Drpd status Zahiril Adzim. Filem PEKAK, akan dtg 1 September.
Setelah lebih 2 tahun penantian, antara karya yang aku gemari, filem "Pek4k" akhirnya bakal menemui korang. Dengan siapa lagi nak dikongsikan? Sudah tentu dengan kalian!
.
Seperti biasa, karya yang 'sesuatu', aku harus kongsikan kepada semua, tak mungkin aku senyap - senyap je.
.
"Pekak", filem Malaysia yang telah menempa nama & ditayangkan di Filipina dan Cannes. Kini akan tiba menemui Malaysia bermula 1 September 2016!
Sebuah kisah romantik yang menemukan seorang pengedar dadah pekak yang berusaha untuk mendengar secara normal bersama seorang gadis sekolah naif yang ingin bebas daripada kongkongan bapanya.
Sekian lama berharap, Zahiril Adzim akhirnya dapat merealisasikan impian bergandingan dengan Sharifah Amani menerusi filem Pekak.
Banyak cabaran dihadapi pelakon berbakat besar ini namun berkat bantuan Khairul Azri selaku pengarah, penggambaran berjalan lancar.
Malah, bagi mendalami watak dibawa, Zahiril mendapat tunjuk ajar bapanya yang bertugas sebagai guru pendidikan khas.
“Saya teruja menjadi sebahagian daripada produksi ini. Selain bergandingan dengan Amani, saya dapat melakukan perkara yang jarang saya buat sebelum ini.
“Watak lelaki bisu dan pekak bernama Uda cabaran besar buat saya. Bukan mudah namun syukur ia berjaya dilakukan.
“Banyak perkara baru yang saya belajar mengenai golongan kurang upaya. Barulah saya tahu mereka juga ada kelebihan seperti kita,” katanya.
Kata Zahiril lagi, cabaran terbesar yang dihadapinya adalah menjayakan babak tidak berdialog.
Tegasnya, dialog penting bagi pelakon untuk menyelamatkan diri ketika beraksi depan kamera.
“Berdasarkan pengalaman saya, lebih mudah melakonkan babak yang ada dialog berbanding tiada dialog.
“Apabila tiada dialog saya perlu bijak bermain dengan emosi bagi memastikan watak tidak nampak kaku atau pelik,” katanya.
Berkongsi pengalaman menghidupkan karakter jejaka pekak dan bisu, Zahiril berkata, pengarah memberinya alat bantuan pendengaran ketika penggambaran.
“Alat itu mengeluarkan satu jenis bunyi saja. Memang kadangkala bunyinya nyaring namun syukur tidak tinggalkan apa-apa kesan kepada pendengaran saya,” katanya.
Pekak terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures bakal menggegarkan pawagam seluruh tanah air bermula 1 September ini.
Selain sibuk mempromosikan filem Pekak, Zahiril terikat dengan penggambaran One Two Jaga terbitan Suhan Movies.
“Saya teruja kerana buat pertama kalinya filem bercorak kepolisan ini mendapat sokongan penuh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Filem ini mengisahkan gejala jenayah dalam kalangan polis. Jarang filem tempatan mengetengahkan isu sebegini.
“PDRM banyak memberi pandangan dan idea apa yang boleh dan tidak untuk dipaparkan. Saya melakonkan watak anggota polis dan seronok mendapat bimbingan PDRM,” katanya.
KUALA LUMPUR: Filem Pekak terbitan Grand Brilliance dan Lightbulb Pictures melakar kejayaan awal apabila merangkul dua anugerah utama pada International Motivational Film Festival - Bridge of Arts 2016 (IMF) di Russia, baru-baru ini.
Anugerah terbabit diraih menerusi lakonan Zahiril Adzim dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik, manakala naskhah tulisan Alfie Palermo pula dinobatkan sebagai Skrip Terbaik pada festival yang berlangsung di Restv-on-Don, Russia, 24 hingga 28 Ogos lalu.
Filem arahan Mohd Khairul Azri ini juga pernah dicalonkan pada World Premiere Film Festival Philippines, tahun lalu, manakala pada Mei tahun ini lalu, Pekak dipilih secara rasmi oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk tayangan di Marche du Film 2016, iaitu acara pasaran filem terbesar di Cannes, Perancis.
Bakal menemui penonton di seluruh negara mulai esok, Pekak mengisahkan seorang pemuda cacat pendengaran bernama Uda, yang terjebak dengan jenayah pengedaran dadah. Beliau berbuat demikian bagi menampung kos pembedahan memulihkan pendengarannya. Takdir menemukan Uda dengan Dara, seorang pelajar sekolah bermasalah yang ingin melarikan diri daripada kongkongan bapanya.
Selain Zahiril, filem ini turut diperkuatkan barisan pelakon berbakat lain seperti Sharifah Amani, Amerul Affendi, Sharifah Sakinah, Iedil Putra dan ramai lagi.
Post time 31-8-2016 11:48 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Congrats zahiril adzim. One of talented actor. Cuma mungkin look n height tu kurang. Nak tengok movie ni, tapi dalam pantang. Hopefully tayang la kat astro first
Watak2 dalam Pekak digarap dengan elemen sinis dan kejutan. Seorang pekak yang kelihatan tak berdosa, rupa2nya pengedar syabu. Seorang anak dara yang pandai mengajar bacakoran, rupanya syaitoniirojimm, penghasut dan perosak anak gadis. Gejala sosial yang dipaparkan memang mengejutkan lobang jantung mu, apatah lagi seorang pengedar dijadikan hero dalam crita ini.
Sinematografi bagi Pekak tampak indah, biarpun latar belakangnya cuma sekitar kawasan flat pprt, kawasan semak dan landasan keretapi. Seni abstrak dan grafitti meningkatkan lagi keindahan Secara keseluruhan, Pekak membawa penonton ke dunia gelap yang menjadi kian kelam, dan bila kau tak dapat meneka apa yang bakal terjadi, mungkin kau akan rasa terhibur atau kau rasa macam nak tengok cerita jiwang nippon
Disebabkan hampir keseluruhan cerita ini 'pekak' maka kalian harus benar-benar peka memerhati, membaca dan memahami seperti seorang Uda iaiitu si pekak
Filem adalah hiburan namun filem ini dikritik kerana pelbagai adegan detail spt ayat lucah "on" means berzina ,adegan hisap dadah,parti,cara berbohong,rogol n mcm2 lg .
Bagi remaja yang mempunyai sifat "ingin tahu" akan belajar perkara negatif melalui filem .
Namun bg pencinta filem,mereka mengatakan filem ini berani mengangkat isu gegala sosial yang memang berlaku dalam masyarakat .
Mulanya aku ingatkan filem ini mahu mendidik penonton untuk lebih peka dan cakna dengan OKU ,namun ternyata gagal .Filem dipenuhi pelbagai adegan realiti yang boleh mendorong remaja melakukan banyak perkara negatif .
Mungkin filem ini mahu memberitahu implikasi penagihan dadah,namun paparan lebih banyak kepada memberitahu cara menghisap dadah.
Apa lebih menyedihkan,OKU dalam filem adalah seorang penjual dadah dan sepatutnya dipilih kerjaya yang lebih keinsanan dalam mendidik OKU agar menjadi role model lebih baik .
Setiap filem ada pro dan kontra dan filem ini kurang memaparkan keinsanan dalam diri seorang manusia bergelar PEKAK .
Mungkin kita mengharapkan penonton memandang di sebalik adegan ,contohnya "on" JANGAN BERZINA .Melihat adegan menghisap dadah ,JANGAN HISAP DADAH .
Pekak adalah kekurangan dan sepatutnya filem mengangkat watak seorang lelaki Pekak yang mempunyai banyak inisiatif dalam usaha mencari pendapatan,tabah dan berjaya mennerapkan nilai kemanusiaan .
Kita perlu keluar dari stigma ekspoitasi adegan tidak bermoral ,pakaian seksi untuk menarik penonton ke pawagam .Pekak sepatutnya boleh menjadi filem lebih rasional tanpa adegan berani dan watak terdesak mencari wang perubatan .Menyedihkan filem ini telah memalukan golongan pekak .
Anyway watak Zahiril Adzim sebagai Uda memang memberi kesan kepada penonton dan berjaya menjiwai watak seorang lelaki pekak .