CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1634|Reply: 9

Datuk Dr Nasharudin Mat Isa - GMMF - Satu Tugasan GMMF -

[Copy link]
Post time 22-7-2016 03:32 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 8-2-2017 05:33 AM

Nasharudin Mat Isa is new GMMF chief






PETALING JAYA: Former PAS deputy president Nasharudin Mat Isa (pic) has been appointed chief executive officer of the Global Movement of Moderates Foundation (GMMF) replacing Datuk Saifuddin Abdullah.






Nasharudin, currently the Nassar Foundation chair, is an Islamic Jurisprudence graduate from University of Jordan and has a Master's degree in Comparative Laws in Malaysia.

"With the appointment of Nasharudin, the GMMF is confident of continuining its efforts to strengthen the relevance and application of moderation in foreign policy and in the country's context.

"The foundation will work closely with relevant stakeholders in realising the operationalisation of 'Langkawi Declaration on the Global Movements of Moderates," said GMMF chairman Tan Sri Razali Ismail in a statement on Wednesday.

Saifuddin resigned from the post after joining PKR on Oct 15. Nasharudin was former Yan MP (1999-2004) and the Bachok MP from 2008 until 2013.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-7-2016 03:36 AM | Show all posts
i sempat browse untuk mengetahui teh latest about figura politik ini . Tapi wow saya baru mengetahui  yang Pengerusi Nassar Foundation telah direzekikan untuk membawa misi kesederhanaan global

alhamdulillah

alhamdulillah

saya berasa amat bersyukur kerana ini adalah platform yang sesuai untuk seseorang yang berfikrah menyumbang apa yg termampu untuk kesejahteraan ummah .


Bless him...

ada hikmah dalam segalanya


tahniah Dr Nasha - i think you have been given the kudrat from allah to untuk membina 'istana' daripada lontaran batu politik  dahulu

org yg benar sentiasa benar ...


itu Janji-Nya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 03:37 AM | Show all posts
this is into policy making ye
cool...atas dasar ini pentingnya kestabilan politik ...kesatuan itu penting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-7-2016 03:41 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 22-7-2016 03:44 AM

seterusnya
http://www.gmomf.org/about-us/introduction-on-gmmf/

important pada siapa yg mengikuti perkembangan * comango

dalam biografinya dan beliau telah berjaya dalam viva PhD di UUM on Islamic Leadership

dan bagus juga meneliti areas GMOMF  ni dari pentadbir dan areas of research ni
kinda interesting.


Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2016 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak tulis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-10-2016 06:01 PM | Show all posts
Menyemai amalan kesederhanaan ASEAN
HUSSAINI AMRAN ([email protected])  |  24 Oktober 2016 5:05 PM
  0  0 Google +0
KEAMANAN dan kemakmuran adalah matlamat bersama yang ingin dicapai oleh semua negara anggota ASEAN sejak pertubuhan kerjasama serantau itu ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun lalu merintis pendekatan baharu bagi menjayakan matlamat tersebut melalui konsep wasatiyyah atau kesederhanaan.


Nasharudin Mat Isa
Seruan yang disuarakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Deklarasi Langkawi itu amat relevan dalam situasi beberapa negara anggota ASEAN termasuk Malaysia sendiri terdedah kepada ancaman ekstremisme dan keganasan.

Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) -telah memulakan inisiatif mempromosi amalan kesederhanaan dalam kalangan negara serantau dengan menganjurkan Perbincangan Meja Bulat Deklarasi Langkawi yang pertama di Singapura tahun lalu.

Perbincangan Meja Bulat Deklarasi Langkawi Kedua akan berlangsung di Vientiane pada Rabu ini (26 Oktober) dan lokasi itu dipilih berdasarkan status Laos sebagai Pengerusi ASEAN tahun ini.

Pengerusi Eksekutif merangkap -Ke-tua Pegawai Eksekutif GMMF, Dr. Nasharudin Mat Isa yakin program yang dianjurkan dengan kerjasama Institut Hal Ehwal Luar Negara Laos itu berupaya mewujudkan komuniti ASEAN yang inklusif serta berteraskan nilai-nilai kesederhanaan.

“Apakah ada cara yang lebih baik selain daripada -menimba pengalaman dan kepakaran negara-negara jiran kita dalam ASEAN?” soalnya.

Beliau menegaskan, mana-mana negara pun tidak lagi mampu bersikap eksklusif atau bertindak sendirian dalam menangani ekstremisme dan keganasan.

Menurut Nasharudin, konsep inklusif adalah kunci utama dalam menggalakkan amalan kesederhanaan dan ia boleh disuburkan melalui proses dialog, sikap bertolak ansur, saling menerima serta kesediaan untuk wujud secara bersama.

“Tidak dinafikan, tugas yang mencabar ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” jelasnya.

Program sehari tersebut bakal melibatkan lebih 100 peserta terdiri daripada wakil dan pegawai kerajaan, ahli akademik, NGO serta diplomat dari Laos dan ASEAN. Perbincangan dibahagi kepada dua panel masing-masing bertajuk ‘Pelajaran dan Pengalaman Mengenai Kesederhanaan di ASEAN’ serta ‘Kesederhanaan Sebagai Agenda Bersama Ke Arah Kedamaian, Keselamatan dan Pembangunan’.

Ahli-ahli panel pertama terdiri daripada Pengarah Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin; Ketua Biskop Davao, Filipina, Reverend Fernando R. Capalla dan Setiausaha Majlis Ulama Indonesia, Dr. Robi Nurhadi.

Panel kedua pula dianggotai Pengerusi Institut Kerjasama dan Kedamaian Kemboja, Putera Norodom Sirivudh; Pengerusi merangkap Pengarah Eksekutif Institut Kajian Mengenai Kedamaian dan Keganasan Filipina, Prof. Rommel C. Banlaoi dan Timbalan Pengarah Eksekutif Institut Wasatiyyah Bagi Kedamaian dan Pembangunan Thailand, Dr. Ilyas Yahprung manakala Felo Kanan GMMF, Datuk Hussein Haniff sebagai moderator.

GMMF serta Kedutaan Besar Malaysia di Laos turut menganjurkan program khas bagi meraikan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala antara Laos dan Malaysia pada 27 Oktober ini.

Program yang bertempat di Universiti Kebangsaan Laos itu adalah salah satu inisiatif GMMF untuk menggalakkan nilai kesederhanaan dan kaedah mencegah ekstremisme dalam kalangan belia ASEAN. Nasharudin juga dijadualkan untuk menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Menangani Ekstremisme dan Konsep Kesederhanaan’ pada program berkenaan.

http://www.utusan.com.my/rencana ... naan-asean-1.398687



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-2-2017 05:34 AM | Show all posts
GERAKAN KESEDERHANAAN GLOBAL PERLU TANGANI ISLAMOPHOBIA





Jean-Christophe-Bas

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 05:37 AM | Show all posts
PUTRAJAYA 6 Februari – Pergerakan kesederhanaan global perlu diwujudkan untuk memupuk kesederhanaan dan menangani Islamophobia, kata pengasas dan ketua pegawai eksekutif The Global Compass, Jean-Christophe Bas (JC Bas).

Beliau menarik perhatian mengenai pentingnya peranan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF) sambil berkata kewujudan pergerakan kesederhanaan harus menjangkaui ahli politik dan kerajaan.

”Justeru, adalah perlu seluruh dunia hari ini mempunyai rakyat, organisasi dan individu yang bersedia untuk menampilkan ciri-ciri kesederhanaan, saling menghormati dan mengamalkan toleransi,” katanya.

Ketika menyampaikan Syarahan Keunggulan mengenai “Kebangkitan Islamofobia dan Konflik Identiti Eropah” di sini hari ini, JC Bas berkata kaji selidik pada 2016 menunjukkan bahawa persepsi masyarakat terhadap Islam di Eropah semakin buruk dengan 47 peratus rakyat Perancis dan 43 peratus warga Jerman menganggap Islam sebagai ancaman.

“Inilah sebab mengapa ia penting untuk menggerakkan organisasi seperti GMMF dan organisasi yang bercirikan kesederhanaan di seluruh dunia untuk melakukan apa yang perlu meneruskan perdebatan dan perbincangan antara budaya,” katanya. The Global Compass ialah sebuah organisasi yang memperjuangkan respon dan dasar inovatif untuk mencegah fahaman radikalisme.

JC Bas berkata, realiti hari ini tidak banyak berkisar kepada Islamophobia tetapi kebimbangan mengenai keganasan dan fahaman radikalisme.

“Pengganas menggunakan nama Islam tetapi mereka bukan sebenarnya pendukung dan penganjur budaya Islam.

“Sebab itulah saya berpendapat bahawa adalah penting untuk umat Islam dan wakil komuniti Islam untuk mengutuk serangan keganasan dan menyatakan bahawa ia tidak ada kaitan dengan Islam,” katanya.

Idea mengenai Pergerakan Kesederhanaan Global dicetuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu di New York pada September 2010. – BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-2-2017 05:40 AM | Show all posts
Krisis Identiti eropah

interesting notion - adalah ia issue atau satu bentuk ' subsconscious fear ' of certain puak ke?

sejak bila Eropah tidak berkonflik - hahaha

bukankah bermula sejak berkurun lamanya bukan? i mean  well secara sinikalnya all the queens and kings in Eu are cousns?

so...kalau nak diceritakan  eropah sering saja ..berkonflik identity ke tak well  salah satu topik konflik tapi manakan tak konflik kalau ada London - Paris  ( hahaha) and Berlin oh now Brussels?

kan?

i  mean...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-2-2017 05:42 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.040427 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list