Bahan-bahan:
500gm kacang tanah
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 sudu besar (sd) serbuk cili
2 sb gula
3 sudu kecil (sk) garam
2 biji telur
5 sb tepung gandum
1 sb tepung beras Cara Penyediaan: 1. Bersihkan kacang tanah dengan cara membilasnya terlebih dahulu. Jangan rendam dan basuh terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan kacang jadi lemau. 2. Kemudian jemur kering sehari sebelum nak buat kacang bersalut ini. Kalau dah terbasuh atau terendam lama kacang itu, jemur lebih lama kacang tersebut. 3. Kacang tidak boleh disingai kerana kulitnya akan garing dan tertanggal (macam kacang nasi lemak jadinya) menyebabkan tepung tak lekat pada kacang yang sudah tiada kulit. 4. Campur semua bahan yang disediakan (kecuali tepung) di dalam bekas. Ada yang tambah gula untuk beri rasa manis pada kacang bersalut. Dan ada juga tambah ikan bilis untuk digoreng bersama.
5. Gaul sehingga bahan-bahan menjadi sebati bersama.
6. Masukkan tepung gandung dan tepung beras. Gaul sampai sebati.
7. Inilah rupa setelah ia digaul sebati dan rata. 8. Panaskan minyak dan goreng hasil sebatian tadi dengan api sederhana. 9. Pastikan ia keperangan tetapi tidak terlebih garing. Ini kerana semasa tos minyak pun kacang masih panas dan ia berlanjutan masak di situ perlahan. 10. Semasa menggoreng, buih buih di atas minyak akan terbentuk. Hanya kacau kacang itu dan biarkan ia masak. 11. Apabila sudah masak, angkat dan tapis/tos minyak. Kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.
|