CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23412|Reply: 126

NOVEL~ Jadilah Kekasihku Selamanya

[Copy link]
Post time 25-10-2016 10:25 PM | Show all posts |Read mode
MEMPERSEMBAHKAN



Jadilah Kekasihku Selamanya.
Semua gadis, dengarkanlah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Ku bukannya pertama ku bukannya pelakon
Yang boleh membawa watak setiap orang lain
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Ku persembahkan semua yang tersirat di hati
Bila dikumpulkan semua menjadi bentuk hati
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah isteri kepada diriku
Jadilah kekasihku selama-lama
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Bila sudah bersama saat aku mulakan
Ku curah kasih seluruh jiwaku untukmu
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Payungmu dari hujan ku jaga tiap detik
Ku korbankan jiwa ragaku kepadanya
Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah
Yang tahu warna putih dan warna merah

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah cintamu dan cintaku satu
Jadilah isteri kepada diriku
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Selagi nyawa ini dikandung badan satu
Ku cinta padamu
Selagi itu aku takkan henti mencintaimu
Mengahwinimu

Selagi nyawa ini dikandung badan
Selagi hayat ini masih berdiri
Selama itu aku takkan henti
Mencintaimu

Jadilah cintaku dan cintamu satu
Jadilah isteri kepada diriku
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Jadilah isteri kepada diriku
Jadilah kekasihku selama-lama
Ku cinta padamu
Ku ingin mengahwinimu

Ya sayang
Kita akan terus bersama

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Ku hanya insan pencinta namanya
Yang tahu warna putih dan warna merah

Dialah kekasihku selama-lama
Dialah kekasihku selama-lama
Dialah kekasihku selama-lamanya


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-10-2016 10:25 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 25-10-2016 09:48 PM

PROLOG

Di bilik mesyuarat,
Isnin 2016,
Jam 12.00 tengahari.

Naurah menolak kasar pintu dan berlalu keluar dengan gaya tidak berpuas hati. Terasa bahang sungguh di bilik mesyuarat tadi. Dingin dari aircond langsung tidak mampu menyejukkan tubuh dan hatinya saat ini. Dia menghempas fail dan menghenyak punggung bersama perasaan yang berdongkol-dongkol dijiwanya.

Kenapa dia yang terpilih? Sebab aku ni perempuan? Huh!

Rakan setugas yang berhampiran pun tidak berani menegur. Masing-masing hanya saling berpandangan, mengangkat bahu dan jeling-menjeling sebagai isyarat bisu enggan bersuara jika memperkatakan tentang rakan mereka yang seorang itu. Bila datang angin puting beliungnya memang terasa seakan sekeliling dilanda bencana. Lebih-lebih lagi bila rakan mereka ini berdepan dengan… si dia.

“Tahniah Encik Khalif atas pembentangan tadi. Sangat menarik dan sekaligus dinaikkan pangkat sebagai Pengurus menggantikan Encik Helmi kita yang nak bersara ni.” Bahu Encik Helmi ditepuk mesra oleh atasannya. Khalif pula tersengih. Dalam hati sudah bersorakkan.

“Terima kasih Datuk atas kepercayaan Datuk pada saya. Ini adalah sebahagian dari tugas saya untuk capai apa yang Datuk inginkan. Always be the best.”

Mereka saling berjabat tangan dan Khalif mengalih salamnya ke tangan Encik Helmi pula.

“Tak silap kita pilih Encik Khalif menggantikan tempat saya Datuk. Sentiasa maju ke depan. Tapi…”

“Ya, saya faham. Bukan Naurah tak bagus dan bukan juga sebab gender. Kiranya Cik Naurah saingan kuat Encik Khalif. Masing-masing buat yang terbaik. Tapi kita sebulat suara memilih Encik Khalif biar kami saja yang tau. Tak gitu Encik Khalif?”

Khalif mengangguk cuma. Dia pun tidak menyangka dia yang dipilih. Pembentangan Naurah pun tidak kurang hebatnya. Sempat matanya melihat langkah keras Naurah keluar dari bilik mesyuarat, sewaktu dia berjabat tangan dengan ahli-ahli mesyuarat tadi menyatakan tahniah.

Nampak marah benar tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 10:25 PM | Show all posts
BAB 1

Rabu, 2015.
Jam 8.00 pagi.

Naurah sekilas menatap jarum jam dipergelangan tangan. Dia mampu menarik senyum seceria pagi memandangkan temuduga bakal berlangsung pada jam 8.30 pagi nanti. Dia seorang yang sangat menepati masa dan tidak suka kelam-kabut dalam berbuat sesuatu.

        Dari malam tadi, dia sudah bersiap menggosok baju dan tudung yang hendak dipakai pada hari temuduga ini. Usai tamat pengajiannya selama 4 tahun, tanpa membuang masa dia mula mencari kerja bersesuaian dengan kelulusannya.

        Atas kegigihan dan bantuan teman menyewanya ini, dia akhirnya beroleh menghadiri temuduga ini. Dia amat-amat bersyukur sekali. Sempatlah juga dia membuat Solat Sunat Syukur dan membuat panggilan kepada kedua orang tuanya di kampung menyatakan yang dia dapat temuduga kerja.
       


SEORANG pemuda mengatur langkah menuruni tangga dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. Tamatnya sahaja pengajian, tanpa berlengah dia usha beberapa syarikat yang menawarkan jawatan kosong di laman carian.

        Di era ini, hanya perlu daftar secara online dan segala maklumat perlu diisi pada laman syarikat tersebut. Setelah diisi segala maklumat-maklumat peribadi dari perihal persekolahan hingga aktiviti semasa belajar di universiti diisi selengkapnya.

Selesai submit butiran diri melalui sistem, hanya menunggu panggilan temuduga sahaja. Dan untuk hari ini, penentu buatnya. Adakah layak diterima atau tidak untuk sedia berkhidmat di syarikat gah ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 10:25 PM | Show all posts
NAURAH menarik nafas lega setelah sampai di muka pintu utama. Saat hendak dicapai pemegang pintu kaca, dirinya tiba-tiba dirempuh lalu terduduk. Hampir sahaja tertiarap atas lantai. Segala fail yang dikepit tadi berterabur isinya.

        Naurah jadi kalut dan terkejut menerima situasi yang tak terduga. Bingung sekejap. Bagaimana boleh tergolek depan ni? Kelam-kabut Naurah membetulkan tudung yang sedikit senget.

“Maaf, maafkan saya. Saya tak perasan tadi.” Seorang pemuda bertinggung depan Naurah dan membantu memungut kertas-kertas yang bertaburan.

Huh? Naurah tunak memincing pandangan, menatap mamat di hadapannya. Dia ni puncanya aku tergolek macam ni sekali.

“Cik tak apa-apa ke? Mari saya tolong.” Lelaki itu mendepangkan tangan.

“Hei!” Naurah menepis kasar gapaian tangan lelaki itu yang cuba ingin mencapai kedua tangannya dengan niat membantu Naurah berdiri. Namun bagi Naurah, lelaki ini sengaja mengambil kesempatan.

“Saya boleh bangun sendiri okey.” Bersusah payah Naurah bangkit dari teduduk tadi. Sakitnya punggungku ini. Puas juga Naurah menepis tangan lelaki itu yang seboleh-boleh untuk membantu.

Naurah mengibas-ngibas kedua tapak tangan dan menepuk sisa habuk pada baju serta skirt labuhnya. Habis kotor.

“Awak tak nampak ke saya tercegat depan pintu ni?”

Lelaki itu menggeleng. “Maaf, saya betul-betul tak perasan.”

“Awak ni kan. Habis kotor baju saya ni. Macam mana saya nak hadap temuduga nanti.”

“Lah, saya dah berkali-kali minta maaf ni. Tak sengaja aje pun. Janganlah garang sangat.”

“Awak ni… melampau. Apa saya nak buat dengan baju kotor saya ni? Saya ada temuduga penting ni tau.”

“Hekeleh, balik rumah cucilah. Temuduga tu bukan nak tengok sangat kau pakai apa. Diorang nak tengok cara kau berkomunikasi. Kecohlah minah ni. Buang masa aku betul.”

Lelaki itu mengorak langkah menuju ke pintu kaca, lalu ditarik pemegang dan masuk ke dalam tanpa menoleh lagi. Naurah terpelongo ditinggalkan begitu sahaja.

Arghhh…!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-10-2016 10:25 PM | Show all posts
NAURAH melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Grill dikunci mangga. Sekeping fail dan tas tangan dihempas atas meja kopi. Badannya yang kelihatan letih dan lesu dihempas atas sofa. Dia menelentang sambil memejam mata.

        Dalam benaknya teringat-ingat akan tempat temuduga yang dihadirinya. Siapa sangka, lelaki itu juga antara peserta temuduga. Lelaki itu kelihatan cukup bersemangat dan berkeyakinan.

        Dia, gara-gara insiden dengan pemuda itu… semangatnya yang membara menghadapi temuduga menjadi luntur dan hampir-hampir keyakinan diri hilang selepas insiden tadi.

        Berkali-kali dia keluar, masuk ke bilik air. Cuba meraih kembali semangat dan keyakinan diri. Dia cuba buang benda-benda negatif yang datang menimpa-nimpa fikiran dan jiwanya. Sedang dia kalut berkata-kata sendiri di hadapan cermin, dia ditegur makcik cleaner berbangsa India.

        “Adik cantik. Apa pasai muka ada sedih?”

        Naurah berhenti meratib di hadapan cermin dan berpaling menatap makcik cleaner yang ramah menegurnya. Masa aunty ni hendak masuk ke tandas, sudah terdengar suara aunty ini menyanyi-nyanyi lagu versi tamilnya.

        Naurah melempar senyuman. Aunty ramah itu turut tersenyum mesra.

        “Tak ada apa aunty. Tadi, saya ada jatuh. Baju saya…” Naurah menunjukkan kesan kotoran pada bajunya.

        “Baju saya kotor. Saya, ada temuduga kerja. Saya malu kalau diorang nampak saya comot macam ni. Mesti diorang tak nak upah saya kerja sini.”

        “Oh, itu macam kalu adik banyak sedih. Tak apalah, adik doa lah sama Tuhan. Kasi kelija sama adik. Musti ada orang tanya sama adik. Adik cakap betul-betul punya, boleh kasi jawab. Dia semua kasi kelija sama adik. Itu muka, mesti kasi senyum… cantik. Itu baju tak ada apa, kotor sikit aja aaa… jangan sedih-sedih itu macam. Nanti itu orang tak happy tengok sama adik, okey.”

        Terharu Naurah mendengar ucapan ikhlas dan kata-kata peransang daripada makcik cleaner ini.

        “Terima kasih aunty. Saya dah okey sekarang.”

        Naurah mendakap tubuh aunty tadi. Dan cepat-cepat makcik cleaner menolak perlahan tubuhnya.

        “Aiyoo… adik cantik. Saya ada cuci ini tandas.”

        “Mana ada kotorlah aunty ni. Ini tandas banyak harum, bersih. Saya pun ada bau wangi aunty punya body. Saya pergi dulu aunty.”

        Naurah sempat melambaikan tangan dan dibalas mesra oleh makcik cleaner.

        Naurah tersenyum sendiri mengenangkan itu. Dia berharap agar dirinya terpilih menjadi sebahagian kakitangan syarikat gah tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:02 AM | Show all posts
sellie003 replied at 25-10-2016 10:25 PM
NAURAH melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Grill dikunci mangga. Sekeping fail dan tas tangan di ...

assalamualaikum sis... belum baca lg tp nak komen dulu... welcome back sis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2016 11:07 AM | Show all posts
sellie003 replied at 25-10-2016 10:25 PM
NAURAH melangkah longlai masuk ke dalam rumah. Grill dikunci mangga. Sekeping fail dan tas tangan di ...

seperti biasa permulaan yg tak pernah mengecewakan...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 11:23 AM | Show all posts

bookmark..belum baca...terpikat dgn judul novel.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2016 01:04 PM | Show all posts
@Zamzam2013  @UsuFie

Nah munger....  sudi baca n jengah karya baru sya... harap2 ada banyk idea mencurah2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 01:21 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 26-10-2016 01:25 PM

BAB 2


Naurah melabuhkan duduk dan mula mengoyak sampul putih dengan cermat. Bersama debaran didada, dia melebarkan helaian yang berlipat kemas. Dibaca tiap-tiap baris ayat.

        Hahah… Naurah menakup mulut. Terlalu gembira menatap surat permohonan kerja. Dia terus melompat-lompat keriangan dan tanpa berlengah dia mencapai phone lalu didail nombor orang tersayang.



SEMENTARA itu,

Khalif resah saat laptop di-on. Kaki kirinya bergoyang-goyang dari bawah meja tulisnya. Digigit sedikit kuku ibu jarinya menahan debar. Sampai pada paparan desktop, terus dia membuka browser Google Chrome dan klik pada gmail.

Khalif lihat emel terkini yang diterima. Sempat dititipkan kalimah ‘Bismillah’ dalam hati. Dia klik pada attachment emel dan paparan format PDF terpampang. Dia membaca setiap perenggan tanpa tertinggal satu ayat pun. Sehinggankan alamat sendiri pun dibaca tekun.




KELIBAT mama dicari. Akhirnya, susuk tubuh yang dicari berada di dapur sedang menggoreng sesuatu. Perlahan-lahan Khalif mendatangi mamanya yang membelakanginya.

“Mama…”
“Oh anak kau bertuah.” Pelekup!
“Adoi maaa…! Sakitnya.”

Khalif menggosok-gosok dahinya akibat dipelangkung dengan sudip Puan Khalija.

“Hah, padan muka tu. Suka sangat sergah mama. Kan dah benjol dahi tu.”

Puan Khalija menarik tangan anaknya dari terus menekup dahi. Allah, besar benjolnya.

“Meh sini mama tuam benjol tu. Suka sangat cari penyakit. Perangai tu bukan budak kecil lagi. Dah besar panjang, dah boleh kahwin dah ni.”

Sambil dituam dahi si anak, si ibu terus-terusan membebel. Menyesal pula Khalif bergurau tak kena tempat. Tak memasal aje kan. Sakit dahi dapat, telinga pun mendapat. Berdesing-desing.

“Mama, orang dah dapat tawaran kerja.”
“Iye. Alhamdulillah. Siang, malam mama doakan kamu dapat kerja Alif. Risau juga mama bila kamu tak buat apa-apa.”
“Tulah ma. Bosan kalau duduk tak buat apa. Ada kerja ni, dah boleh fikir nak bayar hutang PTPTN. Lepas tu… brom, brom… teringin nak tukar kapchai cabuk tu dengan… Ducati ke Ninja ke… terasa macam King Of Rempit.”
“Amboi, King Of Rempit yea. Hmmm…”
“Ado, doi mama…! Sakitlah ma.”

Khalif mengongoi apabila benjol ditekan kuat Puan Khalija. Nakal sungguh anak bujang seorang ni. Ada saja modal nak merapu.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 01:26 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 26-10-2016 01:27 PM

NAURAH berhempas-pulas di dapur. Juadah hidangan malam tersusun atas meja. Walhal hanya dia berdua sahaja yang menyewa apartment bersama Roziah atau dipanggil Rozy. Dia bercekak pinggang melihatkan hasil masakan yang masih berasap-asap. Puas hati.

Naurah pantas menoleh apabila terdengar daun pintu utama dibuka. Rozy baharu sahaja pulang dari shift petang. Dia bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah hotel terkemuka di ibu kota.

“Assalamualaikum. Aku dah balik.” Kelaziman mereka berdua akan memberi salam apabila pulang ke rumah hatta salah seorang daripada mereka tiada di rumah sekali pun. Mahukan rumah ini sentiasa ada ‘nur’ gitu.

“Wa’alaikum salam Cik Rozy yang manis.”
“Amboi, bodek baik punya. Ada apa-apa ke?”

Rozy meletakkan tas tangan berjenama yang bukanlah asli di atas sofa. Sambil hidung terhidu-hidu sesuatu. Kriokk… serta-merta perut jadi lapar.

“Hep, setop (stop).” Naurah sudah menahan Rozy dari terus meluru ke dapur. Lagak polis trafik menahan pemandu dari potong barisan.
“Apa pulak tak boleh? Tepilah, lapar dah ni.”
“Hei.”

Naurah menarik lengan Rozy dan terus menolak rakan serumah ke bilik air.

“Mandi dulu cik kak. Bau dah bacin.”

Naurah mengipas-ngipas kecil di bahagian hidung. Rozy mencebik.

“Baiklah makcik kepoh. Tengok pun tak boleh. Huh.”
“Shuh, shuh. Mandi cepat shuh.”
“Ingat aku anak ayam agaknya. Bluekk…”
“Hep. Potong lidah.”

Naurah memberi amaran sambil mengangkat jari telunjuk. Rozy buat tak tahu, terus beransur melangkah ke bilik mandi. Badannya pun terasa melekit-lekit setelah seharian bekerja di hotel.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 01:27 PM | Show all posts
TERSANDAR kekenyangan Khalif sambil mengusap-usap perutnya yang sedikit membuncit. Puan Khalija sedang mengemas meja makan usai mereka beranak menjamu selera.

        Kasihan melihatkan si ibu bersendirian mencuci pinggan mangkuk, Khalif menawarkan diri membantu. Puan Khalija kemudiannya membawa tuala basah dan lap meja makan yang ada sisa-sisa makanan agar bersih.

        “Mama. Orang buatkan Teh O?”
        “Buatlah. Bila dah mula kerja…tak ada chance nak rasa minuman air tangan anak mama ni. ”

        Puan Khalija menepuk lembut bahu Khalif. Jarang-jarang juga mereka minum malam. Memandangkan malam masih awal, mereka berdua akan bersantai menikmati malam hari di perkarangan laman rumah mereka.

Ada disediakan meja dan kerusi santai mengadap kolam air pancur berbentuk ukiran bunga-bungaan. Disekelilingnya ada bunga-bungaan segar di tepian kolam air pancur. Seperti taman mini pula. Indah sekali.

Hanya dua beranak sahaja kala ini. Tuan Adman, bapa Khalif merangkap suami Puan Khalija tiada di rumah kerana mengikuti Kursus Persaraan di Sabah. Tuan Adman merupakan pegawai kerajaan yang bakal bersara wajib lagi 3 bulan sahaja.

        “Ni minumannya mama.” Khalif menghulur cawan kepada Puan Khalija. Disambut dengan senyum mesra dan ucapan terima kasih.

        “Bila Alif masuk kerja?”
        “Insya Allah ma, Isnin ni.”
        “Dah siap semua dah? Baju-baju dah siap gosok?”
        “Dah mama. Beres.”

        Khalif tersengih lalu menitip minuman Teh O panas penuh nikmat.

        “Kerja tu elok-elok. Apa yang ketua suruh tu buat, selagi tidak melanggar hukum agama. Kena amanah, jujur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Sebelum buat kerja tu, baca doa nak mulakan tugas. Faham ni.”
        “Baik ma. Orang akan ingat semua pesan mama. Orang dah siap google doa-doa nak mulakan kerja. Dah print siap-siap.”

        Khalif menyengih menyatakan. Memang pun tadi sementara menunggu mamanya sedang memasak. Dia memerap dalam kamar tidur membuat carian mencari doa-doa memulakan hari, mula start kerja dan habis kerja dan segala macam mak nenek doa dia print. Kemudahan dah ada. Guna sajalah. Apa susahnya.

        “Baguslah tu. Kerja akan jadi mudah dan sempurna sekiranya kita kerap berdoa.”
        “Orang yakin mama, orang akan buat yang terbaik.”
        “Mama tau dah perangai anak mama ni. Mesti takkan hampakan mama. Lepas dah stabil esok… bolehlah cari-carikan calon isteri. Atau nak mama cari kan ke?”

        Uik. Belum apa-apa nak menantu segala. Hampir tersembur saat sedang menikmati Teh O yang enak, terus jadi payau pula.

        “Hahaha… mama ni. Belum apa-apa kepingin nak menantu. Nanti-nantilah kerjaya orang jadi mantap dulu. Bayar hutang pun belum. Nak kahwin sekarang ni kan mama, bukan seratus dua. Main ribu-riban sekarang. Silap-silap haribulan kena GST lagi. Parah, hutang keliling pinggang. Nak bagi makan apa anak orang kalau berhutang aje.”

        Pandai Khalif bagi alasan. Kahwin? Haduii…aku baru nak enjoy hidup berkerjaya. Nanti-nantilah mama nak bermenantu tu.

        “Mama taulah bujang bertuah. Mama bukan suruh kahwin sekarang. Sekadar ingatkan aje. Tak naklah anak mama ni nanti jadi bujang terlajak. Asyik kerja saja, sampai lupa cari calon isteri. Dahlah, mama nak masuk tidur.”

        Puan Khalijah sudah mengangkat punggung.

        Erk, mama merajuk ke?

        “Mm… mama, mama. Mama merajuk dengan Alif ke? Alif minta maaf. Tak terniat pun ma.”

        Khalif turut ikut bangun sambil mencapai laju kedua tangan Puan Khalija dan seboleh mungkin roman wajah kasihan dimimikkan mohon simpati si ibu.

        Ternyata, Puan Khalija kalah dengan peel manja anak terunanya ini.

        “Mama tak marahlah sayang. Dah, jangan buat muka mengada. Elok simpan perangai mengada-ngada untuk isteri nanti.”

        Haish, terkena lagi aku.

        Puan Khalija mencubit manja pipi Khalif yang sedikit menyeringai apabila pipinya ditarik. Taklah sakit mana pun. Cubit-cubit sayang.

        “Mama tidur dulu tau. Kang kamu check semua pintu, tingkap… pastikan berkunci semuanya.”
“Okey mama. Don’t worry, be happy.”

Macam-macamlah kamu Alif. Suka benar anak terunanya ini menceriakan suasana semula.
Khalif mengiringi langkah Puan Khalija hanya sekadar ekor mata. Kemudian, dia mengemas teko dan 2 biji cawan untuk dibawa masuk ke dapur.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 01:28 PM | Show all posts
NAURAH dan Rozy berbaring atas katil single bed masing-masing. Naurah ralit menatap novel. Manakala Rozy sedang galak menyelak helaian majalah hiburan. Rutin mereka berdua sebelum tidur.

        Rozy menutup majalah dan mengiring mengadap Naurah yang khusyuk membaca.
        “Beb. Bila kau start kerja?”
        “Isnin ni.” Naurah tidak lekang berkalih pandangan lawan bercakapnya.
        “Ohhh…”
        “Kau kerja sebagai apa beb?”
        Naurah terhenti bacaannya sambil berfikir.
        “Aku apply kerja sebagai Pegawai Operasi.”
        “Yelah, sesuai dah dengan kelulusan kau tu.”
        “Tapi gaji basic taklah tinggi mana beb. Aku ingat nak target jawatan Pengurus Projek. Baru lumayan.”

        Naurah sudah meletak novel ke tepi. Mula berminat menyembang dengan Rozy.

        “Slow, slow lah beb. Ada rezeki kau… dapatlah jawatan Pengurus tu. Kena jugak ada pengalaman. Takkanlah kau baru apply dah dapat jawatan besar. Agak-agaklah pun.”
        “Yea, aku tau. Harap-harap, bila dapat saja jawatan ni… aku akan usaha sedaya mungkin untuk mendapat tempat di kerusi seorang Pengurus. Tu pasallah aku berhabis bertahun nak dapatkan Sarjana semata-mata inginkan pekerjaan yang setara dengan kebolehan aku ni.”
        “Hmmm… orang bijak memanglah. Tak macam aku ni. Sampai ke tua aku jadi penyambut tetamu.”
        “Weh kau ni beb. Tak ada maknanya diorang nak kau terus stay juga kat kaunter tu. Cuba tengok kaunter kat mana-mana hotel. Mana ada muka makcik-makcik. Lama-lama naik jugalah kau jadi supervisor kat hotel tu. Apalah kau ni? Takde motivasi diri langsung.”
        “Yea, yea. Betul dah cakap kau tu. Baru terfikir juga logiknya cakap-cakap kau ni. Tu pasal aku suka jadi kawan kau. Walaupun mulut kau insurans pun tak mampu cover.”
        “Amboi kau. Kutuk depan-depan nampak.”
        “Eleh, kutuk depan taklah berdosa pun. Kutuk belakang yea berdosa sebabnya dah kau tak tau kawan tu orang yang bagaimana. Silap-silap tikam belakang. Lagi haru. Aku ni tikam depan-depan sempat juga kau elak. Hahahah…”
        “Hampeh kau Rozy.”

        Bantal peluk dicapai lalu dibaling ke arah teman menyewa.

        “Ba, ba, cak. Dapat dah bantal pemeluk. Aku nak tidurlah. Sambil-sambil nak mimpikan seorang putera kot-kot sesat kat hotel tempat aku kerja, tup, tup jadikan aku Cinderella nya. Huhu…”
        “Haah yea. Bukan kau ni ala-ala mak tiri Cinderella ke.”
        “Hep, shoo… tidur.” Pap!
        “Woi Rozy, aku belum nak tidurlah. Aku nak sambung baca novel aku ni. Buka balik lampu tu.”
        “Tidurlah. Besok-besok sambung baca.”

        Naurah merengus geram. Lalu ditarik selimut hingga ke dada dan mengiring membelakangkan Rozy. Mengomel-ngomel mulutnya. Rozy, mengekek-ngekek dapat menyakat Naurah.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 02:17 PM | Show all posts
sellie003 replied at 26-10-2016 01:04 PM
@Zamzam2013  @UsuFie

Nah munger....  sudi baca n jengah karya baru sya... harap2 ad ...

haruslah baca... karya sis memang menepati halwa mata zam...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 02:18 PM | Show all posts
sellie003 replied at 26-10-2016 01:28 PM
NAURAH dan Rozy berbaring atas katil single bed masing-masing. Naurah ralit menatap novel. Manakala  ...

cerita dh makin menarik... tak sabar nak tau apa jadi dengan depa berdua ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 02:42 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 26-10-2016 02:18 PM
cerita dh makin menarik... tak sabar nak tau apa jadi dengan depa berdua ni...

macam2 jadi lepas ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-10-2016 02:50 PM | Show all posts
BAB 3


Terdapat lima orang staf baru berbaris mengadap 3 orang pegawai tertinggi selaku penemuduga. Masing-masing duduk dengan sopan tanpa sedikit pun mengeluarkan suara, selagi salah seorang pegawai-pegawai ini belum kemukakan sebarang pertanyaan terhadap mereka semua.

        Pegawai-pegawai penemuduga masing-masing meneliti dokumen-dokumen setiap pekerja baru.

        “Di sini, kami nak umumkan dua jawatan yang bakal disandang, iaitu Pembantu Pengurus Projek dan Pengurus Kanan Projek bagi membantu sekaligus memantau projek-projek syarikat kami. Ada apa-apa soalan, boleh kemukakan pada kami.”

Belum sempat Naurah mengangkat tangan seorang lelaki sudah mengangkat tangan terlebih dahulu. Silap dia juga, teragak-agak nak angkat tangan.

“Saya nak tanya. Kenapa dalam sistem permohonan kerja sebelum ini, tiada dinyatakan dua jawatan tersebut? Dan berdasarkan apa kriteria-kriteria seseorang untuk menjawat jawatan-jawatan tersebut? Terima kasih.”

Huh. Soalan yang sama juga aku nak tujukan kat diorang tadi. Nasib baik ada yang sudi pecahkan kebuntuan.

Naurah cuba curi-curi pandang gerangan yang bertanya namun, yang bertanya duduk di bahagian hujung. Sukar dilihat wajah serta susuk tubuhnya.

“Soalan yang bagus dari yang bertanya…”
“Khalif tuan. Nama saya Muhamad Khalif Bin Muhamad Adman.”

Pegawai penemuduga mengangguk-angguk sambil menyelak profile Khalif. Tersenyum dia tatkala melihat anak muda itu. Berani, tegas dan berkeyakinan dalam penampilan.

“Sebenarnya begini Encik Khalif. Kami kekurangan pegawai pelaksanaan serta pemantauan projek-projek syarikat kami. Setakat ini, kami perlukan pelukis pelan 2 orang dan seorang Pengurus Operasi. Untuk dua jawatan yang kami sebut tadi, pada asalnya kami akan kemuka permohonan baru dalam sistem pengisian kekosongan jawatan pada tahun hadapan. Namun, setelah diteliti dan diambil kira profile-profile yang kami terima dan diadakan mesyuarat untuk pemilihan pekerja-pekerja baru, kami buat keputusan dan sebulat suara melantik dua orang dari lima yang ada ini, menjawat salah satu jawatan-jawatan tersebut.

Memandangkan juga, projek yang kami kendalikan semakin bertambah dan perlukan penelitian dan penilaian segera. Jadi, kami sepakat memilih pegawai baru yang berpotensi berdasarkan pengalaman bekerja sewaktu belajar dan kelayakan pendidikan.”

Penemuduga kedua pula bersuara.

“Ada dua staf yang memiliki Sarjana. Tetapi, salah seorang antaranya memiliki kelayakan dari Luar Negara dalam bidang Pengurusan dan Strategi.”

        Masing-masing menarik nafas dan dalam masa yang sama hati kian dipalu gendang. Saling meneka-neka siapakah gerangan mereka berdua itu. Salah seorang tersenyum sampai ke telinga. Seperti dapat diagak yang dirinya bakal menerima nasib yang cukup baik.

        “Dan kami bertiga sepakat untuk melantik mereka yang memiliki Sarjana sebagai Pembantu dan Pengurus Kanan Projek.”

        Mereka bertiga saling berpandangan.

        “Saya umumkan Cik Naurah sebagai Pembantu Pengurus Projek.”

        Hah? Bagaikan tidak percaya dirinya diumumkan sebagai Pembantu Pengurus. Dia menerima tepukan dikalangan staff-staff baru dan diselangi ucapan Tahniah.

        Waw, rezeki tergolek. Oh dunia. Tak sia-sia kerja keras aku bergelumang dengan tesis untuk dapatkan Sarjana.

        Naurah cepat-cepat menyembunyikan sikap terujanya hingga ke langit. Malulah kalau dia terlonjak-lonjak depan mereka semua terutama depan mamat sengal sorang tu. Tersengih-sengih macam kerang busuk sejak tadi.

        Rupanya, yang dok hujung dan bertanya macam poyo sangat tu, dialah orangnya. Entah-entah, pelukis pelan cabuk aje. Tunggulah, hari kau akan tiba jua mamat poyo sengal.

        Tepukan beransur reda dan dengan keadaan tertunduk-tunduk tanda berterima kasih kepada yang menyokong, Naurah kembali duduk atas kerusi.

        “Untuk jawatan Pengurus Kanan Projek pula, kita persilakan… Encik Khalif.”

        Begitu kuat Naurah bertepuk tangan sehinggalah… kuang, kuang, kuang… Khalif? Eh…Mamat poyo aka sengal?!

Bersahaja lelaki itu bangun dari kerusi dan mengangkat tangan tanda penghargaan diterima. Yang paling tak boleh blah, sempat dilayangkan kenyitan mata kirinya buat si dia. Terpana Naurah seketika. Tiba-tiba, gelojak amarahnya mula menjulang dalam hati.

        Timbul rasa tidak puas hati. Serasa jawatan sebagai Pengurus Kanan Projek lebih lumayan dan lebih peluang naik pangkat sebagai Pengurus jika dibandingkan, Pembantu Pengurus sahaja. Sah-sah mamat poyo aka sengal itu lebih cepat naik pangkat.

        Macam mana dia tu boleh dapat jawatan tu sedangkan, sedangkan… Sedangkan apanya Naurah. Mamat tu dah sah-sahlah ada Sarjana dalam Bidang Pengurusan Dan Strategi taraf Luar Negara yang disebut tadi. Kau ada? Kalau taulah kena ada, memang aku ambik subjek tu hatta dalam negara sekali pun.

        “Hai saudari. Cakap sorang-sorang tu dah kenapa? Takkan nak bertapa, meratib dalam bilik mesyuarat ni kot. Rasanya bilik staff kat hujung… sinun.”

        Bukan kepalang Naurah apabila suara garau itu terlalu hampir di tepi telinganya. Dan mamat poyo aka sengal berlalu sambil melepaskan tawa kecil.

        Naurah baru tersedar yang dirinya berseorangan dalam bilik mesyuarat ini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 02:53 PM | Show all posts
Edited by sellie003 at 26-10-2016 03:11 PM

NAURAH termasuk tiga staff baru yang lain disediakan tempat duduk yang memisahkan hanya kubikal masing-masing. Sempat dijeling bilik tunggal dalam tu. Huh.

        Khalif melihat-lihat sekitar bilik pejabatnya yang baru. Dia sebenarnya tidak menyangka akan menyandang tugas sebagai Pengurus Kanan sedangkan dia mengharapkan jawatan Pembantu Pengurus sahaja. Tersungging senyuman dibibir kala terkenangkan gadis manis berhijablista dikotak fikiran.

        Jaki benar gadis itu dengannya. Dari awal insiden ‘ku lihat pintu tanpa kusedari akan dirimu’ menjadikan hubungan mereka tidak berapa baik. Asal nak senyum aje tarik muka empat belas. Asal nak menyapa aje pusing badan 360c. Macam mana nak ngam.

        Hai, Alif. Kau kenalah buat sesuatu. Dah kerja sebumbung, takkan nak bermasam muka dengan rakan sekerja. Belum pun lagi memulakan tugas dah jadi begini.

        Khalif memerah buah fikiran bagaimana mahu memulihkan hubungan mereka. Susah jadinya kalau melarat. Susah juga nak sepakat fasal kerja nanti.

        Baik aku minta idea kat seseorang yang lebih faham hal perempuan. Kocek seluar diseluk lalu mengeluarkan smartphone Galaxy S5. Sempat dibelek model lama jenama Samsung ini. Nak tukar phone barulah lepas ni.

Nombor seseorang dicari selepas itu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2016 02:59 PM | Show all posts

serius? wow!jap nak baca entry baru dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2016 03:03 PM | Show all posts
KHALIF melontarkan tubuhnya atas tilam empuk sambil mengelap rambut basahnya yang baru sahaja usai mandi. Matanya menatap skrin laptop dan menguis-nguis papan tetikus untuk aktifkan Splitcam melalui Yahoo Messenger.

        Program Splitcam antara yang kian popular memandangkan program ini sangat meluas penggunaanya dan mampu digunakan sekaligus sekiranya rakan-rakan yang ingin berbual melalui webcam boleh sahaja menggunakan apa sahaja Aplikasi yang ada. Contohnya, ichat video samada aplikasi Skype mahupun yahoo Messenger pada masa yang sama. Malah boleh digunakan melalui facebook juga jika ada pemasangan via video call pada laptop pengguna.

        Justeru Khalif menggunakan ichat webcam Yahoo Mesengger bersama temannya yang berada jauh dari Malaysia yang menggunakan Skype. Tiada masalah untuk berbual dalam aplikasi yang berbeza. Yang paling menariknya Program Splitcam ini, nak letak macam-macam kat muka masing-masing pun tiada hal.

       Seperti yang sedang dilakukan oleh mereka berdua. Khalif dan rakan di sana sudah ketawa pecah perut melihatkan wajah kartun masing-masing.

        “So what’s up?”
        “Seperti yang aku bagitaulah siang tadi. Bagilah aku tip-tip macam mana nak ambil hati dia, supaya dia tak terus-terusan masam muka kat aku.”
        “Tulah kau. Ambil remeh semua benda. Terutama hati perempuan.”
        “Remeh kau kata. Aku puaslah minta maaf kat dia. Boleh dia kata aku melampau.”
        “Terus-terang cakaplah kan. Orang perempuan ni lah makhluk paling kompleks dan susah nak faham.”
        “Eh, apa pulak? Mama aku tu okey jek. Senang aku nak faham.”
        “Itu mama kau. Memanglah kau faham. Tapi, jangan ingat kau faham dia seratus-peratus tau. Silap-silap hari bulan. Mama kau lagi faham kau.”
        “Itu sebab aku ni anak dia. Tak hairanlah aku. Tapi sekarang ni, macam mana nak settle kes aku ni. Pening dah ni.”

“Apa yang mereka fikir tak sama apa yang kita fikir. Kita rasa betul dah buat, tapi bagi dia semua tu tak betul dan buatkan dia lebih marah. Dia fikir hanya dengan maaf semua masalah settle dengan mudah. Kau juga mention kat aku yang kau bertembung dengan dia masa kes interview. Bagi dia masa tu interview sangat penting bagi dia. Antara hidup dan mati kot. Mungkin dia sangat-sangat memerlukan kerja tu. Mungkin, itu baju dia yang ke berapa helai dia pernah cuba supaya nampak perfect dimata orang yang interview dia. Jadi, kau rasa adil ke dengan hanya maaf?”

Khalif sudah menggaru-garu dengan rambut yang belum bersikat.

“Habis tu? Apa yang sepatutnya aku buat masa tu?”
“Kau perlu ambil berat akan apa yang jadi kat dia. Jangan terus minta maaf. Patut kau tanya. Cik tak apa-apa? Atau ‘Cik ada luka kat mana-mana? Saya tak sengaja tadi.’”
“Err… rasanya yang ‘Cik tak apa-apa tu’ aku ada cakap. Tapi, dia makin naik angin pulak.”
“Mungkin tangan kau dah naik dulu sebelum kau bertanya hal tu kan?”
“Erkk… itu, aku tak nafikan. Dalam kepala aku memang nak dia bangun dan tak nak rasa bersalah aku kat dia.”
“Hmm… memanglah kau jenis kalut. Tak taulah aku mana kau letak mata kau. Boleh kau tak perasan dia tercongok depan pintu. Adehai.”

“Yea, yea. Aku mengaku aku silap. Memang aku teruja sangat dapat interview sampai nak cepat-cepat masuk dalam pejabat tu. Dan sekarang ni. Kau masih tak bagi aku tip-tipnya. Cepatlah. Aku mengantuk ni. Lainlah kau kat sana siang lagi.”

“Yelah, nak cakap lebih-lebih pun benda dah jadi. Macam ni sajalah. Kau pujuk dia step by step. Jangan kalut, jangan terburu-buru dan jangan gelojoh. Aku dapat rasa yang awek ni ego lebih. Jual mahal dan susah nak maafkan orang. Jadi, aku cadangkan kau bagi memo yang sweet-sweet. Kalau dia buat perangai. Kau ikutkan aje rentak dia. Buat masa ni, aku bagitau yang itu dulu. Nanti apa-apa hal alert kat aku. Okey.”
“Okay. Thanks bro.”
“Good night and sweet dream. Aku ada lunch date. Perghh… cun melecun bro.”
“Kalau dah Romeo-Romeo jugak. Jalan daa…”

Ichat video ditutup. Lalu off laptop. Khalif mengensot dan berbaring atas tilam. Dia tidur meniarap sambil memeluk bantal. Dalam hati, sudah berkumandang doa tidur agar lenanya tiada gangguan hingga ke pagi keesokkan harinya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.189892 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list