CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: deseree

Guru tidak pandai mengajar

[Copy link]
Post time 24-11-2004 09:30 PM | Show all posts
Originally posted by jaki_jipang at 2004-11-24 05:06 PM:
Habih tu dah aku terbaca  ada seorang forumner tu minta cikgu kerja tak menentu masa macam doktor...kalau dah keje macam doktor, gaji tentu la  macam doktor.

Aku nampak ko ni yang cemburu dengan ...


hehehe ... aku tak cemburu la ngan cikgu2 ni... tak ade bende yg leh aku cemburu ngan cikgu cikgi ni ... aku saja je ni ... seribulan tau perangai aku .. suka nyakat ... seronok gak tengok bebudak cikgu ni jawab ... ade yg nampak matang .. ade yg nampak cam bebudak... ade yg dikelabui ngan emosi hingga isu sebenar diorang tak nampak ngan protect.. diorang pun manusia gak cuma .. tah arr .. pada aku cikgu walaupun tak perfect diorang patut mencari kesempurnaan .. bukan aku tak tau ade golongan yg benar2 mendidik anak bangsa .. tapi ade gak yang cam dato hisyamudin kata ... cari jalan singkat dalam hidup. keje semata2 nak duit dll..

konsep theres action theres reaction tu yg einstein buat tu .. leh apply kat sini... kita bagi stimulasi, bebudak yg tercabar mindanya akan menjawab ... tengok aje arr thread lepas2 dalam topik ni .. hehehe siap tuan yg start thread ni letak credit limit 1000... matang tak matang cikgu2 kita ni ...

gaji cam doktor pun tak nak diorang tu ... pecaya la kat aku ... keje cikgu skang ni selesa sangat cuma diorang tu tak menghargai keselesaan tu ngan buat2 sibuk. Siap sesetengah cikgu tu ada masa nak berniaga dalam "kesibukan" dengan bebudak. Yang faham tak respon ngan ape yg aku tulis .. yang tak paham tu ditambah ngan rasa tercabar .. dan ingin menjadi jaguh kepada golongan selesa nih (indonesia guna perkataan gampang menggantikan perkataan senang... penggunaan perkataan senang tidak bermaksud gampang dalam konteks bahasa slanga/pasar rakyat malaysia) ni la menjadikan thread ni panjang berjela2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2004 10:27 PM | Show all posts
Kerja apa sekali pun sibel, mana orang tak suka gaji tinggi. Semua orang yang bekerja gembira dgn gaji yang banyak, dapat bonus setiap tahun. Bukan cikgu saja yang komplen kalau gajinya murah.

Aku tumpang gembira kalau kerja cikgu selesa sgt. Biarlah mereka gembira, buat apa kita nak cemburu.Aku suka kalau mereka dapat mengajar dengan selesa. Bukan org lain yg mereka didik, anak bangsa kita juga.

Aku tak nampak cikgu-cikgu ni tak matang, aku tgk jawapan mereka relevan tapi yg bagi jawapan macam budak-budak tu cuma seorang jer, itu pun bukan cikgu.Pandai-pandai la kau cari.

Macam-macam kesilapan cikgu yang kau cari sekalipun, tak akan melunturkan hormat aku terhadap cikgu-cikgu. Bagi aku,mereka sanggup menghadapi cabaran dan penyabar.

Aku dah baca semua respon kat thread ni. Aku boleh nampak siapa yang matang dan tidak. Ternyata cikgu-cikgu kita memang penyabar.

Kalau kau ada byk isu yg memperlekehkan cikgu, kau cari la, kumpul byk-byk supaya puas hati kau . Lagipun kau bukannya cikgu. Anak-anak kau pun tak belajar di sekolah,kan ?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2004 11:45 PM | Show all posts
Aku rasa jadi cikgu ni memang best sebab tu ada org tak puas hati , bayangkan 60,000 orang memohon kpli, 6,000 saja yang akan dipilih.Kalau tersenarai dalam 6,000 tu, baru lah nampak kebaikan jadi guru. Kagum dengan semangat guru-guru. Tak menjadi kudis pada guru-guru kita dengan komen negatif murahan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2004 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by jaki_jipang at 2004-11-24 10:27 PM:
Kerja apa sekali pun sibel, mana orang tak suka gaji tinggi. Semua orang yang bekerja gembira dgn gaji yang banyak, dapat bonus setiap tahun. Bukan cikgu saja yang komplen kalau gajinya murah.

...



ko sure ke ko tau aku bukan cikgu? hehehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2004 07:31 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 2004-11-24 11:45 PM:
Aku rasa jadi cikgu ni memang best sebab tu ada org tak puas hati , bayangkan 60,000 orang memohon kpli, 6,000 saja yang akan dipilih.Kalau tersenarai dalam 6,000 tu, baru lah nampak kebaikan jadi  ...


heleh ... 6000 ... daripada 6000 tu .. rasa aku 60 % guna kabel ... 2400 tu sama ade sememangnya layak .. atau termasuk dalam "bernasib baik".. banyak le kebaikan dier ... kemasukan ke dalam profesion perguruan sepatutnya lebih ketat berbanding daripada sedia ada ... ini perlu meliputi ujian kesihatan mental dan personality test .. yg dah jadi cikgu patutnya melalui ujian ni sekali dalam 2 tahun .. bagi memastikan cikgu2 kita ni .. otak sihat .. selain daripada tu diorang ni patut sanggup bertugas ke mana sahaja.
Tah aku tak nampak sebenarnya mana kebaikan bila terpilih dalam 6000 daripada 60 000 memohon tu ..  lain le kalau pekerjaan yang elit cam pegawai tadbir diplomatik tu. Setakat cikgu.. :bgrin:
biasa aje arr jadi cikgu ni .. tak de glamournyer ... kalau kat orang kg .. glamour kut...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 11:34 AM | Show all posts
Assalamualaikum buat semua,

Sebenarnya saya telah pun memerhatikan perdebatan saudara/i ini dari awal lagi. Cuma mungkin masa dan idea menjadi kekangan buat saya memberikan pendapat.

Sebelum saya memberi pendapat, biarkan saya perjelaskan situasi saya dahulu. Saya seperti juga Sibel. Dibesarkan dalam suasana penuh kecikguan, memandangkan kedua2 ibu bapa saya merupakan guru, jiran2 saya pon terdiri dari guru2 juga. Sekarang ini saya bertugas sebagai jurutera automotif dan pernah mempunyai pengalaman menjadi cikgu ganti selama beberapa kali.

Saya tidak pernah menafikan bahawa sepanjang saya bergelar pelajar, ada beberapa cikgu yang saya kurang gemar, adanya yang saya benci kerana dengan sifat2 mereka. Ada yang saya anti kerana terlalu garang, ada yang saya anti kerana terlalu perlahan suara sampaikan saya tak dengar apa diajar, ada guru yang saya anti kerana terlalu memihak pada anaknya sendiri (anaknya sekelas dengan saya - walaupun kedua ibu bapa saya guru, saya tidak pernah bersekolah di sekolah yang sama dengan mereka).

Tapi guru2 yang baik budi mereka, yang banyak menolong, yang banyak memahami turut saya kagumi. Malahan jumlah guru2 yang saya kagumi ini, lebih banyak dari guru2 yang saya benci.

Memanglah kata orang, kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

Apakah wajar saya melabelkan guru2 Malaysia pemalas, tidak pandai mengajar bla bla hanya disebabkan beberapa titik nila ini? Saya bersetuju dengan para guru sekalian bahawa Menteri anda sendiri tidak patut mengeluarkan kenyataan yang terlalu umum sedemikian. Kalau nk berkata2 sekalipun, datanglah dengan statistiknya, datanglah dengan buktinya.

Buat saudara sibel, bak kata seorang forumner di sini (maaf saya lupa di mana saya membacanya).....saudara hanya melihat masalah ini dari luar pagar, sedangkan guru2 ini berada di dalam pagar itu sendiri. Membuat pendapat secara hentaman begitu tanpa saudara sendiri punyai pengalamannya adalah tidak adil.

Saya pula melihat isu yang saudara bangkitkan ini dari sudut saya sebagai guru ganti (dalam pagar), anak guru (sebelah pagar) dan jurutera (masyarakat-luar pagar).

Saya juga dahulunya seperti saudara. Memperleceh-lecehkan profesion perguruan. Memandang enteng tentang tugas guru. Menganggapnya sebagai satu tugas yang amat mudah..... bak kata saudara, bercakap jer!

Melihat orang lain melakukannya, tak sama dengan melakukannya sendiri. Sewaktu menjadi guru ganti itulah, saya amat memahami isihati guru2. Saya mengenangkan kembali sikap saya dahulu kepada guru2 yang saya benci. Alangkah kurang ajarnya saya pada masa itu. Dalam diam saya memohon keampunan.

Guru juga manusia. Ada manusia malas, ada manusia rajin. Ada guru malas, ada guru rajin, ada engineer malas, ada engineer rajin. Masalah ini sama sahaja dimana2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2004 11:40 AM | Show all posts
Originally posted by sibel at 2004-11-25 07:31 PM:

Tah aku tak nampak sebenarnya mana kebaikan bila terpilih dalam 6000 daripada 60 000 memohon tu ..  lain le kalau pekerjaan yang elit cam pegawai tadbir diplomatik tu. Setakat cikgu..
biasa aje arr jadi cikgu ni .. tak de glamournyer ... kalau kat orang kg .. glamour kut...



Maaf, saya kurang memahami saudara/i. Apa gunanya saudara/i mengeluarkan kenyataan provokasi sebegitu? Untuk mengundangkan kemarahan para guru? Oh ya, saya lupa..... melayu kan suka mencaci/mengutuk sesama melayu!
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 05:13 PM | Show all posts
ola.....wa....wa...wa......lama tak masuk thread nih....wait..pernah ker aku masuk..kekekekekeke.....

anyway..fuhyooo..hanyat nyer topic nih..aku pun nak join...aku memang suka join topic topic hangat....sampai aku rela bertikam 'keyboard'....hehehe...

ok....secara am....profesyen guru nie....tak lah di anggap senang....tapi..tak lah di anggap susah..mengapa??? coz if you wan to have an easy job as a teacher...be cikgu yang hanya cikgu dalam sekolah..lepas tuh...jadi orang biasa biasa....but if you wan to make life harder..be a teacher 24 hours....

pada pendapat saya pula....ramai guru guru sebenarnya tak layak dipanggil guru....walaupun katak kiut (yer ker)...cakap..kerana nila setitik, sebelanga susu rosak....well...at certain view..ramai lagi guru guru yang bunch of crap...

teguran yang diberi oleh menteri adalah benar secara am..cuma memang segelintir guru yang bagus akan terasa juga..dan guru guru yang terasa ini lah yang benar benar layak digelar guru...kerana their passion is teaching...guru guru yang tak buat endah pula...itu lah...crap...

but..that is ok..kerana pemilihan guru guru selepas ini akan menjadi lebih efisyen..kerana ia akan use computerised selection..based on results...kalau nak main tolong tolong line tuh..have to wait to interview level....tapi...by this stage..hanya guru guru yang layang dari segi academic akan lepas....

-oakley_konatchi-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2004 08:20 PM | Show all posts
Originally posted by katak_kiut at 26-11-2004 11:34 AM:
Assalamualaikum buat semua,

Sebenarnya saya telah pun memerhatikan perdebatan saudara/i ini dari awal lagi. Cuma mungkin masa dan idea menjadi kekangan buat saya memberikan pendapat.

Sebelum  ...



:setuju:

Terharu nya aku, sampai tak terkata lagi. Tunggu lah bila aku ada idea, aku akan bagi pandangan aku.

Pada aku juga, cukuplah jangan mendera cikgu-cikgu kita. Kita pun pernah bersekolah. Saudara-mara kita, adik-beradik kita ada yang jadi guru. Kita tengok saja cara diorang mengendalikan hidup, membahagi-bahagikan masa, aku sebenarnya  dapat rasa, mereka ikhlas. Mereka dapat mengajar anak-anak tanpa mengira apa bangsa sekalipun tanpa pilih kasih.

Kalau seorang dua guru yg membuat masalah tu, kita tgk lah apa yang menyebabkan jadi begitu,adakalanya mereka belajar di universiti bidang lain,kena mengajar subjek yang mereka tak mahir, jadi berlakulah insiden dimana guru tidak pandai mengajar. Yang ini memang betul terjadi,kawan aku sendiri yg mengalaminya, mengajar Bahasa Inggeris dah sepuluh tahun, tiba-tiba kena mengajar maths. tentulah sukar. Tapi aku tgk, dia tak byk komplen tapi dia byk pula pegi bertanya dgn cikgu maths apa yg dia tak pasti.

Kalau cikgu minta gaji dia naik, kita bukan cikgu pun  memang suka kalau gaji kita naik. Tak kira lah kita kerja apa sekalipun. Perkara ni normal.

[ Last edited by jaki_jipang on 26-11-2004 at 08:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 08:23 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 25-11-2004 07:23 PM:



ko sure ke ko tau aku bukan cikgu? hehehehe...


Aku tak pasti tapi aku tak penah lagi jumpa org yang menjatuhkan kerjaya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 08:27 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 25-11-2004 07:31 PM:


heleh ... 6000 ... daripada 6000 tu .. rasa aku 60 % guna kabel ... 2400 tu sama ade sememangnya layak .. atau termasuk dalam "bernasib baik".. banyak le kebaikan dier ... kemasukan k ...



Ini cuma andaian kau saja.Kau jangan buat fitnah.:no::no::no:
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2004 11:30 PM | Show all posts
Originally posted by sibel at 25-11-2004 07:23 PM:



ko sure ke ko tau aku bukan cikgu? hehehehe...




:no::no:

Kalau kau guru,macammana kau boleh tak tahu bahawa menjadi satu kesalahan menjatuhkan maruah profesion perguruan.Kau sama sekali tak boleh memburukkan rakan sejawatan. Kau mungkin boleh didakwa kalau kau buat begitu. Aku serius ni...kau jangan main-main pulak. Ini adalah etika perguruan.Aku cuma harap,eloklah kau berhati-hati bila membuat kenyataan menghina profesion perguruan sekiranya kau memang seorang guru.Di forum ni mungkin kau tak apa-apa sebab tiada yang mengambil tindakan, kalau kau buat macam ni di sekolah atau ada rakan sejawatan kau jadi saksi,hehehe...kes aniaya diri sendiri namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2004 12:04 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 2004-11-26 11:30 PM:




:no::no:

Kalau kau guru,macammana kau boleh tak tahu bahawa menjadi satu kesalahan menjatuhkan maruah profesion perguruan.Kau sama sekali tak boleh memburukkan rakan sejawatan. Kau mungk ...



sebenarnya..jika kita ingat kembali...pihak kerajaan sendiri telah ignore profesyen guru....bukan nya nak salahkan government..but it is true...kerana..jika anda semua ingat...profesyen guru guru cuma di iktiraf oleh kerajaan semasa belanjawan tahun ini diluluskan...bukan saya yang cakap...menteri yang cakap....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2004 12:10 PM | Show all posts
Originally posted by Bakawali at 2004-11-26 11:30 PM:




:no::no:

Kalau kau guru,macammana kau boleh tak tahu bahawa menjadi satu kesalahan menjatuhkan maruah profesion perguruan.Kau sama sekali tak boleh memburukkan rakan sejawatan. Kau mungk ...



etika.....you wan to talk about etika ..??...ada banyak etika..dalam semua bidang pekerjaan...but cuma 10% or less sahaja yang ikut etika...but since you are protecting teachers rights....you are a good teacher i guess...kerana anda bertindak secara tegas untuk mempertahankan perguruan...

sebenarnya...profesyen sebagai guru adalah bagus..cuma dari certain perspective...guru guru memang di manjakan oleh kerajaan....ini di akui oleh KPM....kerana..they have to give wat teachers want...kerana persatuan guru adalah persatuan yang paling kuat selepas BN.....

kerana nila setitik, susu rosak la.....itulah..sapa suruh!!:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2004 05:44 PM | Show all posts
Saya mengakui ... profesion perguruan kalau dilihat daripada segi kemuliaan .. profesion perguruan secara amnya berada di tahap teratas. Namun apakah sekarang ini profesion ini berada di tempatnya?. Baru2 ini dikejutkan dengan berita yang dilaporkan di suratkhabar tempatan mengenai seorang guru di Pahang yang telah menyalah gunakan website untuk menayang semula gambar2 lucah artis tempatan.. tidak kurang dahulu ada guru yang mengajar di pedalaman dan terpencil kaum orang asli telah "mengajar" budak2 orang asli yang berumur kurang dari 12 thn tentang seks melalui tayangan "amal" di sekolah berkenaan. Mungkin peratusan yang merosakkan imej profesion mulia ini amat kecil .. tetapi ia memberi gambaran mengenai loop hole dalam pengambilan guru2. Kalaulah aspek penting yang perlu diberi penekanan di dalam pengambilan guru diabaikan, adalah tidak mustahil ada guru2 yang mempunyai sijil akademik yang dasat2 turut diambil untuk menyertai kementerian pendidikan tetapi tidak pandai mengajar.

Untuk menjadi guru perlu
1. mempunyai pengetahuan yang luas.. bukan sahaja subjek yang diajar tetapi meliputi semua perkara.
2. mempunyai bakat dan kemahiran mengajar. Tidak semua berbakat dalam mengajar anak murid. Tetapi ia adalah sesuatu yang boleh dipelajari dan diasah.
3. berkebolehan menerangkan sesuatu dan meringkaskan sesuatu yang kompleks.

Dan teramatlah saya percaya tidak semua guru mempunyai kebolehan dalam  perkara 2 dan 3. Tiada siapa salah dan tiada siapa betul .. kerana kita sentiasa mempunyai alasan untuk satu2 perkara.

Tidaklah saya maksudkan perdebatan ini untuk menjatuhkan profesion perguruan. Tah dari mana korang dapat idea yang saya berniat untuk menjatuhkan profesion perguruan.

Secara tidak langsung ia mencetuskan pertanyaan. Apakah rakyat malaysia kita ini yang mostly malays tidak bersedia kepada keterbukaan dalam pemikiran? seraya itu dituduh penulisan saya bertujuan menjatuhkan profesion perguruan? Apakah kita tidak boleh menerima kenyataan akan apa yang nyatakan adalah perkara2 yang benar2 berlaku dan saya dianggap sebagai pengkhianat dan penjahat. Bukan tujuan untuk menimbulkan isu tetapi itulah yang sebenarnya berlaku.

Kita lihat sesuatu kita perlu nyatakan dan bukan mengamkan mulut membutakan mata dan memekakkan telinga seperti sebagaimana kejadahan yang biasa kita buat.  

Jaki jipang perlu melihat pemilihan perkataan apabila saya katakan RASA SAYA lebih 60% pengambilan menggunakan kabel. Ia membawa makna satu hipotesis bukannya sesuatu konklusi kerana tiada kajian yang dibuat.

Bakawali pula di dalam karangan beliau menyatakan seperti berikut
"Kau sama sekali tak boleh memburukkan rakan sejawatan"
apakah ini meliputi yang salah, perlu dipendam dan disimpan di bawah karpet?
Dan apakah ini mentaliti guru2 kita yang bakal menjadi contoh kepada para pelajar yang bakal menjadi pengganti kepimpinan negara?? sama sekali tidak boleh memburukkan itu betul dan saya setuju.. tetapi kalau perkara itu memang buruk.. buat apa kita nak simpan?.. buang aje la. Kang dengan kita2 sendiri terikut menjadi buruk.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2004 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by sibel at 2004-11-27 05:44 PM:
Secara tidak langsung ia mencetuskan pertanyaan. Apakah rakyat malaysia kita ini yang mostly malays tidak bersedia kepada keterbukaan dalam pemikiran? seraya itu dituduh penulisan saya bertujuan menjatuhkan profesion perguruan? Apakah kita tidak boleh menerima kenyataan akan apa yang nyatakan adalah perkara2 yang benar2 berlaku dan saya dianggap sebagai pengkhianat dan penjahat. Bukan tujuan untuk menimbulkan isu tetapi itulah yang sebenarnya berlaku.


Saudara/i Sibel,

Mungkin saudara/i menganggap kenyataan saudara/i ini merupakan satu anjakan paradigma yang ingin dikongsi bersama dan berharap ianya akan diterima secara terbuka oleh semua. Namun begitu, untuk mengwujudkan satu perbahasan yang sihat, segala kata2 hendaklah disusun atur dengan cantik dahulu supaya ayat2 tersebut mudah difahami isi tersiratnya dan tidak mempunyai nada nada provokasi. Apa perlunya saudara/i mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan provokasi?

Keduanya, saya bersetuju dengan saudara/i. Bahawa tidak semua guru-guru Malaysia itu mulia sifatnya. Sepanjang saya bertugas sebagai guru ganti dahulu, saya dapati terdapat juga guru2 yang kerja untuk mengharapkan gaji di penghujung bulan semata2. Tiada motivasi diri.

Pengalaman kedua sewaktu saya belajar di U, saya ada mengambil satu subjek yang turut sama diambil oleh guru2 yang sambung belajar. Alangkah malunya saya melihat perangai guru2 ini yang meniru tanpa segan silu sewaktu ujian diadakan, apa mereka lupa nasihat yang diberi kepada anak2 didik semasa di sekolah.

Ada.....memang ada guru yang malas. Ada.....memang ada guru yang menyakitkan hati. Tapi seramai manakah mereka2 ini? Berapakah peratusan mereka ini?

Saudara/i mengatakan tidak terniat dihati untuk menjatuhkan atau menghina profesion perguruan, tapi bacalah kenyataan saudara/i yang saya quote sebelum ini. Bukan kan penghinaan namanya itu?

[ Last edited by katak_kiut on 28-11-2004 at 11:16 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2004 11:12 AM | Show all posts
Kenapa yer....selepas kita keluar sekolah, guru-guru yang dibenci lebih diingati dari guru-guru yang tidak banyak karenah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2004 11:17 AM | Show all posts
Originally posted by katak_kiut at 28-11-2004 11:12 AM:
Kenapa yer....selepas kita keluar sekolah, guru-guru yang dibenci lebih diingati dari guru-guru yang tidak banyak karenah?



:setuju:

Begitu juga dengan anak murid. Yang nakal tu kalau terserempak dgn cikgu, cepat saja menegur tapi yang pemalu,pendiam,yang baik semasa belajar bila jumpa cikgu lari sana-sini bersembunyi takut terserempak dgn cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2004 09:13 PM | Show all posts
fine ... so lets face it ... guru2 mmg mempunyai imuniti daripada sebarang teguran ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2004 09:22 PM | Show all posts
Originally posted by katak_kiut at 2004-11-28 11:12 AM:
Kenapa yer....selepas kita keluar sekolah, guru-guru yang dibenci lebih diingati dari guru-guru yang tidak banyak karenah?


Sebab hati kecil tidak pernah memaafkan perkara2 yang guru2 berkenaan lakukan.

Namun tak semua. Sibel masih ingat  guru2 yang banyak backing bebudak bermasalah dan memberi semangat serta harapan/motivasi kepada bebudak yang hampir hilang panduan/pedoman.

contoh:
cikgu anuar .. perak
cikgu vasanthi .. pulau pinang
cikgu Nurul Huda - pulau pinang (convert muslim)
cikgu gerthrude - sabah
cikgu nasaruddin - perak
ustaz wan - kelantan
ustaz juaseh - tgannu..

just to name a few ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.073310 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list