CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

GEMPAR!! Retis KonTroVersi Mesia, Gusip TerBaekk SePanJanG Zaman..

    [Copy link]
 Author| Post time 1-9-2010 02:35 PM | Show all posts
caya la mek...gigih betul ko bukak thread camni! cam biasa aku akan sokong tread mek!
zamirra Post at 1-9-2010 14:33



    tepek jangan tak tepek!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 02:38 PM | Show all posts
ader one time tu gegeh cter yang sume jerung nak kat die..
sampai bini kerabat perlis mengamuk
alih2 abang sayang nikah ngan juma

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 02:39 PM | Show all posts
dan lakinyer bertemu jodoh tak sampai bini meninggal 5 bulan

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by zamirra at 1-9-2010 15:10

GAMBAR 'ITU' SUPERIMPOSE (KONONNYA)


Petikan Harian Metro:
Terbaru, penyanyi yang masih belum hilang 'cun'nya walaupun sudah ada anak dua, Linda Rafar pula menjadi mangsa. Konon ceritanya, sebuah laman web menyiarkan kembali gambar bogel dan aksi lucah bersama salah seorang anggota KRU, Edry. Ekoran itu, Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar membuat laporan polis.
Sebenarnya, 11 keping gambar yang disebarkan melalui e-mel itu pernah menjadi isu hangat dan sensasi pada tahun 1999. Kedua-dua artis itu juga mendakwa bahawa gambar itu menggunakan teknik pertindihan (superimpose). Yang tak sedapnya pula, ekoran laporan itu juga polis mahu menyoal siasat kedua-dua artis berkenaan. Hai... memang panas dan teman turut bersimpati dengan Linda. Maklumlah, sudahlah baru saja memegang title janda, kini Linda pula terpaksa berdepan dengan musibah yang sebegini. Bukan mudah melalui kehidupan tanpa suami di sisi kerana cabarannya memang pelbagai. Al-maklum pula, Linda masih muda dan ada tarikan tersendiri.

Hidup pula dalam dunia hiburan yang banyak sangat pancarobanya. Kerana cantik dan bergetah itulah juga, ada kalangan yang kadangkala mahu mengambil kesempatan. Teman teringat cerita lawak seram seorang lelaki yang bagaikan tidak sempat tunggu siang mahu mendapatkan nombor telefon Linda. Kononnya, dia seorang berpangkat mejar mahu menghubungi Linda bagi pihak seorang kerabat diraja yang berhasrat mahu memperisterikan Linda.

Dia agak marah apabila teman memberitahu tidak boleh sebarangan memberi nombor telefon artis. Ruparupanya, panggilan sebegini memang selalu diterima anak buah teman. Ada yang mahukan telefon Linda untuk menasihatkannya setelah memilih jalan sendiri. Barangkali ada juga yang berniat baik tetapi tidak hairan jika ada yang ada udang di sebalik mi.

Begitulah kalau sudah terbabit dalam industri hiburan atau dunia yang glamour. Banyak sangat cabarannya apatah lagi kalau tuan punya diri sudah tidak ada lagi suami. Bak kata pengacara manis program Nona, Azizah Ariffin, “Dulu saya hanya perhatikan kawan-kawan digosip, kini tiba giliran saya. Baru saya tahu, benda-benda yang saya tak buat, orang kata saya buat. Orang luar lebih tahu kehidupan peribadi saya, berbanding diri saya sendiri. Macammacam perkara yang tak betul orang tulis.

“Dari dulu saya masuk TV3, saya memang low profile, tapi perceraian ini bukan saya minta, dah nak berlaku, nak buat macam mana. Biasalah, umpatan dan fitnah orang terhadap saya, terpaksa saya telan walaupun pahit kerana sebagai personaliti TV, lazimnya orang luar yang tak tahu apa-apa cerita akan meletakkan kesalahan di bahu kami. Tapi, saya ada pendirian sendiri. Apa yang berlaku adalah takdir. Saya tahu siapa diri saya yang sebenarnya dan saya tidak akan melakukan perkara yang boleh merosakkan imej.” Iyalah... nak kata apa lagi?

hanizam@bharian.com.my

(sori ya...aku keluarkan semula gambar mrk berdua)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 02:42 PM | Show all posts
mak janda paling top
kena pitnah dapat bmw dari abang misai..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 02:47 PM | Show all posts
baju yang linda onn tanak pakai!!!
trus tak jadi mc utk award obersea!!!
alasan sungguh

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-9-2010 02:47 PM | Show all posts
ader one time tu gegeh cter yang sume jerung nak kat die..
sampai bini kerabat perlis mengamuk
ali ...
samshik Post at 1-9-2010 14:38



    buat malu jer kan dok perasan sumer jantan kat dunia ni tergila-gila kan dia...tau la dia tu 'perempuan melayu terakhir' memang ler dia cantek, tapi takkan la sampai tak boleh dipandang langsung.. kalau pandang makna suker.. terpikat.... boley gitu...???
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:49 PM | Show all posts
Identiti Pengacara Hos Mistik Khalwat Seberangi Balkoni Terbongkar


Masih segar di’ingatan kami, kira-kira 4 bulan yang lalu, kecoh dengan berita seorang pelakon lelaki drama mistik & seram yang sanggup menyabung nyawa dengan menyeberangi balkoni di tingkat lima ke rumah jiran ketika melarikan diri daripada anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Ketika itu, tiada siapa pun yang tahu akan identiti mereka berdua. Menjadi teka-teki sehingga’lah terbongkar pada hari ini.

Hairi dituduh berkhalwat dengan Ziffa, seorang penolong penerbit TV, yang juga tunangnya, di apartmen sewaan wanita itu yang terletak di Bandar Seri Damansara, Petaling Jaya, antara jam 1.35 hingga 2.07 pagi, pada 30 Mei 2009.

Hakim Syarie, Ghazali menetapkan mereka berdua didenda sebanyak RM2700 atau penjara 3 bulan atas kesalahan yang mereka lakukan. Ketika membaca’kan keputusan mahkamah, Ghazali berkata tindakan Hairi yang sanggup menyeberangi balkoni ke rumah jiran sebelah adalah merbahaya.

Sedikit sedutan kisah lalu.

Hairi dipercayai sudah beberapa kali datang ke apartmen wanita terbabit yang juga tunangnya sejak beberapa bulan lalu, sebelum ditangkap. Malah, ketika ditahan wanita terbabit hanya memakai seluar pendek dan singlet yang menampakkan tubuhnya yang seksi, selain penemuan seluar dan baju pelakon lelaki berkenaan di biliknya.

Penahanan pelakon dan penolong penerbit itu disahkan Ketua Unit Tindakan Khas (UTK) Jais, Shahrom Maarop, yang mengakui pihaknya terpaksa menanti kira-kira 10 minit sebelum wanita terbabit membuka pintu. Beliau berkata, wanita terbabit yang hanya memakai singlet dan berseluar pendek mendakwa tinggal bersendirian di apartmen itu sebelum penguat kuasa melakukan pemeriksaan dalam bilik.

Anggota penguat kuasa yang curiga dengan pengakuan wanita itu menjumpai seluar dan baju yang menunjukkan ada seorang lelaki turut tidur di situ.

Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan seseorang meloloskan diri melalui balkoni apartmen berkenaan yang dipercayai memasuki rumah bersebelahan,” katanya.

Bagi mengelak pelakon terbabit melarikan diri, Shahrom berkata, anggota penguat kuasa Jais bergegas mengetuk pintu apartmen bersebelahan yang dihuni beberapa lelaki warga asing.

Mereka mendapati ada beberapa warga asing dan kelibat seorang lelaki yang hanya menutup dirinya dengan kain langsir berhampiran balkoni. Penguat kuasa menjalankan siasatan terhadap lelaki terbabit yang dipercayai cuba menyamar sebagai warga asing bagi mengelak ditahan. Bagaimanapun, helah itu tidak menjadi apabila percakapan dan warna kulit pelakon itu berbeza dengan penghuni warga asing di apartmen itu,” katanya.

Selepas menyedari helah tidak menjadi, Shahrom berkata, pelakon terbabit mengaku tidur di rumah wanita yang juga penolong penerbit drama yang dilakonkannya selain mengaku mereka sudah bertunang dan akan bernikah tidak lama lagi. Pelakon terbabit turut mendakwa dia pening selepas selesai sesi penggambaran sebelum datang ke rumah tunangnya yang sebelum ini tinggal bersama seorang lagi rakan wanita di apartmen itu.

Beliau berkata, pasangan terbabit cuba merayu beberapa kali dengan memberi alasan akan berkahwin tidak lama lagi dan terbabit dengan program popular di televisyen. Bagaimanapun, Shahrom berkata, alasan itu tidak diterima kerana ikatan pertunangan bukan tiket untuk melakukan maksiat.

Yang menyedihkan, pelakon itu yang hanya membalut tubuhnya dengan kain langsir sanggup melompat ke balkoni rumah jiran untuk melarikan diri tanpa mengambil kira keselamatan diri. Begitu juga dengan penolong penerbit berkenaan yang berpakaian menjolok mata selain membenarkan tunangnya tidur di rumah itu. Kami masih menyiasat sama ada mereka sudah melakukan perkara yang ‘tidak sepatutnya’ kerana seluar dan pakaian lelaki berada dalam bilik tunangnya,” katanya.

Shahrom berkata, Jais membawa mereka pejabat agama untuk disoal siasat sebelum dibebaskan dengan jaminan.

Pasangan itu akan didakwa mengikut Seksyen 29(1) a dan b, Enakmen Jenayah Syariah Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 02:49 PM | Show all posts
Penghujung Januari 2007 - Linda diberitahu oleh Rostam (Pengurus
Program Era) tentang pemilihan Linda untuk ke Los Angeles.
* Setelah disahkan melalui perbualan telefon bersama Nini (Star
Movies),Linda kemudian berhubung dengan Shamel (pegawai Star Movies)
untuk perkara-perkara yang lebih lanjut.

- Linda diberitahu yang mereka (Star Movies) akan mencari pakaian
jenama antarabangsa untuk Linda bagi acara besar ini.

- Demi untuk memenuhi kehendak STAR MOVIES,Linda pergi ke Butik BCBG
(KLCC) dan mencuba pakaian mereka. Setelah dipilih pakaian yang sesuai
dengan imej Linda, Linda diberitahu oleh pembantu pelanggan BCBG
bahawa
pakaian itu model lama dan tidak dicadangkan untuk ditaja. Hanya
pakaian
model baru yang boleh ditaja. namun pakaian model baru tidak sesuai
dengan imej Linda dan Linda mengambil keputusan menggunakan khidmat
Jovian (yang mana Linda mengupahnya untuk pakaian Linda bagi acara
Anugerah Bintang Popular)

- Setelah diberitahu kepada Shamel,dia setuju dan meminta lakaran
pakaian tersebut ditunjukkan terlebih dahulu kepada pihaknya. Peluang
ini digunakan Linda untuk mereka fesyen pakaian yang sesuai dengan
imej
Linda dan menampilkan ciri Melayu dan ketimuran.

- Setelah siap lakaran dan dalam pada masa yang sama pakaian tersebut
dalam proses disiapkan, dengan bangganya Linda memberitahu bahawa
pakaian Linda adalah gabungan kebaya (yang menampakkan ciri-ciri
wanita
timur) dan gaun labuh (sedikit sentuhan barat) .

- Kira-kira 2 minggu sebelum tarikh dijangka berlepas ke LA (22hb
Feb),
Linda diberi surat sokongan oleh pihak STAR Movies untuk permohonan
VISA
US. 16 Februari 2007, Linda menghadiri temuduga permohonan VISA
bersama
kakak (Intan) dan ianya diluluskan. Pihak kedutaan meminta kami
kembali
untuk mendapatkan VISA pada 21 Februari 2007. Pihak STAR Movies
maklum
akan proses permohonan dan kelulusan visa ini.

KRONOLOGI 'KEHILANGAN LINDA'

20 Feb 07

- Sidang akhbar bersama media, mengenai pengumuman Linda dan Dominic
ke
Los Angeles untuk acara 'Live From The Red Carpet-79th Academy
Awards'
anjuran Star Movies di Star Hill,KL. Nini dan Shamel bersama beberapa
staf Star Movies yang lain turut hadir.

- 'Sketch' atau lakaran baju yang dilukis oleh Jovian ditunjukkan
kepada Shamel dan Shamel kemudiannya menunjukkan kepada Nini sebelum
sidang akhbar bermula. Menurut Shamel,Nini setuju dengan lakaran yang
diberi dan Shamel juga turut memuji lakaran pakaian tersebut.

- Di sidang akhbar yang sama,nama Jovian sebagai pereka Indonesia
untuk
baju Linda dinyatakan dihadapan Nini dan berbelas wartawan yang lain.

- Keadaan masih berjalan lancar.

21 Feb 07

- Berita mengenai sidang akhbar disiarkan di kebanyakan akhbar di
Malaysia

22 Feb 07 (waktu Malaysia)

- Semuanya dalam keadaan baik seperti yang dirancang. Linda dan Intan
bertolak ke Los Angeles dari KLIA jam 3 petang.

- Kapal terbang transit di Taipei.

-Keadaan masih baik. Tiada sebarang panggilan atau sms diterima
daripada sesiapa.

22 Feb 2007 (waktu LA)

- Tiba di LAX Airport, Los Angeles lebih kurang jam 7 malam (11 pagi
waktu Malaysia- 23 Feb)

- Sejurus tiba, Linda menerima sms daripada Pengurus Besar Stesyen
Radio ERA (En. Rostam) meminta Linda menghubungi beliau dengan segera.

-Setelah dihubungi, beliau menyatakan Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO
(majikan Linda) menerima panggilan telefon daripada seseorang yang
berpengaruh di Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang 'melarang' Linda
mengenakan pakaian pereka fesyen Indonesia (Jovian) untuk acara 'red
carpet' di Academy Awards nanti dengan alasan mempertikaikan mengapa
Linda menggunakan khidmat pereka fesyen luar dan bukan pereka fesyen
tempatan.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Rostam.

-Setelah itu,perbualan demi perbualan telefon berlangsung antara Linda
dan Pengurus Rangkaian AMP (Cik Kudsia Kahar) yang mana Linda merayu
untuk terus mengenakan pakaian yang telah sedia ada dibawa.

- Menurut Kudsia,pakaian gantian akan diterbangkan ke LA.

- Rayuan Linda tidak diterima oleh Kudsia.

23 Feb 07

- Keluar bersama Dominic,Cheng (PA Star Movies) untuk berjumpa Debra
(produser) di Kodak Theatre untuk mempelajari kedudukan kamera,hos dan
sebagainya.

- Perbincangan Linda,Dominic dan Debra berjalan dengan lancar

- Rayuan demi rayuan terus dibuat oleh Linda kepada Kudsia. Kudsia
cuba
membantu menenangkan fikiran Linda yang terganggu mengenai perkara ini
.

- Perbualan telefon yang sangat panjang tetapi tetap diakhiri dengan
keputusan yang sama.

- Linda meminta Kudsia memberi bukti 'larangan'dalam bentuk bersurat
(hitam-putih) dimana Pihak Pengurusan Tertinggi ASTRO menerima arahan
daripada seseorang di Jabatan Perdana Menteri tetapi menurut
Kudsia,tiada surat menyurat antara mereka. Katanya, surat rasmi tidak
diperlukan oleh kerana panggilan tersebut dibuat pada waktu malam,
kira-kira 10.30 malam pada hari Khamis (22 Feb) (waktu Malaysia)
kepada
Pihak Pengurusan Tertinggi Astro iaitu Mr Ralph Marshall. Menurut
Kudsia
lagi , panggilan yang dibuat oleh seseorang daripada JPM sudah cukup
kuat untuk sesuatu arahan. Andaikata pakaian tersebut disarung
juga,pelbagai masalah akan timbul. Antaranya lesen stesyen TV akan
ditarik,kontrak sebuah siaran TV tidak akan disambung dan kerjaya
serta
kontrak Linda di stesyen TV dan radio bakal tergugat.

-Linda bertanya kepada Kudsia - Benarkah termaktub dalam mana-mana
undang-undang yang menyatakan orang Malaysia tidak boleh mengenakan
pakaian pereka luar negara? Jawab Kudsia - Beliau bersetuju yang
sepanjang pengetahuannya, tiada undang-undang sedemikian.

-Puas Linda memujuk Kudsia agar beliau dapat berbual dan memujuk pihak
atasan supaya Linda boleh mengenakan pakaian yang selesa dan sesuai
dengan Linda tetapi beliau mengatakan ini adalah arahan pihak
atasan,bukan dari beliau.

- Menurut Kudsia,beliau berkali-kali merayu bagi pihak Linda kepada
pihak atasan dan terus memujuk Linda supaya menerima keadaan.

- Perbualan yang sangat panjang bersama Kudsia dan rayuan serta
pujukan
membuat Linda tersentuh untuk mempertimbangkan semula walaupun dalam
keadaan yang amat berat.

- Menurut Kudsia,pakaian Linda akan diterbangkan bersama dengan salah
seorang pereka terkemuka di Malaysia

- Rayuan dibuat kerana Linda kurang selesa dengan pertukaran pada
saat-saat akhir (last minute). Tambahan lagi pakaian tersebut
dikatakan
dibuat dalam keadaan 'kecemasan'

- Linda terus menanti pakaian yang akan tiba dan mengharap kesesuaian
pakaian tersebut.

24 Feb 07

- Seperti yang diaturkan oleh Cheng,perjumpaan untuk 'rehearsal'
bersama Debra akan diadakan pada jam 5.30 petang tetapi Cheng telah
datang ke bilik Linda lebih kurang jam 3.30 petang untuk membawa Intan
(kakak merangkap pembantu peribadi) pergi mencari bodysuit. Menurut
Cheng ini adalah atas arahan pihak Star Movies.

- Intan enggan menemani Cheng kerana tidak mahu meninggalkan Linda
seorang di dalam bilik. Walaubagaimanapun, Linda telah memberitahu
Cheng
saiz yang sesuai untuk Linda.

- Akhirnya,kami tidak pasti kenapa Cheng tidak keluar membeli apa yang
telah diarahkan oleh pihak Star Movies kepadanya

- Cheng tidak keluar dari bilik kami dan berkali-kali mengatakan dia
tumpang duduk di bilik kami kerana biliknya sedang dikemas
(housekeeping)

- Lebih kurang 5 petang,kami pergi ke pejabat Debra untuk menjalani
latihan (rehearsal)

- Linda mendapat berita daripada Cheng bahawa Nini (Star Movies) akan
tiba bersama pakaian rekaan Radzwan Razwill. Tidak dinafikan,pereka
tersebut adalah pereka yang terkenal dan Linda bersetuju rekaan-
rekaan
beliau amat menarik.

25 Feb 07

- Seperti yang diaturkan,pada jam 10.30 pagi,jurumekap dan jurudandan
rambut akan datang ke bilik Linda untuk memulakan persiapan bagi acara
Academy Awards dan kami harus bergegas ke Kodak Theatre pada jam 12.30
tengahari

- Tiada apa-apa berita mengenai pakaian Linda .

- Pada jam 6 pagi,Cheng datang ke bilik kami dan memohon supaya Linda
mengadakan latihan bersama Nini yang baru tiba dari Malaysia dan
kemudiannya menjalani latihan bersama Dominic pula.

- Intan agak terkejut kerana tiada apa-apa rancangan yang diaturkan
sebelum ini mengenai perkara ini dan tidak mahu mengganggu masa rehat
Linda.

- Cheng memohon Intan menelefon Nini terus dan kemudian pulang ke
biliknya.

- Perbualan antara Intan dan Nini menyentuh mengenai pakaian. Intan
terus merayu dan memohon berkali-kali kepada Nini supaya
mempertimbangkan semula permintaan kami memandangkan masa yang diberi
sudah sangat suntuk . Walaubagaimanapun, Intan memohon Nini datang ke
bilik untuk melihat pakaian yang sedia ada dibawa oleh Linda.

- Setelah melihat,Nini memberi pujian pada pakaian tersebut namun
tetap
dengan pendiriannya.

- Perbualan Intan dan Nini diakhiri dengan permohonan Nini untuk
mengadakan sesi latihan pada jam 9 pagi dan akan menyentuh semula
mengenai pakaian hanya selepas latihan. Kata Nini,"We'll talk about
the
dress later"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 02:49 PM | Show all posts
- Selepas latihan dijalankan bersama Dominic,lebih kurang 11
pagi,jurumekap dan pendandan rambut sudah pun berada di bilik.

- Keadaan berjalan lancar. Nini tidak langsung menyentuh soal pakaian
bersama Linda.

- Dalam keadaan persediaan,Nini muncul bersama pakaian yang dibawanya
lebih kurang jam 11.30 pagi.

- Keadaan menjadi sedikit tegang dan tertekan kerana kami menyangka
soal pakaian bukan lagi menjadi isu.

- Akhirnya Linda menyarungkan pakaian tersebut dan ternyata tidak
selesa disebabkan ;

1) Korset yang tidak sesuai dan tidak selesa dengan bahagian atas
tubuh
Linda. (Ini kerana tiada proses 'fitting'/ukuran badan yang dilakukan
bersama Radzuan). Lalu kata Nini,gunakan saja pakaian dalam Linda yang
ada dibawa untuk menyesuaikan korset tersebut agar padan di badan.
Linda
rasa kurang selesa. Ini kerana, agak kurang manis dan tidak sesuai
apabila mengenakan kebaya berkorset tetapi 'tali' pakaian dalam dapat
dilihat jelas. Ini sedikit sebanyak boleh mengganggu konsentrasi
persembahan Linda.Tiada pakaian tambahan yang Linda bawa kerana tidak
sangka terjadi hal sebegini di saat akhir.

2) Kain lace baju kebaya itu berwarna coklat cair (skin color) yang
mana jelas seolah-olah menampakkan sebahagian besar warna kulit Linda.
Ini juga turut membuatkan Linda kurang selesa. Linda tidak mempunyai
masalah mengenakan baju lace jika ia berwarna lain dan bukan seperti
'skin color'. Jika ia berwarna,mungkin boleh dipertimbangkan lagi.

* Dalam keadaan yang terlalu suntuk,Linda seolah-olah tidak diberi
peluang untuk membuat pilihan. Linda tidak menyalahkan pereka fesyen
tersebut kerana kami tidak pernah bertemu untuk sesi ukuran badan dan
pilihan pakaian,apatah lagi menanyakan tentang keselesaan Linda.

* Linda cuba terus bersikap terbuka dan berkompromi. Andaikata Nini
membawa beberapa pasang pakaian gantian (2 , 3 atau 4) dari Malaysia
di
saat-saat akhir begini,pastinya Linda ada beberapa pilihan, tapi
hanya
satu sahaja baju gantian yang dibawa dan itu sahaja baju yang boleh
keluar di TV? (Pada awalnya,Linda sangka mereka akan terbangkan
beberapa
pasang baju gantian supaya Linda boleh membuat pilihan)

* Intan dan Linda merayu buat kesekian kalinya agar Nini
mempertimbangkan semula permintaan kami untuk mengenakan baju Jovian
di
saat-saat akhir,namun Nini tetap berkeras.

* Nini berkata,"You are not doing a fashion show,you are just the
host". (Anda bukan membuat persembahan pakaian,anda hanya sebagai
pengacara). Begitu jugalah di benak fikiran Linda. Linda bukan seorang
model pakaian tetapi hanya pengacara. Mengapa semua orang begitu
terdesak mengenai pakaian Linda ?

* Menurut Nini,pakaian rekaan Radzwan Razwil ini telah diperlihatkan
kepada pihak pengurusan tertinggi (antaranya Rohana-CEO Astro,Kudsia
Kahar dan Ralph Marshall) yang berada di Malaysia dan hanya pakaian
ini
sajalah yang boleh ditayangkan di acara siaran langsung itu. Pakaian
lain tidak dibenarkan untuk ditayangkan. Apatah lagi baju Jovian.

* Linda bertanya kepada Nini apakah perkara yang paling buruk akan
terjadi jika Linda terus memakai pakaian Linda. Jawab Nini," Linda,If
you don't wear this dress,you're not going on TV". (Linda,jika anda
tidak pakai baju ini,anda tidak akan keudara di TV)

* Apabila Linda berkata yang Linda sungguh tidak selesa dan tidak
boleh
mengenakan pakaian itu,Nini berkata dengan nada tegas,"...then you are
not going to be on tv- pack your things". Lantas Nini terus keluar
dari
bilik hotel Linda.

* Linda tersentap dan sangat sebak mendengar ungkapan yang sungguh
keras daripada beliau. Dengan harga diri dan maruah yang sangat
tinggi,Linda dan Intan mengemas barang. Ternyata pujukan dan rayuan
kami
tidak diendahkan. Linda anggap ini satu penghinaan kepada
profesionalisme Linda dan pengalaman yang Linda miliki sepanjang
karier.
Sungguh tidak disangka.Hanya disebabkan sepasang baju,penat lelah
Linda
ke LA, tidak tidur malam Linda untuk acara ini,ulangkaji yang
berulang
kali,berjauhan dengan keluarga di Malaysia dan segala pengorbanan,
semuanya rasa seperti tidak berbaloi.

* Di waktu itu Linda rasa seperti diugut dan dipaksa. Ini adalah kali
pertama dalam hidup Linda sepanjang menjadi pengacara TV hampir 10
tahun
,'diugut' sebegini. Mengapa perlu ada nada ugutan dan nada paksaan ?
Sedangkan ini tubuh Linda dan Linda berhak menentukan apa yang
disarungkan di tubuh sendiri atau sekurang-kurangnya ada perbincangan
terlebih dahulu dan unsur tolak-ansur. Inikah profesionalisme?

* Demi untuk mempertahankan prinsip, maruah dan harga diri selepas
diperlakukan begitu,Linda tidak ada pilihan dan menerima hakikat
walaupun, pada masa yang sama memikirkan keghairahan untuk mengacara
di
acara yang sangat berprestij itu. Bukan kemahuan Linda,apakan daya
sudah
tidak dibenarkan.

* Sewaktu mengemas barang, beberapa minit selepas itu, Nini kembali
untuk mengambil semula pakaian tersebut dan memberitahu
Intan,"...Kalau
wartawan tanya saya, saya akan cakap Linda sakit teruk ya? ".

* Intan lantas menjawab - "Just tell the truth" (Ceritakan sahaja
perkara yang sebenar)

* Selepas kami mengemas, kami singgah ke bilik Cheng untuk mengambil
salinan gambar kenangan dari kameranya tetapi dia tidak ada di situ.
Selepas itu,kami ke bilik Dominic untuk mencari Cheng. Cheng tiada.
Yang
ada hanya Dominic,Nini dan 2 orang jurumekap

* Di sana, Nini dan Dominic pula merayu Linda untuk keudara tetapi
masih lagi perlu mengenakan pakaian yang sama. Maka, Linda masih tiada
pilihan.

* Di lobi hotel,Nini berjumpa kami (Linda dan Intan) dan meminta kami
mengembalikan pas masuk ke 'red carpet' Academy Awards.

* Linda dan Intan terus berlalu keluar dari hotel

SPEKULASI

- Pihak Linda tahu, di tanahair pelbagai spekulasi dan andaian negatif
mengenai 'kehilangan' Linda dibuat dan perkara ini melibatkan
reputasi
dan nama baik Linda di dalam kerjaya mahupun masa hadapan.

- Diharap segala spekulasi dan tuduhan ramai yang mengatakan ....

- Linda tarik diri kerana takut dengan acara besar.

- Linda tarik diri kerana gementar menemu bual bintang Hollywood

- Linda tarik diri kerana terlalu penat membeli belah di LA

- Linda tarik diri hanya kerana baju dan tidak profesional dan
pelbagai lagi....

JOVIAN

- Jovian adalah pereka fesyen muda yang dilahirkan di Indonesia
tetapi
sudah menetap di Malaysia sejak kecil.

- Menggunakan nama sebagai pereka fesyen Indonesia atas sebab-sebab
komersial

- Beliau baru menamatkan pengajian di salah satu institut di Malaysia.

- Bapanya adalah orang Malaysia.

- Untuk menyiapkan pakaian bagi acara ini,Linda,Intan dan Jovian
mengambil masa yang lama iaitu berminggu-minggu dan hampir setiap hari
kami berbincang. Hinggakan Jovian pulang selewat jam 4 pagi untuk
membantu Linda dan Intan menghasilkan pakaian yang kami inginkan
semata-mata untuk acara berprestij Star Movies ini.

PERSOALANNYA

- Mengapa tiada yang melarang pada peringkat awal tentang perkara ini
sebelum Linda berangkat ke LA? Mengapa bila Linda di LA baru
terdengar
'larangan' ini? Sedangkan pengesahan Linda untuk bertugas di sana
telah
dibuat lebih awal. Malah sidang akhbar telah berlangsung dua hari
sebelum tarikh Linda berlepas ke LA dan dalam majlis tersebut telah
dinyatakan dengan jelas pakaian yang akan linda kenakan sewaktu
bertugas
di 'red carpet'. Kenapa persediaan awal mengenai apa yang boleh
dipakai
dan tidak boleh dipakai tidak diberitahu awal-awal ?

- Mengapa bila ditanya dari pihak majikan Linda mengenai perkara
ini,mereka tidak berjaya mengemukakan surat rasmi untuk arahan
'larangan' dan membiarkan Linda tertanya-tanya adakah ini benar
kerana
tiada sebarang pengesahan bertulis.

- Mungkin Linda kurang pengetahuan tentang hal ini, tetapi benarkah
warganegara Malaysia tidak boleh mengenakan pakaian pereka fesyen
luar
negara apabila menjalankan tugas di luar negara? Ataupun perkara ini
hanya direka atas alasan tertentu?

- Mengapa pakaian pengacara Malaysia yang pergi ke acara yang sama
tahun lepas yang menggunakan pakaian jenama antarabangsa tidak
dipertikaikan, tiada larangan dan tiada isu mengenainya ? Malah kali
ini,
Linda cuba menampilkan ciri-ciri kemelayuan dan ketimuran.

- Mengapa begitu keras amarannya hanya kerana sepasang baju? "Hanya
baju itu yang boleh keluar TV. Baju lain tidak boleh?" Mengapa tugas
Linda untuk mengacara diperkotak-katikkan hanya kerana Linda tidak
dapat
memakai pakaian tersebut?
* Di manakah hak dan keperibadian seseorang dalam mempertahankan apa
yang disarung pada badan sendiri ?!



-bukan sahaja pergi LA, 1 dunia pun boleh pusing kalau ada $$$ dari
kerja ini...


http://newsgroups.derkeiler.com/ ... 07-03/msg00540.html
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 02:54 PM | Show all posts
macam2 kesah artis ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 03:10 PM | Show all posts
sangat berbangga dikatakan pamela mesia

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 03:12 PM | Show all posts
pesta tayang lurah

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 03:12 PM | Show all posts
Post Last Edit by samshik at 1-9-2010 15:14

mak cik yang buat mek spisless!!

Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:12 PM | Show all posts
Gambar2 Kontroversi Ciptaan Zhana Sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:14 PM | Show all posts
Kata ada rakaman video XXX...betul ke?

Penyanyi ni pula dihangatkan dengan sebuah video seks dengan Julfekar. Walaupun ianya hanya ugutan dari Julfekar, masih ada ura2 menyatakan video seks ugutan yang digunakan oleh Julfekar wujud dan benar. Cuma, ianya tidak tersebar meluar. Hanya mereka saja yang tahu kebenarannya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-9-2010 03:14 PM | Show all posts
Gambar2 Kontroversi Ciptaan Zhana Sendiri
zamirra Post at 1-9-2010 15:12



   tak ngaku maa
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2010 03:15 PM | Show all posts
skandal dgn PM!

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2010 03:15 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:43 AM GMT+8 , Processed in 0.082404 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list