1. Mocha Protein Shake
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/07/drink-1.jpg)
Mocha Protein Shake ini sesuai diminum pada waktu tengah hari untuk boost up semula tenaga anda, terutama sejam sebelum ke gim. 1. Masukkan 1/2 cawan susu tanpa lemak dan tepung puding di dalam pengisar selama 2 minit hingga ia pekat. 2. Tambah kopi, 2 sudu serbuk whey protein perisa coklat dan 1 cawan ais, kacau sampai ia rata. 3. Kemudian boleh tambah hirisan coklat dan sedikit serbuk kopi untuk lebih rasa rangup. 2. Lassi Mangga Protein Shake
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/07/drink-2.jpg)
Lassi Mangga Protein Shake ini bukan saja berprotein tinggi tapi kaya dengan khasiat probiotik. Ia sesuai untuk penghadaman yang baik. 1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 3/4 cawan potongan mangga, 3/4 cawan yogurt Greek, 1/2 cawan air sejuk, 1/2 sudu kecil jus lemon, 1/2 sudu kecil sirup maple, 1 sudu kecil whey protein perisa vanila, secubit serbuk buah pelaga. 2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian, tuang ke dalam gelas dan taburkan dengan 1 sudu kecil potongan kacang pistachios. 3. Creamsicle Oren Protein Shake
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/07/drink-3.jpg)
Hanya perlukan 5 minit untuk menyediakan Creamsicle Oren Protein Shake ini. Ia sesuai diminum pada waktu pagi atau selepas melakukan workout.
1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa vanilla, 1/2 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1/2 cawan air, 85g jus oren pekat, 1/2 pisang, 1 sudu kecil madu, 3-5 ais kiub dan 1 sudu kecil hirisan kulit limau. 2. Kisar sampai semua sebati. Sedap dihidang sejuk. 4. Black Forest Protein Shake
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/07/drink-4.jpg)
Kalau ada rasa penat atau berlaku keradangan sedikit (kulit merah-merah) selepas workout, dicadangkan minum Black Forest Protein Shake sebab ia kaya dengan antioksidan buah cherry. 1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa coklat, 1 cawan susu soya tanpa pemanis, 1 buah pisang, 1 cawan kecildark sweet cherries dan 3-5 kiub ais. 2. Kisar sampai semua sebati. Sedap diminum sejuk. 5. Limau Nipis Protein Shake
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/07/drink-5.jpg)
1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu whey protein perisa vanilla, 1 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1 biji pisang, 1 sudu besar jus limau nipis, sedikit hirisan limau nipis, 1/2 sudu kecil sirap maple, dan 1 cawan kiub ais. 2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian tambah 1 sudu besar yogurt Greek tanpa lemak dan 1 sudu besar biskut yang dihancurkan di atas minuman ini. 6. Shake Betik Halia
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/07/drink-6.jpg)
Nak pergi gim tapi perut rasa tak sedap? Shake Betik Halia ini mungkin sesuai untuk anda kurangkan rasa sakit perut itu. Tengoklah bahan-bahan yang digunakan untuk lawan sakit itu. Berkhasiat! 1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 1 1/2 cawan potongan betik, 1 cawan ais, 1/2 cawan yogurt Greek tanpa lemak, 2 sudu kecil hirisan halian, 1 sudu kecil jus lemon, 1 sudu kecil madu, dan 1 daun pudina. 2. Kisar sampai semua sebati. Kemudian hias dengan daun mint dan taburkan dengan sedikit serbuk whey protein perisa vanilla. 7. Oat Pisang Protein Shake
![](http://cdn0.thevocket.com/content/uploads/2016/07/drink-7.jpg)
Tengok nama pun dah boleh rasa kenyang dan bertenaga sepanjang hari. Ia boleh mengelakkan otot kejang dan mengawal gula darah. Baik untuk jantung juga. 1. Campur semua bahan-bahan ini di dalam pengisar: 2 sudu serbuk whey protein perisa vanilla, 2 sudu besar rolled oats, 2 biji pisang, 1 cawan susu kacang almond tanpa pemanis, 1/2 cawan air sejuk, 1 sudu kecil madu, 1/4 sudu kecil kayu manis dan 4 kiub ais. 2. Kisar sampai semua sebati. Sedap diminum sejuk.
|