Jika anda ingin menempah baju perkahwinan dan anda juga tidak mahu masalah mendatang ketika anda menempah baju perkahwinan, maka anda perlu mengetahui beberapa perkara penting sebelum bekerja bersama-sama dengan pereka baju perkahwinan anda.
Bajet perkahwinan Jika anda inginkan baju perkahwinan anda sendiri, maka anda perlulah bersedia dengan bajet yang tinggi. Mungkin anda tidak akan merasa ia perlukan bajet yang tinggi kerana anda akan dapati membayar secara ala carte bukan secara pukal. Selain itu, anda juga sukar menganggarkan kemungkinan kos sebelum proses reka baju.
Bantuan dari pakar Anda boleh berbincang dengan pakar baju pengantin untuk mendapatkan beberapa gambaran atau idea untuk baju pengantin anda, supaya semua yang terlibat dengan pembuatan baju pengantin anda memahami sepenuhnya dengan target anda.
Cuba tidak membuat banyak perubahan Godaan untuk membuat perubahan sepanjang proses baju pengantin boleh menjadi sangat tinggi. Maka, anda perlulah ingat bahawa anda akan mengeluarkan wang yang lebih, apatah lagi masa untuk membuat sebarang perubahan.
Tiada gambaran sempurna Tidak kira berapa banyak visi anda untuk baju perkahwinan anda, ia mungkin tidak 100% sempurna dan kelihatan sama seperti pakaian yang anda bayangkan. Maka, anda hendaklah terbuka jika pereka anda mungkin tidak merancang sepenuhnya yang anda inginkan.
Perlukan banyak ‘Fittings’ Anda mungkin akan menghadiri lebih banyak ‘fittings’ untuk pakaian perkahwinan anda daripada biasa, jadi pastikan anda dapat meluangkan masa anda sebelum perkahwinan anda tiba.
Untuk menyewa atau membeli persiapan majlis perkahwinan anda, boleh layari portal online di Outletkahwin.com Photo credits: Google.
|