|
Thanks pok. Balik kpg nanti kena tanya org tua2 nih kan... Ai lg lah sedeyyhh, iban cakap campur2.
|
|
|
|
|
|
|
|
susah pok..
jadi iban chelup...
parai nyawa!
|
|
|
|
|
|
|
|
iboh berthanks bagai...
ntah2 salah info aku bagi...
iban chelup bah..
parai nyawa!
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe...
aku ni sebab banyak cerita dari nenek moyang. Lagipun tinggal kat perkampungan yang masih hutan, banyak citer seram..huhu
|
|
|
|
|
|
|
|
melayu brunei pun begitu bah. sikit2 "jangkau dulu krg kepunan".
|
|
|
|
|
|
|
|
Rupa biasa2 jah. Tipikal wajah borneo gituh hahaha Dah berapa generasi dah, haruslah diluted...
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahah hish.... tipikal wajah borneo tu apa? jangan bah ckp mcm tu hehehe mmg org Borneo good looking sebab byk campuran.
tgk sja time Unduk Ngadau sama Kumang Gawai...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annabellaruz2 at 23-11-2016 04:54 PM
MISTERI GANDAAN 7
Bila sebut pasal buaya ni, nenek aku pernah bercerita.....
sorry aku lupa sapa nama moyang nenek dalam citer ni...sumpah aku tak ingat nama dia...
tp aku ingat jalan cerita dia...
macam aku pernah cerita sebelum ni salah seorang moyang aku adalah dukun...
dia selalu mengubat orang sakit..orang dulu2 jarang ada dukun penipu macam sekarang..
Dukun dulu-dulu memang semacam ada kelebihan yang tersendiri untuk mengubat orang..
maka nak dijadikan cerita...
pada suatu hari, moyang perempuan aku ni menjemur padi. Selepas menjemur padi, nenek lepaskan ayam2 untuk mencari makan.
Dan selepas itu, moyang menampi beras. Tengah sibuk menampi, moyang didatangi 2 orang pemuda yang meminta moyang untuk datang mengubat adiknya yang sedang sakit.
Pada mulanya moyang keberatan sebab pemuda-pemuda itu bukan pemuda kampung berkenaan.
Moyang tidak pernah juga nampak pemuda2 tersebut dikampung2 berhampiran bila ada keramaian.
“Maaf la Cu, nenek ni tengah jemur padi sementara hari tengah panas ni” kata moyang bila diminta oleh pemuda tersebut untuk datang mengubat.
“Tak apa nek. Nanti kami tolong kemaskan padi nenek. Nenek bersiap cepat. Kami tunggu nenek” kata salah seorang pemuda tersebut.
“Tapi ayam nenek pun masih terlepas. Kalau tak dimasukkan ke dalam sangkar, nanti habis pula dicuri orang’ ujar moyang.
“Tak apa nanti kami tolong tangkap dan masukkan ke dalam sangkar” ujar pemuda tersebut.
“Habis tu beras nenek? Kalau tak siap ditampi, nanti nenek takde beras nak dimasak” kata moyang lagi. Masih mengelak.
“Nenek, nenek bersiap saja. Yang lain tu biar kami yang uruskan” kata pemuda tersebut.
“Ye la…tunggu ye” akhirnya moyang mengalah.
Moyang mengikut 2 pemuda tersebut untuk mengubat adiknya yang sedang sakit.
Menghampiri pangkalan, moyang diminta memejamkan mata dan salah seorang pemuda tersebut menutup mata moyang dengan kain hitam.
“Maaf ye nek. Kami terpaksa tutup mata nenek disepanjang perjalanan… nanti bila sudah sampai di destinasi kami akan buka ikatan mata nenek” kata pemuda tersebut. Moyang diam saja. Apa yang moyang rasa, dia dicepung untuk naik ke atas ‘sampan’ dan disuruh duduk bersila.
Sesampainya di destinasi, moyang sekali lagi dicepung untuk turun dari ‘sampan’ tersebut. Yang peliknya, tidak kedengaran sebarang bunyi kocakan air sungai disepanjang perjalanan. Paham tak kalau orang mendayung, pasti ada bunyi air kan? Yang ni langsung tak de bunyi.
Sebaik tiba, moyang disambut oleh ayah dan ibu pemuda tersebut yang merupakan ketua dikalangan mereka. Di atas batu berbentuk seperti katil, seorang gadis kelihatan sakit, lemah dan tenat.
Sebaik moyang menghampiri dan memeriksa keadaan gadis tersebut, moyang terkejut kerana didalam mulut gadis tersebut tersangkut mata kail. Itulah yang menyebabkan dia sakit kerana tidak dapat makan.
Dalam debar dan berhati-hati sambil baca sedikit jampi serapah moyang mencabut mata kail dan meletakkan ubat di luka tersebut. Moyang sebenarnya pasti yang dia bukan bersama golongan manusia. Tetapi golongan daripada alam lain. Sambil membaca apa yang patut, moyang memohon perlindungan daripada tuhan dan segala dewa dewi yang terlintas difikiran.
Tidak lama selepas itu, gadis tersebut mula sihat dan boleh bercakap dan tersenyum bersama anggota keluarganya. Moyang diberi upah sebiji tajau yang sehingga kini masih berada didalam simpanan salah seorang adik beradik moyang mak.
Moyang dihantar pulang oleh 2 pemuda yang sama dengan cara yang sama. Tetapi kali ini 2 pemuda tadi tidak menghantar moyang sampai ke rumah. Cuma sampai ke pangkalan. Sebaik sahaja moyang berpaling, kedengaran bunyi deburan yang kuat dari arah sungai seolah-olah sesuatu yang besar terjun ke dalam air dan menyebabkan bunyi dan percikan air yang kuat.
Tanpa menoleh ke belakang, moyang terus balik ke rumah.
Sesampainya moyang di rumah, moyang berkira untuk memasak dan mengambil beras dari guni beras yang telah di tampi.
Memeranjatkan! Tersusun rapi 7 guni beras yang telah siap ditampi oleh 2 pemuda tersebut. Sedangkan asalnya hanya seguni beras.
Moyang tengok pula pada longgokan padi yang telah dikemas oleh 2 pemuda tadi. Juga 7 tikar ditutup rapi. Melihat keadaan ini, moyang bergegas turun ke bawah rumah untuk melihat ayam-ayamnya pulak.
Wow! Juga 7 kurungan sangkar ayam yang di perbuat dari buluh. Tergantung elok di bawah rumah moyang.
Besar sungguh hadiah yang diberikan oleh Raja Buaya untuk moyang kerana mengubat anak gadisnya yang sakit akibat tersangkut mata kail umpan yang dipasang nelayan.
Maaf, banyak sangat moyang yang terlibat didalam kisah ni.
Kalau mengikut perkiraan, aku adalah generasi ke-5 daripada moyang yang di dalam kisah ini. Dan aku tak pasti apa panggilan yang sebetulnya untuk moyang tu.
#Sangkar ayam yang moyang aku guna untuk kurung ayam betina dan anak ayam dia lebih kurang macam ni. Panjang dalam sedepa. Macamana aku tahu? Sebab aku pernah tolong nenek aku tangkap anak2 ayam dan masukkan ke dalam sangkar tu sebelum digantung di bawah rumah bagi mengelakkan di makan anjing atau binatang lain.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
hehehhe...moyang aku asal kuala belait sis...jadi 'kempunan' tu umpama sumpahan bagi kami..huhuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Husband ai selalu gurau, muka ai mcm muka org pulau... Ai pulak gelakkan muka dia mcm hero filem tamil
Ala unduk ngadau dan kumang gawai toksah cerita, syazzy... cream of the crop hokeh. Matiklah off topic.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan?? Makin hilang kacukan tu bila sampai ke generasi ke 5..klu pun ada, ikut pada nasib..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku pulak more to family my dad punya rupa.. mixed chinese/jepun...
so mmg mata sepet dan kerap kali disapa dalam bahasa cina...
heheheh
|
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...sebab zaman your moyang.. Sarawak and Brunei is one country kan.... tu yang sama jak dia punya adat2 kempunan ni heheh
|
|
|
|
|
|
|
|
haa...ku pon nak tanya...burun tu sama ngan burung wak wak ke??? burung wak wak ni biasa banyak kat area sawah...
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Laduree at 23-11-2016 02:49 PM
best cerita tt..i follow story u dr thread @AnggunSophea ..
good job tt..
Sedih baca cerita pak cik Ali,tambah2 masa dia suruh anak2 lari & jgn pandang belakang
Al fatihah..moga arwah pak cik Ali ditempatkan bersama mereka yang beriman..
1st time i dengaq nama Bujang Sebelak ni..yg selalu dengaq Bujang Senang ja..
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sarawak tu memang dihuni oleh sepupu sepapat Bujang Senang..
Macam2 gelaran penduduk tempatan bagi kat buaya saiz mega yang dah pernah baham orang..
Klu u pegi Kuching, sila la jejak kaki kat Jong's Crocodile Farm kat Bt. 17 jalan Kuching-Serian atau lebih tepat, Pekan Siburan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Memang tak dinafikan...tragedi pakcik Ali tu memang meninggalkan kesanyang mendalam pada kebanyakkan penduduk kampung terutama bapa aku.
Sebab bapa aku dah anggap pakcik ali ni sebagai adik.
Setiap kali balik ke kampung, dia la yang akan supply udang kat aku...huhuhuh
Pakcik ali ni pn ringan tulang...setiap kali kenduri kawen atau apa2 jua keraian, dia lah antara yang terawal turun membantu.
Sebab tu semasa raya hari tu, walaupun pakcik ali dah tiada, kami masih mengunjungi mereka sekeluarga untuk meraikan hari raya. Nasib baik anak sulung & ke-2 pakcik ali dah bekerja. Cuma yang umur 17, 12 & 8 tahun tu jer yang masih perlu untuk dibela.
Sekurang2nya isteri pakcik ali tidak menanggung beban yang berat untuk membesarkan anak2nya.
|
|
|
|
|
|
|
|
waaa..syoknyaaa..i tatau la pasepa i interested sgt dengan buaya tau..
husben i ckp i ni pelik..haha..
bff i sarawakian tp keja dekat semenanjung..every time nk blk sarawak,mst dia ajak i..
sebab nk bwk i pi crocodile farm tu..hihi..
rasanya memang kena pi nih,since dh tau nama tempat tu..
thanx babe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|