CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3183|Reply: 15

Dapat Gaji Beli Lembu Kalau Nak Jadi Jutawan.

[Copy link]
Post time 26-5-2016 12:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by abgsedapmalam at 26-5-2016 12:10 PM

Belajar Sampai Darjah 6 & Gaji Pertama Beli Lembu, Kini Punyai Pendapatan Lebih RM1 Juta Hasil Jualan LembuMay 25th, 2016 | by Ash Nordin
KINI TRENDING
Sekarang ni nak dapat pekerjaan bukannya senang. Walaupun anda ada sijil lepasan Diploma, Degree mahupun Master itu tidak menjamin anda untuk dapat kerjaya yang bagus. Macam pemuda yang bernama Saipol Azmir Zainuddin ni dia menghabiskan pembelajaran sehingga darjah enam sahaja.
Tetapi berkat usaha gigih dan rezeki Allah, pengembala muda ini peroleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu tahun lalu. Woww caya lah dengan dia ni. Tapi bagaimana perjalanan Saipol sebagai pengembala lembu ni? Jom baca kisahnya.
Dapat gaji pertama, beli lembu.. Apa??!
Macam kami bagitahu tahu, Saipol telah mendapat pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan lembu pada tahun lalu. Walaupun menghabiskan pembelajaran pada darjah enam tetapi itu yang dibuktikan Saipol dengan hasil kerja keras dan usaha memulakan ternakannya dengan hanya seekor lembu.
Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil.
Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah.
Tambah Saipol, dia beli seekor anak lembu berharga RM450 dengan gaji pertamanya sebanyak RM750 sebulan, untuk tujuan menternak dan dibiakkan.
Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.
Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.
Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri.
Miliki rumah & kenderaan sendiri sebelum kahwin
Ketika berusia 19 tahun dia mula menjual lembu secara serius dan untuk pengetahuan anda, dia sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri sebelum kahwin.
Kini, Penerima Anugerah Peladang Jaya Peringkat Kebangsaan sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2015 itu mempunyai 700 ekor lembu, 150 ekor kambing serta 30 ekor kerbau. Saipol juga sudah berumah tangga dan dikurniakan 5 cahaya mata.
Saya kemudian buat pinjaman dengan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) sebanyak RM100,000 melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat bagi mengembangkan perniagaan.
LPP dan PPK Kuala Langat juga banyak membantu saya dari segi pasaran dan promosi ke seluruh negara. Selain itu, jualan juga dilakukan melalui media sosial seperti WhatsApps dan Facebook.
Kumpul duit, beli tanah
Selepas beberapa tahun mengumpul duit hasil jualan lembu, Saipol ambil keputusan untuk beli tanah lebih 0.8 hektar untuk menempatkan ternakannya.
Kebanyakan lembu di sini baka tempatan, bukan diimport dari mana-mana negara. Sambutan sangat menggalakkan terutama apabila tiba musim korban.
Saya akan pastikan ternakan sihat dan tidak berpenyakit sebelum dijual kerana tidak mahu pelanggan menghadapi masalah. Lembu di sini juga ditandakan supaya pembeli tidak rasa tertipu ketika ia dihantar ke destinasi mereka kelak.
Biasanya lembu yang mengalami masalah kesihatan akan saya kuarantin bagi mengelak ia berjangkit kepada ternakan lain.
Semakin berjaya
Saipol yang mempunyai ladang di Kampung Endah, Banting, Selangor kini ada enam pekerja berjaya dan sedang membina sebuah kandang fidlot yang boleh memuatkan sehingga 500 ekor lembu.
Kos infrastruktur kompleks kandang dan ladang rumput napier saya berjumlah RM500,000 dan sudah beroperasi sepenuhnya.
Ini memberi petanda positif kepada saya untuk terus bergerak maju pada masa depan.
Saya juga menawarkan kursus ternakan kepada mereka yang berminat. Golongan muda boleh mengambil kesempatan ini untuk memulakan projek ternakan masing-masing.
Sumber: Harian Metro


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 12:12 PM | Show all posts
bagus.. di mana ade kemahuan di situ ade jalan.

bukan meratib hidup susah makan nasik ngn garam ngn kisah wajib anak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 12:13 PM | Show all posts
bagus dik....mana2 awek yg blum kawin cari lah laki spt ni...bukan cari mat rempit ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 12:21 PM | Show all posts
Bagus rajin dan usaha pasti boleh berjaya jadi usahawan berjaya tak semestinya harapkan kerja makan gaji je
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 12:23 PM | Show all posts
bagus!! boleh jadi inspirasi ni
dapat bonus tahun lepas aku beli lembu 2 ekor
sementelah husben aku baru diberhentikan keje
aku mintak dia jaga lembu kat kampung
sambil2 keje kampung
kos jaga lembu aku yg bagi
sekarang lembu pun dah bunting
tunggu dapat bonus tahun ni, aku nak tambah lagi lembu

aku plan nak tanam pokok sayur-sayuran buat jualan
tapi, tanam pokok sawi kat hidroponik pun tak berhasil... hu~

kerja tak glamour, tapi hasilnya.... lu fikirlah sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 02:10 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 26-5-2016 12:23 PM
bagus!! boleh jadi inspirasi ni
dapat bonus tahun lepas aku beli lembu 2 ekor
sementelah husben ak ...

Aku pun suka kerja macam nie..tanam2 sayur...
Tapi masalahnya tadak tanah.
KLu tak silap peladang ada bagi lembu sekor klu kita minta, tp ada syarat2 dia la...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-5-2016 02:17 PM | Show all posts
betul2...

ada kawan sekolah saya, low profile je...jaga lembu

tapi bila kawan2 sekolah ada yang tengah cari job, dia selalu offer keje dengan dia

sebab dia da ada company sendri da...bermula dengan gembala lembu je
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 02:41 PM | Show all posts
Memang betol.tahun lalu Suami Jual Lembu untuk buat Korban sek or sahaja mencecah rm6k Lebih,Sekarang mahal ok Lembu,memang berbaloi.

Tp meh aku Nak nasihat kepada yang Nak Bela Lembu.lembu tu ya sememangnya tak berotak,sebagai empunya Lembu tentu Kau berotak.tapi Kalau Nak Bela tu sila buat kandang,bukan bebaskan je Kat ladang sawit,Berhampiran kebun orang.tahu tak akibat tak pakai otak Bela lembu ni,Lembu tu dok lari main Kat jalan,orang Sampai eksiden (ni depan mata aku) Lepastu apa Hakum Lembu di lepaskan ceroboh masuk makan Kawasan tanaman orang (ni ustaz Kat tanyalah ustaz pun Ada kupas)? Jadi Nak Bela sila bersistem bukan main Dan.

Sbb tu aku pada kan Muka Kalau ternak Jenis lepaskan je,Lembu kena Curi cash sangat.sbb bila Lembu ko mengakibatkan orang lain kemalangan,haram ko Nak Mangaku.senyap-senyap je tak rasa bersalah.so Jd kan pengajaran Kalau Nak Bela Lembu.
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-5-2016 02:43 PM | Show all posts
sabar_sabariah replied at 26-5-2016 12:23 PM
bagus!! boleh jadi inspirasi ni
dapat bonus tahun lepas aku beli lembu 2 ekor
sementelah husben ak ...

Asyraf Muslim antara org yg terlibat Dlm bidang ternak kan ni.dan memang berhasil.pernah masuk tv ,
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 03:06 PM | Show all posts
Super-M replied at 26-5-2016 02:41 PM
Memang betol.tahun lalu Suami Jual Lembu untuk buat Korban sek or sahaja mencecah rm6k Lebih,Sekaran ...

ye la.. mmg ada sesetengah org bela lembu main lepas je
sebelum suami aku jaga lembu,
kitorang pernah tanam pokok pisang
dari seribu anak benih
tinggal 200 pokok je yg menjadi
yg selsbihnya tu mati dek pucuk mudanya dimakan lembu
padahal lembu kengkawan suami aku gak
dah dibagitau, boleh dorang wat derk je
suami aku sampai nak racun je lembu tu
aku kata jangan, sian plak
lembu tak salah, tuannya tu yg patut diracun
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 03:06 PM | Show all posts
Super-M replied at 26-5-2016 02:41 PM
Memang betol.tahun lalu Suami Jual Lembu untuk buat Korban sek or sahaja mencecah rm6k Lebih,Sekaran ...

-terdouble post plak-
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
nege ni mulia
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2016 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
sabar_sabariah replied at 26-5-2016 03:06 PM
ye la.. mmg ada sesetengah org bela lembu main lepas je
sebelum suami aku jaga lembu,
kitorang p ...

Haha.. Lawak pulak ko ni.. Kejam2 lawak
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan main2..jotawan tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 08:58 AM | Show all posts
Berniaga berasaskan binatang ni bukannya semua orang boleh buat. Ia juga perlukan keserasian. Kalau serasi, memang masyuk lah. Kalau tak serasi, lembu mati la, hilang lah, sakit lah etc.
Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2016 11:41 AM | Show all posts
hendak seribu daya ...

kalau akak da kampung , ada tanah pun akak rela berbakti pd tanah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.409635 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list