CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1835|Reply: 3

Besar bezanya zina dengan rogol

[Copy link]
Post time 26-5-2016 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Besar bezanya zina dengan rogol



Norhayati KaprawiYesterday at 11:31am ·

Perasan tak ramai juga orang yang katanya Islam sangat, lebih marah pada orang berzina (penzina) daripada pada perogol.
Lebih marah dan emosi membakar sanggup demo-demo kalau ada kes perempuan tak dibenarkan pakai tudung, dari kes perempuan kena rogol.
Sadis tahap gaban tu namanya, otak-otak sebegitu dah kes berat yang harus dipertanyakan Islam apa yang mereka faham.
Ada beza besar antara zina dan rogol. Zina adalah perlakuan suka sama suka , manakala rogol ada unsur pemaksaan dan keganasan.
Wanita atau lelaki yang tidak menutup aurat juga tidak melakukan keganasan terhadap orang lain.
Sering mangsa rogol yang disalahkan dan diejek atau dihina-hina - ada-ada saja alasannya. Antara alasan popular ialah kerana perempuan itu berpakaian seksi. Dalam kes sadis yang terbaru ini ialah kerana perempuan itu menolak cinta lelaki-lelaki itu.
Kalau otak-otak sadis itu faham Islam, seharusnya mereka tahu bahawa dalam al-Qur'an tidak ada hukuman yang diberikan pada wanita walaupun dia tidak menutup aurat dengan sempurna.
Islam tidak pernah mengatakan hukuman wanita tidak tutup aurat ialah rogol.
Islam tidak pernah mengatakan hukuman wanita yang menolak cinta lelaki yang tidak disukainya ialah rogol.
Orang lelaki terutamanya, yang tak kisah atau malah mengejek bila ada perempuan kena rogol - cuba bayangkan jika kerana pakaian anda dianggap tidak tutup aurat , lalu anda disodomi secara paksa;
atau kerana anda menolak cinta lelaki lain yang mungkin jatuh hati pada anda - maka anda pun disodomi secara paksa (dirogol).
Apakah pada waktu itu anda akan tertawa atau tersenyum?









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 10:31 PM | Show all posts
kalau terangkan kt saiful , dia bukan faham pn
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Aikkkkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 09:46 AM | Show all posts
batmana replied at 26-5-2016 10:31 PM
kalau terangkan kt saiful , dia bukan faham pn

Mam la DSAI faham sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:13 PM GMT+8 , Processed in 0.077011 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list