CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Sehati Berdansa 2 [TAHNIAH! LISDA & FAUZI]

[Copy link]
Post time 25-11-2008 11:10 AM | Show all posts
ngapa rina pasan bagus tu tak kuar2 lagi...nyampah arrr.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2008 09:31 PM | Show all posts
tata rina & shahrin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2008 10:31 AM | Show all posts
Sabrina, Mohamad Shahrin tersingkir


KUALA LUMPUR: Menepati ramalan, pasangan suami isteri, Sabrina Ali dan Mohamad Shahrin Abdul Halim akhirnya tersingkir pada saingan minggu keenam program realiti Sehari Berdansa musim kedua.

Pada siaran langsung Debaran Sehati Berdansa yang diadakan di Studio 1, Astro, Bukit Jalil di sini, malam tadi, pasangan ini memperoleh 42.34 markah diberi juri dan undian SMS penonton.

Pasangan ini yang menyumbang untuk Persatuan Kesihatan Mental Malaysia hanya mengutip kutipan sebanyak RM 6,000 sehingga tersingkir malam tadi.

Menurut Sabrina, mereka menjangkakan tersingkir sejak minggu ketiga lagi apabila mereka antara pasangan menduduki tangga tercorot.


“Mungkin bukan rezeki kami untuk teruskan perjuangan dalam program ini dan kami tidak menyalahkan sesiapa atas penyingkiran tetapi gembira dengan pengalaman yang diperoleh.

“Terima kasih kepada pengundi semua tanpa anda kami tidak mungkin akan sampai ke tahap ini,” katanya selepas penyingkiran.

Kini tinggal empat peserta yang akan meneruskan perjuangan pada minggu ketujuh iaitu Lisdawati dan Fauzi Nawawi, Sasha dan Salyo, Amyza Aznan dan Khairil Izhar serta Khai dan Rosma. Untuk minggu ini, pasangan Amyza Aznan dan Khairil Izhar mengungguli tangga teratas dengan 71.01 markah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2008 02:56 PM | Show all posts
minggu ni mesti tak de penyingkiran... sama cam last season...

sbbnyer aku tengok kat astroview finalenyer 27 Disember... maknanya ada lagi 4 minggu.. ada 4 pasangan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2008 12:48 PM | Show all posts
minggu ni ada ke?
raya haji kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2008 04:07 PM | Show all posts
malam nie pertandingan bermula
sbb dorunk wat rakaman dek non
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2008 02:21 PM | Show all posts
dah tinggal 3 couple jerkkk..

linda salu bg markah tinggi giler utk khairosma
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 11:53 AM | Show all posts
Langkah Tari Kecundang Sasha-Salyo



KUALA LUMPUR, 7 DIS 2008:  Minggu ke-7 yang juga Malam Bollywood membawa kesedihan kepada pasangan Sasha dan Salyo apabila mereka gagal untuk mara dalam saingan Sehati Berdansa 2.

Dalam keputusan yang diumumkan oleh Linda Onn dan Fahrin Ahmad secara langsung di Astro Ria, sebentar tadi, Sasha dan Salyo yang masih dilanda trauma tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pagi semalam terpaksa menerima keputusan juri dan penonton yang tidak memihak kepada mereka.

Kedua-dua mereka berada di tangga paling bawah selepas Amyza & Khairul, Lisdawati & Fauzi serta Khai & Rosma.

Malam semalam, Sasha & Salyo menarikan lagu Kaho Naa.. Pyar Hai yang pernah menghiasi filem dengan judul yang sama lakonan Hrithik Roshan dan Amisha Patel.

"Walaupun kami tersingkir, jiwa kami masih lagi sehati berdansa," kata Salyo.

Sekalipun gagal mara ke minggu berikutnya, mereka berdua berjaya mengumpul wang tunai berjumlah RM7,000 untuk pertubuhan kebajikan yang diwakili mereka, Persatuan Diabetis Malaysia.

Pada awal program tadi, pihak penerbit juga menayangkan rakaman video kesan tanah runtuh yang sempat dirakamkan oleh Sasha dan Salyo menerusi telefon bimbit mereka, semalam. Mereka sekeluarga menetap di Kondominium Kyoto Garden yang terletak berhampiran tempat kejadian.

Sementara itu, 3 pasangan akan meneruskan perjuangan di lantai tari Sehati Berdansa 2. Siapakah yang akan menjadi juara tahun ini?

Segala-galanya akan diketahui pada peringkat final, 3 minggu lagi dari sekarang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2008 11:59 AM | Show all posts
Ade episod wild card ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2008 12:31 PM | Show all posts
Tragedi Bukit Antarabangsa 'petanda' Sasha-Salyo kecundang?

Oleh WAHIDA ASRANI

MUNGKIN bukan nasib pasangan suami isteri ini, Sasha Saidin dan Salyo Priyanto Notosoemarsono (Salyo) untuk beraksi di pentas akhir program realiti Sehati Berdansa lebih kurang tiga minggu lagi apabila mereka diumumkan tersingkir daripada program tarian berbentuk kebajikan itu, Ahad lalu.

Ternyata minggu tersebut kurang 'bertuah' untuk pasangan ini apatah lagi sehari sebelum itu mereka juga turut ditimpa bencana apabila kawasan perumahan mereka di Bukit Antarabangsa terjejas akibat tanah runtuh yang meragut empat nyawa.

Meskipun kediaman mereka di Kyoto Garden terselamat, namun menurut Sasha dan Salyo, mereka sendiri khuatir sama ada dapat meneruskan perjuangan di Sehati Berdansa atau tidak memandangkan ketika itu, mereka sekeluarga terkandas di kawasan kediaman mereka kerana laluan yang terputus.

Pengalaman 'ngeri' yang dilalui oleh pasangan ini tidak menjadi penghalang untuk mereka terus beradu nasib di dalam program ini.

Walaupun gembira dapat menjayakan program 'Debaran Sehati Berdansa' Ahad lalu, ternyata tuah tetap gagal menyebelahi mereka setelah menerima markah keseluruhan terendah pada minggu ini berbanding tiga pasangan lain yang mana konsep pemarkahannya adalah 50 peratus daripada penilaian juri profesional manakala 50 peratus lagi berdasarkan undian SMS penonton.

Juri tetap program ini adalah koreografer terkenal Linda Jasmine dan Hamzah Tahir manakala koreografer Ganesh K pula diundang selaku juri jemputan pada minggu yang bertemakan malam Bollywood itu.

Ditemui sejurus berakhirnya program tersebut, Sasha dan Salyo dalam nada ceria berkata, sejak dari awal lagi mereka sebenarnya sudah bersedia dengan penyingkiran.

"Format program ini memang ada penyingkiran, jadi sejak awal-awal lagi kami memang sedar kemungkinan kami juga akan tersingkir. Lagipun, ini adalah program amal.

"Lebih baik mereka yang pandai menari dapat teruskan perjuangan mereka. At least, kami sudah cuba berikan yang terbaik sepanjang tujuh minggu berada di dalam program ini.

"Tidak ada guna untuk rasa kecewa atau sebagainya. Dapat bertahan sehingga ke minggu ini sudah cukup hebat buat kami berdua," ujar Sasha yang merupakan bekas penyanyi kumpulan Elite ini.

Pasangan yang mewakili Persatuan Diabetes Malaysia ini berjaya mengumpul sebanyak RM7,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan tersebut.

Sementara itu, bagi Salyo pula, perasaan sedih tetap wujud apatah lagi bila mengenangkan pengalaman belajar menari hasil bimbingan koreografer mereka, Shafirul Azmi Suhaimi yang banyak membantu mereka menguasai gerak tari mengikut tema tertentu saban minggu.

Jika berpeluang, tambah Salyo, dia dan isteri juga tidak mahu bantuan terhadap badan kebajikan tersebut terhenti di situ saja dan akan merancang bentuk bantuan lain yang boleh dilakukan mereka.

"Sepanjang latihan menari yang kami ikuti selama ini, setiap hari adalah cukup menyeronokkan. Sejujurnya, ia adalah pengalaman baru buat saya dan kami pastinya akan merindui saat-saat bekerja bersama dengan Shafirul yang tidak putus asa melatih kami berdansa.

"Begitu juga dengan badan kebajikan yang kami wakili. Kami berharap selepas ini kami dapat meneruskan lagi bantuan mungkin di dalam bentuk yang lain pula.

"Pada awal dulu, saya dan Sasha pernah merancang untuk membuat album khas bagi mengutip dana untuk badan ini. Memandangkan saya boleh mencipta lagu dan Sasha boleh menyanyi, jadi perancangan itu memang dilihat cukup bernas.

"Mungkin kita akan fikirkan dengan lebih mendalam tentang hal ini," kata Salyo yang merupakan seorang pemuzik.

Secara ringkasnya, Sehati Berdansa disertai oleh 10 pasangan selebriti yang mana mereka dibimbing oleh koreografer masing-masing dan pada setiap minggu, mereka akan diberikan tema tarian yang perlu dipersembahkan pada konsert mingguan iaitu pada 'Malam Sehati Berdansa'.

Menariknya program ini, setiap pasangan tersebut turut mewakili badan-badan kebajikan tertentu yang mana pada setiap minggu, mereka akan menyumbang sebanyak RM1,000 selagi mereka masih kekal di dalam program ini.

Tiga pasangan yang masih kekal ialah Khai dan Rosma (Yayasan Kebajikan Haiwan Kebangsaan Malaysia), Amyza Aznan dan Khairil (Yayasan Penyakit Alzheimer Malaysia) serta Lisdawati dan Fauzi Nawawi (Rumah Nur Salam).

Dalam pada itu, bercerita tentang pengalaman mereka menghadapi kejadian tanah runtuh di kawasan kediaman mereka, kata Sasha, dia sama sekali tidak menyangka tragedi itu dialami sendiri oleh dirinya dan keluarga.

"Kami sedang tidur ketika kejadian dan kami terjaga apabila bekalan elektrik terputus. Bila saya lihat telefon bimbit saya, begitu banyak panggilan yang saya tidak sedar. Saudara saya hubungi kami dan suruh kami selamatkan diri.

"Jika tidak kerana Sehati Berdansa, kami mungkin masih lagi bersama ibu dan bapa saya di sana. Tetapi, dengan bantuan pihak penguatkuasa, saya dan Salyo turun dari kawasan tersebut dengan laluan alternatif untuk datang ke sini.

"Nasib baik juga adik saya tidak ada di rumah dan ketika kejadian dia baru tiba di Bukit Antarabangsa tetapi tidak dapat ke kawasan perumahan kami kerana jalan terputus. Jadi, ketika turun, saya dan Salyo tidak perlu berjalan jauh kerana kereta adik sudah menanti di tempat tersebut," kata Sasha yang terpaksa menginap di rumah abangnya ketika itu.

Lisda-Fauzi ada potensi muncul juara

Malam Bollywood yang menjadi tema minggu lalu berjaya mencuit hati penonton dan juri profesional. Keempat-empat pasangan mempamerkan persembahan menarik dan ada juga peserta menunjukkan tahap persembahan yang cemerlang.

Pujian diberi kepada pasangan pelakon Lisdawati dan Fauzi Nawawi yang mempamerkan gerak tari Bollywood dengan cukup bertenaga. Malah, pasangan ini berjaya menerima markah tertinggi daripada juri dan turut berada di tangga teratas bagi peratusan markah keseluruhan.

Begitu juga dengan persembahan Khai dan Rosma yang dilihat konsisten saban minggu. Sasha dan Salyo juga memberikan persembahan menarik, cuma nasib tidak menyebelahi pasangan ini yang tersingkir kemudiannya.

Bagi pasangan Amyza dan Khairil pula, persembahan mereka dilihat agak menurun sejak beberapa minggu ini. Malah, jika minggu terdahulu Amyza dan Khairil sering berada di tangga teratas kedudukan markah, kali ini mereka dipintas oleh Lisda dan Fauzi.

Ternyata prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Lisda dan Fauzi setiap minggu telah membuatkan banyak pihak yang menjangkakan gelaran juara musim kedua Sehati Berdansa ini akan menjadi milik mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2008 02:34 PM | Show all posts
ye ke lisda menang?
ntah2 ... khai n rosma menang
hehehehe ...
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2008 08:24 AM | Show all posts
biar la si amyza @ si lis perasan tu menang asal jgn si bangkhai&rosma kemek menang......tak kosa.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2008 10:42 AM | Show all posts
go llisda! go poji! memang best korang berdua bergelek berdansa bagaiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 10:56 PM | Show all posts
harap2 khai-rosma yg menang tp lis-fauzi pun ok gak
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2008 11:31 PM | Show all posts
Td aku tgk SB neh..lagu Rahasia Perempuan yg Lisda & Fauzi nyanyi tu versi The Rock la Fahrin...bukan Dewa~! Memang Ahmad Dhani nyanyi..tp die x nyanyi ngan band Dewa...

[ Last edited by  fa_stellar at 13-12-2008 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 02:07 AM | Show all posts
yg layak masuk final
khai & rosma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2008 03:43 PM | Show all posts
ku tgk mlm td time tarian broadway tu pasangan amyza n khairil serta lis n fauzi menari berterabur giler. itu pun blh dpt markah tggi lagi. xfaham aku....
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 05:30 PM | Show all posts
aku rasa lar kan...
kalu lisda dan khai pi final.. so chances yg menang mesti lisda
tapi kalu lisda ngan amyza... ini payah sket nak ckp sbb amyza nih ada fanclub yg yo2 o ... mesti dowang menang plak..

tapi aku rasa untuk menambahkan debaran aku vote lisda dan amyza pi final...

khai dan rosma boleh balik umah buat anak... bio kakak2 yg dah banak ajer lawan...

oraiittt
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2008 08:50 PM | Show all posts

Reply #118 sincewhen's post



tapi khai kata anak boleh tunggu. sehati berdansa lagi 2 minggu jer lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 12:59 AM | Show all posts
Originally posted by fahima80 at 14-12-2008 03:43 PM
ku tgk mlm td time tarian broadway tu pasangan amyza n khairil serta lis n fauzi menari berterabur giler. itu pun blh dpt markah tggi lagi. xfaham aku....

tu arrr, lagi2 si lis-fauzi, nmpk sgt kira step...
si amyza lak asyik tercungap2 je naper......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1739 Replies : 2
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177985 Replies : 4060
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22055 Replies : 126
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5356 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7193 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73134 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45540 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:23 AM GMT+8 , Processed in 0.444619 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list