Anda inginkan latar belakang yang cantik untuk gambar anda tetapi bosan dengan hiasan bertemakan bunga? Anda boleh menggunakan tisu untuk menghasilkan latar belakang yang cantik dan kreatif. Di sini kami ada menyediakan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan latar belakang untuk photobooth majlis perkahwinan anda.
Bahan-bahan yang perlu ada : - Dawai mata punai
- Tisu
- Kayu pancang – ikut lebar dawai mata punai
- Paku simen
- Paku kecil 2 inci
- Playar
Cara-caranya : - Potong dawai mata punai selebar 7 kaki.
- Kemudian, ambil tisu dan buka lipatannya satu persatu.
- Seterusnya, ambil tisu yang telah dibuka lipatannya dan sumbatkan bahagian tengah tisu pada lubang dawai mata punai. Kembangkan sedikit tisu yang telah disumbat tadi. Anda boleh mengubah suai jarak antara tisu mengikut rimbunan tisu yang anda mahukan.
- Gunakan paku simen untuk lekatkan kayu terus pada dinding simen.
- Ketuk paku kecil sebanyak yang mungkin sepanjang kayu tersebut dengan jarak setiap paku adalah seinci.
- Akhir sekali, angkat perlahan dawai yang penuh dengan tisu dan sangkutkan pada paku tadi. Photobooth anda telah sedia untuk digunakan. Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk menghias pelamin perkahwinan anda.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|