CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3747|Reply: 14

Kenapa ada orang Melayu Murtad

 Close [Copy link]
Post time 17-6-2016 09:16 AM | Show all posts |Read mode
Salam dan selamat berpuasa kaum muslim dan muslimat.
Dunia hampir ke akhir zaman..teknologi semakin maju , arus pembangunan maju ke hadapan..
Di negara kita malaysia ini 60% adalah orang bumiputra Melayu yang agama nya islam.
agama datang ke alam melayu hampir 700 tahun yang lalu. bila kita kaji sejarah kita agama nenek moyang kita dulu sama ada hindu atau tiada beragama..bila islam datang ke alam melayu nenek moyang kita terima islam. sekitar 1511 melaka jatuh ke tangan Potugis , selepas itu Belanda dan seterus nya Inggeris. di samping menjejah bangsa asing ini juga mengembang agama kristian kepada penduduk alam melayu...tapi kurang berjaya. dan islam dapat di pertahankan hingga ke hari ini.
Terdengar era tahun 2000an ada orang Melayu yang murtad ..tukar agama islam kepada agama lain. Bukan kita tak di didik dengan islam sejak dari tadika lagi anak-anak kita telah di terap dgn nilai-nilai dan agama islam. tapi ada juga orang Melayu yang kita katakan islam meninggalkan agama mereka.

Al quran terang-terang kata ..dan Allah kata tidak di terima agama selain islam

بَينَهُم ۗ وَمَن يَكفُر بِآياتِ اللَّهِ فَإِنَّ اللَّهَ سَريعُ الحِسابِ
Indeed, with Allah religion is Islām,1 and those who were given the Book did not differ except after knowledge had come to them, out of envy among themselves. And whoever defies Allah’s signs [should know that] Allah is swift at reckoning.
surah ali imran ayat 19

boleh tak kaum muslimin dan muslimat kongsi dalam ini kenapa??. apa keadah terbaik supaya murtad ini tidak berlaku kepada orang melayu yang telah ratusan tahun berpegang teguh dgn ajaran islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2016 09:49 AM | Show all posts
Murtad .... bukan perkataan asing di alam Melayu. Melayu dulu murtad dari ajaran animisme, puja busut puja makhluk halus penunggu, memeluk pula ajaran Buddha, ada juga memeluk ajaran Hindu. Ini kelangsungan Melayu purba lebih 1400 tahun lamanya (jika kita ambil 1 Masihi sebagai permulaan ketamadunan Melayu).

Melayu secara berjemaah mulai murtad dari agama Buddha dan Hindu, memeluk agama Islam pada 1400an. Menunjukkan, Melayu masih baru 600 tahun bergelar Muslimin dan Muslimat.


Melayu beragama Islam cukup suka bangsa lain beragama lain murtad dari agama mereka dan memeluk Islam. Tapi Melayu tak reti pula jaga mualaf dari murtad semula dari Islam ke agama asal mereka, dan tak mampu dan berdaya bila ada segelintir Melayu Islam murtad dan memeluk agama lain.

Ini soal iman. Kemudian isu ummah. Lepas itu isu dakwah. Lepas itu isu penguatkuasaan syariah.

Bab pertama sudah fail sebab Melayu sekarang pe'elnya rambut sama hitam, kubur lain2. Iman sendiri2 punya hal, kau hal kau aku hal aku. Tambah lagi Melayu sekarang iman nipis bab kulit bawang.

Bab kedua lagi fail. Bila berlaku masalah penyelewengan akidah, ataupun paling mudah anak2 muda keliru dengan pegangan mereka, makbapak pula jahil murakkab harapkan ustaz ustazah kat sekolah ajar anak bab basic Islam, sikap tak ambil peduli jiran sebelah .... inikan pula isu murtad? Isu asas seperti nak penuhkan saf masa solat jemaah Subuh pun gagal.

Bab ketiga, terang2 fail. Sibuk nak dakwah kat orang agama lain suruh diorang murtad dari agama mereka, lepas tu tak jaga kebajikan mereka. Banyak kes murtad dari Islam adalah dari golongan mualaf. Tu belum kira dakwah kat anakmuda atau anggota masyarakat Melayu sendiri yang hanyut dengan macam2 fahaman sesat dari anti hadis, liberal, Kerajaan Langit, Syiah, Ahmadiyyah .... macamana.

Bab keempat. 110% fail. Hukum kanun Syariah separuh masak. So what kalau orang Melayu murtad, walaupun Mahkamah Syariah isytihar suruh masuk balik Islam, tak benarkan tukar agama menerusi IC dsb, apa kesannya? Makhluk tu tetap menten murtad, walaupun Islam hanya pada IC. Paling tak keluar dari Malaysia pegi dok kat Singapura atau negara Barat yang sekular tak kacau hak dia nak murtad. Padahal dalam Islam, pesalah murtaddin jatuh kes Hudud. Tapi Malaysia tak laksana Hudud. Citer banyak tak guna.

Akhir sekali balik semula point no. 1, iman. Tepuk dada, tanya iman.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 09:57 AM | Show all posts
Murtad isu agama bukan bangsa. Mohon bezakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2016 10:18 AM | Show all posts
syadq replied at 17-6-2016 09:57 AM
Murtad isu agama bukan bangsa. Mohon bezakan.

memang murtad isu agama bukan isu bangsa..
kita banga negara kita islam..kebanyakan yg beragama islam itu bangsa Melayu..
kalau orang melayu murtad dari agama mereka.bukan kah itu nama nya bangsa melayu yg murtad.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 10:21 AM | Show all posts
melayu murtad ni dah jadi bangsa lain ke?
cuba elaborate sikit..tak pernah dengar melayu jadi india, cina atau bangsa2 lain
tukar adat ke apa?
selalu dengar islam murtad dan islam bukan hanya untuk bangsa melayu

terms yg digunakan tu tak tepat..
bila bangsa lain masuk islam pun dikatakan masuk melayu
emm.....

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 10:27 AM | Show all posts
banyak faktor yang buat orang islam murtad..
mostly adalah dari faktor keberantakan keluarga, tidak kukuh agama
walau ada faktor lain yg menyumbang pada isu murtad ni
> macam kes sharifah tu...sebb guru agama raba dia..
>faktor nikah...jatuh cinta kat bangsa lain dan sanggup tukar agama, macam kes aishah (walaupun ayah dia seorang ustaz)
>faktor keluarga, macam kes hasnah
> nak bebas dari terikat dari suruhan agama..do and donts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2016 01:50 PM | Show all posts
Ipo replied at 17-6-2016 10:27 AM
banyak faktor yang buat orang islam murtad..
mostly adalah dari faktor keberantakan keluarga, tidak ...

agree dengan ipo..

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2016 02:36 PM | Show all posts
sebab murtad...iman xkuat
iman percaya dan yakin pada yg Esa
bila iman xkuat maka xtakut pada Tuhan
bila xtakut maka xpercaya
bila xpercaya maka akan ikut2 org lain
walaupon ayah ulama sekalipun belum tentu anak tu akan ikut seperti ayahnya
teringat lagu Raihan...iman xdpt diwarisi dari seorang ayah yg bertaqwa


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2016 03:31 PM | Show all posts
Wa alaikumsalam.

Tumpuan menyelesaikan masaalah murtad ni tertumpu pada golongan kecil.  Iaitu muslim murtad masuk agama lain yang kebiasaannya keristian.  Ini golongan kecil sebenarnya.

Golongan murtad yang besar ialah yang murtad ke tidak beragama.  Samada percaya tuhan wujud atau tak percaya tuhan wujud.  Dan golongan ni selalunya senyap sebab dia rasakan dia tak rugi apa-apa kalau senyap.

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 09:24 AM | Show all posts
Edited by AkuSeru at 21-6-2016 09:25 AM

setiap kali ada bab2 sejarah berkaitan melayu, aku selalu tertarik nak baca sbb waktu dahulu melayu terkenal dgn bahasanya yang tinggi, dan juga adab kesopanannya yg juga tinggi walau apa agama mereka anuti masa tu, dan hidup aman damai. melayu juga masa tu dihormati dan disanjungi bangsa2 lain.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 09:31 AM | Show all posts
ibnur replied at 17-6-2016 03:31 PM
Wa alaikumsalam.

Tumpuan menyelesaikan masaalah murtad ni tertumpu pada golongan kecil.  Iaitu mu ...

golongan yg ibnur cakap tu sebenarnya xsenyap pn, mereka bergerak secara besar2an tp dgn permainan yg dah diaturkan dgn rapi n terperinci, sampai tanpa kita sedar mereka dah pn jd kuasa besar. prmainan minda bawah sedar nie mmg hebat... hanya yg benar2 kuat imannye jer xkan tergoda, n yg xtergoda tu pn sbrnya dah pun tergoda... sejak dr alam persekolahan dan pembelajaran lg.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 11:52 AM | Show all posts
JAWA MURTAD CAMNA LAK?
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 12:14 AM | Show all posts

Salam.......

Kucing dan  Bangau terlompat-lompat,
Nak tahu JAWA murtad????
Bila SIGI,LORO,TELU,PAPAT....
Disebut satu,dua,tiga,empat..........


Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2016 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
APA gunanya jadi Muslim bila hati dah tak percaya tuhan/ jatuh hati pada "konsep" ketuhanan agama lain?

Undang2 Malaysia takda masalah dengan murtad (yang bermasalah hanya kat pej agama). Tapi, kat jab pendaftaran tak benarkan penukaran identiti.

Benda ni kontra sangat. N jalan penyelesaian golongan murtad ni adalah pindah ke luar negara lah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2016 03:52 PM | Show all posts
Orang Islam di Malaysia di dedahkan dengan rukun iman. Tapi, rukun iman itu hanyak dari segi wording sahaja. bukan dari dasar hati.

Kita kena la bimbing anak kita mengerti apa itu rukun iman, apa itu rukun islam. Bukannya rukun iman ada berapa? apa dia??

Patutnya rukun iman Beriman pada Allah S.W.T. macam mana kita nak beriman, apa contoh dia? secara x langsung dedahkan pada anak kita.

Contoh rukun islam plak, menunaikan zakat, kita pupuk anak kita untuk rajinkan bersedekah. Pada usia awal 4 tahun bg duit kat anak kita untuk masukan kat tabung masjid. Atau sedekah pada orang.

Contoh sahaja la. Bila da pupuk dan perkembangkan ilmu agama secara ini. maka anak kita akan lg faham dan mengerti apa itu iman.. apa itu islam.

Ini, terlalu ikut budaya barat... tgk cerita reality show.. siap buat reality show sendiri. kemaruk barat.

Orang tu bukan mcm tu, bukan nak kecam.. kita lagi nak ikut. Prof Muhaya ada bgtau.. kita control remote tv.. tgk ilmu agama.. if iklan.. tunjuk benda x elok.. tukar siaran ke ilmu agama lain...

Nak ringkaskan cerita.. Semua bermula dari diri kita dan keluarga sendiri...

sekadar pandangan sahaja..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 10:39 AM GMT+8 , Processed in 0.055328 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list