CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: noiemo

[Penerbit] ** FAJAR PAKEER (FP) **

[Copy link]
Post time 14-3-2012 10:05 PM | Show all posts
Reply  miza86

yup!JS punya bhs sempoi..aku ske hlovate pya cter...then xarine pun bes..citer lai ...
elnor_81 Post at 14-3-2012 08:59 PM



last JS nye novel miza beli merahnya ceri.
Dah masuk list nk beli yg latest.
Tak pernah dapat pergi pesta buku.
jeles sgt.. huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2012 10:24 PM | Show all posts
Reply 141# miza86

seronok g pesta buku ni..cuma tak tahan,org mcm ulat...ramai sgt2...thn lps tak pegi sbb asal sabtu sekolah...thn ni,nak g sgt..kalo tak pegi pun,adik2 akan pegi.bg je duit,mmg diorang belikan..tp kalo g sini,mmg kena menyimpan la..pernah dulu rm500 abis dlm mse sehari utk novel...kalo ad masa,pergila...
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 01:41 AM | Show all posts
Reply  miza86

seronok g pesta buku ni..cuma tak tahan,org mcm ulat...ramai sgt2...thn lps tak pe ...
elnor_81 Post at 14-3-2012 10:24 PM


ala.. miza di penang ni.. mmg x dapat le jwbnya.
last year ada gak karnival buku kat png ni. smpat la g time weekday.
mmg rambang mata dibuatnya.. habis rm200++ untuk 9buah novel..
Harap sgt penang pun akan buar karnival buku lagi every year
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:35 PM | Show all posts
Reply 143# miza86

kalau awak jenis adventure, boleh buat day trip ke pesta buku dengan train
pergi naik tren malam, balik tren petang atau malam...
jimat tak payah sewa hotel
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2012 08:45 PM | Show all posts
Reply  miza86

kalau awak jenis adventure, boleh buat day trip ke pesta buku dengan train  
...
mijot Post at 19-3-2012 08:35 PM



tak leh kot Mijot. Miza bergantung kat husband je sbb bertongkat ni.
Hubby mmg tak izin la g memana tanpa dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2012 11:54 PM | Show all posts


MUSUHKU SUAMIKU
ISBN 978-967-365-115-3
RM19/RM22

Tanpa rela dan terpaksa, Lysa Lafisya terpaksa menerima hakikat yang musuhnya, Rafeeqi, sudah bergelar suami kepadanya. Mahu atau tidak, dia terpaksa akur dengan kehendak takdir walaupun dia pasti dan yakin ada dalang di sebalik apa yang menimpanya.

“Hei, perempuan! Apa yang kau letak dalam minuman aku? Macam mana aku boleh ada dalam bilik kau? Kau memang nak perangkap aku, kan? Apa motif kau, hah? Kau nak harta aku? Huh, dasar anak yatim piatu. Lesbian pulak tu!”

Itu tuduhan Rafeeqi terhadap Lysa Lafisya. Pedih memang pedih. Tapi, siapa dia mahu menegak benang yang basah? Beribu kali dia cuba menyakinkan Rafeeqi sekalipun, pasti lelaki itu tidak mempercayainya. Sungguh, itu fitnah! Tapi, dia hilang punca untuk membuktikan.

“Hisy, tengok ni apa kau dah buat? Habis tercabut selendang aku. Baju aku pun dah basah.”

Saban hari duduk bersama, perang tetap perang, namun sudah ada selingan tawa dan bicara lembut. Hubungan yang dulunya dingin, perlahan-lahan bertukar mesra. Ikatan persahabatan diikat. Namun, sampai bila? Dalam diam, hati sudah ada benih cinta.

Selama mana hubungan persahabatan itu akan dikekalkan? Apakah perhubunagn itu akan bertukar? Hati siapa yang bakal ada benih cinta? Berantakan atau bahagia hubungan yang diikat? Adakah musuh akan kekal jadi musuh? Atau, musuh akan bertukar menjadi suami yang benar-benar suami?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2012 11:55 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 02:03 PM | Show all posts
Cover novel  dah upgrade cantik....
harap jln cerita pun menarik sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2012 08:16 PM | Show all posts



Sem. Malaysia RM22
Sabah/Sarawak RM25

Humayra, gadis biasa yang tanpa sedar dapat mengubah sikap yang dulu begitu teguh dalam diri Hasif Harraz. Gadis yang memang sudah lama menyimpan perasaan terhadap Hasif Harraz. Gadis yang seboleh mungkin mahu meletakkan dirinya di hati Hasif Harraz. Tapi, siapa dia mahu mencorak hidupnya sebagai isteri andai lelaki yang dipuja tidak sudi.

Dendam lama dan harta, dua sebab utama Hasif Harraz bersetuju menerima Humayra sebagai isteri. Jika diturutkan rasa hati, wajah perempuan itu tidak mahu ditatapnya. Namun, sedalam mana benci yang ditanam dalam hati? Dia sedar, dia takkan mampu mengatasi rasa cinta yang semakin bercambah. Dia mula menyayangi Humayra.

“Demi Allah, abang cintakan Mayra!”

Andai dua mata saling bertatapan, dua hati saling menyimpan rasa, mana mungkin rasa sayang itu tiada. Kasih disulam, cinta disemai. Namun, saat kebahagian mula dikecapi, satu rahsia terbongkar. Hati Humayra terluka. Kemaafan buat Hasif Harraz bagaikan tiada. Kehadiran Ridwan dan Camelia makin menambah kerumitan yang ada.

“Sayang awak dah tak ada maknanya pada saya!”

Apakah rahsia yang terbongkar itu? Siapa Ridwan dan Camelia dalam hidup Humayra dan Hasif Harraz? Mampukah Humayra menghulurkan kemaafan kepada Hasif Harraz? Apakah Hasif Harraz akan berusaha menambat kembali hati si isteri yang sememangnya telah lama bertakhta di hati? Adakah cerita cinta Humayra dan Hasif Harraz yang baru bermula, akan terkubur begitu saja?
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 08:17 PM | Show all posts


Sem. Malaysia RM18
Sabah/Sarawak RM21

Primadona? Dia? Hilang akal ke apa Abang Kama si pengarah dengan Rose si tukang usung kipas itu. Bila masa pula dia pandai berlakon. Berladen ialah kut. Berladen itu berkait dengan melayan. Tahulah dia, sebab dia kan budak Penulisan. Jadi, takkanlah dia nak pandai berlakon macam budak Teater atau budak Filem itu—Mike He dia, Sanaa.

“Primadona. Itulah watak awak mulai sekarang, Sanaa Abdul Rahim.”

Jadi, Sanaa sangat tak boleh percaya apabila dengan cakap begitu, dia dipilih menjadi primadona Produksi Bangsawan tahun itu. Di samping orang muda yang semua tahu layak berlakon dan berladen, Mike He Sanaa, Muhammad Falah. Tambah bila orang muda itu tak suka Sanaa jadi primadona, tak layak. Kaku. Keras. Sebab itu Falah asyik nak hentak pintu sampai berganti baru. Alahai… patahnya hati…

“Walaupun awak berlakon dengan baik tadi, tapi belum cukup baik. Jadi, tak banyak manalah suka awak tu kan. Saya ingatkan awak paling suka saya…”

Alamak! Macam mana hati Sanaa lepas dengar ayat macam ini. Falah nak Sanaa tunjuk sukanya dalam lakonannya selaku primadona. Primadona kepada orang muda. Primadona kepada Falah. Tambah pula lepas itu Falah kata dia primadona Falah, primadona orang muda itu. Kemudian Falah kata suka dia, sayang dia…

Macam mana ni…? Sanaa memanglah suka, tapi sayang Falah…?

“Awak kata, suka awak. Kat saya. Saya jawab, sayang awak. Kat awak.”

Kata Falah itu, bagaimanakah patut dibalas Sanaa? Dia hanya mahu jadi primadona orang muda di atas pentas sana, bukan pentas nyata. Dalam kepala sakit memikir, datang pula dugaan keluarga. Dia jadi rebutan dua keluarga dan Falah ajak dia k… Alamak, Sanaa tak boleh lengkapkan perkataan yang ejanya begini—K.A.H.W.I.N.—itu.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 08:17 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 6-6-2012 21:03



Sem. Malaysia RM20
Sabah/Sarawak RM23

Tengku Dania dan Zaharul Ashriq, ditemukan dalam situasi yang masing-masing tidak menduga. Pertemuan demi pertemuan itu buat hati saling terpaut. Buat perasaan saling terikat. Namun, jodoh Zaharul Ashriq sudah ditetapkan. Dia mahu dijodohkan dengan Elinawati Maria, anak kenalan ibunya. Seboleh mungkin dia membantah. Tapi, setegas itu juga ibunya memaksa.

“Awak sanggup buat apa saja untuk saya tak? Untuk cinta kita.”

Ya. Demi cintanya buat Zaharul Ashriq, Tengku Dania rela menjadi orang gaji di rumah kekasih sendiri. Tujuannya hanya satu. Hanya mahu mengambil hati kedua-dua ibu bapa Zaharul Ashriq sekali gus kesemua keluarga lelaki itu.

Saat hubungan semakin mekar mewangi, badai datang melanda. Farah Diana wujud menjadi dalangnya. Pinangan Zaharul Ashriq terpaksa ditolak Tengku Dania. Dia dibuang keluarga. Dia dibenci Zaharul Ashriq. Dia hilang segalanya sekelip mata.

“Saya cintakan awak sepenuh hati saya. Saya rela awak bencikan saya. Saya rela kalau awak tak cintakan saya lagi. Saya rela kalau awak tak mahu pandang wajah saya lagi. Tapi, jangan tinggalkan saya.”

Mampukah Tengku Dania menghadapi dugaan yang melanda? Siapa sebenarnya Farah Diana? Atas alasan apa Tengku Dania terpaksa menolak pinangan Zaharul Ashriq? Mampukah Tengku Dania kembali ke pangkuan keluarganya? Mungkin, inilah aturan Tuhan buatnya. Menjauh, bukan bermakna tidak sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 08:20 PM | Show all posts
Post Last Edit by chit_ana at 13-4-2012 20:22

edited ................
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2012 08:21 PM | Show all posts
edited ...............
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2012 03:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 16-4-2012 15:36

PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012

GERAI FAJAR PAKEER :

LOKASI :

DEWAN TUN RAZAK, PWTC
NO: 3237 - 3238 & 3259 -3261
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:26 AM | Show all posts
Post Last Edit by Isja at 18-4-2012 00:28

Puteri Karla - Fajar Pakeer

Novel ni pun best. Cerita fantasi, tapi masih boleh dilayan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 02:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 6-6-2012 21:03




Fajar Pakeer
ISBN: 978-967-365-119-1
Sem Malaysia: RM21
Sabah/Sarawak: RM24

Atas kejadian tidak sengaja, Iman Shartina dan Syed Hakim, memilih jalan untuk menamatkan zaman bujang dalam usia yang muda. Walaupun saat itu masing-masing sudah berpunya. Namun, panas tidak sampai ke petang. Kerana pertelingkahan kecil, Iman Shartina pergi  membawa diri.

“You tak kisah beritahu siapa you?”

Masa berlalu, waktu beredar. Takdir menemukan mereka kembali. Syed Hakim datang menuntut haknya sebagai seorang suami dan ayah. Itu pun saat dia yakin dan pasti yang Aiman itu anaknya. Namun, kedegilan Iman Shartina tidak pernah berkesudahan. Kehadiran orang ketiga antara mereka memburukkan lagi keadaan. Syed Hakim keliru untuk memilih di antara cinta dan tanggungjawab.

Saat Iman Shartina pasrah dengan permainan takdir, dia ditemukan dengan seorang gadis bernama Rina yang mempunyai wajah yang seiras dengannya. Siapakah Rina? Apakah hubungan Rina dan Iman Shartina? Adakah hubungan Iman Shatina dan Syed Hakim akan kembali bersatu? Atau, Aiman terpaksa membuat pilihan? Memilih ibu atau ayah. Antara cinta dan tanggungjawab, Syed Hakim harus mimilih yang mana? Akan berakhirkah kemelut rindu yang melanda jiwa Iman Shartina dan Syed Hakim?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2012 02:23 PM | Show all posts
Note :
Kemelut di Muara RIndu enovel - ramai juga peminat menunggu ke lahiran novel ini...
(terbaca kat blog linkenovel)
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 05:25 PM | Show all posts
wow!!! suke sangat nengok kaver FP sekarang semuanya cantik2 bangat... konon2 tak nak beli bila dah nengok kaver cantik lentok habissss...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2012 12:19 AM | Show all posts
terlupa lak nak buat ulasan
baru selesai membaca :
kau antara bintang - wannie nordin
3.3 bintang

bagi aku, best novel...ada unsur2 misteri, boleh lak masuk pasal pontianak
citer ni lebih kurang macam filem 'just like heaven'
yang watak perempuan tu sepatutnya pi jumpa lelaki yang ayah dia perkenalkan tapi dia tak pergi, dia eksiden dan jumpa dengan laki tu dalam koma...

ada 3 peringkat pengenalan antara anum dan iskandar (pas ni aku hanya tulis Is)

1. sebelum kemalangan
anum ni sangat keras kepala, degil, suka melawan kata org, hanya dia sahaja yang betul...pertemuan dia dgn Is, dia asik jumpa dgn Is tapi sekejap sahaja

2. selepas kemalangan
jalan cerita kt sini yang best, sebab dia berjumpa dengan Is realiti..Is ni lak muncul mcm chipmore, bila amun perlukan atau pikir pasal Is, Is muncul...dan hilangnya pun sekelip mata...sampai anum ingankan Is ni puntianak ...pertemuan dgn IS telah banyak merubah anum daripada degil, keras kepala kepada menjadi baik...sampai 3/4 buku misteri muncul sebab kawan anum tidak nampak pun Is ni...mulalah pencariaan anum siapa sebenarnya iskandar ni

3. selepas sedar daripada koma
bila sampai bab anum tersedar, barulah ku tahu segala yang berlaku itu adalah pada waktu anum koma...ada penjelasan diberikan dekat2 akhir bab...mcm mana segala kejadian yang berlaku semasa anum koma sama atau hampir sama dengan realiti...dihujung bab anum sekeluarga pergi menziarahi keluarga doktor yang selamatkan anum...di situ dia jumpa kembali iskandar yang dia jumpa semasa koma...sampai terpensan anum tgk is ..happy ending...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 09:45 PM | Show all posts
selesai membaca :
primadona orang muda (POM) - bikash nur idris
3 bintang

keseluruhan, novel ni seronok dibaca...mengisahkan pasal pelajar seni di akedemi...POM ni agak berbeza drpd karya bikash yg terdahulu dari segi susun atur ayatnya...kalau sesiapa yang pernah baca tulisan kak su dan abg imaen, jemari seni mungkin boleh terima dgn karya bikash yg terbaru ni..dan lagi satu, karya nu kurang dialog, jadi mungkin ada yang akan cepat bosan...

POM mengisahkan tentang sanna pelajar penulisan yang meminati falah (aku selalu terbaca sebagai fatah ) dari orientasi...kiranya mcm secret admirer la...suka stalk falah ...dan harap falah tak tahu...tapi bila dia dan falah satu produksi untuk bangsawan, nak tak nak diri sanaa terdedah sikit demi sedikit...

pensyarah sanaa perasan yg sanaa mempunyai potensi sebagai pelakon bangsawan dan juga perasan sanaa dan falah ni meminati satu sama lain lain...jadi, diorg telah arahkan sanaa jadi primadona (heroin)...sanaa tak nak sebab ini akan membocorkan rahsia dia...falah di akedemi terkenal dgn gelaran dark prince...sukar untuk dengar suara dia dan dia tak layan perempuan...tapi dgn sanaa lain jadinya...

demi menjayakan bangsawan, di adakan kelas one-by-one antara falah dgn sanna...semua ok tapi bab asmaradana sanaa jadi kaku, keras kejung...sampai naik si falah jadinya...satu seni luah perasaan menjadikan babak ini semakin berjaya dilakukan dan falah mula berbaik dgn sanaa...

didalam sanna terjumpa semua ayah kandungnya, berlakulah perebutan antara ayah dan mak kandung yang masing2 mahu menjaga sanaa, falah telah membuat kejutan besar dgn mengajak sanaa kawin....

***bagi aku, watak sanaa ni sgt kiut sebab dia ni ku nampak naif sgt dan comel...kekadang apa yg dia ckp dia tak sedar, dah lama tu baru tersedar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Clash of Titan:TMJ tak puashati MFL kurangkan denda Selangor FC.Sindir Sultan Selangor?
YgBenarClash of Titan:TMJ tak puashati MFL kura
Views : 10462 Replies : 62
Bangi rekod angka penduduk tertinggi
mojarean_XBangi rekod angka penduduk tertinggi
Views : 8587 Replies : 39
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 267538 Replies : 6691
[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I Lie Down Looking At The Starry-Sky To
ipes2[LAGU2 LEMBUT UNTUK SAYA]: Songs That I
Views : 14698 Replies : 85
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 106011 Replies : 2908
Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta   Volkswagen Beetle   Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam
YgBenarBumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik
Views : 13830 Replies : 19
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 77359 Replies : 3190
KUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak ini dalam filem P Ramlee?
akuperatijeeKUIZ..Bolehkah anda kenal watak-watak in
Views : 77001 Replies : 260
Korang beli lagi tak surat khabar
makitingKorang beli lagi tak surat khabar
Views : 11080 Replies : 75
...Skrin TV...
seribulan...Skrin TV...
Views : 5223 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-6-2024 06:13 PM GMT+8 , Processed in 0.267273 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list