CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: juragan_malam

Aku..........sangat misteri! (versi 2) Yok Nyambung...Seng Tenan!

  [Copy link]
Post time 13-1-2012 07:20 PM | Show all posts
Reply  -sLay-


    Baca la dari kepala dulu then turun ke ekor...

Btw, ada apa2 pertanyaan x ...
juragan_malam Post at 13-1-2012 10:38



aku baca 2nd thread wak jue ne, dalam thread tu baru terjumpa link utk ke 1st thread..jadi aku teruskan je sampai habis.
malam ne baru start baca 1st thread. 100 page tu...kena isi minyak 2x baru habis merempit

soalan? setakat ne belum ada wak. Tapi bila xda, rasa mcm nak tanya pulak. Xpe wak, insya-allah kalau ada soalan nnti aku akan rajin bertanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-1-2012 01:21 AM | Show all posts

Aku..........sangat misteri! (versi 2)PENGUMUMAN PENTING..04/10/2011

Reply 1220# immortallez


    Kalu kok x d tanya, mcm mana nak ada cerita...


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 05:01 PM | Show all posts
Assalamualaikum wbt…. Mudah2an TT & family sihat.. teringat cerite & cara yang tt bagitau pasal bawak daging mentah dalam kete klu nak jumpa cik ponti …minta izin nak share pengalaman yang saya alami..

Kisahnya terjadi masa hari raya qurban thn lepas..dalam 2 bulan yg lepas la kot klu x salah kira..b4 that nak bagitau yang masa ni tlg kakak jaga 2org anak dia( girl 9thn n boy 4 thn) coz sister & BIL kene jaga anak yg no 3 kat hospital (yg ni pun ada kisahnya jugak tapi panjang nak cite)..masa ni parents kitorg sedang mengerjakan ibadah haji.. so kakak minta tlg jagakan yg sulung n kedua.

Pagi raya tu lepas solat sunat aidiladha kitorang gerak la pegi hospital,  raya dengan kakak kejap kat sana..petang tu kitorg gerak balik senawang umah parents hubby..coz esoknya diorg ada majlis qurban 9ekor.. pagi raya ke2 tu hubby n FIL pegi la surau nak gotong royong sembelih n melapah dgg qurban .

Dah setle sume kat surau diorang balik bawak daging yang diagihkan n termasuk la perut & tulang ( actually perut n tulang tu org x nak amik so FIL kata sayang nak tanam dia amik bwk balik) bawak balik umah saya n hubby ler memproseskan perut2 tu..(gulp)

Malam tu kitorg terpaksa balik umah coz hubby cuti x lama raya ke3 dah masuk kije..dalam kul 8 lebih kitorg gerak dari senawang..tapi time tu belum isya’ lagi..gerak awal takut jam..so nak balik tu FIL dah siapkan packing daging, tulang & perut untuk bekal anak menantu makan..(Alhamdulillah rezeki parents inlaw yang baik hati) dah siap masuk beg n barang dalam bonet kitorg pun gerak la..

Dalam kete ajak la anak2 buah ni berzikir, baca asmaulhusna..ye la risau jugak bwk budak2 jalan malam even masa tu dikira masih awal lg..lagi pun nak didik supaya ada masa terluang tu lebih baik berzikir ingatkan Allah.. sampai umah putrajaya dalam 9.30 macamtu la..

Memang amalkan kalau nak masuk umah b4 tu, dah sampai jgn terus masuk..baca al-fatihah n ayat kursi..so sambil nak bukak pintu tu saja ler lambat2 nak baca sampai habis..nak masuk bg salam n langkah kaki kanan..masa masuk tu x tau nape tetiba teringat tingkap sume bilik tutup ke x masa nak balik 2hari lepas..so saya g la cek tingkap sume..alhamdulillah tutup..

Malam tu nak tido anak buah yg lelaki cakap.. “maklang tunggu la teman abang tido dulu” yg kakak dia mmg cepat tido..so saya pun inform hubby ckp tidokan dia dulu nnt baru masuk bilik.. masa temankan dia tido tu ajak dia berzikir..last2 tetido gak..so saya pun masuk ler bilik..

Malam tu saya mimpi.. saya tido kat bilik yg anak buah tido tu..tapi masa tu tido bertiga.. saya, SIL n sorang la x ingat sape..tetiba dengar bunyi org ramai sgt kat luar tingkap… x jelas ape yg diorg ckp..tapi ada satu suara yang jelas dia ckp “ macam mana nak masuk ni? Tingkap suma tutup ” saya pun time tu macam dah angin ye la bising2 kat tingkap umah orang ..saya pun terkeluar la ckp dalam nada yang marah “habis tu” pastu tetiba saya rasa macam berderau darah..pandang SIL..kitorang berpandangan ..dari pandangan dia saya mcm faham dia kata cepat tido x tau sape yg kat luar tu..ye la umah kat tingkat 5 macam pelik la dgr suara org bising2 kat tingkap..pastu baru terpikir..time tu jugak la suara yag jelas tadi cakap “ ala kitorg tahu sapa yang cakap tadi..(dia sebut nama penuh saya siap berbinti)” terus saya terjaga…time tu jantung mmg bedegup kencang la..mcm org baru lepas buat larian.. istighfar bny2k, baca ayat kursi n 3 qul..bnyk kali ulang baca sampai tertido..

Esoknya citer ngan hubby..dia cakap mungkin mlm tadi kitorg bwk balik daging mentah baru sembelih pastu plak lalu highway KL-Seremban plus..lalu ladang kelapa sawit hutan sume kan..so mayb la ada yg ikut kot.. pastu baru teringat cerita yang TT post kat thread yang lepas..alhamdulillah x jadi ape2..Cuma mimpi je.. Sory la terpanjang plak citer ni & kalau membosankan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2012 06:33 PM | Show all posts

Aku..........sangat misteri! (versi 2)PENGUMUMAN PENTING..04/10/2011

Reply 1223# une_fille


    Bosan? .....terbaeek!
Adik yg masuk spital 2 kenapa? Selalu demam2 sakit2 ke?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2012 09:18 PM | Show all posts
tqs...tapi yg x leh lupa dia mention nama penuh berbinti..suara tu x tau nak ckp suara lelaki or perempuan..

Brain tumor.. kes yg paling jarang jumpa..skrg ni kat PPUM lg..tgh on kemo 2nd cycle.. ada 3 cycle lg nak complete 1 course...sebelum ni dia mmg aktif tapi start last year dlm bulan 2 or 3 mcmtu dia start x leh tegakkan kepala dia..mula2 ingat dia aktif sgt main jatuh ke ape, mcm terseliuh or salah urat ke... kakak bwk g hospital serdang Dr. mula plan nak wat scan yela takut ada yg patah or retak..dah tgk dia stil aktif Dr. kata mungkin x coz klu retak or patah selalunya nak bergerak sakit..suggest on fisio..bwk gak la g berurut kpg..nmpk mcm ok  tapi stil x leh tegak betul..

lepas raya puasa bulan 9, balik dari kmpg dia ckp asyikpening je ..x leh bgn lansung..1week hospital putrajaya Dr. xleh detect sakit ape..dia mcm dah ok Dr. discharge..tapi stil x leh bgn terbaring je.. malas g putrajaya g hsptl serdang dr terus buat ct scan & mri..bru detect brain tumor..xde pakar neuro kat ctu diorg referkan ke PPUM..dari bulan 9 sampai la skrg ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 02:51 AM | Show all posts
Salam...

Selepas sekian lamanya, untuk tahun baru ni kita share sama-sama pertanyaan/ulasan dari sahabat yang sudi mengPM gue. Sebenarnya banyak tapi tapis2 ni je yang rasanya yang sesuai untuk tatapan umum, sebab tiada melibatkan individu secara specific....InsyaAllah!


Assalamualaikum.. Selamat malam Pak Juragan.. Hehe.
Maaf ye saya PM Pak Jurangan ni. Saya ada benda nak tanya, tapi segan la nak tanya kat thread Pak Juragan tu. Huhu. Saya nak tanya ni, boleh ke makhluk halus sentuh kita ye? Maksud saya, bukankah makhluk halus ni macam lutsinar? Jadi, bolehkah makhluk halus menyentuh kita? Dan bolehkah kita menyentuh mereka?
Sebab mak saya ada satu pengalaman sewaktu kecil dahulu. Sewaktu dia tinggal dia sebuah rumah sewa dengan mak ayah dan adik2nya.
Rumah itu asalnya kepunyaan seorang bangsa cina. Bila waktu malam menjelma, pasti emak saya akan merasa takut kerana dia berasa rumah itu seakan2 ada "benda" yang memerhati.
Kadang2 sewaktu emak saya sedang tidur, dia akan mendengar seperti orang sedang memasak dan menyapu di bawah rumah.
Sepanjang mak saya tinggal di rumah tersebut, hanya dia seorang sahaja yang merasakan "sesuatu" di dalam rumah itu..
Dan ada dua peristiwa yang tak dapat dilupakan oleh mak saya.

1. Sewaktu emak saya sedang tidur dengan adiknya.
Waktu tengah malam tiba2 dia terjaga dan terlihat satu makhluk sedang  menyelusup ke bawah selimut sambil memegang pisau! Mak saya yang terkejut terus memendang makhluk itu, dan makhluk itu terus hilang. Makhluk itu berbadan besar tetapi badannya seperti lutsinar.

2. Waktu malam juga. Mak saya sedang tidur dengan adiknya. Tengah malam mak saya terjaga dan terlihat makhluk itu lagi. Tetapi kali ini makhluk itu sedang berada di atas badan adik mak saya sambil tangannya hendak mencekik adik mak saya. Mak saya terkejut lalu menolak makhluk itu.
Makhluk itu terpelanting dan terus hilang.

Tetapi yang peliknya, sewaktu emak saya menyentuh makhluk itu, dia tidak berasa apa-apa pun.
Kesimpulannya, bolehkah kita menyentuh mereka? Atau bolehkah mereka menyentuh kita? Jikalau emak saya tidak menolak makhluk itu, adakah makhluk itu boleh mencederakan adik mak saya?
Itu je saya nak tanya.. Hehe.. Maaf ye terpanjang pulak cerita.. Terima kasih sebab sudi baca
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-1-2012 02:52 AM | Show all posts
Reply 1226# juragan_malam


   waalaikumusalam wbt,

BISMILLAHILLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SMA'IE, WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM.

Makhluk  halus, lelembut, bunian, hantu, jin dan syaitan sebab kita  nampak, kita katakan itu semua makhluk ghaib. Yang ghaib patutnya berada dialam ghaib, sedangkan kita di alam manusia, nyata dan berjasad. Tapi x semestinya derang yang ada dialam ghaib tu x boleh dilihat dan disentuh oleh kita dan x semestinya kita x boleh pergi ke alam yang satu lagi.

makhluk ghaib ni bukan semuanya pula boleh menjelma atau mewujudkan diri dialam kita. Ada yang pernah berkawan/kahwin ngan bunian, ada yang lena dibelai pontianak, langsuir dan hantu raya, ada yang boleh menangkap hantu dan jin2 dengan tangan kasar seumpamanya.

dari segi penjelmaan antara makhluk2 ghaib tersebut, ada yang kita boleh pegang secara langsung/terus dan ada juga yang menjelma tak penuh fisikalnya cthnya dalam bentuk bebayang/kabus/asap atau sebagainya..

Cth makhluk jin islam yang biasa menjelma dalam bentuk haiwan seperti kucing, kita boleh pegang/rasa seperti kucing biasa tapi jika dibandingkan dengan kucing biasa. Kucing jelmaan tersebut amat berbeza dari segi kelembutan/tingkah laku/bau/fisikal dan perasaan kita terhadap kucing tersebut.

cth jelmaan orang bunian/lelembut, kita boleh ersembang/bersalam/bertepuk tampar seperti orang biasa tetapi jelmaan tersebut amat berbeza dari segi kelembutan/tingkah laku/bau/fisikal dan perasaan kita terhadap mereka.

cth jin kapir/hantu yang menjelma sehingga boleh berlaku fisikal contact, Alhamdulillah mereka bukan sehebat kita khalifah Allah dimuka bumi ini, cahaya api mereka tewas dengan cahaya keislaman dan keimanan kita yang dibuat dari tanah. Memang perasaan kita seperti dipegang, dicekik bahkan dipijak2 oleh derang ni tapi bila kita lawan/tolak/tampar mereka jatuh seperti kapas, ringan ditiup angin... bekas/kesan cakaran/pukulan derang pun terbekas/terkesan selepas kita tersedar atau tanpa disedari.

cthnya "Tengah malam mak saya terjaga dan terlihat makhluk itu lagi. " tindakan beliau mungkin secara spontan untuk menolak/melawan makhluk tersebut dan ketika beliau antara sedar dan tak sedar (" waktu antara - antara "dah di kupas dalam benang yg lepas). Cuba bayangkan waktu tu ibu anda dalam keadaan sedar (cthnya baru masuk bilik) , tentu mahkluk tersebut bertambah galak mengekek dan menyakat..tapi dia akan hilang seperti asap juga.

Perlakuan ibu anda adalah umpama bila kita tersentuh bara api secara tidak sengaja, bila cepat2 kita tarik tangan kita x luka/melecur dan panasnya tidak berpanjangan. Yang ada cuma terasa bahang serta perasaan amat terkejut.  Cuba kita pegang bara tu secara sengaja..mcmmana agaknya?

Mereka lebih suka menyerang kita melalui dalam tatkala kita lupa/alpa/bebal untuk mengingat ALLAH. Masa benteng kita lemah dia datang menyerang tanpa sedar akal kita.

wallahu'alam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2012 03:08 AM | Show all posts
Reply 1225# une_fille

Astagfirrullahhalazim...derita anak2 kecil ni kadang2 kita tak paham dan tak tau, sebab kita tau (kadang x tau) yang dia sakit tapi kita nampak dia sentiasa riang dan girang. Macam tu sekali kekuatan yang Allah bagi kat derang sedangkan kita kalu sakit sikit demam sikit dan  merengek2 mcm budak kecik...

Semoga adik tersebut tabah dan sama2 kita doakan kesihatan dan kesejahteraan beliau dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan kekuatan untuk ayah dan ibunya serta kaum keluarganya untuk menjaga dan melayani si kecil dengan penuh kasih sayang dan kebahagiaan..Amin! Insya Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2012 08:14 AM | Show all posts
Reply 1228# juragan_malam


    Amin..amin..amin Yarabbala'lamin..terima kasih.. Mudah2an Allah kuatkan semangat & kesabaran kakak, abg ipar dan kami sekeluarga..juga buat semua keluarga yang mengalami dugaan dan ujian.. apa yang pasti Allah itu Maha Berkuasa atas tiap2 sesuatu..kite kena usaha, tawakal, sabar & redha.. yang amat penting sekali yakin dengan Allah & jgn berputus asa dengan rahmat & kasih sayangNya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2012 01:03 PM | Show all posts
Salam Wak,
itu hari abg saya suruh la cari kan kunci kereta dalam laci die...
cari punya cari punya cari... tak jumpe2. lepas tu tgh la dgn tekun belek2 angkat kunci tu tetiba ja satu benda jatuh "tuk tuk tuk"

saya perhati kan benda tu kayu bentuk silinder besar jari kelengkeng ja..
pastu saya tanyer la abg saya kayu apa tu, die kata tu kayu tumpat. kayu tumpat!? buluh tumpat biase la saya dgr... katanyer lagi "klu ko gi gadoh bawak la tu,tak rase nyer badan ko kene pukul"

leh tak wak citer sikit pasal kayu tumpat nie? yela kan biase kite dgr buluh je kan..
sekian (mcm panjang la pulak menaip nie)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-1-2012 02:36 PM | Show all posts

Aku..........sangat misteri! (versi 2)PENGUMUMAN PENTING..04/10/2011

Kayu tumpat? Teras kayu kot..ok nanti kita criter


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2012 11:48 AM | Show all posts
Mana citernya???
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 12:42 PM | Show all posts
hmm..  bila dah peknen ni mula la gangguan datang... sib baik hubby ai penyayang dan protective gitu.... ailebiu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 02:58 PM | Show all posts
gangguan cemana nurul?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 03:03 PM | Show all posts
co cite co cite~
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 03:08 PM | Show all posts
Salam TT, wifey TT dan forumer sume
cik_pink orang baru kat sini.
Suka gila baca crite TT, nurul & forumer sume...
Bila wak jue nak sambung cerita lagi ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2012 05:39 PM | Show all posts
Reply 1234# duquesne


    gangguan dari awek yang gersang!

hahahahaha


tetttttttttt!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 05:46 PM | Show all posts
Post Last Edit by nurulcomfykid at 27-1-2012 17:52

tadder la...

camna nak cita..... malam semalam kitaorg tgh tido. Aku plak tido mengiring menghadap sebelah kiri. tiba-tiba rasa macam kena tolak. sampai terpusing badan aku. then rasa perut mcm cramp masa period. fyi, aku ni peknen 3 bulan

Then aku terus pusing sebelah kanan pulak.

Aku rasa aku macam menggelisah kot, tossing and turning or saaaaaamthing macam tu la.. sebab pastu wak datang peluk aku

Aku rasa aku mcm meracau tapi aku sure wak ada tepi aku... aku ada jugak dengar dia baca something2 kat telinga aku.

but i kept drifting in and out of sleep.

bila aku terlelap je, rasa macam tali besar or ular besar (agak2 besar peha) lilit badan and perut aku... so aku struggle2 lagi..

tapi bila aku sedar wak ada tepi aku and aku boleh dengar bacaan2 dia, aku rasa relax.

tatau la apa komen wak pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-1-2012 06:18 PM | Show all posts

Aku..........sangat misteri! (versi 2)PENGUMUMAN PENTING..04/10/2011

Reply 1238# nurulcomfykid

Baca apa? Orang nyanyi lagu isabella ada la..hahaha..

Tu la nak tido main pejam mata je...asal pegnen je ada yg suka menempek...nak ditampor2 x nampak pulak, tu yg susah!


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2012 06:27 PM | Show all posts
hantu pon takott ngan sore awak bila awak nyanyi lagu isabella
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 8145 Replies : 71
Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Bercerai | Lagi Update Berita - post #133
kakasotong2Nora Danish - Nedim Nazri Aziz Sah Berce
Views : 8139 Replies : 140
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 51425 Replies : 322
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 213790 Replies : 5178
[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak kedua, Inara Raisa
doubleA[Tahniah] Zahirah + Aiman timang anak ke
Views : 32554 Replies : 119
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 8012 Replies : 6
Binaan rumah memasuki sempadan rumah jiran.Pemilik dalam dilemma
YgBenarBinaan rumah memasuki sempadan rumah jir
Views : 12847 Replies : 51
Bertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga RM1.25 Trilion Ditemui Di Sarawak
YgBenarBertambah kaya...Emas Dan Logam Berharga
Views : 2066 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74834 Replies : 3019
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30651 Replies : 193

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 03:37 AM GMT+8 , Processed in 0.064755 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list