CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 11-8-2015 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 11-8-2015 05:29 PM

"Berapa bulan usia kandungan isteri kamu tu, Shah?"

Pak Akub sekadar ingin tahu. Menghirup air kopi didalam cawan. Kuih lapis dibekalkan oleh Mak Dara dijamah. Mempelawa Shahrul untuk makan bersama.

Shahrul memikir sejenak. Menghitung dalam hati.

"Dekat enam bulan kot !"

Begitulah anggarannya. Perut Jie makin memboyot. Jelas nampak sarat.

"Genap 7 bulan nanti bolehlah dibuat lenggang perut. Apa kata kamu?"

Cadangan itu disuarakan oleh Mak Dara kepada Pak Akub. Tinggal menunggu persetujuan dari Shahrul dan Jie.

"Maklumlah Pak Akub dengan Mak Dara kamu ini tak ada anak. Bila Shah dengan isteri ada rasa macam anak sendiri... Ditambah pula isteri kamu tu mengandung, kira untunglah kami ni dapat timang cucu pula.."

Jelas terpancar keseronokan diwajah Pak Akub.

"Shah ikut saja."

Kalau itu boleh menggembirakan hati Pak Akub dan Mak Dara, Shahrul tiada halangan. Yakin Jie juga pasti setuju.

"Panjang umur isteri kamu. Tu dia.."

Mata Pak Akub melirik ke arah Jie yang sedang berjalan ke arah mereka.

Shahrul segera mendapatkan Jie. Bimbang Jie terjatuh berjalan diatas tanah becak dan lumpur. Memimpin erat.

"Kenapa sayang datang sini? Kan abang dah cakap tunggu sampai abang balik.."

Shahrul menukar panggilan antara mereka dihadapan Pak Akub lantaran pernah ditegur apabila Jie dan Shahrul menggunakan kata ganti diri seperti lazim perbualan mereka I dan you.

Pak Akub tidak memahami maksud perkataan itu. Menyarankan agar Shahrul dan Jie menggunakan panggilan sewajarnya sebagai suami isteri.

Alah bisa tegal biasa. Jie dan Shahrul bijak menyesuaikan diri. Ini untuk mengelakkan curiga.

"Abang balik lambat sangat."

Jie senyum sambil mengambil tempat disebelah Shahrul.  

"Alang alang Najiha ada disini, Pak Akub cadang nak buat majlis lenggang perut untuk kamu. Shah sudah setuju. Kamu macam mana?"

"Jie tak kisah tapi Jie nak minta tolong Pak Akub tunjukkan Jie arah ke pekan. Jie nak beli barang keperluan bayi sikit.."

Mungkin dengan cara begini Jie dapat mengetahui lokasi sebenar kampung ini dan berpeluang untuk pulang.

Pak Akub hanya terdiam mendengarkan permintaan Jie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2015 05:30 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 11-8-2015 03:06 PM
Endingnya Jie & Shah live happily ever after... yessss....

Tunang org dengan isteri org tu... haha
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 05:47 PM | Show all posts
elia201 replied at 11-8-2015 05:30 PM
Tunang org dengan isteri org tu... haha

sadis sikit TT...zalimnya saya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 06:02 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 11-8-2015 05:47 PM
sadis sikit TT...zalimnya saya...

Tau takpe
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 06:26 PM | Show all posts

kan? persoalannya TT... siapakah wanita yg mati tersebut... belum terjawab lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 06:40 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-8-2015 06:50 PM

Shahrul terkilan dengan cara Jie. Agak mendesak Pak Akub tadi. Jelas orang tua itu berkecil hati apabila Jie menolak mentah mentah pertolongan Pak Akub untuk membelikan saja segala yang Jie inginkan. Faham lelaki berusia itu cuma berniat membantu. Simpati melihat Jie membawa perut sarat berjalan jauh.

Namun, kedegilan Jie membuatkan Pak Akub berubah riak. Muram. Pantas meninggalkan mereka berdua tanpa bicara.

Puas memendam perasaan sepanjang perjalanan balik ke rumah yang dihadiahkan oleh Pak Akub, Shahrul gagal mengawal kemarahan lagi.

"You kenapa ni, Najiha?!"

Shahrul bengang dengan sikap Jie. Suka mendesak sedari semalam.

"I yang patut tanya you soalan tu, Shah ! Kenapa dengan you ?!"

Tetap mempertahankan perbuatannya. Menurut kata hati yang ingin pulang. Jie cuma berusaha sendiri memandangkan Shahrul seperti selesa berada disini.  

"Kenapa dengan I?! You tu ! You sedar tak kalau bukan sebab Pak Akub, kita dah lama mati kebuluran?! Siapa yang bagi kita menumpang dekat sini?!  Boleh tak you kenang budi orang sikit !!"

Memang Shahrul agak marah saat ini. Jie umpama kacang lupakan kulit.

"I bukan tak kenang budi, Shah..Tapi---"

"Dah ! I tak mahu dengar apa apa lagi dari you, Najiha ! You nak balik sangat, kan? You boleh pergi sekarang ! Pandai pandailah you !"

Serentak itu, Shahrul terus turun semula ke halaman rumah. Menyarung selipar lalu berjalan merentasi parit untuk ke rumah Pak Akub. Tujuan utama adalah ingin meminta maaf diatas pelakuan Jie.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-8-2015 06:41 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 11-8-2015 06:26 PM
kan? persoalannya TT... siapakah wanita yg mati tersebut... belum terjawab lagi...

Cer speku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 07:10 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-8-2015 07:15 PM

Shahrul menarik nafas lega apabila Pak Akub mengatakan tidak mengambil hati terhadap kata kata Jie. Menganggap itu adalah lumrah ragam wanita mengandung.  Berjalan senang pulang ke rumah.

Dari jauh terlihat jendela tertutup dan samar samar cahaya pelita. Mempercepatkan langkah. Ingin menemui Jie.

Shahrul menolak daun pintu. Memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Mencari bayangan Jie. Tiada.

Memikirkan kebarangkalian Jie berada didalam bilik,  Shahrul beralih mencari. Masih gagal dijumpai. Debaran terasa didada. Bimbang Jie pergi membawa diri.

Remang senja makin nampak. Sebentar lagi cuaca berubah gelap. Shahrul tiada pilihan lain.

Pantas mencapai pelita untuk menyalakan andang. Bergegas keluar mencari Jie. Kesal kerana mengikut amarah sebentar tadi. Pasti Jie sudah pergi membawa diri.

Persoalannya Najiha ke mana? Tiada jawapan untuk itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2015 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 11-8-2015 07:10 PM
Shahrul menarik nafas lega apabila Pak Akub mengatakan tidak mengambil hati terhadap kata kata Jie.  ...

Degil betullah jie ni... Sabar sikit boleh tak? Aku pulak yg geram...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 11-8-2015 06:41 PM
Cer speku

Tak smpt nak flashback lg TT... Blank... Tak boleh fikir siapa sekarang ni... Nampaknya for time being kena ikut flow dulu ler.. Huhuhuhuhu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Zamzam2013 replied at 11-8-2015 07:34 PM
Tak smpt nak flashback lg TT... Blank... Tak boleh fikir siapa sekarang ni... Nampaknya for time b ...

Akak ni kelaka la.. btw I try nak abiskan cite Jie nih asap.. kalau biarkan x berending macam buat keje separuh jalan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 09:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendirian berjalan dalam kesejukan dan kegelapan malam. Jie tawakal jika berdepan sebarang bahaya. Berpandukan cahaya bulan mengorak langkah. Perut yang membuncit menyukarkan pergerakan. Mudah merasa lelah.

Lantas, Jie mengambil keputusan untuk berehat seketika. Bersandar di batang pohon. Akar membongkah membuat duduk Jie tidak selesa. Terlanggar satu benda keras. Jie beranggapan mungkin tunggul mati. Mengubah kedudukan. Melunjurkan kaki.

Seketika kemudian serasa ada yang menjalar dibetis lalu membelit kuat. Jie panik. Peluh merecik didahi.

Samar mata menangkap kepala ular sawa, Jie memegang erat. Bergelut menyelamatkan diri dari sang pemangsa.

Sayup telinga mendengar satu suara memanggil namanya disebalik rimbunan pohon.  

"Shah.. I dekat sini !" Jie membalas teriakan Shahrul.

Gigih bertarung nyawa. Berpantang maut sebelum ajal.

Belitan ular semakin kuat terasa ditulang temulang manakala genggaman Jie makin lemah. Memberi peluang musuh memperkasakan diri.   

Jie redha andai hidupnya berakhir disini. Menitiskan air mata.

Selamat tinggal Shah... Semoga kita jumpa lagi...

Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
elia201 replied at 11-8-2015 07:41 PM
Akak ni kelaka la.. btw I try nak abiskan cite Jie nih asap.. kalau biarkan x berending macam buat ...

Hahahahahaha... Jgn mare... Saja nak memeriahkan suasana kt bod ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 10:03 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 11-8-2015 09:39 PM
Hahahahahaha... Jgn mare... Saja nak memeriahkan suasana kt bod ni...

I tak marah.. kadang komen2 bg idea utk wat jln cerita seterusnya.  So keep on commenting
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2015 10:28 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 11-8-2015 10:40 PM

"Najiha !"

Shahrul terkejut melihat pemandangan depan mata.

Segera mengeluarkan pisau dari poket lalu ditusuk tepat ke arah ular. Menarik Jie untuk bangun.

Jie mencampak reptilia yang telah dibunuh Shahrul tadi. Menggeletar. Nyawa hampir melayang.

Shahrul pula menyepak bangkai ular ke tepi sebelum mencucuh api membakar. Bau hangit menusuk ke hidung. Menarik nafas lega.

"You ok tak Najiha?"

Shahrul menyoal cemas. Merenung wajah pucat Jie.

"Kaki I sakit.."

Bukan mahu mengada, sememangnya kaki rasa kebas dan sukar digerakkan. Kejang.

"You pegang ni.."

Menghulurkan andang ke arah Jie.
Shahrul memaut erat tubuh wanita itu sebelum didukung.

"Biar Pak Akub saja suluhkan kamu suami isteri. Bak api tu !"  

Pak Akub muncul dari arah belakang memberi arahan.

Bahaya jika Jie memegang andang sambil berada dalam dukungan Shahrul.

Jie hanya menurut.

Andang bertukar tangan. Menyandar lemah didada Shahrul. Mata terkatup rapat.







Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2015 11:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyaknya dugaan...bila JIE nk jmpa ZACK nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-8-2015 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 12-8-2015 12:10 AM

Shahrul membetulkan selimut Jie. Jie masih pengsan. Barangkali trauma kerana hampir menjadi mangsa bahaman ular sawa. Bersyukur segala berakhir dengan selamat. Tiada kecederaan parah.

Sedar khilaf pertikaman lidah antara mereka punca Jie tekad untuk membawa diri.

Shahrul sukar memaafkan diri sendiri andai berlaku kecelakaan terhadap Jie atau bayi dalam kandungannya.

"Adakah I still ada peluang berdua dengan you, kalau kita dah balik nanti?"

Berbicara sendirian sambil mata tidak lekang dari merenung Jie. Jari jemari runcing Jie dielus lembut.

Mungkin ini saja waktu bersisa untuk Shahrul meluahkan segala yang terpendam. Biarlah Jie tidak mengetahui. Itu lebih baik.

"Sejak kita terperangkap disini,  I bahagia hidup berdua dengan you.. Kita banyak habiskan masa bersama.. I takut bila kita balik nanti I takkan dapat biasakan diri tanpa you ! "

Satu keluhan dilepaskan.

Itu juga salah satu sebab Shahrul sengaja melengahkan masa untuk pulang. Belum puas berada disisi Jie.

Shahrul senyum kemudiannya.

"You tahu tak dulu I selalu tertanya tanya, macam manalah agaknya keadaan you bila you bangun dari tidur ? Kalau you perasan I akan pastikan I bangun dulu sebelum you.. Sebab I nak sangat tengok rupa you !"

Sememangnya Shahrul tidak ingin terlepas kesempatan menatap wajah Jie sebaik terjaga.

"You tetap cantik, Najiha !"

Pujian ikhlas datang dari hati. Tangan mengusap rambut ikal Jie.

" I bertuah sebab dapat jadi 'suami' you disini. Sekurang kurangnya I dapat hidup bersama you. Hajat I untuk tengok you bila berbadan dua tercapai juga akhirnya."

Sejak awal perkenalan dulu, Shahrul sentiasa membayangkan rupa Jie ketika mengandung. Sejujurnya Jie tampak berseri meski perut memboyot.

"Mungkin sudah sampai masa untuk I berdepan hakikat Lily adalah tunang I dan you masih isteri orang."

Walau pahit untuk ditelan namun itu adalah kenyataan yang takkan berubah.

Shahrul hanyut dibawa perasaan sejak mereka terdampar di kampung ini. Sehingga terlupa terus status diri dan kedudukan Jie sebagai milik Zack.

"I akan simpan kenangan kita disini buat selamanya. I sayangkan you !"

Usai berkata begitu, Shahrul tunduk mencium dahi Jie. Lama.





Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 07:10 AM | Show all posts
alahai... adakah memang jodoh mereka berdua? atau masih kuat jodoh jie dgn zack? complicated....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-8-2015 12:54 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 12-8-2015 07:10 AM
alahai... adakah memang jodoh mereka berdua? atau masih kuat jodoh jie dgn zack? complicated....{:sp ...

life will always be complicated.. haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2015 03:06 PM | Show all posts
elia201 replied at 12-8-2015 12:54 PM
life will always be complicated.. haha

true... absolutely true...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 12:37 AM GMT+8 , Processed in 0.065593 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list