View: 1547|Reply: 14
|
Introducing Mr Abu Said Al Hasan , everyone... ?
[Copy link]
|
|
Orangnya dikatakan dalam kalangan yang berpengaruh ketika zaman pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Terkenal dengan satu nama lain.
His dossier ?
well...what about him?
seorang individu yang dimerdekakan oleh personaliti yang tidak asing lagi bagi sesiapa yg meminati sirah - Zayd bin Thabit ( RA - may allh be pleased with him).
juga dikenali sebagai salah seorang 'senior Tabi'in' - seorang imam pada penduduk basrah dan semememangnya sarjana islam yg tidak asing lagi.
Dilahirkan pada tahun 21 Hijrah di Madinah ketika zaman pemerintahan khalifah umar al Khattab ( al farouk )
Bondanya bernama Khayrah dan adalah hamba kepada Ummu Mukminin - Umm Salamah RA ( kenal kan siapa personaliti ni juga ? ).
Ibu susuannya bernama Umm Salamah RA dan ini dikatakan berlaku apabila Umm Salmah melihat si kecil ini menangis dan terus mendapatkannya. Umm Salamah berjaya menenangkannya dan menyusunya dan dengan ini secara tidak langsung , Umm Salamah telah menjadi ibu susuan kepada personaliti ini. Ketika ini berlaku, Khayrah telah keluar ke pekan membeli barangan.
semasa kecil dan atas faktor lokasi, beliau dibesarkan bersama sama anak anak majikannya dan manfaat tinggal sebumbung dengan beerapa personaliti yg unggul telah memberikan impak yg besar dalam perkemabngan sahsiah , akhlak beliau.
Beliau juga berkesempatan mendapatkan ilmu bersama parasahabat yg senior di masjid Nabi SAW seperti Abu Musa Al Ashaari RA, Khalifah Usman Affan RA , khalifah ali bin abi talib RA , Abdullah bin Umar RA , Abdullah biN abbas dan Jabir bin Abdullah RA .
|
|
|
|
|
|
|
|
Kemudian , beliau berhijrah ke Basrah bersama ibu bapanya dan nama
Al Hassan Al Basri menjadi identiti yang dikenalinya - secara literal namanya bermaksud Hassan of Basra. Ketika umurnya baru menjangkau 10 tahun , belia selalu menghabiskan masanya di masjid Basrah untuk terus menimba Ilmu dengan para ilmuwan handalan ketika itu. Dikatakan bahawa beliau sering ke majlis usrah ilmu yang dikenali sebagai ' Ink of the Ummah' - Abdullah Abbas RA.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 15-10-2016 11:01 AM
Tidak berapa lama kemudian , orang mula mengenali dan mendekati Hassan al basri.
mereka mengenalinya sebagai seorang yg mengotakan ap ayg diucapkan , 'walk the talk ' dan apabila belia melarang sesuatu perbuatan / sesuatu perkara, mereka juga akan turut meninggalkan perkara itu.
Di samping itu sifat zuhud (ascetic) dan tidak terbuai dengan khalayannyata dunia juga menjadi ciri yang nyata pada personaliti ini.
Masyarakat di Basra pada ketika itu dikatakan sering menunggu input input hikmah daripadanya. ( sumber primer : Siyar A'lam an Nubala ( The lives of Noble figures ) 4588-563; Hayat Al Hassan Al Basri ( The Life of Al Hassan Al Basri ) by Dr Rawdah al Hadri.)
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, menarik cerita tu |
|
|
|
|
|
|
|
Teruskan . Teruskan . Best . |
|
|
|
|
|
|
|
menurut penulis buku Rijal al fikrah as Ad da'wah ( men of thought and Preaching - 167 ), segala sifat dan perwatakan yang begitu disenangi , disukai , kesemuanya terdapat / atau dianugerahkan Allah kepada Hassan Al Basri .
Hassan Al Basri dikatakan pakar dalam bidang tafsir ( exegesis) dan hadis ( prophetic narrations) dan pada zaman beliau, syiar islam yang dibawa oleh seseorang itu tidak lengkap sekiranya seseorang da'i itu tidak melengkapi dirinya dalam kedua dua bidang itu. Tambahan pula, beliau juga telah banyak menerima pendedahan ilmu dalam Islam dengan para sahabat ketika zaman mudanya.
Di samping itu , penilaian yang dibuat berdasarkan kuliahnya , adalah jelas bahawa beliau sememangnya pakar dalam bidang yg dipelajarinya dan juga dikatakan mempunyai formula yang betul untuk memajukan masyarakat di tempatnya.
Hassan Al basri dikatakan memberi penekanan yg sama terhadap semua strata masyarakat , kebudayaan dan amalan masyarakat setempat dalam bidang pengubatan penyakit juga. ( Rijal Al fikrah wa ad da'wah) ( Men of Thought and Preaching ( 167 /).
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 15-10-2016 11:11 AM
menurut penulis buku Rijal al fikrah as Ad da'wah ( men of thought and Preaching - 167 ), segala ...
jalan cerita kehidupan yg menarik.. |
|
|
|
|
|
|
|
salah satu daya tarikan yang menjadi nilai tambah pada personaliti ilmu ini adalah berekaan dengan kefasihan dan kemerduan ujarannya yang dikatakan berjaya menarik perhatian para pendengarnya.
menurut Penulis Nazarat fi Tawassuf al Islami ( islamic perspective on Mysticism - Dr Muhammad Al Qahwiji pg 221.):
Abu Amr bin Al Ala telah berkata : dia tidak pernah melihat seseorang lebih fasih selain dari Hassan Al Basri and al hajjaj Yusuf , dan ternyata Hassan Basri adalah paling fasih di antara kedua - duanya.
ketokohannya disegani dan ini dinyatakan oleh ar Rabi bin anas yang menyatakan bahawa : ' Al hassan was a first class compiler , scholar and jurists of sound reliability. He was a devout worshipper , articulate in his speech and particularly handsome'.
ketika beliau tiba di Mekah , sejurus selepas beliau melabuhkan diri untuk berehat , ada sahaja sekeompok manusia yang akan mendekatinya.
menurut Abu hayyan at tawhidi , Thabit bin qurrah menyatakan bahawa ' beliau adalah pewaris ilmu dan takwa , zuhud dan .....
perkumpulan manusia yang mendekatinya selalunya akan bertanyakan hadis, atau ingin mempelajaro ilmu tafsir dan ada juga yang ingin mengetahui hukum halal dan haram tentang sesuatu , ada juga yang memohon bantuan berkenaan hukum hakam dan ada yang hanya inginkan beliau memberikan tazkirah atau ceramah.
|
|
|
|
|
|
|
|
personaliti ini begitu passionate tentang bidangnya dan sentiasa berjiwa besar. Beliau begitu ikhlas dan sentiasa bercakap dari hati ke hati . Apabila beliau bercerita tentang para sahabat atau hari akhirat, maka bergugurlah air mata dan menyentuh hati hati.
Imam Al Ghazali pernah menyatakan dalam ihya Ulumuddin ( revival of the sciences of religion) bahawa : ' Al - Hassan al Basri may allah has mercy on him - was most similar in speech to the speech ofthe Prophets ( upon them prayer and peace) ' dan adalah tedekat dalam turutan bimbingan daripada sahabat dan hal ini tidak dapat disanggah lagi ( Rijal Al fikrah wa ad da'wah ( men of thought and preaching - 168)
boleh dikatakan bahawa anugerah perwatakan dan karisma yang baik telah berjaya menjadkan belia role model yang baik. Antara sifat yang dapat diisngkap daripada beliau ialah beliau zuhud, santa berpijak pada bumi nyata / grounded, ikhlas dan tidak begitu menggemari khalan nyata dunia yang sementara dan tipu daya sifatnya. Beliau dikatakan memberikan impak yg besar kepada masyakarat dengan memberikan saranan yg membina dan berhikmah dan sentiasa memberikan dakwah dengan kasih sayang apabila beliau dikritik.
Beliau juga sentiasa menentang kejahilan dan menegur kehidpuan yang bermewah mewah yang berlebihan. baginya kejahilan todak akan sesekali menyerah kalah kecuali pada seeorang yang berjuang menentangnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sepintas lalu berkenaan Ilmu Tasawuf Hassan Al Basri
Hassan Al Abasri mempunyai penguasaan ilmu tauhid yang mantap dan tinggi dan berpegang pada Al Quran dan Sunah dan ini jelas pada pengajarannya. Beliau juga menekankan tentang penyakit jiwa dan penyembuhan jiwa dengan mengamalkan amalan yang menguatkan iman dan berlandaskan prinsip ajaran islam yang benar.
antara aspek yang ditekankan oleh Hassan Al Basri secara sepintas lalu :
- aspek menyembuhkan kekarasan hati
- amalan mengingati Allah dengan amalan hati dan lidah
- mengingati mati
|
|
|
|
|
|
|
|
Penekanan tentang aspek keikhlasan , ketaatan dan Muhasabah ( self reflection )
- bersambung |
|
|
|
|
|
|
| |
|