oleh Adib Za
Sekali pandang, siapa sangka perkampungan indah ini sebenarnya berlokasi di Malaysia, bukan luar negara ya!
Memang ia sangat persis dengan kedesaan Inggeris, tak menghairankan kerana ia terletak di kawasan pergunungan, secara tepat 5,700 kaki dari aras laut! Kiram's Village yang berlokasi di Kundasang, Sabah ini memang sangat luar biasa.
Banyak kabin atau pun chalet yang dibina di lereng-lereng bukit agar pengunjung dapat merasai pengalaman menginap di kawasan tanah tinggi ini.
Yang menariknya, setiap kabin ini dinamakan dengan nama sayuran seperti Lobak, Asparagus, Kobis, Cili dan sebagainya. Berminat untuk bercuti di sini, hanya masuk ke laman web Kiram's Village dan anda boleh membuat pilihan kabin anda.
Selain udara yang sejuk dan menyegarkan, anda juga bakal dihidang dengan landskap yang begitu memukau. Memang sangat menggamit perasaan di sini. Gambar selfie jangan pernah dilupakan tau. Untuk ketahui lebih lanjut, boleh ke laman sesawangnya, kirams-village.com - CARI Infonet
|