmar
Al-Othaimeen Appreciates Saudi Ministerial Council’s Decision to Establish Headquarters for OIC Human Rights Commission
OIC Strongly Condemns Barbaric Strikes on Aleppo
High Level EU Commission Delegation Visits OIC General Secretariat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2016 11:54 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2016 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2016 04:29 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 29-11-2016 04:32 AM

the west championed her and her struggles during the last few decades....kononnay teruk benar kurungan dalam rumah.

so sekarang  apa  THE LADY buat - even a film was made about her  hmm so sekarang ...

Dakwa Suu Kyi!Kerana benarkan penghapusan bangsa Rohingya

29 November 2016 12:21 AM







Suu Kyi














































So apa anak Jeneral aung san ni buat selama ni ? ini kita banggakan the lady ni ?

RAKHINE 28 Nov. - Kaunselor Myanmar, Aung San Suu Kyi patut diheret ke muka pengadilan atas kesa-lahan menghalalkan penghapusan bangsa etnik Islam Rohingya di negeri Rakhine.

Pendakwaan terhadapnya per-lu dibuat sebagaimana kekejaman oleh pemimpin Khmer Rouge sewaktu rejim Pol Pot antara tahun 1975 sehingga 1979 dan ketua tentera Serb Bosnia, Ratko Mladic yang melancarkan perang pembersihan etnik Bosnia semasa perang 1992-1995.

Pengasas Pertubuhan Dictator Watch, Roland Watson yang dipetik oleh Arakan News Agency berkata, Suu Kyi perlu dipertanggungjawabkan kerana mengetuai pembunuhan Rohingya serta menanam sentimen dalam kala-ngan rakyat negara ini bahawa etnik Islam itu perlu dihapuskan.

Katanya, asas ideologi rejim Myanmar yang bersifat perkauman dan memperlihatkan penduduk Buddha diletak pada pe-ringkat paling tinggi masyarakat, membenarkan etnik minoriti lain diperlakukan sesuka hati dengan apa cara sekalipun.
“Bagi pembunuhan beramai-ramai, pihak berkuasa telah menghasut serta menggalakkan etnik Rohingya dihapuskan dan membuka jalan kepada serangan ke atas komuniti itu,” katanya.

Pada masa sama kata Watson, satu siasatan oleh pakar perundangan dari International State Crime Initiative di Universiti Queen Mary London merumuskan bahawa etnik Rohingya menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai dan Suu Kyi me-ningkatkan lagi penyeksaan me-reka.

Laporan siasatan itu menyatakan, Suu Kyi membisu tentang perkara itu sebaliknya menggunakan taktik penafian dan melarang sepenuhnya pemantauan antarabangsa, mengehadkan bantuan kemanusiaan selain menyenarai hitam dan mengusir aktivis hak asasi manusia dari Myanmar.
Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), John McKissick pula berkata, tindakan Suu Kyi yang berdiam diri me-nguatkan cengkaman kuku besi tentera dan pengikutnya yang bersifat perkauman.
Ketika Myanmar mendapat desakan negara ASEAN untuk bertanggungjawab atas kekejaman Rohingya, Suu Kyi dilapor menangguhkan kunjungan ke Indonesia yang sepatutnya dibuat Rabu hingga Ahad ini.
Pegawainya, Aye Aye Soe tidak menyebut alasan keselamatan sebagai punca lawatan kerja itu dibatalkan, namun memetik tentang kekacauan di Rakhine dan negeri Shan sebagai faktor utama.
“Kunjungan ke Indonesia akan ditangguh ke satu masa yang akan diumumkan kelak,” kata-nya. – AGENSI/AFP


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.GT8xr9fx.dpuf


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2016 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik.melayu yahudi asli pulak dh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2016 06:49 AM | Show all posts
Mapim desak agensi dunia tekan Myanmar
29 November 2016 6:00 PM
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/mapim-desak-agensi-dunia-tekan-myanmar-1.413750#sthash.8lQeO2GO.dpuf


MAJLIS Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendesak agensi antarabangsa, serantau dan ketua-ketua negara menekan kerajaan Myanmar agar siasatan bebas dilakukan bagi mendakwa pihak bertanggungjawab melakukan kekejaman terhadap masyarakat Rohingya.

Presidennya, Mohd. Azmi Abdul Hamid berkata, berikutan serangan besar-besaran yang dilancarkan, pelarian Rohingya meningkat kepada lebih 20,000 sejak Oktober lalu dan kebanyakannya cuba menyelamatkan diri di kawasan hutan atau sawah padi.



“Myanmar dan militia Rakhine menyerang perkampungan Rohingya. Kanak-kanak dan wanita turut menjadi mangsa. Banyak kes pembunuhan bayi dan wanita Rohingya dirogol yang dilaporkan berlaku di kawasan sasaran operasi tentera,” katanya.

Manakala puluhan ribu warga Rohingya lain tambahnya, cuba menyelamatkan diri ke Bangladesh namun sempadan ditutup dan pihak keselamatan negara berkenaan menghalau pelarian terbabit sehingga ramai yang memilih melarikan diri melalui laut.




Beliau turut meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) agar mendesak Bangladesh membuka sempadan supaya mangsa pelarian Rohingya dapat mencari perlindungan dan disalurkan kepada agensi kemanusiaan agar bantuan dapat diberikan kepada mangsa.
Jelas Mohd. Azmi, keadaan di Arakan dilihat bakal menjadi seperti situasi di Gaza malah lebih parah.




“Ribuan warga Rohingya , kanak-kanak, wanita dan orang tua terpaksa menyelamatkan diri tanpa kepastian di mana tempat yang selamat untuk dituju. Berbanding Gaza, keadaan di Arakan lebih parah kerana warga Rohingya sama sekali tidak mempunyai perlindungan dan tidak memiliki sebarang keupayaan mempertahan diri.
“Bangladesh pula bertindak seperti Mesir yang menutup sempadan di pintu Rafah, manakala Bangladesh menutup sempadan dengan Myanmar di sepanjang sungai Teknaf.

“Laporan mendapati pelarian Rohingya yang cuba menyeberangi sempadan di sungai Teknaf dihalang tentera Bangladesh dan ditolak semula ke Myanmar, sedangkan tentera Myanmar pula memburu mereka untuk ditangkap dan ada yang dibunuh,” katanya.
Pembunuhan bayi dengan kejam dan dicampak ke dalam api sedang membakar perkampungan Rohingya menunjukkan kezaliman tentera Myanmar sudah berada di kemuncak.


Serangan dilancarkan tentera Myanmar melibatkan tentera darat, laut dan udara di seluruh daerah Maungdaw. Hingga kini, Arakan terus terkepung dan pembunuhan diteruskan melalui operasi tentera Myanmar.
Azmi berkata, beribu-ribu askar Myanmar sudah dihantar ke kawasan berkenaan menggambarkan seolah-olah Myanmar kini sedang berada dalam keadaan perang.


Malah tambahnya, Mapim turut mendapati penggunaan senjata berat seperti pelancar roket dan helikopter penyerang adalah petunjuk betapa tentera Myanmar bukan bertujuan memburu kumpulan tertentu tetapi bertujuan menghapuskan semua etnik Rohingya di seluruh Myanmar.
“Pembakaran puluhan perkampungan dan ribuan rumah warga Rohingya termasuk masjid oleh tentera Myanmar sudah menjadi laporan media yang diketahui seluruh penghuni dunia. Nampaknya kali ini pembersihan etnik Rohingya sedang dilancarkan.


“Soalnya di mana agensi-agensi besar dunia. Kenapa agensi antarabangsa masih membiarkan kezaliman ini berterusan? Dunia diam membisu terhadap keadaan ini menunjukkan wujud diskriminasi. Ternyata delegasi PBB yang dihantar sebelum ini tidak membawa sebarang kesan,” katanya.
Sebaliknya beliau berkata, terdapat laporan bahawa ramai warga Rohingya yang diugut, ditangkap, disumbat ke dalam penjara dan diseksa setelah delegasi PBB keluar dari kawasan yang dilawati.



“Kami menuntut tindakan antarabangsa yang lebih berkesan mesti dilakukan sebelum keadaan menjadi lebih parah. Sekatan ekonomi ke atas Myanmar perlu dikuatkuasakan segera jika dunia mahu melihat keadaan kemanusiaan di Myanmar tidak menjadi lebih buruk,” tegas Azmi.
Keadaan kini jauh lebih parah daripada insiden pada 2012 sebelum ini kerana serangan ke atas kampung-kampung Rohingya dilancarkan bersama tentera.

Tag Berkaitan
- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana/agama/mapim-desak-agensi-dunia-tekan-myanmar-1.413750#sthash.8lQeO2GO.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2016 05:44 AM | Show all posts
aku sokong kalau diberikan pulau utk dijadikan wilayah rohingya di malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2016 05:45 AM | Show all posts
seelok-eloknya orang rohingyas diberikan status warganegara supaya mereka tidak terus ditindas org org kafir yg dilaknat...! hidup rohingyas..! hidup islam...!
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 06:57 PM | Show all posts
masjid dibakar? iya kaa?  


nie bukti masjid dibakar kat myanmar   


Mosques in Burma or MyanmarFrom Wikipedia
Konyoe Mosque, Mandalay, Burma








Panthay (Burmese Chinese Muslim) Mosque, Mandalay, Burma



Bengali Sunni Jameh Mosque, Yangon



Burma – Hpa An Mosque and Taxi Fleet


Mawlamyaing – Mosque
Mosque – Bhamo, Myanmar Burma





















From Myanmar Muslim.Net, Sule Pagoda and Sunni Jameh Mosque, Yangon






Muslim Boys Outside Their Mosque










The end of a long line of monks (ordered by height but followed up by an elder) crossing in front of one of Yangon’s mosques.




The Mosque at the background of the Sule Paya, Rangoon  







eatery and mosque


Sunni Mosque of Molmein
Mosque in Kengtung
I was just walking around Mandalay, and visited a mosque. i chatted with this man in broken english, and he went home and brought back presents for me, a back scratcher and a cheroot cigarette. looking for a present to give in return, 2 days later i came back and gave him a small bar of soap that i had with me from the states. it’s hard to tell from the photo, but his body is covered with all sorts of interesting tattoos.









Note the word “Allah” in arabic. Probably a small mosque- central Myanma

Comment: I am not sure because some houses also even hang the decorated calagraphied Allah pictures but mostly in their houses.


A mosque in Yangon

Mosques (Pelly)  in Yangon (Masjid-masjid di Yangon, MYANMAR)
Moslem community in Myanmar is quite sizeable that almost every town got at least one mosque to cater for Moslem community of which I reckon almost 10-20% of the entire population of Myanmar. They are rather self-sufficient community with respect to relationship to Allah (“hablumminannas“). Internally, their house of worship (masjids) are well decorated, with carpets and most with air conditioners or at least ceiling fans. Externally you may not recognize that it is a masjid as the small entrance blended well with old shophouse, but the entrance could lead to a modest prayers hall. This is true for masjids in downtown area where space is a limitation. Some masjids outside the downtown may have some exception. Masjids also serve as a community center and a place for learning Islam for young and adult alike. Quranic and fardhu ain classes are common sights in most masjids. Jemaah Tabligh is the most active dakwah group here. There are many Islamic organizations in Myanmar but most are lesser known, apart from Ulama Council (Majlis Ulama). Ulama Council is the body which issues and perhaps monitors halal certification for foodstuff manufacturers in Myanmar.
Myanmar is a deep Buddhist country, so other religions take backseat. Mosques expenses come mainly from public donation and wealthy moslem businessmen. Despite assurance of freedom of worship, discrimination by religion prevails.
Here are some collection of mosques in Yangon, MYANMAR that I have been during my short assignment in Yangon. I will update this post from time to time insyallah. Mosque (or masjid in Arabic or Malay) is called pelly in Myanmar.  If you say “Petchampek pelly thuwa may” to a local taxi driver, it means “let’s go to Petchampek Mosque”. Moslems are called as kalla by non-moslems in Myanmar, the word itself carries a derogatory meaning, so I was informed.

Masjid Sunni Bengali, Yangon Downtown.

1. Masjid Sunni Bengali – probably the most popular among tourists and business travellers  as it is located in the heart of the city, along Sule Pagoda Road. It is 5-min walk from Traders Hotel and about 10-15 min walk from Bogyoke Market (Scott Market). Friday prayers time is the busiest. Prayers hall is air-conditioned. Sule Pagoda is just right in front of it. Halal restaurants are aplenty around the mosque. Just ask locals. UN Representative Mr Ibrahim Gambari offered prayers here when he was in Yangon in 2008 negotiating the release of Daw Aung San Su Kyi with the Myanmar military government.

Masjid Kambek, Yankin Township, Yangon

2. Masjid Kam Bek, Yankin Township, Yangon – located off main road in Yankin township in a quiet neighborhood among big houses with high fencing. Down the same road, there is a Catholic church. This mosque is about 20 min drive from downtown. Take Kabaye Pagoda Road toward the airport and turn right after Sedona Hotel.

Masjid Chulia Dargah, Yangon


Inside Masjid Chulia Dargah, Yangon

3. Masjid Chulia Dargah, Yangon — located right in front of Bogyoke Market (Scott Market), along Aung San Road. For heavy shoppers if you run out of time, just stop by here (males only). Hotel Central, Hotel Traders and Malaysian Airlines Office is are all next to this mosque. Dargah means a tomb for a pious man where people come to pay respect. Don’t know who he was. May God bless his soul. Nice decoration inside — main prayers hall is air-conditioned.

Masjid Sunni Poja, Yangon


Inside view of Masjid Sunni Poja in Yangon

4. Masjid Sunni Poja, Yangon — located in the Yangon downtown area, near Anawhartha Road.  Founded by Pooja people from northern India who came to Myanmar either as traders or soldiers during British occupation in 1930s.  All Sunnis in Yangon are mainly Hanafi sect followers. They all observed more or less the same prayers time (azan and solat time).

Masjid Soorthy, Yangon

5. Masjid Soorthy, Yangon Downtown — located in the Yangon downtown area, near Chinatown. Another nicely-decorated masjid, fully air-conditioned, constructed by Gujerati people from India.
6. Masjid Petchampek, Yangon — this masjid is located along Upper Pansodan Road, near Aung San Stadium and the main railway station. A big moslem community in the township of Mingalar Taung Nyunt is next to it. Dr Mahathir Mohamed, ex- Malaysian Prime Minister was said to have offered solat Jumaat here during his visit to Myanmar some times ago.  The masjid was itself a historical site in a way. It was a target site for militant bombing in late 1990, and as result half of the building was destroyed, but never repaired since then.

Main entrance of Masjid Jamek Cholia, Yangon


Multipurpose hall next to the main entrance to Masjid Jamek Cholia


Prayers hall in the Masjid Jamek Cholia, Yangon

7. Masjid Jamek Cholia, Yangon — located  on narrow Bo Sun Pat Street in the downtown area. Very close Masjid Sunni Bengali (see above). The masjid has a mutipurpose hall for rent to muslims to conduct their activities including wedding, meeting and training. Many stalls selling halal food and drink at the entrance — very lively everyday after solat Asar as jemaah enjoy evening air with a sip of lempe-ye (tea with milk) waiting for Maghrib prayers.

Minaret of a masjid near Tamwe.


Inside Masjid Jamek Tamwe in Yangon


Jameah Arabia Darul Ulum next to Masjid Jamek Tamwe in Yangon

8. Masjid Jamek Tamwe, Yangon – located in Tamwe Township, about 15 min drive from downtown area. Tamwe is home to many moslems in Yangon. They are 3 masjids — may be more — in the Tamwe township. Masjid Jamek Tamwe is located near the famous Tamwe junction. The masjid is considered big if you add a madrasah tahfeez, Quranic classes and the old moslem cemetery behind the masjid.  A renowned moslem scholar from Makkah was said to have been died and buried here.

Inside Masjid Jamek Bengali, Yangon


Minaret of masjid Jamek Bengali, Yangon

9. Masjid Jamek Bengali, Yangon — No doubt that this is one of the big masjids with a distinctive mosque design, looking from outside. It is located along the road leading all the way to the downtown area. The masjid is surrounded by moslems living in the apartments. Only 10 min drive from the downtown.

Mogul Hall is Syiah masjid

10. Masjid Syiah, Yangon – located at the busy road in the downtown area.  Never been there, so do not know how they pray. It is actually a Syiah — a sect of Islam considered deviationist by maintream Islam — community center.

Myanmar Islamic Council HQ in Yangon

11. Islamic Council HQ, Yangon — located along Bo Sun Pat Street in downtown Yangon. I don’t have any info on this Islamic body — its organization structure, their objectives and the members. Just came across the office and snapped the photo.
12. Masjid Ranauk, Yangon — located in the moslem area of Myagone in the township of Mingalar Taung Nyunt. It is
13.  Masjid at 8th Mile (Pyay Road), Yangon — located conveniently on Pyay Road (old name= Prome Road) at Kabaye Pagoda Road, one of the busiest intersection in Yangon, between Yangon Airport and downtown. This is a small masjid hidden behind the row of old shop houses.  A famous shopping center known as Junction 8 is just across the road. This is a site for bomb blast by separatist group (as claimed by the Government) a couple years back.  Yangon Hotel is only one -min walk.  Downtown  area is about 30-minute drive away from here.


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Atheist.1 replied at 8-12-2016 06:57 PM
masjid dibakar? iya kaa?  



Rohingya berkumpul di Yangon kah?

Muslims di bandar2 besar terutama Yangon hidup mcm tak pernah adanya kaum rohingya-muslim tertindas. Ala2 org mid east yg bermastautin di Sydney ka, Melbourne ka. Aman gitew, sekadar kena jeling2 sekali-sekala.

Penindasan, dan klu ada masjid terbakar, berlaku jauh dari civilisation.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:15 AM GMT+8 , Processed in 0.116127 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list