CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah Farid & Irma - DAH PUTUS!

  [Copy link]
Post time 31-7-2007 12:44 PM | Show all posts
Kalau memang kawan aje apa salahnyerrrrr....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 12:51 PM | Show all posts
ALA..KAWAN2 JE TU..XKAN LA XLEH KAWAN LGSG
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 01:25 PM | Show all posts
ala pegi tengok wayang je..
kalu kena tangkap kat umah baru lah boleh kecoh..apa la zubir..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 01:25 PM | Show all posts
bukan dinaz tapi si sendal la...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 02:31 PM | Show all posts
irma dalam "awie records" tak cantik pun. Muka tua
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 02:49 PM | Show all posts
nak buat camna rambang mata..selagi tak kawin boleh tukaq2 couple mcm tukaq baju.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2007 02:57 PM | Show all posts
farid ni, bapak dia boss aku dulu.. bapak dia hensem and very cool person compare tu anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 03:31 PM | Show all posts
biasa la tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 03:58 PM | Show all posts
:handshake: :handshake: :handshake: :handshake: :handshake:
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 04:27 PM | Show all posts
tapi adik odah bgtau dalam dok belajar n jd artis ni mmg selalu bertukar pasangan....boleh dikatakan boya laaaa:@
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 04:33 PM | Show all posts

Reply #39 kate_lost's post

  AHA...kan....siap pkai boxer lg....
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 04:52 PM | Show all posts
..len kali klu nak kluar pn ngan pompuan lain ajak lah gf skali klu mmg benar tak berlaku curang ...
tu pn klu ceta ne btol..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 06:05 PM | Show all posts
lor..dgn fasha ker?

ishh..mmg la fasha nie..

pierre tue nk letak mane plak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:06 AM | Show all posts
mn tau fasha lak?fasha 2 model ke?pelakon n duta2 jek kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 10:08 AM | Show all posts
alah entah2 dorangni pun mengamalkan dasar "teman tapi mesra"...wartawan yang kecoh2 ckp dorang ni kapel..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 01:50 PM | Show all posts
fasha kan protege pajirot. pasni kuar la skandel2 dia plak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2007 01:53 PM | Show all posts
laki bole kawin 4

lantak ler dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 02:07 PM | Show all posts
irma ni aku tgk gaya/ckp ala2 nasha aziz..muke konon2 ade skit kan ape lagikkk ..tp masa tgk gambo masa dia menang pertandingan ape ntah anjuran jelita tu..cantik plak
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 02:17 PM | Show all posts
kawan je kot
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2007 04:27 PM | Show all posts
'Saya maaf Farid'
Teks dan foto Zubir Mohd Yunus






Irma terima semula buah hati selepas dengar penjelasan mengenai beberapa gosip yang gugat hubungan cinta

揚ERTAMA sekali apa yang Irma hendak terangkan di sini, hubungan Irma dengan Farid tidaklah putus seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Setakat ini perasaan sayang dan cinta itu masih ada, alhamdulillah. Ketika ini masing-masing cuba memperbaiki keadaan mana-mana yang tak betul tu.

Dalam perhubungan, setiap pasangan pastinya mengharapkan perhubungan yang baik, gembira dan tak ada siapa yang nak bergelora. Setakat perselisihan faham tu, memang tak dapat dinafikan, memang pernah berlaku antara kami, maklumlah perhubungan kami dah berusia lebih dua tahun. Perkara itu adatlah.

Mengenai artikel yang disiarkan menerusi ruangan Zubir Intip dalam Bintang Popular minggu lalu (29 Julai), gosip yang diceritakan itu, Irma tak nafikan, memang ada beberapa kebenarannya. Mungkin yang belum jelas ialah status perhubungan kami sama ada putus atau tidak. Yang pasti, hubungan kami masih okey.

Pun begitu, cerita yang kononnya Farid menonton filem bersama seorang gadis cantik, mungkin juga seorang model di TGV (Tanjung Golden Village), KLCC (Kuala Lumpur City Centre), itu memang betul.

Mengenai tarikh, tempat, filem Transformers semua tu betul. Tapi, Irma tak sangka, sebelum Irma dapat tahu, Abang (penulis) lebih dulu tahu cerita ni. Irma dapat tahu semua cerita ni pun selepas kawan Irma menceritakan segala-galanya.

Pada masa sama Farid dan model itu sedang menonton Transformers, kawan Irma turut berada di tempat mereka berada. Kawan Irma tu tidak menonton filem yang sama, tapi dia berada di TGV, KLCC secara kebetulan saja. Dia ke situ bukan niat untuk menonton, tapi ada urusan lain.

Apabila sudah berada di tempat dan masa yang sama, maka dia pun terserempak dengan Farid dan model berkenaan. Dia nampak Farid dan model itu sedang beratur membeli tiket, sama seperti yang diceritakan menerusi Zubir Intip.

Kawan Irma terkejut sebab dia tahu, Irma dengan Farid, alih-alih hari tu dia nampak Farid dengan orang lain. Masa tu juga kawan Irma terus telefon Irma sebab dia nak tahu Irma berada di mana dan kenapa Farid berada di situ (KLCC). Irma beritahu kawan Irma tu yang Irma tengah shooting di Sabak Bernam.

Selepas itu dia terus memulakan cerita, katanya dia nampak Farid di KLCC dengan seseorang. Katanya lagi, dia tunggu sehingga Farid dan model itu keluar panggung sebab takut menuduh perkara yang bukan-bukan.

Bagi Irma, siapa salah siapa betul, itu tak penting kerana apa yang Irma nak terangkan di sini ialah mengenai kesahihan gosip yang tersebar itu adalah satu kebenaran. Apabila berlakunya isu seperti ini, pastinya Irma akan bertanyakan perkara sebenar dengan Farid sendiri.

Irma pula jenis straight forward, Irma tak boleh tunggu lama-lama untuk selesaikan masalah. Irma tak serang Farid, marah-marah, tapi Irma tanya dia elok-elok. Farid mengakui, dia dan model berkenaan memang keluar pada hari itu, tapi dia memberitahu Irma, dia ada alasan sendiri kenapa dia berbuat begitu.

Farid terangkan baik-baik kepada Irma, dia keluar bukan dengan niat tak elok. Kata Farid, dia tak ada niat nak berlaku curang terhadap Irma. Dia ada alasan lain apabila perkara itu berlaku. Tambahnya lagi, dia keluar pun tak ada niat nak sorok-sorok daripada Irma, jadi kenapa harus Irma marah?

Katanya dia dah terangkan perkara sebenar, Irma dengar penjelasannya dengan hati terbuka. Irma hargai sikap keterbukaan Farid kerana dia mengakui, dia keluar dengan model itu. Apa saja alasan Farid, tak perlulah Irma dedahkan untuk pengetahuan semua, memadailah untuk diri Irma seorang saja.

Apabila Farid dah terangkan segala-galanya, Irma terima, takkan Irma nak paksa diri untuk tidak mempercayai pengakuannya? Irma ni seorang pemaaf, kalau orang tu belum minta maaf, Irma dah maafkan dirinya awal-awal lagi. Semua ni penting untuk kebaikan diri sendiri.

Sebelum Irma tidur setiap malam, sesiapa saja yang pernah menyakiti hati kita, Irma sedia memaafkannya. Apabila kita bangun tidur keesokan harinya, kita tenang, tak adalah kita 憁endung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.382665 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list