CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11340|Reply: 44

[Contest] BFF - Tamat

[Copy link]
Post time 29-6-2016 11:52 AM | Show all posts |Read mode
Edited by BabeYSHa at 28-7-2016 02:08 PM
Assalam Uols... Huhuhu.. Tak pernah-pernah haku menjengah ke sini.. duluuuu adala sekali dua.... Kali terakhir haku menulis cerpen dan novel (tkderla novel sgt.. menulis tgn je lam buku biasa tue) neh masa di Tingkatan 2.. Lepas tue haku dah malas.. Korang pun tau kan.. nak menulis neh kena ada mood.. kena mood bagus dan tenang-tenang gitu... Kalau ada pun, haku tak mengarang tapi hanya roleplay untuk game.. Itu pun plot dan skrip spontan..


Cemana haku leh termasuk sini?Haaa... masuk ke sini semalam sebab ada baca kat thread cik Nicky di bod MPS... Itu yang tersangkut.. Ohh.. nak saja-saja mengarang tue.. Tak kot.. Segan.. Tapi bila tengok ada contest.. Apa salahnya kan.. Amek mood bulan Ramadhan dan Raya... Tengok cik Ipo pun ada kat sini.. Uihh.. penulis tegar tul korang ek.. *tabik spring*


Enjoy la yer dengan cerpen haku yang tak seberapa ini..  

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2016 11:58 AM | Show all posts
Errkk... belum apa2 dah ada pagar?

Oh, momod... sendirik taruk apa?

Aci eh?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2016 12:13 PM | Show all posts
Edited by BabeYSHa at 29-6-2016 04:13 PM





...BFF...



1998 - Pengenalan

  Assalamualaikummmmmmm!!! Terdengar sayup-sayup suara seorang gadis memberi salam. Sharifah kelam kabut mencapai beg sandangnya sambil melihat sekilas wajah comelnya di cermin meja solek ibunya.

“Haaa… Tau pun kelam kabut! Mangkit lambat lagi!!” Mak Jemah mula membebel sambil mengeleng-gelengkan kepala melihat anak daranya yang kelam kabut hendak ke sekolah. Lebih kurang dua minggu sudah umat Islam berpuasa. Sharifah si gadis bertubuh sedikit montel, berkulit sawo matang dengan ketinggian5’ 3” itu terkocoh-kocoh memakai kasut sekolahnya.

“Bye Mak!!Assalamualaikummm…” Sharifah tersengih sambil melambai-lambai pada ibu tercinta. Basikal merah kesayangannya dicapai dan mula mengayuh perlahan ke arah Surya yang setia menanti di simpang jalan. Surya sahabatnya atau di dalam panggilan mat salleh Best Friend Forever? BFF gituuu ha.. Si gadis tinggi lampai dan berkulit kuning langsat itu hanya menggeleng-gelengkan kepala melihat telatah si Sharifah. Mereka saling mengenali antara satu sama lain sejak dari sekolah rendah. Namun hubungan mereka menjadi lebih akrab semasa di Tingkatan 2. Ya. Sharifah berpindah dari sekolah berasrama penuh ke sekolah asrama harian berhampiran rumahnya. Oleh kerana sifat kemanjaannya yang melampau-lampau (anak bongsu dalam keluarga), ibu dan bapa Sharifah terpaksa beralah dengan membenarkan anak kesayangan mereka bersekolah di kampung sahaja. Bayangkan saja setiap kali outing setiap kali itula anak dara mereka pulang ke kampung menjengah. Duit juga kan kalau dah selalu sangat balik kampung semata-mata nak menjamah masakan ibu tercinta. Keluarga Sharifah tidaklah terlalu kaya, tidak terlalu miskin. Kehidupan serba sederhana sudah cukup memberikan kebahagiaan kepada mereka sekeluarga.

“Jom!!” Dua gadis berusia 17 tahun itu beremba (bersaing) menaiki basikal bersama menuju ke sekolah yang jaraknya lebih kurang 2 kilometer dari rumah Sharifah. Sambil beremba, sambil berbual. Gelak tawa berderai sekali sekala di antara mereka.

“Kringgggggggggggggggggg!!!!” Loceng sekolah menjerit-jerit tanpa ampun. Terkocoh-kocoh dua dara comel menongkat basikal masing-masing. Sharifah dan Surya berlari-lari anak menuju ke kelas mereka di tingkat dua. Mujur tidak disergah oleh pengawas Norhabedah Shaari di pintu pagar sekolah tadi. Kalau tak pasti nama mereka tercatit lagi di dalam buku kecil Pengawas kerek itu.

Kelas 5S begitu bingit dengan suara penghuninya yang agak liar. Ya. Kelas terhujung la katakan. Sharifah melabuhkan punggung di atas kerusinya. Duduk di barisan hadapan kerana kerabunannya, membuatkan dia kelihatan seperti pelajar nerd sahaja. Memakai kacamata? Oh.. Memang taklah. Sharifah tidak mahu kelihatan seperti Betty La Fea. Surya duduk berselang dengan Sharifah. Di tengah-tengah mereka, Ema. BFF mereka yang datang lebih awal ke sekolah. Ema yang berperawakan seperti lelaki siap siaga mengorek-ngorek hidung dengan penuh ralit. Hasil korekan dicalit pula di bawah meja.

“Oiii…. Tak posa ka??!” Sharifah menepuk bahu Ema. Tersentak si gadis tomboy itu.

“Sapa habaq kat hang korek hidung tak posa??” selar Ema sambil mengjungkitkan sebelah keningnya seperti Ziana Zain.

“Errr… ,” Sharifah tergagap. Bukan tak tahu jawapannya.Tetapi dia sudah sedia maklum dengan perangai sahabatnya yang satu itu. Pasti tidak mahu mengalah biar apapun jawapannya.

Surya berdehem. Di kalangan mereka Surya memang ala-ala ustazah sedikit. Tudung yang dipakai pun agak labuh menutup dada berbanding si Sharifah dan si Ema yang masing-masing selalu diaim pengawas kerana berkain labuh menyeret lantai dan tidak melipat tepi tudung sekolah.

“Dengaq sini…memasukkan suatu benda dengan sengaja ke dalam lubang. Sesuatu yang membatalkan puasa adalah makan, minum dan segala sesuatu yang masuk melalui lubang pada anggota tubuh yang berkesinambungan (mutasil) sampai lambung, dan memasukkannya dengan unsur sengaja, artinya apabila perbuatan tersebut dilakukan tanpa kesengajaan atau lupa, maka tidak membatalkan puasa,” panjang lebar Ustazah Surya menerangkan kepada dua sahabatnya sambil memegang sebuah buku pengetahuan agama Islam.

“Tapi… aku tak kenyang pun weyy!!” Ema masih belum mahu mengalah. Sharifah terdiam seolah mengiyakan. Hakikatnya di dalam kotak fikirannya masih mencari point untuk berdebat dengan si Ema. Kelas tiba-tiba senyap. Sharifah tergamam.

“Bangunnnnn semuaaa… Assalamualaikum cikgu!” Suara ketua kelas, Khairy memecah kesunyian. Seorang wanita bertudung litup melangkah masuk sambil tersenyum. Cikgu kelas 5S. Cikgu Munirah diberi nama. Berperawakan tenang, lemah lembut dan berkaca mata. Buku kedatangan diselak dan nama seorang demi seorang pelajar dipanggil dan dibalas dengan sahutan suara halus dan suara garau.

Berpuas hati dengan kedatangan pelajar-pelajarnya pada hari itu, Cikgu Munirah hanya memaklumkan mengenai kebersihan kelas dan meminta kerjasama supaya mereka tidak membuat bising.

“Mmm.. suara-suara kamu semua kalau dah menyembang, dengaq sampai bilik guru tau dak,” ujar Cikgu Munirah sambil mengemas-ngemas buku beliau.

Sementelah bayang Cikgu Munirah hilang dari pandangan, kelas5S kembali berpesta. Sharifah, Ema dan Surya turut berbual menambah rencah penyedap rasa kebingitan sambil menunggu cikgu bagi mata pelajaran seterusnya.

Tepat 10.00 pagi. Loceng kembali menjerit-jerit kuat tanda wakturehat. Kantin sekolah hanya dipenuhi oleh pelajar-pelajar bukan Islam. Sharifah and the gang hanya melepak-lepak di luar kelas sambil berbual-bual kosong. Turut bersama mereka Khairy, si ketua kelas. Khairy mula  menjadi sahabat sejati mereka sejak dari Tingkatan 3. Seorang lelaki yang tinggi menggalah dan berkulit hitam manis. Boleh dikatakan lembut juga, tetapi maintain control macho.

“Haiiii koranggg!” Suara lembut seseorang menyapa mereka. Shamir. Seorang lagi sahabat baik mereka yang berperawakan lembut seperti perempuan. Pelajar bijak dari kelas Sains. Bertubuh kurus tinggi dan wajah saling tak tumpah seperti perempuan.

“Mana si Faiz wey… Tak mai sekolah ka harineh?” Shamir mencelah di tengah-tengah.

“Dakkk… aku ghasa (rasa) dia mangkit lambat,” balas Ema sambil matanya melilau ke hujung koridor tingkat itu. Dahinya sedikit berkerut. Geng BFF itu hanya mengiyakan sambil bergelak ketawa menganyam ketupat (mengumpat) pasal si Faiz. Ema semakin gelisah.

Mata Ema terpaku pada sekujur tubuh tanpa wajah terpacak kejung di hujung koridor. Kain putih yang sudah lusuh itu membuatkan Ema sedikit menggigil. Gelak tawa BFFnya tenggelam timbul pada halwa telinganya.

“Woiii, masuk kelaslaa!!!” Lengan Ema dikepit kemas dan direntap oleh Sharifah. Ema termangu-mangu.

‘Biar betul.. Kata bulan posa hantu setan kena ikat… Awat ada plak cik kak tu di bulan mulia gini’ getus hati Ema.

Sekolah Menengah Sungai Kedidi memang terkenal dengan kisah-kisah mistiknya. Namun begitu, ianya berlaku bukanla setiap hari. Kadang kala sahaja. Selalunya yang menjadi mangsa penampakan adalah para pelajar yang menghuni asrama sekolah tersebut.

Pembelajaran di sekolah pada hari itu tamat dengan jayanya. Esok hari Sabtu. Bolehla Sharifah berehat-rehat di rumah sambil melayan drama. Rancangan Sharifah untuk menunaikan solat Tarawih bersama ibu tercinta tidak kesampaian pada malam itu. Usai mereka sekeluarga berbuka puasa, tiba-tiba sahaja bendera Jepun Sharifah berkibar dengan megahnya.


-bersambung-

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2016 12:20 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 29-6-2016 11:58 AM
Errkk... belum apa2 dah ada pagar?

Oh, momod... sendirik taruk apa?
ohh...sorry..sorry.. takleh taruh sendiri ka? mana nak tauuu.. machih habaq...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 01:07 PM | Show all posts
BabeYSHa replied at 29-6-2016 12:20 PM
ohh...sorry..sorry.. takleh taruh sendiri ka? mana nak tauuu.. machih habaq...

eh, i was asking....

jgn la pedulikan sgt ayat2 ladyfinger12 yg sokmo perasan supermod ni...

all the best n welcome anyway

Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 03:20 PM | Show all posts
kita datang nk mintak sambungan.....

selamat hari raya

Comments

dah sambung.. tapi taip kat word.. paste kat sinik jadi gila plak.. nanti haku edit len  Post time 29-6-2016 04:51 PM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-6-2016 03:30 PM | Show all posts
nak letak pagar ke?

mana tahu nak habiskan dulu baru nak bukak pagar.

Nay okay ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 04:20 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 29-6-2016 04:21 PM

Uiks... Mod MPS masuk sini. Siap join contest lagik...

Welcome to the Club Mod Sha... gitew...

And thanks for the tacangs kat bod sana. Banyak pulak tu. Terus den naik pangkat jadi Defender
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-6-2016 04:43 PM | Show all posts
Edited by BabeYSHa at 30-6-2016 02:02 PM





1999 - JANJI
Hiruk pikuk suara pelajar dan ibu bapa bercampur baur di dewan Sekolah Menengah Sungai Kedidi. Hari penuh bermakna. Keputusan SPM keluar pada hari itu. Sharifah hadir ke sekolah bersama-sama Surya dan Faiz. Kelibat Shamir, Khairy dan Ema tidak kelihatan.


“Tahniah pada yang berjaya ya.. Kamu nak sambung belajar ke mana nanti Sharifah?” Guru kelas 5S menyapa pelajar-pelajarnya yang sibuk membelek slip keputusan peperiksaan.


Sharifah terkulat-kulat hendak menjawab soalan dari gurunya.Cita-cita asalnya ingin melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan memandangkan cita-citanya ingin menjadi guru. Tapi malangnya subjek Kesusasteraan Melayu yang diambilnya hanya mampu Lulus, tidak Kredit.

“Mmmm.. Tatau lagi cikgu. Mak saya suruh sambung ke Tingkatan Enam.. Tengokla cemana. Ingat nak gheja dulu kot sementara,” balas Sharifah.


Selepas tamat peperiksaan SPM, Sharifah dan Surya bersama-sama bekerja sementara di sebuah kilang perindustrian. Motif utama nak pegang duit sendiri. Kalau keputusan baik, kumpul duit dan lanjutkan pelajaran.


Surya hanya mendiamkan diri membiarkan Sharifah berbual-bual dengan cikgu Munirah. Faiz hilang entah ke mana. Setelah cikgu Munirah mengundur diri seketika untuk balik semula ke bilik guru, Sharifah menepuk lembut bahu sahabatnya.


“Sue..awat hang neh? Diam jaaa.. Mmm.. Hang dapat apa? Mai nak tengok sat.”
Surya menolak dan cuba menyembunyikan slip keputusan SPMnya . Air mata mula berkaca di pinggir mata Surya.


“Sue dapat Pangkat Tiga ja.. Mmmm..mesti tok Sue marah nanti..” sayu suara Surya yang kedengaran sedikit bergetar.
Sharifah mengeluh. Memang janji mereka berdua ingin melanjutkan pelajaran bersama-sama jika mendapat keputusan yang baik.
“Takpalah Sue.. Pah ingat nak gheja dulu la kot.. Mmm..Kumpui duit..pastu sambung belajaq. Kita gheja sama-sama na..”


Sharifah memujuk sahabatnya yang sudah mula menangis. Shamir dan Khairy tiba kemudiannya. Mereka turut mendapat keputusan yang cemerlang sepertinya. Sementara Ema senasib dengan Surya. Tapi Ema seorang yang sangat tabah.
“Alaaa.. orang belajaq tinggi-tinggi pun la nehh.. bukan senang nak dapat gheja punnnn.. Baik gheja kilangla.. Janji rezeki halal kan,”Ema memang seorang yang sangat positif.


Sambil masing-masing membelek slip keputusan, Faiz muncul tiba-tiba dengan lenggok gemalainya..
“Aku dapat SAP jer nyahhh… Takpalah.. Aku ingat nak gheja butik ja kat Bandar P!”
Ya... Persahabatan mereka tidak terhenti di situ.. Biarpun mereka mengikut haluan masing-masing selepas itu.


Sharifah dan Surya..terus bekerja di kilang N sebagai operator pengeluaran. Sharifah berdegil mahu tetap berada di sisi Surya biarpun ibunya menegaskan supaya dia menyambung pelajaran hingga ke Tingkatan 6. Ema turut bekerja kilang bagi menampung hidup dan perbelanjaan keluarganya yang agak ramai.


Khairy menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di dalam bidang kejururawatan. Shamir pula ke Maktab Perguruan P di utara tanahair. Faiz memanjangkan langkah beliau bekerja di sebuah butik pengantin yang diusahakan oleh seorang artis suam-suam kuku.

Biarpun mereka sudah terpisah, janji mereka adalah satu.. HARI RAYA mesti berkumpul bersama.


Aidilfitri 2003 - SURYA


POmm!Pomm!Pomm! Letupan kecil mercun bola memeriahkan suasana malam itu. Esok raya. Sharifah sibuk membantu ibunya di dapur memasak rendang ayam. Ketupat pulut yang dibalut dengan daun palas dan daun pisang sudah siap semuanya. Terujanya rasa hati.. esok dia akan bertemu sahabat tersayang yang hanya ditemui setahun sekali.


Tahun ini Sharifah menempah baju kebaya labuh berwarna hijau pucuk pisang. Dia kini bekerja di sebuah sektor kerajaan di utara tanahair. Tiada rezekinya menjadi seorang guru. Cuti raya pun tidak lama kerana raya ketiga, premis sudah dibuka.

Mengimbau kembali 2 tahun lalu… Sharifah diam-diam mengambil peperiksaan STPM secara persendirian. Surya mula menjauhkan diri daripadanya selepas Sharifah berhenti kerja di Kilang N. Sebenarnya dari alam persekolahan lagi, Sharifah tidak berapa disenangi oleh tok (nenek) Surya memandangkan Sharifah tidak menjaga auratnya. Bertudung semata-mata hanya di sekolah. Habis sekolah, tudung pun terbang. Keluarga Surya yang agak alim dan menitik beratkan bab aurat dan agama, membuatkan persahabatan mereka makin lama, makin renggang.

Pagi raya itu, Shamir, Ema dan Faiz datang beraya seperti biasa. Perubahan demi perubahan dari segi fizikal dan pekerjaan sahabat-sahabatnya tidak pernah melunturkan rasa sayang dan setia pada persahabatan itu.
Shamir… bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah rendah di Timur tanahair. Sementara Ema masih bekerja kilang dan Faiz masih kekal di butik pengantin.


“Okey nyahh… La neh.. hangpa takleh panggey aku Faiz dah hokeyyy.. Panggey aku Sheera.”
Terburai gelak mereka bertiga. Sharifah gelak mengekek sampai tersedak.
“Kami tau laaa.. hang memang.. dulu kini dan selamanya memang minat sungguh dengan kak Erra Pajira hang tuuuu!” Shamir menyampuk sambil membuat memek muka sindiran.


Lawak mereka memang kasar. Tetapi tiada berbekas di hati. Sharifah perasan fizikal Sheera agak berbeza. Kedua-dua belah dada jantannya seperti diisi buah limau mandarin. Pada firasatnya mungkin Sheera mengambil pil hormon atau membuat suntikan. Ema pula masih berperawakan kasar seperti dulu, tapi Ema yang hari itu..Ema yang manis berbaju kurung dan bertudung bawal.
“Hangpa tau ka apa cer sahabat-sahabat lain?” Shamir bersuara sambil mengunyah-ngunyah perlahan kuih tart nenas.


“Mmm… haritu kan.. aku ada ternampak Khairy kat Bazaar Ramadhan pekan A. Tapi..mmm…”
Ema terdiam seketika.

“Awat wey?” Sharifah muncul dari dapur dengan dua pinggan kaca berisi laksa Penang.
“Dia dah lain la wey…Mmmm…” Sambung Ema sambil menyambut huluran pinggan berisi laksa dari Sharifah.
“Awatttt! Dia lagi diva dan kelas dari aku ke nyahhh! Dah cucuk sana sini kaaa?” Kecoh si Sheera a.k.a Faiz.

“Dak aihhhh! Hang neh.. cer biaq aku cerita perabih dulu!”Ema membuntangkan matanya yang sedia bundar pada Sheera.
“Satttt!! Aku pi dapuq duluu… Chuppp!!!”
Sharifah berlari-lari anak ke dapur mengambil dua lagi pinggan laksa untuk dirinya dan Shamir.
“Orait… Sambung pat!”

Sharifah teruja duduk di kerusi bersebelahan Ema.
“Gini… Bazaar Ramadhan Pekan A tue biasala kan… Ramai oghang..Kadang-kadang hat kita yang dah lama tak jumpa pun leh jadi kenai lam duk berjalan ghamai-ghamai tue..”
Ema menyambung cerita dengan semangat.


“Aku ternampak dah si Khairy.. dia dengan Cikgu Remy ha..aku usahalaaa kan senyum weyyy… Tapi dia kalih kot lain!”


Ema mengeluh.
“Aku taula.. Aku gheja kilang ja… Rumah plak bantuan kerajaan. Tak macam dia.. Mmm… Gheja elok.. Pakai kereta..”


Keluhan Ema berselang seli dengan rasa geram.


“Aku tak kesah kalau dia dok jauh.. Tapi rumah dia belakang rumah aku ja! Bukan hangpa tatau!”
Ya. Ema dan Khairy berjiran. Rumah yang diduduki mereka berdua masing-masing bantuan kerajaan. Cuma bezanya rumah Khairy kira status otai dah.. Sudah diubahsuai lebih besar oleh penghuninya dan selesa untuk diduduki. Sementara rumah Ema pula baru diduduki beberapa tahun lepas.. Hanya sebuah rumah kayu separuh simen atas bawah dan mempunyai satu bilik sahaja.
Sharifah dan Shamir hanya diam.. Melayan makan laksa. Sheera dah mula berleter-leter.


“Takpalah Ma.. Kami ada lagi kan? Orang tak mau kawan dengan kita, takyahla kita tersorong-sorong pipi pulak.. Dah.. Makan pat! Nanti nak pi ghumah hang plak!!” pujuk Sharifah.

“Eh.. Terlupa… Aku nak call si Sue sat,”
Sharifah mencapai telefon bimbit Nokia 3310 miliknya dan mendail nombor rumah Surya.
Deringan kali ketiga.. Baru dijawab.
“Hello… Assalamualaikum… Sue ada dak?” Sharifah bertanya dengan sopan.
“Sapa neh? Sue takdak.. Dia pi beraya rumah sedara dia,” Kedengaran suara wanita separuh usia di hujung talian.
“Oooo.. takpalah…Nanti bagitau dia.. kata Pah telefon na..”

Tutttttt… Talian terputus.
Sharifah hanya mampu tersenyum pahit sambil melihat sahabat-sahabatnya yang menunjukkan reaksi wajah ingin tahu apa yang berlaku.
‘Mmm.. Takperlah.. Takdak rezeki nak jumpa….’ Sharifah memujuk hatinya sendiri.



Aidilfitri 2005 - KAHWIN


“Kauuuuuuuuu…melafazkan kerinduannnn…. Kuuuu… sambut keriangan”

Sharifah, Ema, Sheera, Shamir dan sepupu Sharifah berjimba sakan ke karaoke sekeluarga pada malam pertama hari Raya. Kerja gila pergi karaoke pada malam raya pertama? Itulah cara mereka melampiaskan rindu setahun sekali bersua muka.
Kebingitan muzik membataskan pendengaran masing-masing. Usai penat memerah tenaga dengan melalak di pusat karaoke.. kelima-lima mereka singgah di sebuah kopitiam.
Sambil minum, sambil berborak dan menganyam ketupat. Tiba-tiba timbul cerita Surya.


“Eh.. nyah.. Sue ada hantaq kad kahwin tauuu.... dia kawen hujung bulan neh kot…Hangpa dapat dak?”
Sheera mencelah sambil menyisir rambut yang sengaja diwarnakan dengan warna perang dan rebonding.
Sharifah, Ema dan Shamir berpandangan sesama sendiri..


“Seriusss??? Awat aku tak terima apa-apa pun?” Ema bertanya kehairanan.
“Takkan aku nak muhong kotttt! Kalo hangpa tak pi.. Aku pun takmau pi laa.. Takdak geng! Malaih aih aku!”
Sheera mengumam sendiri sambil membelek wajah di cermin bedak padatnya.
Sharifah sedikit terasa dengan apa yang baru didengari tadi.

‘Sampai hati… Mmmm… Tak apalah… Mungkin busy sangat kot sampai terlupa nak bagi atau mungkin ingat aku dah tak dok kat kampong dah’


Sharifah sekali lagi memujuk hati kecilnya.
…. Tak apalah….




Aidilfitri 2007 - PERTEMUAN
Sharifah tersenyum puas melihat kekasih hatinya yang baru…Biarpun tidaklah sehebat mana dan bukanlah kereta import dan berjenama terkenal.. Cukuplah sekadar dapat pergi ke sana ke mari dengan selesa.


‘Alhamdulillah.. Balik raya nanti.. dah boleh balik dengan kereta!’ Girangnya hati Sharifah sambil berangan-angan ingin ke sana ke mari dengan kereta barunya.
Pagi raya… selepas mengerjakan solat sunat Aidilfitri dan menziarahi pusara ayah dan tok neneknya, Sharifah seperti biasa melayan sahabat yang datang bertandang… Ya. Sama seperti tahun-tahun lepas. Masih orang yang sama. Masih perangai gila-gila yang sama. Cuma mungkin saiz badan dan fizikal yang agak berbeza.
Sambil menjamu selera.. Timbul idea tak semena-mena oleh Sheera.


“Nyahh… apa kata.. tahun neh kita wat surprise nak? Kita terjah ghumah Sue.. Memandangkan Noks Pah pun dah pakai kereta.. Aku pun dah pakai kereta.. Jom kita…”
“Hang tau ka kat mana rumah dia? Dia tak sudi plak nanti kita pi beraya.. Cemana?” Selar Shamir.
“Gila ka apa hang neh! Mana ada orang halau kawan-kawan sekolah lama dia pi beghaya!” gomel umpama mak nenek si Sheera.

Oh.. Sheera kini dah transform.. Seperti kak Erra Fazira. Pipinya naik sedikit dan dagunya meruncing kesan suntikan botox.
Setelah berbincang, berdebat lebih kurang.. Akhirnya..Sekumpulan BFF itu mencapai kata sepakat.


Kereta yang masih berbau kedai dipandu cermat memasuki lorong kecil bertar yang di sebelah kanannya sebatang sungai yang boleh tahan dalam dan di sebelah kirinya sawah padi yang saujana mata memandang. Celoteh Shamir dan Ema yang tak habis-habis membuat spekulasi bagaimana reaksi Surya nanti amat melemaskan Sharifah.

Setibanya mereka di hadapan rumah mertua Surya..




bersambung..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2016 04:50 PM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 29-6-2016 01:07 PM
eh, i was asking....

jgn la pedulikan sgt ayat2 ladyfinger12 yg sokmo perasan supermod ni... ...
Takpa.. actually... kat bod lain..kami neh mcam poremer biasa ja... kalo kat bod jagaan sendiri barulah jadi tokey..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2016 04:52 PM | Show all posts
NaylaArisha replied at 29-6-2016 03:30 PM
nak letak pagar ke?

mana tahu nak habiskan dulu baru nak bukak pagar.
Takpalah Nay.. huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2016 04:53 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 29-6-2016 04:20 PM
Uiks... Mod MPS masuk sini. Siap join contest lagik...

Welcome to the Club Mod Sha... gitew...
Shhh.. diam2 sudah.. jangan sampai momod Med nampak.. wakakaka!


Neh sumer hang punya pasai.. haha!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2016 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah mod MPS mai sini..
Welcome welcome welcome
Dua kali aku refresh bod nih..ingatkan salah bod
Nanti nak baca..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 10:59 AM | Show all posts
Edited by Ezzie at 30-6-2016 11:06 AM
BabeYSHa replied at 29-6-2016 04:53 PM
Shhh.. diam2 sudah.. jangan sampai momod Med nampak.. wakakaka!

welcome kat bod ni.....

tambah lg penulis kat bod ni....iols cuma pandai baca je...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:02 AM | Show all posts
Ipo replied at 29-6-2016 05:23 PM
Wah mod MPS mai sini..
Welcome welcome welcome
Dua kali aku refresh bod nih..ingatkan salah bod; ...

ipo tak join contest ke? iols tengah perah otak siapkan kerja sebelum coti raya....
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 11:27 AM | Show all posts
Ezzie replied at 30-6-2016 10:02 AM
ipo tak join contest ke? iols tengah perah otak siapkan kerja sebelum coti raya....

nanti ku pikirin...
ingatk perah otak nak buat karangan cerpen raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2016 12:01 PM | Show all posts
Ipo replied at 30-6-2016 11:27 AM
nanti ku pikirin...
ingatk perah otak nak buat karangan cerpen raya

lum sempat nk buat pengenalan...dh bersusun kerja yg datang....
ni pun nk hilangkan stress ngadap la bod ni jap....

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2016 12:16 PM | Show all posts
Ezzie replied at 30-6-2016 10:59 AM
welcome kat bod ni.....

tambah lg penulis kat bod ni....iols cuma pandai baca je...

tak nak join ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 01:41 PM | Show all posts
Edited by BabeYSHa at 30-6-2016 01:59 PM



...Sharifah memerhati keadaan sekeliling. Sebuah rumah batu setingkat bersaiz sederhana kelihatan sunyi. Ema dan Shamir turut berbisik-bisik sesama sendiri. Cuak. Segan. Semuanya bercampur baur.

Sheera yang menaiki kereta berasingan dengan gaya voguekeluar dari kereta dan membetul-betulkan baju kurung Pahang bercorak batik yang tersarung di tubuhnya. Umpama lagak mak tiri si Bawang Merah, suara garau Sheera memecahkan suasana gelisah Sharifah, Ema dan Shamir.
“Oiiii Nyahh! Cepatlaa! Terhegeh-hegeh lagi dalam keta pasaipa? Mentang-mentangla kereta baru!” Cebik si Sheera.

Sharifah turut lawan mencebik dan menjeling pada Sheera.Sengaja dijengahkan kepalanya celah tingkap kereta yang sedia dibuka sedari tadi.

“Hang kan kepala rombongan! Neh semua idea hang.. Hang la pi bagi salam dulu! Kami follow dari belakang naaa…” jawab Sharifah sambil tersengih-sengih.

“Uhhh… Semuanya aku! Kalau takdak aku, apa nak jadi tataulaaaa dengan hangpa neh!” balas Sheera dengan riak.

Sharifah memberi isyarat keluar dari kereta kepada Ema dan Shamir. Ketiga-tiga mereka membontoti Sheera yang melenggang kangkung berjalan ke pintu rumah mertua Surya.

“Assalamualaikummmm…. Kami mai nak berghaya,” suara garau Sheera memecah kesunyian.

Senyap.

Salam kali kedua diberikan oleh Sheera sambil beliau terjenguk-jenguk ke dalam rumah. Daun pintu rumah memang sudah terbuka separuh. Sharifah, Ema dan Shamir berbisik-bisik sesama mereka.
“Wa’alaikumussalam….,” salam disahut oleh suara yang amat dikenali oleh mereka.
Seorang wanita berbaju kurung pesak berwarna ungu dan bertudung bawal warna senada menjengah di muka pintu. Riak wajahnya sedikit terkejut. Senyum antara tidak.

“Weyyyy… hangpaaa… Lama tak jumpa… Masuklahhh,” pelawa Surya dengan air muka yang tidak dapat ditafsirkan.

Sharifah menarik tangan Ema agar masuk dahulu. Shamir turut mengekori Ema. Sharifah menyusul kemudian. Sheera awal-awal lagi dah masuk dan elok menyilang kaki di atas kusyen rotan.

Salam dihulur oleh Sharifah. Surya menyambut dan mengenggam kemas salaman itu.

Sharifah sedikit sebak. Tapi cuba bertahan. Tiada reaksi sangat pada wajah Surya.
“Hangpa dok dulu na. Sue nak pi dapoq sat.. Goreng mee sanggui..Jemputla makan kuih apa yang ada tu naa…”
Surya memanjangkan langkah ke dapur.
Sheera dan Shamir sibuk membuka bekas kuih dan merasa. Sedap. Tak sedap. Umpama pengadil masakan pula si lembut dua orang itu.

Setengah jam berlalu… Surya muncul dengan menatang dulang berisi gelas dan satu jar air oren. Disusuli oleh seorang gadis belasan tahun yang membawa bekas kaca berisi mee sanggul dan beberapa biji pinggan melamin.

Sharifah yang rindukan gelak tawa dan gurau bersama Surya cuba juga mengusik. Tapi Suraya membalas dengan gelak yang sekadar sahaja. Surya kelihatan lebih matang.

Ya. Matang selari dengan umur berbanding dengan Sharifah, Ema, Sheera dan Shamir yang gedik bergurau senda umpama umur mereka tak pernah berganjak dari sweet seventeen.


Surya turut berkongsi album perkahwinannya dengan sahabat-sahabat lamanya. Sahabat? Mungkin kawan-kawan sekolah lama lebih sesuai di sini.
Sharifah sedikit terkejut melihat suami Surya. Surya menikahi Badrul, kawan baik kepada sepupu lelaki Sharifah. Mereka berdua dikurniakan seorang cahayamata lelaki yang kini berusia hampir 12 bulan. Sharifah dan sahabat sempat juga mengacah-acah anak Surya yang sangat comel. Berkulit kuning langsat seperti ibunya.

‘Syukurlah hang bahagia Sue…’ Sharifah tersenyum melihat Surya yang ralit melayan keletah nakal anaknya.
Pertemuan yang singkat penuh bermakna itu mengubat hati mereka yang terluka kerana dilupakan oleh Surya. Kerana tidak dijemput di hari bahagianya. Sharifah, Ema, Sheera dan Shamir kini faham dan akur. Surya sudah berkahwin. Semestinya jiwa dan raganya hanya untuk keluarga tercinta. Mereka berempat pun mungkin juga begitu jika sudah mendirikan rumahtangga. Kan? Siapa tahu?
Itulah pertemuan terakhir di antara mereka dan Surya.





Aidilfitri 2012 - Hilang

Tahun ini Sharifah, Ema, Shamir dan Khairy beraya bersama tanpa Sheera.

Khairy? Ya. Mereka telah bersatu kembali pada tahun 2011. Kini Khairy merupakan seorang lecturer di sebuah kolej swasta. Walaupun kadangkala terselit riak semasa berbual, tetapi mereka masing-masing sudah faham. BFF akan menerima seadanya perangai baik buruk sahabatnya bukan?

Sharifah turut melanjutkan pelajaran secara PJJ di dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Belajar selagi mampu dan mahu belajar. Shamir masih di sekolah rendah daerah P sebagai guru Bahasa Inggeris yang amat disayangi oleh anak-anak muridnya. Sukar untuk bertukar ke kampung halaman kerana khidmatnya masih diperlukan di sana.

Ema pula sudah dinaikkan pangkat sebagai penyelia di kilang tempat dia bekerja beberapa tahun lalu. Apa yang menjadi persoalan kini, di mana Sheera?

Beberapa tahun kebelakangan ini, sikap Sheera agak lain. Bukan kerana mulutnya yang semakin celupar atau cakap lepas, tetapi penampilannya.

Sharifah dan Ema pernah beberapa kali menasihatkan Sheera setiap kali berjumpa semasa berhari raya. Biar begini, jangan dibuat pembedahan tukar jantina. Susah nanti.

Sheera akur. Tetapi nafsu untuk memiliki payudara seperti wanita tulen tidak dapat ditahan lagi oleh Sheera. Pembedahan payudara silikon dilakukan di Thailand dengan pembiayaan oleh sugar daddynya. Seorang lelaki berusia 50-an dan mempunyai keluarganya sendiri.

Sharifah tidak meletakkan kesalahan 100% pada Sheera kerana dia tahu, Sheera mudah terpengaruh. Di butik pengantinnya sahaja lebih dari 3 orang yang sepertinya malahan lagak dan stail mereka lebih mendiva dari si Sheera. Selesai menjalani Kursus Pendandan Rambut dan Salon di sebuah kolej swasta pada tahun 2011, Sheera bertekad untuk berhenti kerja di butik pengantin. Sheera ingin bekerja sendiri dan dia berjaya membuka salon di rumah teres dua tingkat yang disewanya.

Jadi pada tahun 2011 yang lepas, Sharifah dan sahabat merasalah beraya di rumah Sheera yang diubahsuai dalamannya seperti mini salon yang lengkap perkakasannya. Ema sendiri memotong rambutnya di situ sebelum raya dan hasilnya sangat memuaskan. Siapa kata tak cemerlang di dalam pelajaran tak boleh berjaya kan?

Tapi... Aidilfitri tahun 2012... Sheera hilang.

Ke mana Sheera?



-bersambung-

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2016 01:43 PM | Show all posts
Ipo replied at 29-6-2016 05:23 PM
Wah mod MPS mai sini..
Welcome welcome welcome
Dua kali aku refresh bod nih..ingatkan salah bod; ...
Hahahah! mata hang lom rabun lagi Ipo.. memang haku di sinik.. huhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.117499 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list