CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: herbivor

[MERGED] Occupational Safety & Health /NIOSH

[Copy link]
Post time 8-10-2010 09:40 PM | Show all posts
Reply 1820# capiloton

Aku pun sama cdg nak amb pjj Bachelor in OSHA kat OUM...cdgnye taun depan,..
cuma nak ty program ni di OUM ada akreditasi LAN ke??...coz aku dah try tgk laman
web OUM tp program ni xde senarai utk akreditasi drpd LAN....program lain ada la mcm
nursing dsb,,,diharap otai2 blh membantu??...skrg sy keje as MLT di IPTA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2010 07:36 PM | Show all posts
nak tanya pada otai2 n student OUM yg amik BOHSM..

ok tak kalo nak mulakan karier dalam OHS ni st ...
capiloton Post at 8-10-2010 14:48



    mmm...nak amek BOHSM nih utk pengetahuan saja2 or untuk digunakan untuk bekerja nanti.

sbb setahu aku OUM punya certification tak di iktiraf oleh DOSH. dan jika nak gunakan kelulusan nih utk berkerja. sebaiknya amek kusus yang di iktiraf oleh DOSH..

utk pengetahuan, DOSH lah badan yang meluluskan samada org tuh kompeten atau tak sebagai safety officer.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 07:39 PM | Show all posts
Reply  capiloton

Aku pun sama cdg nak amb pjj Bachelor in OSHA kat OUM...cdgnye taun depan,..
c ...
Donatello86 Post at 8-10-2010 21:40



    LAN mungkin ada..tp pengiktirafan dr DOSH mungkin takde. sama macam kusus safety diploma UPM kat serawak juga takde pengiktirafan. sbb tuh student dia yang grad kena amek exam or intvs session supaya dpt kompetensi.

nak tau pusat2 yang dpt pengiktirafan dr DOSH. tgk lah link bawah nih. moga korang berdua sukses dan berjaya.

http://www.dosh.gov.my/doshV2/Senarai/tc/ppsho_122009.pdf
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 10:14 PM | Show all posts
Reply 1822# pressor


    Cadangnye memang nak jadik Safety Officer la pulak..skrg jd MLT jwtan tetap di IPTA...
Ketua Jabatan tmpt aku xlpskan staf utk smbg studi even byk yg dpt twaran smbg belajar
dlm bdg Bachelor Nursing pon x dlpskan...Itu la pasal aku nak smbg di OUM coz
program ni fleksibel bg staf bekerja yg nak smbg blajar secara pjj...cuma risau tkut program
di OUM x diiktiraf...nanti sia2 la aku belajar di sana...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2010 11:04 PM | Show all posts
LAN mungkin ada..tp pengiktirafan dr DOSH mungkin takde. sama macam kusus safety diploma UPM kat serawak juga takde pengiktirafan. sbb tuh student dia yang grad kena amek exam or intvs session supaya dpt kompetensi.

nak tau pusat2 yang dpt pengiktirafan dr DOSH. tgk lah link bawah nih. moga korang berdua sukses dan berjaya.
pressor Post at 9-10-2010 19:39


lepas di kaji2 SHO ni, baru la paham sket2..
konsep macam electrical engineer ada sijil chargeman..
nak jadi engineer kena amik degree, tapi kalo nak amik chargeman ada test yg lain..

sama cam SHO..
kalo nak level eksekutif, kene amik degree..
tapi kalo nak jadik valid SHO, kena amik test kat NIOSH..

ikut dalam list dosh tu, org yg amik degree kat UPM jer yg otomatik dapat greenbook SHO..
betoi ker pemahaman aku tu pressor? :re:
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2010 08:06 AM | Show all posts
Reply  pressor


    Cadangnye memang nak jadik Safety Officer la pulak..skrg jd MLT jwtan tetap ...
Donatello86 Post at 9-10-2010 22:14



    UKM ada wat part time...tapi master lah kot..yang post grad aku tak pasti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2010 08:10 AM | Show all posts
lepas di kaji2 SHO ni, baru la paham sket2..
konsep macam electrical engineer ada sijil chargem ...
capiloton Post at 9-10-2010 23:04



mmm..betol lah tuh..dia kena ada competency..baru leh jadi competent person..

tp utk jadi SHO yes, ko kena ada competency...tp to be executive or manager sekalipun..tkde requirement perlu SHO certification...yang amek master kat UKM pun automatic dpt leh dpt green book.

tp tak bagus lah..fresh2 trus dpt green book..nanti diperlekehkan..sbb byk menda tak tahu..gain thru experience bgs..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 10:16 AM | Show all posts
KITA LIHAT APA KATA MEREKA MENGENAI OSHA

Usah biar lebih ramai terkorban
Oleh Ratinawati Rasidi
ratinawati@bharian.com.my
2010/10/12

Kerjasama semua pihak penting elak nahas

SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya.  
    Adakah perlu untuk kita melihat lebih ramai lagi terkorban dek kelewatan melaksanakan apa juga bentuk peraturan dan polisi. Kerajaan berusaha sedaya mungkin memperkenalkan peraturan mahupun jalan penyelesaian, tetapi adakah ia memadai? Sejauh manakah semua peraturan itu benar-benar difahami dan diamalkan. Adakah perlu kita gunakan alat perakam maklumat seperti kotak hitam atau menguatkuasakan penggunaan had kelajuan kenderaan untuk memantau sikap pemandu.
   Tidakkah semua ini dilihat umpama memantau kanak-kanak yang belum mampu mengerti apa itu bahaya, mahupun kematian. Berapa banyak lagi akta atau peraturan yang perlu kita perkenalkan semata-mata memantau pelakuan pemandu atau pihak berwajib bersikap acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang.

   Baru kelmarin kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri meragut 12 nyawa dan mencederakan 40 penumpang bas, kereta, van dan seorang penunggang motosikal.

Ops sikap ke-22 lalu mencatatkan 16,817 kemalangan berlaku dan angka ini sudah cukup membuktikan betapa pengguna jalan raya kurang mengambil iktibar daripada setiap kemalangan yang berlaku. Benar ia dilaporkan menurun 9.5 peratus, berbanding Ops Sikap ke-21 tetapi kemalangan ngeri tetap berlaku dan ia sebenarnya mampu dikurangkan jika semua pihak bekerjasama.

   Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata tidak ada sesiapa yang mahukan kemalangan berlaku tetapi tragedi tetap berlaku atas sebab dan alasan tersendiri. Apa yang pasti, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang menyiasat secara terperinci kemalangan itu.

    “Di negara ini, apabila sudah berlaku kemalangan, baru orang sibuk memperkatakan siapa yang bersalah, ngerinya kemalangan dan punca kemalangan. Sebaliknya, kita gagal mengambil iktibar. Kita tidak pernah mengharapkan semua ini berlaku dan kita tidak mahu pun ia berlaku. Apa yang penting, sudah tiba masanya pengguna bekerjasama dengan kerajaan. Kerajaan tidak mampu bertepuk sebelah tangan dan jangan hanya memandang ia sebagai tragedi,” katanya.

   Prof Dr Ahmad yakin sudah tiba masanya semua pengusaha bas mempraktikkan secara keseluruhan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) bagi mengurangkan kemalangan terutama bas ekspres. Kod amalan itu, mencakupi komitmen pengurusan tertinggi syarikat terhadap keselamatan, pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan risiko dan perjalanan dan pengurusan dokumen pengurusan kenderaan.

   SHE tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994). Kod ini diperkenalkan pada 2007 dan Kabinet memutuskan untuk mewajibkan semua pengusaha kenderaan melaksanakan Kod Amalan SHE.

   Mengulas penggunaan Alat Sistem Kedudukan Global (GPS), Prof Dr Ahmad berkata, penggunaan ‘technology in a vacuum’ bukanlah sesuatu yang digalakkan kerana Kod Amalan SHE dilihat lebih sesuai berbanding kebergantungan terhadap alat elektronik.

   Walaupun diperkenalkan tiga tahun lalu, masih ramai pengusaha bas tidak memahami kod amalan SHE, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai salah satu syarat wajib lesen. Perkara ini pernah didedahkan Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

   “Apabila kita ambil keputusan jadikan SHE  syarat lesen, rupanya hampir semua syarikat tak faham apa itu jawatankuasa dan polisi SHE, inikan pula nak tubuhkan audit dalaman... mereka tak faham apa patut dibuat. Oleh kerana mereka tidak faham, kita tak dapat kuatkuasakan SHE.

      “Jadi, sekarang kita nak beri kefahaman kepada mereka dulu. Justeru, selepas kita selesai memberi penerangan kepada mereka mengenai SHE, kita akan beri mereka tempoh tiga bulan untuk bangunkan ketiga-tiga elemen ini dan kemudian baru boleh kenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan  dekat Pedas, malam kelmarin:

R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota(Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)

Mangsa  dirawat (mengikut hospital)

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan)
Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan)
Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal)
Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 12:40 PM | Show all posts
KITA LIHAT APA KATA MEREKA MENGENAI OSHA

Usah biar lebih ramai terkorban
Oleh Ratinawati Rasidi
...
pressor Post at 12-10-2010 10:16



    yang myvi hidup ek?takde mention pon pasal yg dalam myvi tu...penat cari berita,what happen to them...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 01:24 PM | Show all posts
yang myvi hidup ek?takde mention pon pasal yg dalam myvi tu...penat cari berita,what happe ...
auntie_girl Post at 12-10-2010 12:40



    sama jugak....sbb byk gmbr tunjuk myvi tuh..tp tkde rekod pun pasal myvi..eehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 03:30 PM | Show all posts
sama jugak....sbb byk gmbr tunjuk myvi tuh..tp tkde rekod pun pasal myvi..eehehe..
pressor Post at 12-10-2010 13:24



    musyhkil yg sesangat musyhkil...kenapa takde khabar berita pasal yg myvi tu?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 03:38 PM | Show all posts
musyhkil yg sesangat musyhkil...kenapa takde khabar berita pasal yg myvi tu?
auntie_girl Post at 12-10-2010 15:30



    mungkin selamat kot...

seram sgt tgk video2 tmpt kejadian...ade kena seret smpi takde kepala...adoiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 03:47 PM | Show all posts
mungkin selamat kot...

seram sgt tgk video2 tmpt kejadian...ade kena seret smpi takde k ...
pressor Post at 12-10-2010 15:38



    panjang betul umur dia ek...sebab tgk keadaan,macam takde umur dah...huhu,tgk gak klip...apalah ye perasaan keluarga mangsa2 bila org sibuk rakam?

kan kawan girl yg meninggal tu,time kejadian girl tau ada je yg dok rakam,tangkap gambar dia sementara polis nak sampai,girl marah nak mamps!!!!!leave him alone!!!!sampai sekarang girl tak tgk pon gambar2 dia...

it's lotssssssssssssssss easier nak tonton org yg kita takde kaitan or tak kenal...tapi,hakikatnya,if dats happen to our beloved one,tak mudah utk kita tgk...huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 03:49 PM | Show all posts
panjang betul umur dia ek...sebab tgk keadaan,macam takde umur dah...huhu,tgk gak klip...a ...
auntie_girl Post at 12-10-2010 15:47



    tgk bidio boleh lah...kalo in real...den yang pertama lari dulu...tkleh..nanti mesti pengsan punya..huhu
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 03:51 PM | Show all posts
tgk bidio boleh lah...kalo in real...den yang pertama lari dulu...tkleh..nanti mesti pengs ...
pressor Post at 12-10-2010 15:49



    camne nak sambut baby press lahir nanti
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 03:59 PM | Show all posts
camne nak sambut baby press lahir nanti
auntie_girl Post at 12-10-2010 15:51



    ...ku duk kat kepala wife..so tak nmpk bawah...sedar2 kuar jer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2010 05:05 PM | Show all posts
...ku duk kat kepala wife..so tak nmpk bawah...sedar2 kuar jer
pressor Post at 12-10-2010 15:59



    pres   ooo,time nak buat baby takpe dok kat lain,bila baby nak kuor,takmo tgk
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2010 08:23 PM | Show all posts
pres   ooo,time nak buat baby takpe dok kat lain,bila baby nak kuor,takmo tgk
auntie_girl Post at 12-10-2010 17:05



    ...............
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 05:04 PM | Show all posts
program train n place dah tak buka ker
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2010 07:27 PM | Show all posts
program train n place dah tak buka ker
baju_oren Post at 13-10-2010 17:04



    ntah...kalo takde..train program INSEP lak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 1.215048 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list