CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7437|Reply: 28

[Contest] Cinta di Musim Raya

[Copy link]
Post time 17-6-2016 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sarizu at 18-6-2016 10:00 AM

Cinta di Musim Raya



Masing-masing mula berlumba-lumba menunjuk gambar raya sekeluarga. Aku tersenyum, memang terasa kemeriahan disebalik gambar-gambar yang dipamerkan. Itulah kemeriahan grup whatsApp kala raya menjelma.


Terasa juga ingin menunjuk, tapi...apa kelas tunjuk gambar di bawah ketiak mak ayah? Orang lain sibuk berkepit dengan bini, peluk suami, dukung anak...aku?


Takkanlah diusia 35 tahun masih mahu menunjuk gambar riang ria raya memeluk mak ayah di kiri kanan. Memang tak salah, malah memang kategori anak soleh. Tapi...


'Masih tidak berjodohan. Sudah sangat lama bersedia namun masih belum direzekikan.'
Itulah jawapan skima yang telah siap disediakan untuk soalan skima jika aku juga mahu berlumba-lumba mempamerkan kebahagiaan di hari raya ini.



Bukan tak pernah bercinta, rasanya ada la kot 10 kali! Termasuk beberapa siri cinta gayut diusia belasan tahun. Paling lama bertahan tiga tahun, paling singkat tiga bulan. Entah, bukan lagi jodoh kot. InsyaAllah ada la tu...


Pernah aku berharap pada cinta tiga tahun itu, namun jarak umur lapan tahun antara aku dan dia menjadi halangan besar buat kami membina masjid. Aku yang telahpun establish diusia 28 tahun ketika menyunting bunga di taman, ditolak secara baik oleh kedua ibubapanya kerana sunti masih lagi dalam tempoh gelaran mahasiswi. Tempoh menunggu tiga tahun diberikan! Setelah tiga hari berfikir, aku pula menolak secara baik. Biarlah kami membawa haluan masing-masing...mungkin tiada jodoh antara kami. Tamat! Pedih!


Aku sentiasa yakin dengan perancangan Allah. Walau sesekali datang rasa sesalan kenapa tidak saja aku menunggu untuk tiga tahun itu? Sekarang telah tujuh tahun berlalu...aku masih begini, seperti dulu...bujang...bujang terlajak mungkin...




bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-6-2016 12:52 PM | Show all posts
salam Mod...
macam tu ke tulis utk contest?











ampun salah dan silap...
lama dh x menampal kt sini...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 12:58 PM | Show all posts
wow! mood raya dh tiba...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 01:05 PM | Show all posts

hihi...mod cakap Ramadhan dan Raya...yang keluarnya Raya...camana tu...??
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 01:21 PM | Show all posts
sarizu replied at 17-6-2016 01:05 PM
hihi...mod cakap Ramadhan dan Raya...yang keluarnya Raya...camana tu...??

janji ada salah satu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 02:27 PM | Show all posts
sarizu replied at 17-6-2016 01:05 PM
hihi...mod cakap Ramadhan dan Raya...yang keluarnya Raya...camana tu...??

lepas ni post ke2 post la #terobekposa....


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2016 02:53 PM | Show all posts
Waaahhh. Tahniah.

First contestant gitu  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2016 10:02 AM | Show all posts

janji tak caras kredit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2016 10:03 AM | Show all posts
awanjingga replied at 17-6-2016 02:27 PM
lepas ni post ke2 post la #terobekposa....

Rasanya mmg pasti dh kn trobek...
Sebut sepatah Ramadhan pun jadilah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2016 10:05 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 17-6-2016 02:53 PM
Waaahhh. Tahniah.

First contestant gitu

hikhik...
alaa...nak meriahkan suasana Ramadhan je...elak ngantuk gitu
bahasa pasar jah pun...santai-santai jah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2016 10:11 AM | Show all posts
Edited by sarizu at 18-6-2016 10:18 AM

Bahagian 2


Cinta yang datang selepas itu tidak lagi menarik. Entah, ada saja yang tidak kena. Kalau muka cantik, mengadanya lebih sikit. Kalau yang sedan-sedan, banyak pula syarat untuk masuk meminang. Kalau yang biasa-biasa, aku pula yang tak nak. Heh, semua orang nak bini cantikkan... Cantik pada mata sendirilah...mata orang memang aku langsung tak kesah.

Aku? Ala-ala Hafiz Roshdi. Hensem sedan-sedan tapi tak sado. Peribadi pun sedan-sedan, bukan peramah, juga bukan pendiam. Orang kata perempuan suka juga lelaki macam ni...mungkin juga. Kalau tak mungkin, tak mungkin aku ada ramai senarai awek sampai 10 kot. Berangan lah kau!

Satu perkara yang aku kurang, tak pandai sangat nak tackle perempuan. Kalaupun senarai awek panjang, separuh daripadanya perempuan dulu yang mulakan. Aku sentiasa menyambut baik salam mereka kala kesunyian. Ceh! Aku memang tak sombong, sebab tu perempuan suka kot.


Segala anganan tergendala sejurus pintu bilik diketuk dari luar. Tahir menjenguk kepala, kemudian masuk dan terus duduk di kerusi berhadapan aku. Ruang pejabat kala itu agak sunyi memandangkan masih ramai staf bercuti raya. Aku? Telah selamat kembali ke medan juang di bilik ini. Tak ada maknanya nak bercuti raya lama-lama. Sehari tu kira wajib. Dua hari dah bagus sangat. Tiga hari kategori anak soleh. Ya, aku la tu...cukuplah tiga hari bercuti membuat segala kerahan tenaga untuk mak ayah dimusim raya ni.

"Kau join tak open house Hisyam weekend ni? Macam menarik juga...raya aka gathering, boleh jumpa kawan-kawan lama" Tahir buka mulut. Jemarinya ralit di skrin handphone, whatsapp la tu.

Aku ketuk-ketuk meja, mencari-cari jawapan yang terbaik.

"Mana tahu jodoh kau ada kat sana," itu memang ayat skima Tahir. Asal ajak aku pergi tempat ramai orang memang itulah ayat pengasihnya.

Banyak tengok drama sangat si Tahir ni. Memang! Umur baya-baya aku pun nak minat dengan artis lagi. Mira Filzah? Daripada aku tak kenal dengan pelakon tu langsung aku jadi tertengok Cinta Si Wedding Planner. Itupun sebab ada perkataan Wedding tu. Kemaruk betul aku nak kahwin ni. Sadis. Tapi si Mira tu bukan taste aku. Lagi aku suka Puteri Sarah. Ehh..., stop! Dah selamat jadi bini orang pun...aku je yang tak selamat-selamat lagi. InsyaAllah akan tiba masanya nanti. Yakin!

"Tak ada ayat pengasih lain ke? Tahu la bini kau tu makwe masa sekolah tadika lagi," aku hirup kopi yang makin terasa sejuknya.

"Aku prihatin pasal kau je...aku tau sangat kau nak kahwin. Jangan memilih sangat la kawan,"

Memilih? Rasanya tak pun.

"Memilih apanya...kalaupun aku pilih, aku nak yang elok je, yang tak bawak banyak masalah dalam hidup aku. Lain-lain tu macam biasalah, yang mak bapak aku suka dan dia boleh terima kurang lebih keluarga aku," jawapan biasa-biasa daripada aku.

Asal kahwin lambat je mesti orang cakap memilih. Habis tu kalau tak memilih terkena dengan hantaran RM30 ribu? Mahu aku tak kahwin-kahwin. Malaslah nak fikir pasal hantaran ni, yang penting sekarang adalah calon. Ya, calon bini. Mana nak cari eh?

"Betul kau tak memilih?" Apa lagi yang Tahir tak puas hati.

Aku angkat kening.

"Betullah. Kau tak puas hati eh?" Aku kerutkan dahi.

"Kalau dah macam tu...jom join open house Hisyam weekend ni," tahu juga Tahir ni mengada.

Aku sungging bibir.

Terpaksa rela aku mengangguk. Ya, mana tahu jodoh aku ada di keramaian itu. Untuk kesekian kalinya aku mengharap. ...



bersambung...

Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2016 10:28 AM | Show all posts
wah  sarizu dah start
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2016 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
cptla hapdet.aku pun ngah siapkan tuk contest ni.Inspire dri cite kau ni gak
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2016 09:08 AM | Show all posts
sarizu replied at 18-6-2016 10:05 AM
hikhik...
alaa...nak meriahkan suasana Ramadhan je...elak ngantuk gitu
bahasa pasar jah pun... ...

Kipidap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 04:13 PM | Show all posts
Ipo replied at 18-6-2016 10:28 AM
wah  sarizu dah start

Jom ipo
sunyi i ni sorang2 masuk contest
karang i bolot semua hadiah segan plak












bdw, Cinta Dandelion tu best
sr je kt sn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 04:17 PM | Show all posts
Esmiria replied at 19-6-2016 08:41 AM
cptla hapdet.aku pun ngah siapkan tuk contest ni.Inspire dri cite kau ni gak

hihi...x leh nk hapdet cepat2...x dok idea noo...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-6-2016 04:19 PM | Show all posts

jom nicki join contest
temani i yg kesunyian ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 04:24 PM | Show all posts
Edited by sarizu at 22-6-2016 01:37 PM

Bahagian 3


"Tak keluar dating?" Poyonya soalan Norman.

"Dating dengan yang mana?"

Aku sambung poyo juga. Lapar-lapar ni malas nak melayan sangat. Masih lagi berfikir-fikir nak keluar ke tak nak lunch ni.

Semalam pun memerap kat office, hari ni pun rasa malas juga nak keluar.

Kalau si Tahir ada rajin juga si mamat tu ajak makan situ sini. Dia yang drive aku yang belanja. Oklah, orang berbudi kita berbahasa.

Tahir tak pernah belanja?

Belanja kat rumah je. Bini dia rajin masak. Selalu juga dia ajak makan-makan santai kat rumah dia. Seronok juga sambil makan sambil melayan empat orang anak-anaknya.

Laju juga si Tahir ni. Rezeki kahwin awal. Dengki aku.

Mana tak kahwin awal kalau dah dicopnya bakal isteri sejak tadika lagi. Dah la rezeki kahwin awal, dapat bini sebelah kampung pula tu. Gembira sungguh dihari raya...

"Dating dengan awek semalam la...kan semalam kau usha sorang awek kat rumah Hisyam tu," sambung Norman.

Ish, menyibuk betul mamat ni.

Aku bangun menuju pantry.

"Tak ada maknanya nak dating-dating," sekilas aku pandang Norman yang masih buat-buat sibuk di meja kerjanya.

"kenapa?"

Aku kacau kopi. Pagi kopi, tengahari kopi...apa-apalah.

"Budak lagilah," serik dah nak berkawan dengan yang muda-muda sangat.

"Tak salahkan?"

Memang tak salah, tapi serik takut direject sekali lagi.

"Ya, tak salahpun. Tapi aku tak nak. Kalau kau nak ambiklah,"

Norman tersenyum panjang sampai telinga.

"Kalau aku nak dari semalam lagi aku keluar dating,"

"Kenapa tak nak?"

Norman senyum lagi. Dia bangun ikut sama ke pantry. Kopi juga yang dikacaunya.

"Aku dah nak kahwinlah. Nak jadi bakal suami yang soleh. Tak nak dah buat kerja-kerja budak-budak ni. Baik tak aku? Bakal isteri aku tu pun perempuan baik-baik, so aku pun kena belajar jadi baik juga. Sekarang tengah cukupkan duit nak kahwin, tak nak dah lagha tak tentu pasal,"

Duit dan kahwin memang tak dapat dipisahkan. Aku tahu sangat Norman tengah berjimat-cermat sekarang ni. Baguslah. Aku yang duit berkepok juga tak kahwin-kahwin.

Nak kena tunjuk bank statement kot baru laku aku ni. Ish, jauhkanlah dari perempuan mata duitan. Tak sanggup rasanya nak miliki isteri high maintenance. Norman pernah cerita, keluarga bakal isterinya tak minta duit hantaran yang banyak, RM3000 sahaja. Elok sangatlah, sangat tidak membebankan pihak lelaki. Kan mudah je nak kahwin... Aku? Tunggulah...

Seronok dengar cerita Norman nak kahwin. Aku diam saja. Lebih baik mendengar saja dari bersuara.

"Bila kau punya turn? Jangan tangguh lama sangat Rif,"

"Kau ada calon untuk aku? Bak sini,"

"Aku dah bagi pun...kau tu yang tak nak,"

"Didi tu?" Aku geleng, tak kuasa nak melayan si mekap tebal tu.

"Kau ni...itu tak nak ini tak nak. Cuba cakap sikit siapa yang kau nak?' Norman teguk kopi.

Offer la yang semenggah sikit baru aku nak.

Aku senyum. Kopi dah tinggal separuh.

Malas betul nak melayan si Norman ni.

"Fazura boleh?" Aku senyum sampai telinga. "Kalau bukan Fazura aku tak nak. Kau je lah layan,"

"Apa benda Fazura la kau ni...ni aku nak tanya...,"

"Apa? Aku dah nak sambung kerja ni, setakat nak jodohkan aku dengan mana-mana awek kita cite lain hari eh.  Aku nak kena submit proposal petang ni,"

"Proposal tolak tepi jap. Aku nak kenalkan kau kat sorang awek ni,"

Aku geleng kepala.

Time sibuk macam ni memang aku tak nak fikir pasal jodoh. Norman ni pun satu, ada-ada saja awek yang dia nak propose kat aku. Lepas tu sibuklah pula nak suruh aku keluar dating. Eh, aku ni dah tua lah. Malas dah nak layan dating-dating semua ni.

"Aku betul-betul sibuk ni. Bukan takat nak hantar proposal je, esok aku cuti, nak kena siapkan macam-macam lagi,"

Ya, esok aku nak join mat motor ride ke Pulau Pinang.

Kepuasan!

"Eh Man, jom kita ride esok. Bujang-bujang ni enjoy la dulu,"

Giliran Norman pula geleng.

"Ish tak nak aku. Aku tengah darah manis ni. Banyak pantang-larang nak kena ikut. Karang accident ke apa...na'uzubillah...,"

Banyak la kau punya pantang-larang.

"Jodoh, maut tu semua dah ketentuan Allah. Tak payah nak berpantang-larang sangatlah. Jomm...happening ni wei,"

Geleng dan terus menggeleng.

"Kau cakap senang la... Kalau apa-apa nanti aku juga yang tanggung sendiri. Mati pun tidak, jodoh pun lari," Norman dah terbayang yang bukan-bukan.

Sedap mulut je si Norman ni bercakap. Habis tu aku yang tak kahwin-kahwin ni ingat tak ada pantang-larang ke masa ride?

"Ish kau ni Man, kau ingat kitaorang ni ride sembrono macam tu je ke? Kitaorang ni nampak je ganas, tapi romantik tau...berpengetahuan dan cukup latihan untuk handle motor ni. Dah dua tahun aku join ride pergi merata-rata...alhamdulillah selamat sejahtera sampai sekarang ni,"

Norman angkat dua-dua tangan.

"Aku surrender!"

Berjaya juga aku mengelak dari sesi berjodohan Norman.


bersambung...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-6-2016 01:41 PM | Show all posts
Edit sikit
sbb mcm ada idea yg cross in my mind
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2016 02:09 PM | Show all posts
Edited by sarizu at 27-6-2016 12:38 PM

Bahagian 4

Aku pandang Iman semacam.

"Biar betul kau ni, Man?"

Gambar di dalam handphone Iman dipandang penuh minat.

Hari ini giliran Iman pula yang offer jodoh untuk aku.

Memang dia kenal sangat perempuan tu.

Itukan dia? Tapi kenapa minah motor?

Macam rasa nak migrain dah aku ni.

Dia yang aku kenal dulu bukan perempuan macam ni. Orangnya pun kecil molek saja dan sedikit manja.

Tapi yang ini sedikit berbeza, walaupun masih berfizikal kecil namun kelihatan lasak juga.

Betul ke dia? Kembar? Tak pernah pula aku tahu dia berstatus kembar.

Gambar yang aku tengok ni pun taklah detail sangat. Setakat posing tepi Kawasaki Ninja ZX-10R dengan 'uniform' minah motor tu taklah melambangkan keadaan si dia yang sebenar. Berjaket, bersarung tangan, but, padding siku dan lutut memang betul-betul minah motor. Saja-saja nak melaram?

Tapi Iman ada maklumkan juga si dia ni ahli berdaftar dengan Lady Bikers, memang betullah dia minah motor.

Bukan dia tidak tahu memang ramai perempuan sekarang ni obses dengan jentera berat nan satu ini. Bahkan sudah ramai yang memiliki motosikal berkuasa tinggi sendiri.

Lagi pula ada juga para suami yang menggalakkan dan memberi semangat untuk para isteri mereka terlibat aktif secara bersama-sama dalam dunia permotoran. Bukan sekadar sebagai hobi tapi juga sebagai satu alternatif riadhah untuk sekeluarga.

Mereka biasanya akan menunggang bersama-sama untuk menguji kemampuan masing-masing.

Tapi kenapa pilih jadi minah motor? Siap berdaftar kelab lagi! Tak masuk dek akal nak fikir bagaimana, kenapa, bila lagi si dia tu berkecimpung dalam bidang motor ni.

Tetiba kepala rasa sedikit berdenyut.

Aku pun satu, dah kenapa tetiba nak terfikir macam-macam pasal si dia tu?

"Nak tak? Kau kenal-kenal la dulu, kalau ada jodoh alhamdulillah...tak rugi pun Rif, inipun satu bentuk usaha juga, harapkan kau cari sendiri asyik tak jumpa je. Perempuan ni pun aku tengok macam orang baik-baik juga," promo baik punya daripada Iman.

Kalau dah macam baik-baik kenapa tak kau je ambik, Iman? Eh, tak bolehh...itukan dia! Betul ke dia eh? Nak tanya lebih-lebih macam segan. Ok, sabar...sabarr...

Iman sent gambar si dia ke handphone aku.

Kata Iman, fikir-fikirlah dulu, kalau rasa semacam, boleh ke langkah yang seterusnya. Kalau tak ada rasa boleh delete gambar tu dan stop!

Kata Iman lagi, kalau ada rasa semacam, dia akan bagi nombor handphone si dia ni untuk aku hubungi, berkenalanlah konon. Huhu...macam nak je, tapi segan lagi nak mengaku rasa semacam tu dah ada dari mula-mula tengok gambar diapun sebenarnya.

Kalau boleh sekarang juga rasa nak call, macam-macam nak tanya ni.

"Dia sendiri memang tengah mencari calon suami ke? Kalau setakat nak berkenalan macam budak-budak baik tak payah. Aku tak nak dah main-main ni buang masa je," itu yang keluar daripada mulut aku tapi mata tak lepas-lepas dari tengok gambar si dia.

"Ya, sedang berusaha,"

"Ok, aku fikir sehari dua lagi. Kalau rasa semacam tu dah ada aku bagitahu kau nanti. Kau Iman, jangan pula nak jaja gambar dia ni merata-rata, kalau aku decide tak ada rasa semacam tu baru boleh kau pass gambar dia ni kat orang lain, jaga maruah seorang perempuan tahu...," pandai la aku susun ayat. Sebenarnya takut melepas. Tapi betul sangatlah mana boleh suka-suka hati jaja gambar orang ke situ ke sini.

Nama dia sapa eh?
Umur berapa?
Fuhh...

Banyak lagi soalan cepu berlian dalam kepala ni. Tak sabar rasanya nak call si dia. Sabar...sabarr...

Kepala dah tambah berdenyut...tak pasal-pasal...

Mudah-mudahan ini jodoh aku, dah tak larat rasanya nak fikir pasal calon isteri. Akan aku doakan semoga menjadilah kali ini. Bantu aku ya Allah.

"Aku doakan semoga kali ini pintu hati kau terbuka luas," Iman senyum. Mungkin daripada riak wajah aku pun dia dah boleh mengagak sesuatu.

Doa kau telah dimakbulkan Iman!

"Mudah-mudahan doa kau akan dimakbulkan Allah. Teruskan berdoa,"

Mulut memang tak seiring dengan kepala. Bersemangat sungguh Iman ni nak menjodohkan aku.

"Aku macam dah terasa doa aku dah dimakbulkan ni," memang bijak sungguh Iman membaca isi hati aku.

Kalau dah terasa macam doa tu dimakbulkan, bak nombor handphone kat sini.

"So, kalau dah terasa doa tu dimakbulkan, what's next?" Aku tayang handphone, penuh pengharapan.

Senyum panjang Iman.

"Ok, aku bagi kau nombor handphone dia. Jangan tak call pula. Dia pun menunggu tu, tak payah nak jual mahal sangat. Ni aku dah kira baik sangat, aku percaya kat kau la ni," Iman tekan-tekan handphonenya.

Yes, dah dapat nombor! Rasa nak melompat pun ada, hilang terus migrain.

Macho...macho...

"Ada apa-apa lagi kau nak cakap? Tengoklah, kalau dah free sikit aku call dia,"

"Sekarang pun kau free kan? Kalau ada apa-apa perkembangan jangan lupa share. Nak juga aku tahu dapat merasa nasi minyak ke tidak tahun ni," jauh sungguh Iman merancang.

"Kau ni...belum apa-apa dah cakap merapu. Entah-entah dia dah sangkut dengan orang lain," berdebar juga aku bila cakap macam ni.

"Takkan lah...baru semalam dia bagi gambar tu. Kau tu tak payah nak cakap banyak, call cepat sikit," Iman bagi arahan. Alah, kalau dah jodoh tak ke mana.

"Oklah, Man. I try my best. Kalau ada rezeki, merasa la kau makan nasi minyak aku, kalau tak ada rezeki, aku rezekikan kau nasi minyak kedai mamak belakang tu. Nasi minyak tetap nasi minyak," aku kena belajar terima hakikat juga.

Memang aku akan berusaha lebih sikit kali ini. Tak nak main-main dah, terasa dekat benar dengan jodoh yang ini.

"Optimis la sikit Zarif oi. Esok aku nak tahu perkembangan. Kau jangan nak mengelak,"

"Ada-ada je lah kau ni," kepala tengah menghafal nombor telefon si dia, gigih sungguh aku kali ni.



bersambung...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 08:41 PM GMT+8 , Processed in 0.074817 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list