View: 38050|Reply: 79
|
CERPEN - Kenangan Tak Bisa Dilenyapkan (TAMAT)
[Copy link]
|
|
Edited by momey at 9-6-2016 07:11 AM
Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia..
Cheq mai lg
akhirnya siap gak! hahaha selamat melayan crita br cheq. mcm biasa, leh komen apa-apa pun.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Zuhaira bersemangat pada pagi ini kerana dia akhirnya dapat tawaran bekerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur sebagai kerani. Itu pun setelah berkali-kali dia memujuk suaminya, Syakir untuk bekerja semula setelah hampir empat tahun dia berhenti kerja. Dia berhenti pun kerana jaga dua orang anak perempuannya, Lina 4 tahun manakala Munira 3 tahun.
Zuhaira menyiapkan sarapan pagi untuk suami dan anak-anaknya. Syakir dengan wajah yang masam mencuka keluar dari bilik sambil butangkan kemejanya.
“Tie abang mane?” berkedut muka Syakir tanda marah.
“Kan Ira ada sangkut dekat dinding belakang pintu tu.” Zuhaira kelam kabut masukkan nasi goreng ke dalam bekal suaminya.
Lina dan Munira masih tidur di dalam bilik mereka. Selepas mengemas dapur, Zuhaira berlari menyiapkan pakaian kedua-dua anaknya untuk di hantar kepada Kak Mariah, pengasuh kepada anak-anak mereka itu.
“Mana dia, Ira?!” Syakir mula meninggikan suaranya.
Zuhaira menggelengkan kepalanya lalu masuk ke dalam bilik.
“Ni..” Zuhaira mengambil tali leher yang terselindung di sebalik t-shirt suaminya itu.
“Ira tak letak mana pun. Sini je.” sambung Zuhaira sambil berjalan semula ke dapur.
“Kelam kabut serupa ape lagi! Kalau tak keje kan senang.” Syakir bebel sambil memakai tali leher.
Zuhaira yang hendak berlari ke ruang tamu itu terus langkahnya terhenti. Dia toleh memandang suaminya.
“Abang dah janji kan nak bagi Ira keje balik? Buat apa nak ungkit lagi?”
"Dah kau nak sangat kan? Kang kau post plak dalam fb cakap aku ni laki tak guna.”
“Apa abang ni? Ira tak pernah buat macam tu erk!”
"Orang sekarang salah sikit nak post fb..kecoh sana sini.”
“Itu orang lain! Bukan Ira.”
Zuhaira mula naik angin dengan perangai suaminya itu. Selalu bergaduh. Bergaduh pun sebab hal kecil je pun.
Zuhaira menyambung kerjanya dengan memasukkan beberapa helai pakaian Lina dan Munira lalu masuk ke dalam bilik semula.
“Abang tolong hantarkan Lina dengan Munira ke rumah Kak Mariah pagi ni boleh tak?”
“Ape? Kau ingat aku tak keje ke?”
“Abang, tolong la… kan hari ni hari pertama Ira masuk ofis.”
“Tak de. Tak de. Aku dah lambat.”
Syakir terus berjalan ke ruang tamu mencari kasut kerjanya. Zuhaira sebak. Dia betul-betul dah terlambat pagi itu.
Syakir mengambil kunci kereta lalu mula menghidupkan enjin kereta.
“Tolonglah abang.. pagi ni je pun.” Rayu Zuhaira pada suaminya yang ego itu.
"Tepi lah!”
Syakir menutup pintu kereta lalu terus berlalu pergi dari situ. Zuhaira mengesat airmatanya. Ditoleh ke belakang lalu masuk semula ke dalam rumah.
“Mama…” panggil Lina yang jaga terkejut itu.
“Ya, sayang.” Zuhaira dukung Lina sambil berjalan ke dapur.
Dia ternampak bekal nasi goreng suaminya masih ada di atas meja. Syakir lupa lagi! Ini bukan kali pertama dia lupa tetapi dah hampir dua minggu bekal yang Zuhaira sediakan untuk dia langsung tak diusik.
Zuhaira letak Lina atas katil lalu dia dukung Munira yang masih tidur itu.
“Jom, Lina. Mama hantar Lina dengan adik dekat rumah mak cik Mariah.”
“Kenapa mama hantar Lina dengan adik dekat rumah mak cik Mariah?”
“Mama kan kene keje.”
"Alaaa.. Lina nak main dengan mama.”
“Tak boleh sayang. Mama dah kene masuk keje.”
“Lina tak nak pegi.” Lina mula terjerit-jerit.
“Jangan la macam ni, sayang.”
“Lina nak duduk dengan mama..” Lina merayu sambil menangis.
“Lina jangan degil boleh tak?! Mama dah lambat ni!!” Zuhaira mula meninggikan suaranya yang sebelum ini dia langsung tak pernah marah anak-anaknya itu.
Lina terdiam. Hanya airmata sahaja yang mengalir. Zuhaira terus rasa bersalah lalu terus memeluk Lina.
“Maafkan mama, sayang. Lina anak yang baik kan? Lina dengan adik kena dengar cakap mama.”
Lina menangis lalu memeluk ibunya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasrul menuruni anak tangga lalu berjalan ke bilik adik lelakinya, Nasir yang berhampiran dengan dapur itu.
Tok! Tok!
“Nasir!”
Tok! Tok!
Nasir membuka pintu biliknya dengan wajah yang kusut masai itu. Sambil tu, Nasrul mengintai bilik adiknya dan kelihatan ada seorang gadis yang masih tidur di atas katil yang sama.
"Ibu balik tengah hari ni. Kau jangan nak wat hal sangat!”
“Yelah.”
Baru sahaja Nasir hendak menutup pintu biliknya semula, Nasrul dengan cepat menahan pintu itu semula.
“Kau dah buat apa aku suruh kan?”
“Aku tahu lah!”
“Kau jangan sampai budak perempuan tu mengandung erk? Menjadi kang, mampus kau dengan ibu!”
“Aku tahu lah!”
Nasir terus hempas pintu. Nasrul terus mengeluarkan handphone dari poket seluarnya sambil berjalan ke pintu utama.
“Sayang, U dah siap ke?” tanya Nasrul sambil mengambil kunci kereta di atas meja kecil.
“Dah. U dah on the way belum ni?”
“Dah nak sampai dah. Tunggu yee..”
Panggilan dimatikan.Dia baru sahaja menghubungi tunangnya, Nafeesa. Nafeesa tu percaya dan ikut sahaja kemahuan si Nasrul ni. Mereka berkenalan semasa sama-sama belajar di kolej.
Nasrul ni bukan lelaki yang baik sangat pun. Bersusun awek lain di belakang Nafeesa! Semuanya berlaku tanpa pengetahuan Nafeesa.
********************************
Semasa di dalam perjalanan ke rumah Nafeesa, Nasrul sempat hubungi model sambilan, Gina yang dia jumpa semalam di pasar tani.
“Hello darling.”
“Hai,Nas.. awal U call I pagi ni”
“Rindu.”
“Oh my.. yeke U rindu I ni?”
“I’m serius ok!”
“Ok..ok! Nak jumpa I ke?” Gina yang baru bangun tidur itu terus bersandar di kepala katil sambil mengusap kepala teman lelakinya.
“Malam ni macam biasa.”
“Ok. I tunggu.”
“Ok. Bye..mmuahh!”
“Bye.”
Nasrul tersenyum sambil mematikan talian. Kemudian dia angkat handbrek lalu keluar dari kereta dan berjalan ke pintu pagar.
“Assalammualaikum!”
Nafeesa dan ayahnya keluar dari rumah dan tersenyum apabila terpandang akan wajah Nasrul yang dianggap suci itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zuhaira dan seorang lagi kerani sedang menunggu di sofa ruang tamu. Encik Hakim yang sudah berumur tetapi masih segak bergaya itu masuk ke dalam pejabat sambil tersenyum lalu masuk ke dalam biliknya.
“Itu bos kita tau.” kata Mimi sebagai penyambut tetamu di pejabat tersebut.
Zuhaira cuba tenangkan diri. Sambil menunggu dirinya di panggil, dia mula mencuci mata melihat keadaan sekeliling sehingga dia ternampak seorang lelaki yang cukup sedap mata memandang. Lelaki tersebut sedang fotostat beberapa keping surat.
“Nasrul, lepas ni ringan sikit la keja kau.” Tegur Zamir sambil menepuk bahu Nasrul.
“Nape? Ada awek baru nak masuk sini ke?”
“Tuu..” Zamir muncungkan mulutnya ke arah Zuhaira.
Zuhaira yang dari tadi pandang ke arah mereka terus berpaling ke tempat lain. Nasrul tersengih. Memang Zuhaira masih kelihatan seperti gadis mentah memandangkan dia memang jenis bertubuh kecil. Memang ramai yang tak sangka dia dah kahwin dan ada anak dua.
Zuhaira memang jaga penampilan selama ini demi suaminya. Itupun sebab ibunya adalah bidan kampung. Segala macam jamu semua dia telan.
“Jaga-jaga, Nas.”
“Nape plak?”
“Isteri orang.”bisik Zamir.
“Hah?”
Zamir gelak lalu beredar dari situ.
“Isteri orang?” Nasrul nampak kesal di situ sambil mata tetap jerling ke arah Zuhaira.
********************************
Zuhaira masuk ke dalam bilik Encik Hakim. Dia memperkenalkan dirinya dengan penuh sopan dan tegas.
“Selamat datang ke syarikat ni. Saya harap Puan Zuhaira dapat membantu dan meringankan kerja-kerja yang sedia ada. Kerja di sini macam bermusim sikit. Awal tahun mungkin kurang, tetapi bila dah masuk pertengahan dan hujung tahun memang agak busy.”
“Owh..”
“Kalau terlampau banyak, kami memang perlukan Puan untuk bekerja lebih masa siapkan kerja yang ada.”
“Insyaallah. Saya akan buat yang terbaik.”
“Puan tinggal di mana ya?”
“Dekat sini je. Putrajaya.”
“Owh, ok. Dah kahwin kan?”
“Ya.”
“Harap suami puan dapat faham jika kami perlukan Puan kadang-kadang untuk ikut pegawai kami ke mesyuarat luar.”
“Owh. Perlu juga ke saya ikut?”
“Ikut jugak pada keperluan pegawai. Kalau pergi pun untuk jadi urusetia sahaja.”
“Owh. Ok.”
“Kita banyak berurusan dengan pejabat kerajaan. So, saya harap puan dapat menjaga nama baik syarikat kita dan nama baik bos atas kita.”
“Insyaallah.”
Tok! Tok!
“Masuk.” Panggil Encik Hakim.
Nasrul masuk lalu berjalan ke arah Encik Hakim.
“Puan, ini Encik Nasrul. Pegawai yang bertanggungjawab di atas semua kerja yang puan buat. Apa-apa puan boleh rujuk dengan Encik Nasrul.” Terang Encik Hakim.
Zuhaira bangun lalu toleh ke belakang. Nasrul tersenyum memandang kearahnya dan dia? Laju je jantung tu berdegup.
“Hai..” ucap Nasrul yang hitam manis itu.
Zuhaira hanya membalas senyuman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasrul membawa Zuhaira ke tempat duduknya. Mereka berdua berhenti di depan satu bilik sederhana besar.
“Ini bilik saya.” Nasrul berpeluk tubuh di hadapan biliknya.
Zuhaira memandang bilik yang tertera nama Nasrul Haq bin Abdul Haq itu.
“Jom saya bawa awak ke tempat duduk awak.”
Zuhaira mengikut Nasrul dari belakang.
“Wahhhh Nas! Dah ada pembantu nampak. Tak yah la kau usik kami lagi erk tolong kau buat itu ini.” perli Sheila yang selalu balik lewat tolong Nasrul siapkan kerja.
“Lega kan? Lagi lega kalau dapat anak dara.”
“Pergh!”
Semua staf di kawasan itu bersorak. Zuhaira tertunduk malu. Ada ka patut Nasrul cakap macam tu? Nasrul toleh memandang Zuhaira.
“Sorry. Saya melawak je erk.”
Zuhaira hanya diam.
“Ini tempat kerja awak.” Nasrul tunjuk tempat duduk Zuhaira.
Terkejut dia. Penuh dengan dokumen!
“Ini dokumen tender. Buat 10 salinan tau. Siapkan sebelum petang ni.” Arah Nasrul lalu beredar ke biliknya.
“Hah? Gila!”
Kelam kabut Zuhaira simpan handbegnya di dalam laci lalu mula membelek dokumen di atas mejanya itu.
Sheila yang dari tadi asyik pandang Zuhaira terus bangun lalu berjalan ke tempat pekerja baru itu.
“Are u ok?” tanya Sheila yang berambut lurus paras bahu itu.
Laju Zuhaira menggelengkan kepalanya.
“Sian awak. Meh saya ajarkan. Encik Nasrul memang macam tu. Ikut suka dia je nak arahkan itu ini. Bukan nak tolong ajar.” Bebel Sheila sambil mula membuka dokumen tersebut dan terus mengajar Zuhaira macam mana nak buat fotostat.
Zuhaira berasa lega kerana di saat dia perlukan bantuan, datang Sheila meringankan bebannya.
********************************
Sedang Nasrul membuka fail, handphone di atas meja berbunyi. Nama Nafeesa tertera di skrin handphone tersebut. Nasrul abaikan panggilan tersebut lalu terus sambung membelek fail di depan mejanya itu.
Nasrul pilih Nafeesa menjadi tunang dia pun sebab dia pernah hamilkan gadis tersebut. Kononnya hendak menunjukkan bahawa dia bertanggungjawab la! Tetapi baru beberapa hari bertunang, Nafeesa keguguran. Aib mereka tidak diketahui sesiapa pun.
Nasrul memang cinta mati buat Nafeesa. Dia sanggup buat apa sahaja demi Nasrul dan dia pernah pinjamkan Nasrul sejumlah duit yang banyak untuk ubah suai kereta sport Nasrul itu.
Nasrul ni bukan nak sangat pun Nafeesa tu. Berapa kali dah Nafeesa ajak kahwin, tetapi macam-macam helah yang Nasrul bagi. Dia memang belum bersedia untuk berumah tangga.
Umur baru 34 tahun. Banyak benda lagi dia nak buat untuk puaskan nafsunya selain fikir nak kahwin. Dia fikir kalau kahwin, segala aktiviti pasti tersekat!
Tok! Tok!
“Masuk.” Panggil Nasrul sambil menandatangani satu surat.
Zamir masuk sambil tersengih lalu duduk berhadapan dengan Nasrul. Nasrul meletakkan surat yang sudah dia tandatangan itu sebelah kanannya lalu dia senyum memandang Zamir yang dari tadi asyik tersengih.
“Kau ape hal ni?”
“Macam mana semalam? Ok tak model tu?”
Nasrul tunjuk thumbs up pada Zamir.
“Pandai kau cari untuk aku erk? Macam banyak pengalaman je pompuan tu.” Puji Nasrul sambil berpeluk tubuh.
“Hahaha.. lebih kurang la. Memang ramai yang puji dia. Tip Top la gitew!”
“Itu lah. Memang betul pun! Tadi pagi aku dah call dia.”
“Hah?”
“Malam ni dating lagi. Hahaha”
“Wow! Hahaha macam tak boleh lepas je ni..”
“Selagi tak bosan ye tak?”
“Adeh.. apa-apa pun kena ingat, play safe!”
Tiba-tiba pintu bilik Nasrul di ketuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syakir tidak pergi ke mesyuarat tapak pada pagi itu, malah dia ke Cameron Highland bersama Wani, gadis yang dia jumpa sepanjang dia outstation di Melaka itu.
Pada malam semalam semasa Zuhaira tidur mati, lebih kurang dalam pukul 2 pagi sempat Syakir masukkan baju dan seluar ke dalam beg galas yang selalu dia bawa kalau meeting luar itu dan terus di masukkan ke dalam kereta. Semua itu sudah pasti tanpa pengetahuan isterinya.
Syakir yang sedang memandu itu sesekali memegang tangan Wani.
“Kalau hari-hari macam ni kan best.” Kata Wani manja lalu terus mengusap paha Syakir.
“Kan? Tapi Wani kenalah faham keadaan abang. Abang mana nak urus isteri, anak-anak.. keje lagi.”
“Tak nak cakap pasal isteri abang sekarang ni boleh tak? Rosak mood Wani jee.” Wani muncungkan mulutnya.
“Ok.. ok! Sorry, sayang. Geram la abang tengok Wani ni. Tak sabar rasa!”
“Nakal!”
Wani cubit manja paha Syakir lalu terus memeluk Syakir dari sisi.Syakir memang ada hubungan sulit dengan Wani semenjak Zuhaira mengandungkan Munira lagi. Akibat selalu keluar makan tengah hari bersama! Kelebihan Wani melayan Syakir membuatkan Syakir hanyut dibuai nikmat yang bukan halal baginya.
********************************
Zuhaira masuk ke dalam bilik Nasrul sambil membawa beberapa keping fail yang berisi surat untuk ditandatangani Nasrul segera.
Zamir dan Nasrul memandang Zuhaira atas bawah semasa Zuhaira sedang berjalan ke tepi Nasrul sambil membuka fail.
“Surat ni perlu ditandatangani segera.” Kata Zuhaira dengan lembut dan sopan.
Nasrul seperti terpukau dengan kecomelan dan kemerduan suara Zuhaira itu. Zamir perasan. Terus dia tepuk meja menyebabkan Nasrul terkejut dan berpura-pura membetulkan duduknya.
“Letak je. Nanti dah siap sign saya panggil.” Kata Nasrul yang matanya masih tumpu pada kecantikan Zuhaira itu.
“Ok.”
Zuhaira yang berbaju kebaya pada hari itu berjalan keluar dengan penuh lenggok yang bukan dibuat-buat. Zuhaira memang perempuan yang boleh dikatakan bentuk badan yang cukup langsing bak kerengga.
Zamir tersenyum apabila melihat mulut Nasrul yang ternganga itu.
“Oii.. bini orang oi!” kata Zamir sambil menggelengkan kepalanya.
“Cantik giler siot!” bisik Nasrul yang teruja itu.
“Kan? Pandai jaga body. Untung la laki dia.”
“Itulah! Jeles plak aku.”
Bau perfume Zuhaira menaikkan lagi ghairah Nasrul dan fikirannya mula terbayang macam-macam tentang Zuhaira. Dia tersenyum sendirian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Di luar, Zuhaira kembali menyambung kerjanya dengan menyiapkan lagi beberapa salinan dokumen tender. Memang Zuhaira menarik perhatian semua staf lelaki di situ. Zuhaira memang sedap mata memandang!
Malik sebagai penghantar surat itu berjalan ke tempat Sheila sambil mata masih memandang tubuh badan Zuhaira.
“Sheila..”
“Ape?” Sheila yang sedang menaip surat terus tumpu pada Malik.
“Comei wei! Sapa tu?”
“Kerani baru kita. Tapi dia khas untuk bantu Encik Nasrul.”
“Owh. Untung la bos kecik kita tu hari-hari cuci mata. Hahaha”
“Gatainya hang! Bini orang naa..”
“Laa bini orang? Gila punya cun! Anak dara pun aku rasa tak comei lagu tu.”
“Itu lah. Aku rasa tergugat plak tengok Zuhaira tu.”
“Hang pi la tanya apa rahsia dia.”
“Nanti-nanti lah hang pun. Aku banyak keja ni.”
Malik masih tersenyum-senyum memandang Zuhaira. Zuhaira memang tak layan pun!
“Hang ni tak da keja ka apa? Pi buat la keja hang! Menyemak ja.”
“Ishh.. sembang sat pun tak boleh hang ni.”
Malik terus berjalan kembali ke tempat duduknya sambil masukkan surat ke dalam sampul surat untuk di pos.
Sambil fotostat, Zuhaira menyusun dan binding dokumen tender yang telah siap. Nasrul keluar dari biliknya sambil berjalan ke arah Zuhaira dengan penuh gaya. Staf lelaki yang lain mula cuci mata dan pandang ke arah pasangan tersebut.
“Saya nak panggil apa erk?”
“Panggil Ira pun boleh.”
“Saya nak panggil Zu boleh?” Nasrul nak nampak kelainan. Dia tahu mesti suami Zuhaira panggil dengan panggilan ‘Ira’ tersebut.
“Boleh je.” Jawab Zuhaira dengan penuh sopan.
“Dah siap fotostat brape dah?”
“Tiga.”
“Ok. Tolong siapkan cepat erk. Tapi tengah hari ni jangan tak makan pula. Sakit nanti..” Nasrul rapatkan mulutnya ke telinga Zuhaira.
“Sakit nanti saya yang susah.”sambung Nasrul sambil berbisik.
Bukan kata staf lelaki sahaja yang cemburu, sudah semestinya ada juga beberapa staf perempuan cemburu akan Zuhaira itu. Nasrul pun apa kurangnya, kacak! Walaupun ramai yang tahu Nasrul itu lelaki yang mata keranjang. Hmm..
“Ok.” Jawab Zuhaira lalu menjarakkan sedikit dirinya dengan Nasrul.
Dia mesti menjaga maruah sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Dia terus ke mesin fotostat lalu buat-buat sibuk membuat kerja. Nasrul tersenyum.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syakir berhenti di Ladang Teh untuk bergambar dan minum teh di kedai yang berdekatan. Dia dan Wani cukup gembira pada hari itu. Lagak seperti sepasang suami isteri.
Wani cium pipi Syakir tanpa segan silu. Syakir membenarkan sahaja tanpa rasa bersalah dan fikir akan isteri dan anak-anak.
“Kita check in malam ni dekat sini kan?”
“Mana boleh sayang. Esok kan abang keje.”
“Hari ni pun patut abang keje kan? Boleh je abang ponteng.”
Syakir lemah dengan pujuk rayu Wani yang pandai mengambil hatinya itu. Suasana pada ketika itu cukup tenang dengan cuaca yang sejuk dan redup sehingga membuatkan Syakir akhirnya membuat keputusan untuk mencari satu bilik.
“Ok lah. Malam ni je tau.”
“Yeah! Sayang abang sangat-sangat.” Wani menghadiahkan lagi satu kucupan pada pipi Syakir. Beberapa orang di kedai tersebut perasan namun seperti biasa, malas nak masuk campur. Hanya menganggap mereka sepasang suami isteri sudah boleh tutup buku!
“Wani akan bagi yang terbaik untuk abang malam ni.” Bisik Wani lalu tersenyum dan mengenyit sebelah matanya.
“Tapi Wani memang selalu bagi yang terbaik untuk abang.”
“Tapi malam ni lain sikit!”
Syakir tersenyum nakal.
“Jom!”
Syakir terus bangun dan memegang tangan Wani sehingga masuk ke dalam kereta. Mereka akan tidur satu malam di Cameron Highland.
********************************
Jam menunjukkan pukul 1.10 petang.
Zuhaira meletup-letupkan kesepuluh jari jemarinya. Letih pulak rasanya! Dia bangun dan masih teruskan menyiap dokumen tender tersebut.
Nasrul keluar dari biliknya lalu ternampak Zuhaira masih lagi menyiapkan kerja. Nasrul tersenyum lalu berjalan ke arah kerani barunya itu.
“Tak kuar makan ke, Zu?”
“Eh, Encik Nasrul. Belum. Kejap lagi la.”
Atas bawah Nasrul pandang Zuhaira membuatkan Zuhaira kurang selesa.
“Jom.”
“Jom?”
“Saya belanja Zu makan tengah hari ni.”
“Eh, tak pe. Saya ada bawa bekal..” jawab Zuhaira jujur.
Nasrul ternampak satu bekas Tupperware di hujung meja Zuhaira. Nasrul terlepas peluang buat pertama kalinya.
“Bagus la awak ni. Untung suami awak kan, Zu?”
Zuhaira hanya senyum. Padahal hanya dia dan suaminya sahaja yang tahu apa yang berlaku sepanjang usia perkahwinan mereka.
“Nas! Nak mengayat plak dia. Jom makan wei!” ajak Zamir yang sudah berdiri di pintu masuk kaca itu.
Nasrul pandang Zuhaira. Dan pandangan itu dibalas Zuhaira.
“Saya kuar makan dulu.”
Zuhaira angguk dan Nasrul terus berjalan ke arah Zamir. Zamir tergelak sambil menepuk bahu Nasrul.
“Manis!” terus terkeluar perkataan itu dari mulut Zuhaira.
Zuhaira terkejut.
“Astaghfirullah.. aku ada suami. Apa ni, Zuhaira.. fokus kerja! Fokus!”
Zuhaira duduk lalu membuka Tupperware yang dia bawa dari rumah. Nasi goreng masih sedap baunya. Dia tersenyum lalu bismillah sebelum makan.
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh momie welkam back |
|
|
|
|
|
|
|
btw akak mls nk komen
ni mood nak membaca aje sekrg
so sila sambung
syakir dan nasrul si mata keranjang
sorg dah kawen sorg lg msh single tp dah tunang
aduhaiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
jmpa lg kita
xmau komen pun xpa. bc ja hahaha
jom smbung skit
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasrul dan Zamir mencari tempat duduk.
“Nak makan apa wei?” tanya Zamir sambil membelek menu walaupun hari-hari menatap menu yang sama.
“Jap.” Nasrul mengambil handphone dari poket seluar yang dari tadi asyik berdering.
Nasrul menggeleng kepala sambil melihat nama Nafeesa di skrin. Zamir perasan.
“Nape?”tanya Zamir sambil berkerut mukanya.
Nasrul tunjuk skrin handphonenya pada Zamir.
“Kau ni pun.. jawab je lah.”
“Rimas!” Nasrul memang tak jawab panggilan dari Nafeesa itu.
“Kau ni kalau nak jahat pun jangan la nampak sangat! Kang tak pasal kantoi, lagi mampus kau.”
“Semak! Alahh bukan cakap apa pun. Asyik-asyik tanya buat apa? Dah makan ke belum? Busy tak? Aku dah masak dah dengan soalan dia tu.”
“Habis madu sepah di buang betul la kau ni, Nas.”
“Habis? Aku ni dah macam terpaksa tau. Aku memang dah tak da hati dah dekat dia sekarang ni.”
“Hmm.. simpan dia buat apa lagi?”
“Kau tak tahu.”
“Apa yang aku tak tahu?”
Nasrul terus pandang Zamir.
“Dah kantoi dah dengan bapak dia yang aku penyebab anak dia ngandung.”
“Padan! Padan sangat dengan muka kau. Selalu dapat lari..kali ni tewas!!”
Nasrul bengang pandang muka Zamir yang dari tadi asyik hentam dia.
********************************
Zuhaira lipat kembali telekung yang baru dia guna tadi untuk solat Zohor. Hati asyik ingatkan suami dan anak-anak. Selesai memakai bedak dan secalit lipglos, dia terus keluar dari surau di aras 2 itu. Zuhaira tak pakai tudung! Tapi dia sudah mula berminat mengumpul tudung aidijuma. Dia tetap berdoa moga hatinya tergerak untuk memakai tudung suatu hari nanti.
Zuhaira mula dail nombor telefon suaminya. Menanti suaminya menjawab. Tak jawab! Dia cuba hubungi sekali lagi. Masih sama, tidak berjawab.
Zuhaira menekan punat lif lalu mula menulis whatsup untuk suaminya.
[ abg buat pe tu? Ira call abg nape abg tak jwb?]
Hantar!
Sebaik pintu lif terbuka, Zuhaira masuk dan dengan kelam kabut Nasrul dan Zamir juga berlari masuk ke dalam lif yang sama. Terkejut Nasrul apabila melihat Zuhaira ada berdiri di penjuru lif sambil tersenyum ke arahnya.
Nasrul terus berubah jadi lelaki yang sopan dan macho tiba-tiba. Zamir sekali lagi tergelak dan menggelengkan kepalanya.
Semua diamkan diri sehingga pintu lif terbuka. Zamir nak keluar dulu tetapi di halang Nasrul. Nasrul memberi isyarat supaya Zuhaira keluar terlebih dahulu sambil tersenyum manis.
Sebaik Zuhaira keluar, terus Zamir tunjuk penumbuk pada Nasrul.
“Bukan main kau erk. Meluat pulak aku tengok.”
“Kau cemburu kan? Cemburu sebab kau tu gemok. Tak da sape pun pandang kau.”
“Haram aihh!”
“Hahaha..” terus Nasrul berlalu pergi dengan laju mengikut Zuhaira dari belakang.
Zamir geram tetapi dia sudah lali dipersendakan Nasrul sebegitu
|
|
|
|
|
|
|
|
Zuhaira masih menanti jawapan whatsup dari suaminya. Belum ‘double blue tick’ whatsup yang dia hantar tadi. Zuhaira risau kalau dia balik lewat petang nanti, macam mana dengan anak-anak? Dia harap suaminya dapat bantu ambil anak-anak petang nanti.
Telefon rasmi pejabat di sebelahnya berbunyi.
“Hello. Zuhaira bercakap.”
“Zu, saya ni Nasrul. Masuk bilik saya jap.”
“Ok.”
Zuhaira meletak ganggang telefon. Dia mengeluh seketika sebelum dia berjalan masuk ke dalam bilik Nasrul. Sheila dari jauh memandang Zuhaira dengan renungan yang tajam.
Zuhaira mengetuk pintu lalu masuk ke dalam bilik Nasrul. Nasrul ketika itu sedang berdiri sambil berpeluk tubuh. Zuhaira senyum lalu menutup pintu kembali dan berjalan ke arah Nasrul.
“Ada apa, encik?”
“Berapa yang dah siap?”
“Baki lagi dua.”
“Cepat! Good.”
Zuhaira hanya senyum.
“Duduk lah.” Nasrul mempelawa Zuhaira duduk di ruangan sofa berhadapan dengan meja utamanya itu.
Zuhaira membetulkan kainnya sebelum duduk.
“Nak buat sesi soal jawab sikit boleh?” tanya Nasrul mula nak pancing.
“Boleh.”
“Dah kahwin kan?”
Zuhaira mengangguk.
“Anak?”
“Dah dua.”
“Wow. Dah dua?”
Zuhaira angguk lagi.
“Hebat. Serius saya cakap, awak mengalahkan anak dara.”
Zuhaira hanya senyum. Dia harap Nasrul tak lebih-lebih.
“Tadi saya ada belek resume yang pernah Zu hantar dulu. Baru umur 28 tahun erk?”
“Ya. Saya kahwin muda.”
Nasrul tersenyum. Dalam hati dia cukup cemburu dengan suami Zuhaira.
“Pernah keje ke sebelum ni?”
“Pernah. Tapi masa mengandung anak nombor dua, saya berhenti. Sehinggalah sekarang saya bekerja semula.”
“Owh..”
Zuhaira hanya menanti soalan yang seterusnya. Nasrul pula dari tadi asyik memandang Zuhaira dari atas sampai bawah.
“Untung suami awak. Awak sangat sempurna di mata saya.”
Zuhaira mula berasa tidak selesa atas pujian Nasrul itu.
“Encik, saya rasa saya nak kene siapkan keje dekat luar tu secepat mungkin sebab pukul 5 saya memang nak kena balik ambil anak saya dekat rumah pengasuh.”
“Owh, awak yang ambil? Saya ingatkan suami awak yang ambilkan.”
“Saya ada cuba whatsup suami saya, tapi dia belum balas.”
Nasrul tersenyum. Dia dah mula boleh agak apa yang sedang berlaku di dalam rumah tangga Zuhaira itu. Dia sudah lali dengan masalah sosial sekarang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syakir parking kereta betul-betul di hadapan hotel. Handbreak di tarik lalu dia memandang wajah Wani. Sesekali wajah isterinya melintas di fikirannya namun dia terus lenyapkan dari ingatan supaya tak rosakkan mood cintanya ketika itu.
Wani memegang tangan Syakir. Mata bertentang mata lalu bibir Wani semakin menghampiri bibir Syakir tetapi Syakir sempat meletakkan jari telunjuknya pada bibir Wani.
“Sabar la..” kata Syakir sambil tersenyum lalu keluar dari kereta.
Semasa keluar dari kereta dia mengeluh seketika kerana wajah Zuhaira masih bermain di fikirannya.
“Abang!”
Syakir terkejut. Dia terus toleh ke belakang memandang Wani.
“Abang ok ke?”
“Ok je.” Wani berjalan ke arah Syakir lalu memegang erat tangan lelaki bukan muhrimnya itu.
“Abang macam fikirkan sesuatu.”
“Memang pun.”
Wani mula tak puas hati. Sudah tentu Syakir tengah fikirkan tentang isterinya.
“Fikirkan tentang sayang abang ni la!” Syakir terus cuit hidung Wani.
Tersenyum terus Wani lalu memeluk lelaki itu. Syakir membelai rambut Wani tetapi fikirannya masih melayang memikirkan Zuhaira.
********************************
Lagi 5 minit.
Semuanya dah settle dengan kemas dan bersih. Zuhaira puas hati sambil tersenyum lebar. Lega rasanya kerana dia dapat pulang dan mengambil anak-anak dengan sendirinya.
“Wah.. laju la kau buat keje.” Puji Sheila sambil tengok tempat Zuhaira kemas tersusun.
Zuhaira hanya tersenyum sambil mengambil handbegnya dan mula mengemas untuk pulang.
“Anak kau mesti kecik lagi kan?”
“A’ah. Yang sulung 4 tahun, yang bongsu 3 tahun.”
Masing-masing membalas senyuman.
“Laki kau keje mane?”
“Putrajaya.”
“Dekat dengan rumah kau la kan?”
“Dekat.”
“Tapi nape tak suami kau aje yang jemput anak-anak?”
Zuhaira hanya tersenyum. Rasanya dia masih baru hendak luah segala-galanya dengan orang yang dia baru nak kenal itu.
“Dah pukul 5. Saya balik dulu.”
Sheila hanya memandang Zuhaira yang kelam kabut mengendeng handbeg sambil berjalan laju ke lif. Nasrul yang baru tiba di belakang Sheila itu terus cuit bahu tanpa segan silu.
“Kau pandang pe?” tanya Nasrul sambil angkat kening.
“AKu tabik betul la dengan kerani baru kau tu. Cergas, laju, tangkas. Hebat!”
“Cantikkan dia?”
Sheila terus buat muka tak puas hati.
“Agak-agak la nak try wife orang wei!”
“Kalau dapat pun, apa salah?” bisik Nasrul sambil tersengih menampakkan giginya yang putih tersusun itu.
“Teruk! Jangan mulakan Nas oi!” kata Sheila sambil berjalan ke tempat duduknya.
“Dia yang buat iman aku lari dari landasan. Bukan salah aku!”
Yang lain hanya diam mendengar perbualan mereka berdua.
“Berani sangat ke? Kang tak pasal-pasal parang lekat atas kepala.”
“Wooo woo.. apa parang-parang ni?” tanya Zamir masuk campur tiba-tiba sambil memegang dua keping kertas.
“Sheila tu.. cemburu!” kata Nasrul sambil muncungkan mulutnya menghala ke tempat Sheila lalu terus ketawa.
“Hampeh! Jaga sikit mulut kau tu, Nas. Tolong sikit nak jeles-jeles.” Padahal dalam hati Sheila memang ada perasaan cemburu pun.
“Kau ni, Nas. Tak habis-habis nak usik si Sheila tu. Kahwin kan dengan dia nak?”
Sheila mula tersengih bila Zamir cakap begitu tetapi bukan Nasrul.
“Aku kahwin dengan Sheila? Simpang malaikat 44 hahaha tak mau la aku aihh!” kata Nasrul lalu masuk ke dalam biliknya.
Zamir memandang Sheila yang ketika itu tengah menahan geram dan sedih apabila ayat itu yang keluar. Kuat pulak tu! Hampir semua orang dengar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zuhaira memandu kereta proton saga autonya itu ke rumah Kak Mariah. Tipu dia cakap dia tak rindukan anak-anak dan terutama sekali suaminya yang masih belum balas whatsupnya itu.
Sambil memandu, sempat dia hubungi suaminya itu sekali lagi. Seperti yang dijangka, Syakir memang tak jawab panggilan dia langsung pada hari itu.
“Sampai hati abang langsung tak jawab panggilan Ira. Whatsup Ira pun abang tak balas.” Zuhaira mengesat airmatanya.
Zuhaira turun dari kereta sebaik sampai di depan rumah Kak Mariah. Terus hatinya sejuk apabila terpandang akan dua anaknya yang sedang berlari keluar dengan gembira sekali apabila terpandang wajahnya.
“Mamaaaa!!!” jerit Lina dan Munira.
“Sayang-sayang mama..”
Zuhaira membuka pintu pagar dan terus memeluk kedua-dua anaknya itu.
“Mama, best lah duduk rumah Mak Cik Mariah. Sedap mak cik Mariah masak, mama..” puji Lina, budak yang tak pandai menipu.
Zuhaira tersenyum memandang Kak Mariah.
“Terima kasih kak sebab jaga anak saya dengan baik.” Zuhaira memegang tangan Kak Mariah.
“Anak kamu dah macam anak-anak akak dah. Anak-anak kamu ni tak banyak ragam pun. Senang nak jaga.”
“Alhamdulillah.”
“Mama.. kakak nak makan aiskrim!”
“Adik punnn..” Munira pun dah mula pandai bercakap dah.
Zuhaira tersenyum melihat gelagat dua anaknya.
********************************
Nasrul menjemput Nafeesa yang bekerja di Hotel terkemuka di Kuala Lumpur itu. Begitulah Nasrul jika dia ada masa terluang, memang dia akan hantar dan jemput tunangnya itu. Kalau dia malas, macam-macam alasan dia akan reka untuk menyelamatkan diri.
“Sayang, kita gi makan dulu nak?” tanya Nafeesa sambil membelai lengan Nasrul.
Nasrul yang memakai kacamata hitam itu langsung tidak memandang ke arah Nafeesa. Dia masih fokus terhadap pemanduannya.
“Sayang! Dengar tak?”
“Hah?”
Nasrul pura-pura tak dengar. Padahal memang dia dengar pun. Cuma malas nak layan.
“Kita pegi makan dulu la sayang erk? Lapar la..”
“Makan? Sorry la, sayang. Abang ada hal ni. Urgent! Lepas hantar Na, abang terus kena gi Damansara.” Nasrul tipu. Dia nak jumpa model tu dekat Putrajaya sebenarnya!
Nafeesa muncungkan mulutnya.
“Nampaknya Na dah tak penting dalam hidup abang.”
“Laaa.. nape cakap macam tu?” Nasrul terus merangkul tubuh Nafeesa lalu terus mencium dahi gadis itu dengan keadaan terpaksa.
“Abang betul-betul ada hal. Kalau tak memang abang akan teman sayang.”Nasrul berdalih lagi.
“Esok erk?”
“Esok?”
“Boleh laaa..please…”
“Insyaallah. Apa-apa abang bagi tahu.”
Nafeesa diam. Dia memang perasan tunangnya itu makin hari dah makin berubah. Perasaan kasih dan sayang yang ditunjukkan Nasrul padanya makin luntur. Dia takut sangat kalau Nasrul tinggalnya sendirian. Mana taknya? Lelaki inilah penyebab dia mengandung dan gugur!
|
|
|
|
|
|
|
|
Zuhaira membawa dua anaknya ke Alamanda, Putrajaya. Kadang-kadang datang perasaan sedih apabila dia nampak sepasang suami isteri bergembira luangkan masa bersama anak-anak, berjalan seiringan sambil berkongsi makan dan minum. Nasib dirinya? Terus dia pandang Lina dan Munira yang berjalan sendiri di kiri kanannya.
“Mama kena kuat demi anak-anak mama.” Bisik hati Zuhaira sambil memegang erat tangan kedua-dua anaknya itu.
“Mama.. nak aiskrim tu!” kata Lina sambil jarinya menunjuk ke arah Mc Donald.
“Jom.”
Zuhaira membeli dua aiskrim sundae cone dan diberi pada anak-anak. Kemudian dia berjalan lagi dengan fikiran masih teringat akan suaminya. Handphone di dalam handbeg di ambilnya lalu sekali lagi dia cuba menghubungi suaminya.
Akhirnya..
“Hello, abang..” Zuhaira rasa seperti mahu menangis. Dia rindu sangat! Walaupun boleh di katakan hari-hari dia akan bergaduh dengan suaminya.
“Ira, abang tak balik malam ni.”
“Hah? Abang gi mane?”
“Mama! Mama!” panggil Lina sambil tarik baju Zuhaira.
“Lina, mama tengah cakap dengan papa ni. Tunggu jap.”
Lina terus diam.
“Abang pegi mane? Ira call dari siang tadi, abang tak jawab pun. Whatsup tak balas.”
“Kau ingat aku tak de keje ke? Ni Ira kat mana ni? Bunyi bising je tu.”
“Dekat alamanda. Anak-anak nak makan aiskrim.”
“Tak bagi tahu abang pun.”
“Kan dah whatsup. Abang tak tengok kan?”
Syakir terdiam. Dia hubungi Zuhaira kerana ketika itu Wani tengah mandi.
“Macam la tak boleh beli aiskrim dekat petronas dekat umah kita tu!” nak juga Syakir menang dalam perbalahan itu.
“Abang kat mane ni?”
“Abang..” tiba-tiba Wani keluar dari bilik air.
“Ok lah. Bye.” Syakir terus mematikan talian.
“Hello. Abang.. abang!”
Zuhaira cuba menghubungi suaminya sekali lagi. Terus Syakir off handset. Zuhaira terus beristighfar menguatkan semangat. Harap suaminya tidak melakukan perbuatan yang terlarang. Itulah doa yang selalu bermain di fikirannya.
Zuhaira memandang Lina dan Munira.
“Kita balik nak?”pujuk Zuhaira sambil bergenang airmatanya.
Lina mengangguk manakala Munira asyik dengan aiskrimnya sampai habis comot mulut dan bajunya.
“Munira.. habis kotor baju ni.” Zuhaira mula mencari tisu di dalam handbegnya.
“Nah.”
Zuhaira terkejut. Terus dia toleh ke kanannya.
“Encik Nasrul?”
Nasrul tersenyum sambil hulurkan tisu pada Zuhaira. Zuhaira menyambut tisu itu lalu terus lap pada baju Munira.
“Terima kasih.”
“Sama-sama. Mana..suami?” tanya Nasrul sambil tercari-cari. Ketika itu Gina pergi ke tandas.
“Suami saya outstation. Lina..Munira, salam uncle.” Zuhaira tipu. Padahal dia sendiri pun tak tahu ke mana suaminya pergi.
Lina dan Munira bersalam dan cium tangan Nasrul.
“Dah makan ke ni?”
“Kita orang dah nak balik. Lewat pula sampai rumah nanti.”
“Owh, ok..ok. Elok-elok bawa kereta.”
Zuhaira tersenyum lalu mohon diri untuk beredar. Nasrul tersenyum sehingga Zuhaira lenyap dari pandangan matanya.
“Tengok sape?” tegur Gina mengejutkan Nasrul.
“Tengah bayangkan U la..”
“Really?”
“Jom!” Nasrul senyum nakal lalu memegang tangan Gina si model licik itu.
********************************
Zuhaira sudah tidurkan kedua-dua anaknya. Dia terbaring sambil memandang kosong ke atas siling. Mula fikiran jahatnya berlegar-legar menghasut dirinya.
“Macam mana kalau Syakir ada perempuan lain? Aku? Anak-anak?”
Zuhaira memang berasa tidak sedap hati. Dia rasa suaminya itu seperti sembunyikan sesuatu darinya. Dia toleh ke arah meja kecil di sebelahnya.
Dia mengambil handphone lalu mendail nombor Syakir.
“Jawablah abang..”
Panggilannya tidak berjawab. Zuhaira bangun lalu terduduk. Airmata mula mengalir yang dia tahan dari petang tadi.
“Ira sayang sangat dekat abang. Jangan khianati Ira, abang..”
Sayu Zuhaira pandang kedua-dua anaknya yang tidur dengan tenang itu. Dia tak boleh nak lelap, rungsing fikirkan suaminya. Sebelum ni ok, tetapi baru-baru ini dia rasa suaminya seperti sudah tidak mesra seperti dulu. Ada sahaja alasan jika Zuhaira hendak bermanja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Syakir memandang Wani yang hanya bertuala sambil hisap rokok di tepi jendela. Memang tidak nafi, wajah Zuhaira masih ada di dalam ingatannya sehingga kini.
“Sayang.”
Wani pandang Syakir.
“Kita kahwin nak?” ajak Syakir sambil menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.
“Kahwin?”
Wani terus patahkan rokok itu lalu berjalan laju ke arah Syakir.
“Serius ke ni?”
“Yelah.”
“Wife u?”
“I akan minta izin dengan dia.”
“Wow! U ni betul-betul serius ni.”
“Yelah. I memang sayangkan U.”
“Kalau dia tak izinkan?”
Syakir diam.
********************************
Pada keesokkan harinya..
Zuhaira sendirian menguruskan pakai, makan, minum dan hantar anak-anaknya ke rumah Kak Mariah. Nasib baiklah Zuhaira boleh pandu kereta sendiri.
Dia pandu laju menuju ke pejabat sebelum masuknya pukul 8.00 pagi. Sebelum masuk ke dalam pejabat, dia sempat masuk ke dalam tandas membetulkan rambutnya.
Dia sempat menghantar whatsup pada suaminya pada pagi itu. Memang Syakir tak jawab! Dia kuatkan semangat dan terus tenangkan diri. Dia senyum pada diri sendiri di hadapan cermin itu sambil bayangkan anak-anak di hadapan matanya.
Sementara Nasrul yang datang lewat pada pagi itu terus berjalan masuk ke dalam biliknya. Dia balik agak lewat malam semalam. Pukul 4 pagi! Siap clubbing dan singgah hotel berhampiran bersama Gina.
Zuhaira mengemas mejanya sebelum membelek surat baru yang berada di tray masuknya itu.
“Dah makan ke?” tanya Sheila yang suka pakai skirt paras lutut itu.
“Belum. Tapi saya ada bawa bekal dari rumah.”
Zuhaira mengeluarkan satu bekas Tupperware dari beg kertas yang dia letak atas meja kecil sebelahnya itu.
“Rajinnya awak. Masak apa tu?”
“Sandwich pagi ni. Nak rasa?”
Sheila mengambil sandwich itu dan rasa.
“Urmmpphh.. sedapnye.”
Tiba-tiba telefon rasmi pejabat berbunyi. Zuhaira terus angkat dan jawab.
“Ya, Encik Nasrul. Ok.”
Selepas meletak ganggang telefon, Zuhaira bersiap hendak masuk ke dalam bilik Nasrul.
“Makan lah kalau nak lagi.” Pelawa Zuhaira yang pakai baju kurung Pahang pada hari itu.
“Eh, Ira. Jap.”
“Ya?”
“Jaga-jaga sikit tau dengan Encik Nasrul tu. Dia tu miang pelik sikit.” Sheila memberi amaran supaya Zuhaira berjaga-jaga.
Zuhaira hanya tersenyum.
|
|
|
|
|
|
|
|
haiii Momeyyy...
bukan miang pelik sikit si Nasrul tu Sheila
tpi miang pelik banyakkk sangtt.. |
|
|
|
|
|
|
|
haiii
kan? gatai merenyam nasrul tu!
|
|
|
|
|
|
|
|
jom smbung |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|