CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tiptop123

Apa pendapat kamu tentang hujah ini?

 Close [Copy link]
Post time 30-10-2010 03:22 PM | Show all posts
Reply 57# tiptop123

Apa yang ada sekarang adalah dakwaan, tomahan, spekulasi and konspirasi sesetengah pihak untuk menguatkan hujah mereka.


Kita dapat dengan jelas bahawa setiap dakwaan yang dikemukakan oleh phak Islam tidak pernah bersifat dakwaan kosong semata-mata, kerana dakwaan tersebut diiringi dengan pembuktian, malah pembuktian tersebut adalah pembuktian yang tidak dapat dinafikan oleh pihak kristian. Sebagai contoh saya mendakwa bible itu sudah mengandungi kesalahan dan pembuktiannya saya kemukakan melalui 3 thread yang bertajuk "Kesalahan dalah bible", "Permasalahan catatan umur Ahazia dalam bible" dan "Permasalahan catatan Wahyu 1:11 dalam bible". Dan kita dapat melihat dengan jelas bahawa dalam 3 thread tersebut tiada siapa daripada kelompok kristian ini yang dapat menyatakan apa yang saya paparkan itu iaitu kesalahan dalam bible sebenarnya adalah ayat-ayat bible yang benar.

Justeru dakwaan Islam mempunyai hujah yang amat kuat kerana bersertakan bukti, dan bukannya hanya dakwaan kosong semata-mata.

Kerana setelah lama berhujah dan dakwaan yang berusia beribu tahun sehingga kini, jangan cakap sebuah kitab asli Injil malah sekeping muka surat daripada kitab Injil asal pun tidak dapat ditunjukkan oleh pihak yang membuat dakwaan atau spekulasi berkenaan.

Semua pembaca disini boleh buat kesimpulan sendiri tentang semua ini.


Dan semua pembaca di sini dapat menyimpulkan bahawa pembuktian bahawa bible itu sudah salah bukan hanya bersandarkan kepada mengemukakan bible yang asal sahaja. Terlalu banyak pembuktian lain yang dapat diterima dan tidak dapat dinafikan sebagai bukti kukuh kepada dakwaan tersebut. Paksaan untuk hanya mengemukakan bible yang asal sebagai bukti adalah perlakuan yang tidak pernah diamalkan dalam suatu pembicaraan. Sebagai contoh dalam pembicaraan terhadap tuduhan membunuh, yang mana pembuktiannya bahawa tertuduh bukanlah pembunuhnya tidak dilakukan dengan hanya mengemukakan pembunuhnya yang asal atau sebenar. Kes-kes seperti ini sudah banyak kali berlaku seperti contoh yang telah saya berikan terdahulu iaitu pembicaraan pembunuhan Norita itu.

Di sini kita melihat saya menanggani hujah si tiptop123 yang hanya menganggap pengemukaan bible yang asal sebagai bukti, yang mana saya membuktikan amalan tersebut sememangnya tidak pernah diterimapakai dalam suatu perbicaraan. Namun si tiptop12 ini pula tidak mampu menanggani hujah saya yang menyanggah anggapannya itu. Apa yang mampu dilakukan olehnya adalah hanya kembali mengulangi desakannya itu. Jelas hanya itu kemampuannya.

Saya bagi satu contoh senario.

Saudara erusi menerima kertas ujian bahasa malaysianya dengan markah 49 (gagal). Oleh kerana beliau bimbang orang tuanya akan ketahui markah sebenarnya, saudara erusi bercadang menukar markahnya daripada 49 kepada 51 (lulus) sebelum ditunjukan kepada orang tuanya.

Saya percaya bagi kebanyakan manusia biasa yang mempunyai etika, mereka akan berkata yang perbuatan saudara erusi sebenarnya menipu.

Namun apa ynag kita dapati didalam hujah disini ialah saudara erusi and tora cuba mempertahankan perbuatan menukar ini.


Saya melihat senario itu tidak terkait langsung dengan keadaan yang didiskusikan ini iaitu, pihak Islam mengemukakan dakwaan bahawa bible itu salah dengan mengemukakan bukti-bukti yang tidak dapat dinafikanoleh pihak kristian itu.

Jika senarionya adalah seperti erusi meyalin semula kertas jawapan bahasa Malaysianya yang markah 49 itu, dan kemudiannya meletakkan pula markah 51. Maka sekarang jika orang tua erusi itu ingin membuktikan markah 51 itu sebagai salah maka pembuktian oleh orang tua erusi itu tidak perlu dilakukan oleh mereka dengan cara mereka harus mengemukakan kertas jawapan bagi ujian bahasa Malaysia erusi yang asal yang mencatatkan markah 49 itu sahaja. Pembuktian tersebut juga boleh dilakukan dengan cara mengira semula jawapan yang salah dan benar terhadap kertas jawapan erusi salinan yang mempunyai markah 51 itu. Atau juga boleh dilakukan dengan membuktikan bentuk tulisan markah 51 itu bukanlah tulisan guru bahasa Malaysianya. Juga boleh dibuktikan bahawa tulisan markah 51 itu adalah ditulis sendiri oleh erusi dengan membandingkan tulisan erusi dengan tulisan markah 51 itu. Juga boleh dibuktikan dengan warna pen dan jenis pen yang digunakan dalam menulis markah 51 itu. Malah juga boleh dibuktikan dengan bertanyakan sendiri pada guru bahasa Malaysianya akanmarkah yang diperolehi oleh erusi, atau berpandukan rekod markah yang dicatat oleh guru erusi dalam buku rekod peperiksaan. an juga boleh ditanyakan kepada kawan-kawan erusi akanmarkah sebenar yang diperolehi oleh erusi.
Kita lihat terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan untuk membuktikan markah 51 erusi itu adalah salah, dan ianya tidak hanya dibuktikan melalui mengemukakan kertas jawapan erusi yang asal yang bermarkah 49 itu sahaja.

Beginilah logiknya bahawa sesuatu pembuktian itu dapat dilakukan bukan hanya melalui apa yang dianggap oleh si tiptop123.

Dan situasi ini sememangnya telah dapat kita lihat dalam kes-kes perbicaraan yang berlaku.

Justeru walaupun tanpa mengemukakan bible yang asal, namun pembuktian bahawa bible itu telah mengandungi kesalahan sudah amat cukup untuk membuktikan bahawa bible yang ada hari ini tidak menyamai bible yang asal. Ini kerana bible yang asal dikatakan tidak mempunyai sebarang kesalahan. Justeru bible yang mengandungi kesalahan adalah berbeza dengan bible yang tidak mempunyai kesalahan.

Hujah tersebut sudah amat kuat untuk membuktikannya. Disebab itulah pembuktian tersebut tidak mampu dinafikan oleh pihak kristian. Dan disebabkan itu makanya kelompok kristian ini tidak punya sebarang pilihan selain daripada mencari hujah lain dan hujah yang dapat digunakan oleh mereka adalah pihak Islam harus mengemukakan bible yang asli. Namun kita dapat menilai, jika pembuktian yang telah diberikan sudah tidak mampu dinafikan, maka tiada keperluan lagi untuk mengemukakan bible yang asli.

Inilah yang terjadi dalam perbicaraan kes pembunuhan Norita itu yang mana apabila pihak pembela sudah mampu membuktikan bahawa yang tertuduh tidak melakukan pembunuhan tersebut, dan pembuktian itu tidak mampu disanggah oleh pihak pendakwa, maka pihak pembela tidak lagi perlu mengemukakan pembunuh sebenar yang melakukan pembunuhan tersebut bagi membebaskan tertuduh daripada pertuduhan tersebut. Dan akhirnya, pihak pembela ternyata benar iaitu tertuduh sememangnya tidak melakukan pembunuhan tersebut dan akhirnya dibebaskan. Dalam masa yang sama pembunuh sebenar masih tidak dapat dikemukakan.

Bila ini kita applykan dalam kes perbicaraan bible, maka pembuktian bible itu salah tidak perlu dilakukan dengan mengemukakan bible yang asal kerana ia juga boleh dilakukan melalui bukti-bukti lain. Itulah amalan perbicaraan keadilan yang diterimapakai dan diamalkan dalam sektor undang-undang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-11-2010 06:09 PM | Show all posts
Bagi saudara/ saudari yang tidak terlibat dalam hujah ini tetapi sedang membaca hujah diantara dua pihak, saya berharap saudara semua menggunakan pendapat sendiri dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Biarpun pihak saya ataupun pihak erusi/ tora bora.

Kamu baca dan lihat sendiri semua hujah dalam thread disini.

Kamu buat keputusan sendiri. Kerana memang jelas pelbagai cara digunakan untuk menghalalkan hujah sesetengah pihak disini.

Bagi saya keadilan dan konsistensi berhujah adalah penting.

Etika juga amat diperlukan apabila berhujah tentang agama.

Mendakwa sesuatu kitab itu dikorup atau diubah tanpa mengeluarkan kitab yang asal adalah tidak beretika sama sekali.

Mendakwa Tuhan yang esa tidak boleh mengorbankan diri dan kemudian mendakwa Tuhan yang sama membiarkan kitab suciNya dikorup oleh manusia biasa adalah tidak konsisten sama sekali.

Saya bagi contoh satu senario dibawah:

3 orang penonton menhadiri sesuatu konsert.

Kemudian selepas habisnya konsert itu, ketiga-tiga penonton itu ditanya tentang konsert itu.

Penonton no.1 menjawab:
1) yang konsert itu meriah sekali
2) Persembahan yang hebat daripada artis itu
3) Seramai 11,000 orang menghadiri konsert itu.

Penonton no.2 menjawab:
1) konsert itu meriah sekali
2) Semua lagu yang dinyanikan oleh artis itu sangat sedap didengar
3) Seramai 10,500 orang menghadiri konsert itu.

Manakala penonton no.3 pula menjawab:
1) Konsert itu meriah sekali
2)  Artis itu mempunyai suara yang sedap dan merdu.
3) Seramai 10,000 orang menghadiri konsert itu.

Bagi kebanyakan orang, kita akan membuat kesimpulan yang konsert itu amat berjaya sekali dan artis itu membuat persembahan yang baik.

Tetapi oleh kerana saudara erusi dan tora bora tidak menggemari artis tersebut dan enggan menerima yang konsert itu berjaya, maka saudara erusi membuat keputusan untuk mencari kelemahan konsert itu dan seterusnya boleh mendakwa yang konsert itu tidak wujud langsung.

Dan tidak menghairankan apabila erusi mendakwa yang konsert itu tidak wujud kerana terdapat percanggahan keterangan diantara ketiga-tiga penonton.

Erusi kemudian mendakwa yang konsert itu tidak wujud kerana perbezaan penonton yang diberikan oleh 3 orang penonton itu.

Walaupun ditunjukkan tiket konsert itu namun erusi enggan menerima wujudnya konsert tersebut dan berkeras dengan pendirianya kerana terdapat perbezaan jumlah penonton yang hadir.

Begitulah hakikatnya dalam hujah ini.

Erusi sangat berbangga apabila dapat mencari perbezaan rekod dalam Injil dan seterusnya membuat keputusan mendakwa yang Injil yang ada sekarang adalah bukan yang asal hanya berdasarkan beberapa ayat dalam Injil tersebut.

Beliau gagal untuk memfokus kepada ajaran yang lebih penting dalam keseluruhan Injil tersebut.

Beliau juga enggan menyiasat dalam lagi kenapa terdapat perbezaan dalam ayat didalam Injil.

Saya sudah memberikan link untuk semua itu dalam thread ini. Namun erusi sememangnya suka berpegang kepada beberapa ayat untuk membuat keputusan besar terhadap Injil. Adalah tidak cerdik membuat kesimpulan tentang Injil dengan berdasarkan beberapa perbezaan ayat dalam kitab tersebut.

Saya tidak faham bagaimana perbezaan umur dalam Injil tentang seseorang itu boleh membuat seluruh Injil itu korup.

Perbezaan umur yang diberikan juga tidak ada kena menggena dengan ajaran Yesus Kristus dalam Injil sama sekali.

Seperti konsert itu, bukankah kita patut memberi fokus kepada betapa meriahnya konsert itu?

Kenapa fokus pula kepada perkara remeh tentang jumlah penonton yang hadir?

Untuk saudara yang tidak terlibat dalam hujah ini, saya menyeru agar saudara menggunakan akal yang diberikan oleh Tuhan dan cuba lihat kembali hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Hakikatnya sampai sekarang, erusi tidak dapat mengeluarkan bukti kukuh yang nabi dan manusia terdahulu adalah umat Islam. Seperti Ibrahim, Yakub, Musa, Daud, Yesus Kristus dsb.

Hakikatnya sampai sekarang, erusi juga tidak dapat mengeluarkan Injil yang asal seperti yang didakwanya.

Apa yang kita dapati dalam thread ini ialah cara berhujah erusi untuk mempertahankan kepercayaanya.

Hakikatnya akibat perbuatan Tuhan yang mengelirukan umatnya dengan membuat seolah-olah Yesus Kristus disalibkan, maka bermula-lah agama Kristian. Agama yang mempunyai paling ramai sekali penganut pada masa kini.

Bukankah Tuhan yang maha esa dan maha mengetahui telah membuat keputusan yang kurang tepat apabila mengelirukan umatNya?

Cuba saudara semua fikir-fikirkan semua diatas.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:04 PM | Show all posts
Terimakasih kepada Tiptop atas usaha keras untuk asyik mempertahankan hujahnya mahukan Injil yang asal, walaupun telah dijawab dan dijelaskan oleh Erusi namun seolah-olah Tiptop masih pura-pura tidak faham atau tidak faham langsung.
Mengenai persoalan Tiptop kenapa Tuhan membiarkan kitab suciNya dikorup, ia samalah seperti membiarkan seseorang melakukan jenayah pembunuhan, apakah kita persoalkan kenapa Tuhan membiarkan ianya berlaku ? Ia berlaku tapi atas kemurkaan Tuhan dan akan dibalas nanti diakhirat. Samalah seperti manusia mengubah Kitab Tuhan, ia memang berlaku tetapi Tuhan tidak akan membiarkannya berlarutan. Lihat saja, tujuan Jesus dilantik sbg pesuruh Allah, Jesus ingin mengajak balik kaum Yahudi supaya kembali kepada ajaran Musa melalui kitab Taurat itu,
Kata Jesus:
"Janganlah kamu menyangka bahwa aku datang untuk menghapuskan hukum Taurat atau kitab para nabi. Aku datang bukan untuk meniadakannya, melainkan UNTUK MENGGENAPINYA.”
(Matius 5: 17)
Termasuk dalam hukum taurat ialah HARAM makan babi dan amalan berkhatan :
Dan ketika genap lapan hari dan ia harus disunatkan, ia diberi nama Yesus, iaitu nama yang disebut oleh malaikat sebelum ia dikandung ibu-Nya. (Lukas 2:21)
Namun semua ajaran ini diubah oleh Rasul Palsu, St. Paul dari Tarsus, benarlah kata-kata Jesus :
Jesus telah meramalkan kedatangan dan kejahatan Paul dengan katanya:
" Akan tiba masanya sesiapa yang membunuh kamu menyangka bahawa dengan perbuatan itu dia mengabdi kepada Allah. Mereka akan melakukan perkara-perkara ini terhadap kamu, kerana mereka belum mengenal Bapa atau pun aku. Tetapi sekarang aku sudah mengatakan semuanya ini kepada kamu, supaya kamu akan ingat bahawa aku sudah memberitahu kamu."
(Yohanes 16:2-4)
Jesus juga meramalkan:
"Penyelamat palsu dan nabi palsu akan datang. Mereka akan MELAKUKAN MUKJIZAT dan keajaiban untuk menipu orang, Malah umat pilihan Allah pun akan tertipu."
(Matius 24:24)
Banyak penyelamat dan nabi palsu akan muncul, dan Paul ialah salah seorang daripada mereka. Kedatangan mereka ini dikuatkan lagi dengan keupayaan mereka melakukan perkara-perkara luar biasa termasuklah sihir, sehinggakan dengan mudah orang ramai terpedaya. Bahkan orang-orang yang menjadi pilihan Tuhan pun akan tertipu juga kerana hebatnya nabi-nabi palsu tersebut.
"Waspadalah terhadap nabi palsu. Mereka datang kepadamu dengan rupa domba, tetapi mereka sebenarnya seperti serigala buas.
(Matius 7:15)

..........to be cont...
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2010 09:51 PM | Show all posts
Bagi kebanyakan orang, kita akan membuat kesimpulan yang konsert itu amat berjaya sekali dan artis itu membuat persembahan yang baik.

Tetapi oleh kerana saudara erusi dan tora bora tidak menggemari artis tersebut dan enggan menerima yang konsert itu berjaya, maka saudara erusi membuat keputusan untuk mencari kelemahan konsert itu dan seterusnya boleh mendakwa yang konsert itu tidak wujud langsung.
Reply 62# tiptop123



01. Konsert itu memang wujud, tetapi laporan ketiga-tiga orang itu boleh diragui.02. Diragui sebab kredebiliti mereka dalam laporan boleh dipertikaikan sebab memberikan laporan yang 'ANGGARAN dan RAMALAN' sahaja.
03. Laporan mereka adalah laporan manusia yang boleh ditolak kerana bukan laporan TUHAN.
04. Bayangkan kalau pelapor sendiri bercanggah antara satu sama lain dalam beberapa pelaporan fakta penting, sudah pasti menunjukkan kelemahan mereka dan laporan mereka tidak bernilai dan boleh ditolak.
05. Namun saya percaya konsert itu memang ada, cuma kita belum tahu apa lagu yang dibawanya, sebab laporan mereka yang menghadirinya tidak sama...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 12:07 AM | Show all posts
Kembalilah kepada ajaran Jesus yang sebenar dan bukannya ajaran Nabi Palsu, Paul dari Tarsus itu...
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2010 09:28 AM | Show all posts
St. Paul saja lah yang ajar ajaran palsu. Tak pasti lah apa sebenarnya penegasan kamu. sekejap Islam sekejap ajaran Christian asli. mana satu yang asli mana satu yang betul pun saya tak faham apa kamu semua nak kata. St. Paul menganuti ajaran Jesus pun kamu kata dia bersalah. Mana kamu tahu dia salah pun tak tahu. Mungkin nabi kamu ajarkan dan sebutkan nama St. Paul dalam Quran kamu. Nanti saya cuba cari nama St. Paul dalam Quran kamu tengok ade kat tidak sampai kamu begitu pasti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2010 10:05 AM | Show all posts
Boleh ke sky katakan orang melayu (islam) terlampau obses dengan Christianity? adakah ia menarik perhatian anda?
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2010 12:06 AM | Show all posts
pengikut2 muhammad yg tuduh Paul pesong ajaran Yesus,. sebab Mohammad dak kata Injil dah terpesong tapi tara bukti masa hidupnya, so pengikut2 mohammad selepas kematinnya mesti cari kambing hitam...dah dapat dah! Paulus la!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2010 12:07 AM | Show all posts
ni lah hasilnya banyak yg telolong telalak kat sini ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2010 07:24 PM | Show all posts
Abraham, Musa, Jesus semuanya membawa ajaran yang sama, iaitu mengajak manusia menyembah Allah yang Satu dan mereka cuma manusia biasa... Agama 'Selamat' yang dalam bahasa Hebrew disebut 'SHALOM' ertinya SELAMAT.... dan disebut dalam bahasa Arab 'ISLAM' yang membawa erti yang sama.... Agama SELAMAT... utk semua...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2010 07:25 PM | Show all posts
Islam berasal dari perkataan SALAM.... SELAMAT... SHALOM utk semua....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 02:32 PM | Show all posts
Reply 62# tiptop123


   
Mendakwa sesuatu kitab itu dikorup atau diubah tanpa mengeluarkan kitab yang asal adalah tidak beretika sama sekali.


Amalan tersebut adalah amat beretika. Atas sebab itulah prinsip yang sama dibenarkan pengamalannya dalam sistem perundangan di seluruh dunia. Saya telah memberikan contohnya yang tidak dapat disanggah oleh si tiptop 123 itu iaitu perbicaraan kes pembunuhan seorang wanita iaitu Norita yang mengemparkan Malaysia sedikit waktu terdahulu. Orang yang dituduh diakui tidak bersalah, namun pembunuh sebenarnya masih tidak ditemui sehingga kini. Justeru untuk membuktikan seseorang itu bukanlah pembunuh sebenarnya, maka ianya tidak perlu dengan mengemukakan pembunuh sebenarnya. Begitu juga dengan kes bible itu, iaitu untuk menbuktikan bible kristian yang ada hari ini bukanlah bible yang asal, makanya ia dapat dibuktikan tanpa perlu mengemukakan bible yang sebenarnya.

Mendakwa Tuhan yang esa tidak boleh mengorbankan diri dan kemudian mendakwa Tuhan yang sama membiarkan kitab suciNya dikorup oleh manusia biasa adalah tidak konsisten sama sekali.


Namun mendakwa Tuhan mampu menjaga kitabNya daripada dikorup oleh manusia tetapi Tuhan tidak pula mampu menyelamatkan diriNya daripada dikorbankan untuk menyelamatkan manusia juga adalah tidak konsisten sama sekali.

Tetapi oleh kerana saudara erusi dan tora bora tidak menggemari artis tersebut dan enggan menerima yang konsert itu berjaya, maka saudara erusi membuat keputusan untuk mencari kelemahan konsert itu dan seterusnya boleh mendakwa yang konsert itu tidak wujud langsung.


Saya tidak akan mendakwa konsert itu tidak wujud, tetapi saya akan mendakwa laporan berkenaan 3 individu tersebut berkenaan konsert itu saling bersalahan antara satu sama lain. Justeru pernyataan yang saling bercanggah itu menjelaskan mustahil semuanya benar kerana setiap laporan pernyataan tersebut adalah saling menafikan antara satu sama lain.
Jika ditinjau lebih teliti, adalah mustahil laporan tersebut dikatakan sebagai firman Tuhan, kerana statusnya yang saling bercanggah dan saling menafikan antara satu sama lain.
Lebih malang lagi jika diapati laporan berbagai versi yang saling bercanggah yang dikatakan daripada individu yang sama, yang menjelaskan mustahil kedua-dua laporan daripada individu yang sama itu sebagai benar.

Erusi sangat berbangga apabila dapat mencari perbezaan rekod dalam Injil dan seterusnya membuat keputusan mendakwa yang Injil yang ada sekarang adalah bukan yang asal hanya berdasarkan beberapa ayat dalam Injil tersebut.

Beliau gagal untuk memfokus kepada ajaran yang lebih penting dalam keseluruhan Injil tersebut.

Ajaran dalam bible itu adalah bersifat subjektif, tetapi rekod dalam bible itu bersifat fakta. Pembuktian yang  benar-benar kukuh tidak akan dapat dilakukan berdasarkan sesuatu yang subjektif kerana kewujudan perbezaan pendapat. Tetapi pembuktian melalui fakta itu amat menjelaskan kesalahan yang tidak ternafi wujud dalam bible itu. Jika rekod-rekod fakta itu sudah salah, maka atas dasar apa untuk mengatakan ayat ajaran-ajaran dalam bible itu mustahil salah seperti ayat-ayat tekod fakta itu? Yes, tiada reason untuk mengatakan ayat-ayat ajaran dalam bible itu mustahil salah. Sebab itu saya mengatakan bible itu dipenuhi dengan kekaburan dan tiada kepastian akan kesahihan, ketulenan, keaslian dan kebenarannya.

Beliau juga enggan menyiasat dalam lagi kenapa terdapat perbezaan dalam ayat didalam Injil.

Saya sudah memberikan link untuk semua itu dalam thread ini. Namun erusi sememangnya suka berpegang kepada beberapa ayat untuk membuat keputusan besar terhadap Injil. Adalah tidak cerdik membuat kesimpulan tentang Injil dengan berdasarkan beberapa perbezaan ayat dalam kitab tersebut.


Semua pembaca sila sedia maklum bahawa di dalam link yang diberikan oleg tiptop123 itu adalah hanya berupa tanggapan tanpa pembuktian semata-mata berkenaan dengan perbezaan dalam ayat di dalam bible. Keadaan tersebut menjadikan link-link tersebut hanya menjanjikan sesuatu yang bersifat tiada kepastian kerana ianya dilakukan secara tanggapan tanpa sebarang bukti. Apabila kita ingin mempercayai sesuatu perkara, lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan tentang keimanan yang akan menentukan keadaan kita di alam abadi kelak, kita tidak boleh hanya berpegang pada sesuatu yang berupa tanggapan tanpa sebarang pembuktian. Kita harus berpegang pada sesuatu yang bersifat pasti, bukannya berpegang pada sesuatu yang bersifat tiada kepastian. Jika hidup di dunia yang hanya bersifat sementara ini sahaja pun kita sebolehnya tidak mahu berpegang pada sesuatu yang tidak pasti kerana tidak mahu menanggung risiko akan yang boleh menjejaskan kesejahteraan kita ketika hidup selama 60 tahun, 70 tahun atau 80 tahun di dunia. Inikan pula hidup yang kekal selama-lamanya di alam abadi kelak. Maka sudah pastinya kita inginkan sesuatu keimanan yang bersifat pasti, bukannya kabur. Kerana di alam abadi kelak kita akan hidup selamanya, justeru pastinya kita tidak mahu sengsara di sepanjang kehidupan yang kekal itu. Inilah yang saya cuba paparkan untuk kesedaran umum.

Yes, saya mengambil kesimpulan berkenaan bible itu berdasarkan beberapa ayat dalam bible itu. Justeru apakah kesimpulan saya itu tidak benar? Juga tidak cerdik? Kenapa? Jika hanya mengatakan tindakan tersebut sebagai tidak cerdik tetapi tidak mampu mengemukakan alasan yang kukuh kenapa ianya disifatkan sebagai tidak cerdik, maka budak hingusan yang  tidak berilmu pun mampu mengatakan sedemikian.
Juga sila tinjau, apakah menyakini secara buta tuli bahawa ayat-ayat lain dalam bible itu masih asli, iaitu tidak sepeti ayat-ayat yang salah itu sebagai suatu tindakan yang cerdik? Seperti yang saya perjelaskan, kita harus berpegang pada sesuatu yang bersifat pasti kerana keimanan itu akan menentukan keadaan kita ketika hidup selamanya di dalam abadi kelak. Saya melihat jika berpegang pada sesuatu keimanan yang tidak pasti sehingga memperjudikan kesejahteraan diri sendiri ketika hidup di alam abadi kelak, adalah tindakan yang lebih tidak cerdik. Orang yang benar-benar cerdik tidak akan sanggup memperjudikan kesejahteraan mereka ketika di alam abadi kelak dengan berpegang pada sesuatu yang tidak pasti itu.


bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2010 02:36 PM | Show all posts
Reply 62# tiptop123


sambungan....

Saya tidak faham bagaimana perbezaan umur dalam Injil tentang seseorang itu boleh membuat seluruh Injil itu korup.

Perbezaan umur yang diberikan juga tidak ada kena menggena dengan ajaran Yesus Kristus dalam Injil sama sekali.

Tulisan si tiptop123 di atas ini menjelaskan ketidakfahamannya akan apa yang saya ingin sampaikan berkenaan situasi bible itu. saya tidak membuat kesimpulan seluruh bible itu sebagai korup, tetapi saya menyimpulkan seluruh bible itu sebagai tiada kepastian akan kesahihan, keaslian, ketulenan dan kebenarannya. Justeru saya tegaskan bible itu bersifat kabur dan tidak mempunyai sifat kepastian.

Bagi orang yang tidak berfikir dengan baik, memang tidak akan memahami relationship akan ayat-ayat rekod fakta yang salah dalam bible itu dengan ayat-ayat ajaran di dalamnya. Namun yang pasti mereka tidak punya sebarang alasan untuk menafikan dakwaan bahawa jika kesalahan rekod fakta telah wujud dalam bible itu, maka tidak mustahil ayat-ayat ajarannya juga mengalami keadaan yang sama seperti ayat-ayat rekod fakta itu.

Hakikatnya sampai sekarang, erusi tidak dapat mengeluarkan bukti kukuh yang nabi dan manusia terdahulu adalah umat Islam. Seperti Ibrahim, Yakub, Musa, Daud, Yesus Kristus dsb.

hahaha...

Tujuan saya bukan untuk membuktikan bahawa nabi dan rasul terdahulu itu adalah tergolong dalam golongan orang Islam. Tetapi tujuan saya menulis di sini adalah untuk membuktikan bahawa bible kristian itu sudah mengalami kesalahan dan sudah tidak menyamai autograph asal bible yang ditulis oleh penulis asalnya.

Hakikatnya sampai sekarang, erusi juga tidak dapat mengeluarkan Injil yang asal seperti yang didakwanya.

yes, saya tidak dapat mengeluarkan autograph bible yang asal, tetapi saya dapat membuktikan bahawa bible kristian hari ini sudah mengandungi kesalahan. Atas dasar itu menyebabkan bible kristian hari ini sudah tidak menyamai autograph bible yang asal kerana autograph bible yang asal pastinya tidak mempunyai sebarang kesalahan seperti bible hari ini itu. Ini kerana autograph bible yang asal dikatakan ditulis di bawah bimbingan roh kudus.

Justeru kesimpulannya mudah. Autograph bible yang asal tidak mempunyai sebarang kesalahan. Bible hari ini sudah mempunyai kesalahan. Justeru sudah wujud perbezaan pada ayat-ayat tertentu dalam bible hari ini jika dibandingkan dengan autograph bible yang asal. Justeru atas dasar ini menyebabkan kita tidak mempunyai kepastian apakah ayat-ayat ajaran yang lain dalam bible hari ini masih menyamai ayat-ayat ajaran dalam autograph bible yang asal. Sebab itulah saya menegaskan bible kristian hari ini itu hanya dipenuhi dengan sesuatu yang kabur dan bersifat kepastian akan kesahihan, keaslian, ketulenan dan kebenarannya jika dibandingkan dengan autograph bible yang asal.

Hakikatnya akibat perbuatan Tuhan yang mengelirukan umatnya dengan membuat seolah-olah Yesus Kristus disalibkan, maka bermula-lah agama Kristian. Agama yang mempunyai paling ramai sekali penganut pada masa kini.

Bukankah Tuhan yang maha esa dan maha mengetahui telah membuat keputusan yang kurang tepat apabila mengelirukan umatNya?

Saya pernah mengatakan bahawa pihak kristian gagal mencari kesalahan dalam Al-Quran. Mereka mengatakan kesalahan wujud dalam Al-Quran hanya kerana kegagalan mereka untuk menerima penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Islam, namun dalam masa yang sama mereka iaitu pihak kristian tidak mampu menafikan penjelasan pihak Islam tersebut. Tulisan si tiptop12 di atas adalah salah satu contohnya. Selama ini saya telah menjelaskan bahawa bermulalah agama kristian itu bukannya bermula dengan perbuatan Allah yang mengelirukan umatNya, kerana Allah tidak pernah mengelirtukan umatNya. ini kerana Allah sendiri memaklumkan dalam Al-Quran bahawa orang yahudi itu amat menyakini bahawa yang disalib itu adalah bukannya Nabi Isa. Namun kepercayaan asas kristian dalam kelompok yahudi terawal iaitu bahawa Jesus disalib itu bermula disebabkan perlakuan mereka sendiri yang tidak berdegil dengan tanggapan mereka itu, walaupun mereka sebenarnya menyedari dan menyakini bahawa mereka tidak pernah menyalibkan Jesus (Nabi Isa).

Inilah hujah saya yang tidak mampu dinafikan oleh si tiptop123. Namun dia enggan menerima penjelasan saya itu. Sebaliknya dia terus menerus mendakwa kononnya Allah mengelirukan umat kristian terawal. Inilah contoh keenggan pihak kristian menerima penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Islam, tetapi mereka tidak mampu menafikan penjelasan pihak Islam itu. Inilah contoh yang saya katakan bahawa pihak kristian gagal mencari kesalahan dalam Al-Quran. Mereka hanya menganggap Al-Quran salah kerana kegagalan mereka untuk menerima penjelasan yang telah diberikan kepada mereka.


Justeru para pembaca, sila buat penilaian sendiri secara jujur dan penuh keikhlasan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2010 08:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by tiptop123 at 19-11-2010 21:01

Jadi nampaknya erusi and tora bora meragui wujudnya konsert itu walaupun terdapat saksi yang berada di konsert itu.

Nampaknya inilah logik yang diberikan oleh sesetengah penghujah disisni.

Sebernarnya ada sebab kenapa terdapat  percanggahan jumlah penonton yang diberikan oleh 3 penonton tersebut.

Tetapi oleh sebab erusi dan tora bora tidak menggemari penyanyi itu maka diciptanya teori konspirasi yang konsert itu tidak wujud.

Mereka tidak mahu menyiasat terlebih dahulu kenapa terdapat percanggah pendapat tentang jumlah penonton.

Sebenarnya ketiga-tiga penonton itu adalah betul. Adakah saudara berasa hairan?

Ini jawapannya:

Penonton no.1 sebenarnya kenal rapat dengan penganjur konsert itu. Dan penganjur konsert itu telah memberitahu penonton no.1 yang tiket konsert yang dicetaknya adalah sebanyak 11,000 keping dan semuanya telah habis dijual. Jadi penonton no.1 membuat anggaran jumlah penonton daripada jumlah tiket yang habis dijual iaitu seramai 11,000 orang.

Penonton no.2 pula datang awal ke konsert itu. Beliau datang seawal satu jam sebelum bermulanya konsert itu. Dan dari anggaran beliau seramai 10,500 hadir ke konsert itu sebab baki penonton belum tiba lagi disebabkan konsert itu belum bermula.

Penonton no.3 pula sebenarnya membuat anggaran jumlah penonton apabila penyanyi utama mengambil masa rehat dan pentas itu digantikan oleh penyanyi lain. Apabila penyanyi kegemaran ramai itu mengambil masa rehat maka sebahagian penonton pun mengambil rehat dengan ke tandas atau tempat lain untuk merokok dsb.

Jadi penonton no.3 membuat anggaran jumlah penonton semasa penyanyi utama itu sedang dipentas belakang untuk menukar pakaian, rehat dsb.

Bukankah keterangan yang diberikan oleh ketiga-tiga penonton itu pun tidak salah?

Tetapi oleh kerana sikap tidak menggemari penynayi itu maka erusi dan tora bora akan mencari apa jua helah untuk mendakwa yang konsert itu tidak wujud tanpa menyiasat terlebih dahulu kenapa keterangan ketiga-tiga penonton itu berbeza.

Fokus kita sepatutnya tentang bertapa meriahnya konsert itu dan bertapa sedapnya suara artis itu dsb.

Namun fokus erusi dan tora bora adalah kepada hal-hal lain dan tanpa menyiasat terlebih dahulu.

Begitu juga dengan agama Kristian ini.

Sepatutnya kita fokus kepada penggorbanan Tuhan terhadap manusia kerana kasih sayangNya terhadap umat ciptaaNya.

Tetapi oleh kerana erusi dan tora bora tidak dapat menerima mesej sebegitu kerana bagi mereka adalah amat sukar sekali bagi Tuhan menggorbankan DiriNya.

Maka mereka pun cuba helah dengan mencari percanggahan keterangan dalam Kitab Injil.

Dan mereka amat gembira sekali apabila terdapat dua ayat daalam Kitab Injil mencatatkan dua angka yang berbeza.

Dan dengan pantasnya mereka membuat kesimpulan yang Injil adalah korup dan bukan yang asal.

Mereka enggan menyisat terlebih dahulu walaupun ada sebab mengapa terdapat perbezaan dalam beberapa ayat dalam Injil.

Dan yang paling penting ialah perbezaan sebegitu tidak akan menggubah mesej utama Yesus Kristus.

Seperti konsert itu juga.

Kita semua tahu konsert itu wujud dan amat meriah sekali. Namun ia disangkal oleh erusi dan tora bora kerana terdapat perbezaan jumlah penonton seperti yang dilaporkan oleh ketiga-tiga penonton itu.

Erusi dan tora bora tidak mahu menyiasat lebih dalam mengapa terdapat perbezaan jumlah penonton.

Setelah dijelaskan kenapa terdapat perbezaan jumlah penonton seperti diatas bukan-kah logik erusi dan tora bora sebenarnya tidak boleh dipakai?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2010 08:59 PM | Show all posts
Kepada semua yang tidak terlibat dalam hujah disini.

Cuba fikirkan logik yang dibawa oleh erusi dan tora bora.

Bukankah hujah ini adalah berat sebelah?

Pihak erusi boleh mendakwa Injil sekarang adalah tidak asli tetapi bukti kukuh tidak dikemukan.

Dan erusi juga seperti tidak menghirau dakwaan pihak Kristian yang umat dalam Injil seperti Ibrahim, Yakub, Daud, Sulaiman dsb bukanlah umat Islam seperti yang didakwa oleh pihak erusi.

Tidak ada bukti langsung yang orang-orang alim diatas seperti Ibrahim, Yakub, Daud dsb adalah umat Islam.

Kamu semua boleh lihat dengan jelas bagaimana erusi menggelak daripada menjawab persoalan penting ini.

Ini adalah kerana ia didakwa oleh kitab kamu sendiri yang mendakwa manusia pertama Adam adalah seorang muslim.

Jadi adalah amat penting kamu menggeluarkan bukti kukuh untuk mempertahankan dakwaan kamu.

Jika kamu begitu bersungguh-sungguh mencari bukti yang Injil adalah korup kamu juga berupaya mencari bukti mengguatkan dakwaan kamu.

Apabila berhujah, padang hendaklah rata bagi kedua-dua pihak ataupun level playing field seperti kata orang Inggeris.

Sudah tentu tidak adil apabila saudara mendakwa Injil sekarang adalah korup tanpa sebarang bukti. Walaupun sekeping muka-surat daripada Injil yang asli tidak dapat dikeluarkan.

Jadi bagaimana kamu hendak pembaca lain percaya kepada dakwaan kamu apabila kamu membuat dakwaan dan tomahan semata-mata?

Dan yang kedua, tiada bukti langsung menunjukan yang umat dalam Injil seperti Ibrahim, Yakub, Daud, Yesus dsb adalah orang muslim.

Tiada bukti langsung menunjukan yang Ibrahim telah berkunjung ke Mekah sepanjang hayatnya.

Namun perkara penting sebegini tidak mahu dijawab atau diterangkan oleh erusi dan tora bora.

Fokus mereka adalah kepada perbezaan ayat dalam Injil tetapi mereka tidak mampu mempertahankan kepercayaan mereka sendiri.

Kepada semua pembaca disni, sila berhenti dan fikir tidakkah saudara berasa pelik dan hairan dengan semua ini?

Kita boleh lihat trend erusi dan tora bora.

Mereka membuat dakwaan terhadap pihak Kristian dengan tidak langsung mengemukan sebarang bukti.

Apa yang mereka persembahkan adalah hanya dakwaan dan kata-kata.

Kalau ada bukti kukuh sudah tentu mereka akan mengeluarkan dengan serta-merta.

Kalau Tuhan tidak mampu mempertahankan Kitab sucinya Injil dan Torah daripada dikorup oleh manusia, bagaimana saudara erusi dan tora menjamin yang Quran juga adalah tidak korup?

Kedua-dua adalah dihasilkan oleh manusia. Jadi risikonya untuk korup adalah tinggi.

Jadi apa sebenarnya jaminan erusi dan tora bora?

Dan kenapa Tuhan yang maha kuasa tidak mampu menghalang Injil dikorup tetapi pula mampu menghalang Quran dikorup?

Apakah logik saudara?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 01:42 PM | Show all posts
Reply 75# tiptop123


   
Bukankah hujah ini adalah berat sebelah?


Hujah yang saya kemukakan adalah hujah yang tidak pernah mampu disanggah oleh si tiptop123 ini. Jika hujah tersebut tidak mampu disanggah maka tiada sebab untuk mengatakan hujah tersebut sebagai berat sebelah.

Pihak erusi boleh mendakwa Injil sekarang adalah tidak asli tetapi bukti kukuh tidak dikemukan.


Ini menjelaskan ketidakmatangan si tiptop123 dalam berdiskusi. Di dalam posting-posting saya, saya telah mengemukakan bukti-bukti yang kukuh untuk mendakwa bible kristian itu sudah tidak asli lagi. Dan kita semua boleh melihat bukti-bukti yang saya kemukakan itu tidak pernah mampu di sanggah oleh si tiptop123 dan juga oleh individu-individu kristian yang lain. Di bawah ini saya akan memaparkan semula posting-posting saya dalam thread ini yang tidak pernah mampu disanggah oleh si tiptop123 yang menjelaskan bahawa saya telah mengemukakan bukti yang kukuh bahawa bible kristian itu sudah tidak asli lagi.

posting no 46 halaman 2:
erusi wrote: Ini telah saya buktikan melalui persoalan yang saya kemukakan dalam 2 thread yang bertajuk " ermasalahan umur Ahazia dalam bible" dan "Kesalahan dalam silsilah Jesus" (dengan menurut anggapan kristian bahawa Injil dan Taurat itu adalah antara yang terdapat dalam bible mereka itu). Persoalan bagi kedua-dua thread itu masih belum mampu disanggah oleh mana-mana individu kristian.


posting no 61 halaman 3:
erusi wrote: Kita dapat dengan jelas bahawa setiap dakwaan yang dikemukakan oleh phak Islam tidak pernah bersifat dakwaan kosong semata-mata, kerana dakwaan tersebut diiringi dengan pembuktian, malah pembuktian tersebut adalah pembuktian yang tidak dapat dinafikan oleh pihak kristian. Sebagai contoh saya mendakwa bible itu sudah mengandungi kesalahan dan pembuktiannya saya kemukakan melalui 3 thread yang bertajuk "Kesalahan dalah bible", "ermasalahan catatan umur Ahazia dalam bible" dan "ermasalahan catatan Wahyu 1:11 dalam bible". Dan kita dapat melihat dengan jelas bahawa dalam 3 thread tersebut tiada siapa daripada kelompok kristian ini yang dapat menyatakan apa yang saya paparkan itu iaitu kesalahan dalam bible sebenarnya adalah ayat-ayat bible yang benar.

Justeru dakwaan Islam mempunyai hujah yang amat kuat kerana bersertakan bukti, dan bukannya hanya dakwaan kosong semata-mata.


posting no 73 halaman 3:
erusi wrote: saya dapat membuktikan bahawa bible kristian hari ini sudah mengandungi kesalahan. Atas dasar itu menyebabkan bible kristian hari ini sudah tidak menyamai autograph bible yang asal kerana autograph bible yang asal pastinya tidak mempunyai sebarang kesalahan seperti bible hari ini itu. Ini kerana autograph bible yang asal dikatakan ditulis di bawah bimbingan roh kudus.

Justeru kesimpulannya mudah. Autograph bible yang asal tidak mempunyai sebarang kesalahan. Bible hari ini sudah mempunyai kesalahan. Justeru sudah wujud perbezaan pada ayat-ayat tertentu dalam bible hari ini jika dibandingkan dengan autograph bible yang asal. Justeru atas dasar ini menyebabkan kita tidak mempunyai kepastian apakah ayat-ayat ajaran yang lain dalam bible hari ini masih menyamai ayat-ayat ajaran dalam autograph bible yang asal. Sebab itulah saya menegaskan bible kristian hari ini itu hanya dipenuhi dengan sesuatu yang kabur dan bersifat kepastian akan kesahihan, keaslian, ketulenan dan kebenarannya jika dibandingkan dengan autograph bible yang asal.


Posting-posting itu tidak pernah disanggah, namun si tiptop ini hanya mampu mengatakan saya belum mengemukakan sebarang bukti kukuh. Jika pembuktian-pembuktian saya itu tidak mampu disanggah, makanya atas dasar apa untuk mengatakan saya belum memberikan bukti kukuh? Tiada. Ini menjelaskan si tiptop123 hanya mampu mengemukakan dakwaan tetapi tidak mampu membuktikan dakwaannya itu dengan sebarang sokongan. Jika hanya bertindak sedemikian, budak hingusan yang tidak berilmu pun mampu mengatakannya.

Dan erusi juga seperti tidak menghirau dakwaan pihak Kristian yang umat dalam Injil seperti Ibrahim, Yakub, Daud, Sulaiman dsb bukanlah umat Islam seperti yang didakwa oleh pihak erusi.

Tidak ada bukti langsung yang orang-orang alim diatas seperti Ibrahim, Yakub, Daud dsb adalah umat Islam.

Kamu semua boleh lihat dengan jelas bagaimana erusi menggelak daripada menjawab persoalan penting ini.

Ini adalah kerana ia didakwa oleh kitab kamu sendiri yang mendakwa manusia pertama Adam adalah seorang muslim.

Jadi adalah amat penting kamu menggeluarkan bukti kukuh untuk mempertahankan dakwaan kamu.


Saya ingin bertanya, sepanjang saya menulis di dalam thread ini, pernahkan saya mengeluarkan dakwaan bahawa  Ibrahim, Yakub, Daud Sulaiman sebagai umat Islam? Jika saya pernah membuat dakwaan sedemikian, maka sila kemukakan semula di sini dakwaan saya itu, dan berikan maklumat posting no berapa dan di halaman berapa? Saya nak tengok semula jika saya ada mengeluarkan dakwaan seperti itu. Dipersilakan kemukakannya di sini.

Mereka membuat dakwaan terhadap pihak Kristian dengan tidak langsung mengemukan sebarang bukti.

Apa yang mereka persembahkan adalah hanya dakwaan dan kata-kata.

Kalau ada bukti kukuh sudah tentu mereka akan mengeluarkan dengan serta-merta.


Saya sudah mengemukakan buktinya dan ini telah saya nyatakan dalam posting-posting saya terdahulu. Sila rujuk semula senarai posting saya yang saya kemukakan di atas. Dan sedia ambil maklum bukti-bukti saya itu tidak pernah disanggap oleh pihak kristian itu.

Kalau Tuhan tidak mampu mempertahankan Kitab sucinya Injil dan Torah daripada dikorup oleh manusia, bagaimana saudara erusi dan tora menjamin yang Quran juga adalah tidak korup?

Kedua-dua adalah dihasilkan oleh manusia. Jadi risikonya untuk korup adalah tinggi.

Jadi apa sebenarnya jaminan erusi dan tora bora?


Kita semua sedia maklum bahawa tiada satu pun persoalan yang dikemukakan oleh pihak kristian berkenaan Al-Quran dapat dibuktikan sebagai kesalahan yang pasti. Ini kerana setiap persoalan yang dikemukakan oleh pihak kristian adalah mampu disanggah dan diperjelaskan oleh pihak Islam. Dan penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Islam itu tidak mampu dibuktikan sebagai penjelasan yang salah dari sudut Islam itu sendiri oleh pihak kristian. Justeru itu membuktikan bahawa Al-Quran tidak pernah ada sebarang kesalahan. Pihak kristian hanya mendakwa persoalan mereka sebagai kesalahan Al-Quran hanya disebabkan mereka tidak mahu menerima penjelasan yang telah diberikan oleh pihak Islam itu, iaitu penjelasan pihak Islam yang tidak mampu dinafikan oleh pihak kristian. Sebagai contoh penjelasan saya berkenaan dengan dakwaan si tiptop123 ini bahawa Allah menipu umat kristian. Penjelasan saya itu tidak mampu disanggah oleh si tiptop123, cumanya dia tidak mahu menerima penjelasan yanag telah saya berikan itu. Ini bertepatan dengan apa yang tercatat di dalam Al-Quran itu sendiri yang mana Allah memberi jaminan akan memelihara Al-Quran daripada sebarang penyelewengan. Justeru risiko korup yang kamu katakan itu hanyalah berupa dakwaan kosong yang tiada sebarang pembuktian.
Kamu tidak bersetuju tiptop123? Jika demikian sila buktikan bahawa Al-Quran itu mengandungi kesalahan yang tidak mampu diberi penjelasan oleh pihak Islam.

Dan kenapa Tuhan yang maha kuasa tidak mampu menghalang Injil dikorup tetapi pula mampu menghalang Quran dikorup?

Apakah logik saudara?


Ini sudah saya berikan logiknya dalam posting saya terdahulu, dan itu juga tidak mampu disanggah oleh kamu tiptop123. Rujuk semula posting saya itu di bawah ini.

posting no 33 halaman 2
erusi wrote: Seterusnya apakah Tuhan lemah kerana gagal mempertahankan kitabnya daripada dikorup oleh manusia. Jawpaannya adalah tidak. Ini kerana Tuhan Maha Berkuasa untuk mempertahankan kitab Nya itu. Namun dalam masa yang sama ia tidak berkeinginan untuk menggunakan kuasa Nya untuk mempertahankan kitab Nya daripada dikorupsi oleh manusia. Justeru jika Dia berkeinginan untuk memelihara kitab Nya, maka itu adalah amat mudah untuk dilakukan dengan sifat Maha Kuasa Nya. Namun Dia juga Maha dalam membuat pilihan iaitu, jika Dia memilih sesuatu maka tiada siapa yang mampu untuk menafikan pilihan Nya itu kerana Dia Maha Kuasa untuk memilih sesuatu atau Maha Kuasa untuk membuat sesuatu pilihan. Justeru jika Dia memilih tidak mahu memelihara kitab Nya daripada dikorupsi oleh manusia, maka tiada siapa yang mampu mempertikaikan pilihan Nya itu. Justeru situasi ini tidak menyebabkan Tuhan berada dalam situasi tidak memenuhi mana-mana sifat Maha Segala-galanya itu.


Justeru bukan Allah tidak mampu menghalang manusia mengkorup Injil dan Taurat, cumanya Dia memilih tidak mahu menghalang manusia berbuat sedemikian. Tetapi berbeza dengan Al-Quran iaitu Allah memilih untuk memelihara Al-Quran daripada sebarang penyelewengan. Ini disebutkan oleh Allah dalam Al-Quran itu.

Logiknya sama dengan dalam kepercayaan kamu iaitu apakah tuhan tidak mampu menyelamatkan dirina daripada dikorbankan untuk menyelamatkan manusia? Sudah tentu dia mampu, namun dia memilih untuk berkorban.

(Note: Saya tidak mempunyai kepercayaan kristian itu)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2010 02:27 PM | Show all posts
Reply 74# tiptop123


   
Jadi nampaknya erusi and tora bora meragui wujudnya konsert itu walaupun terdapat saksi yang berada di konsert itu.

Nampaknya inilah logik yang diberikan oleh sesetengah penghujah disisni.


Inilah antara bentuk ketidakmatangan si tiptop123 dalam berdiskusi. Apakah beliau benar-benar membaca apa yang saya tuliskan? Saya quotekan semula apa yang saya tuliskan di bawah.

Erusi wrote:
Saya tidak akan mendakwa konsert itu tidak wujud, tetapi saya akan mendakwa laporan berkenaan 3 individu tersebut berkenaan konsert itu saling bersalahan antara satu sama lain.


Saya rasa amat jelas saya nyatakan bahawa saya tidak akan menragui kewujudan konsert tersebut, tetapi saya akan meragui kebenaran ketiga-ketiga laporan yang telah diberikan itu.
Tetapi sitiptop123 ini tetap mengatakan bagi saya konsert itu tidak wujud, pada hal saya tidak beranggapan sedemikian.

Saya mengatakan seperti A, tetapi si tiptop123 ini mendakwa saya mengatakan seperti B. Pada hal saya tidak pernah mengatakan seperti B.

Ini jawapannya:

Penonton no.1 sebenarnya kenal rapat dengan penganjur konsert itu. Dan penganjur konsert itu telah memberitahu penonton no.1 yang tiket konsert yang dicetaknya adalah sebanyak 11,000 keping dan semuanya telah habis dijual. Jadi penonton no.1 membuat anggaran jumlah penonton daripada jumlah tiket yang habis dijual iaitu seramai 11,000 orang.

Penonton no.2 pula datang awal ke konsert itu. Beliau datang seawal satu jam sebelum bermulanya konsert itu. Dan dari anggaran beliau seramai 10,500 hadir ke konsert itu sebab baki penonton belum tiba lagi disebabkan konsert itu belum bermula.

Penonton no.3 pula sebenarnya membuat anggaran jumlah penonton apabila penyanyi utama mengambil masa rehat dan pentas itu digantikan oleh penyanyi lain. Apabila penyanyi kegemaran ramai itu mengambil masa rehat maka sebahagian penonton pun mengambil rehat dengan ke tandas atau tempat lain untuk merokok dsb.

Jadi penonton no.3 membuat anggaran jumlah penonton semasa penyanyi utama itu sedang dipentas belakang untuk menukar pakaian, rehat dsb.


Jadinya penonton no.2 telah memberikan laporan yang salah kerana dia mengatakan 10 500 penonton yang hadir pada konsert itu. Pada hal jumlah penonton yang sebenarnya hadir adalah 11 000 orang. Bukannya 10 500 orang.

Begitu juga dengan penonton no 3 kerana dia telah memberikan laporan yang salah kerana dia tidak mengira bilangan penonton yang pergi ke tandas atau ke tempat lain itu.

Berkenaan dengan laporan penonton no 1 ini, saya ingin kaitkan dengan permasalahan yang saya telah paparkan dalam bible. Sebagai contoh saya telah paparkan dua versi tulisan oleh Lukas berkenaan dengan silsilah Jesus. Satu catatan Lukas itu ada menyebut nama Admin, manakala satu lagi tidak menyebut nama Admin. Justeru laporan itu daripada satu individu yang sama, tetapi laporannya terdapat dua versi yang berlainan. Justeru salah satu versi tersebut pastinya salah, kerana Lukas hanya mengeluarkan satu versi laporan sahaja. Namun versi yang mana satu? Itu tidak dapat dipastikan.
Justeru jika penonton no 1 dikatakan mengeluarkan satu laporan, namun laporan penonton no 1 pada si A berlainan dengan laporan penonton no 1 yang ada pada si B, makanya salah satu versi laporan penonton no 1 itu pastinya salah, sama ada pada si A atau pada si B. Itu tidak dapat kita pastikan, kecuali jika ditanya sendiri kepada si penonton no 1, laporan versi mana yang dikeluarkan olehnya.
Justeru saya telah menyebut dalam posting terdahulu iaitu

Posting no 72 halaman 3:
Erusi wrote:
Lebih malang lagi jika diapati laporan berbagai versi yang saling bercanggah yang dikatakan daripada individu yang sama, yang menjelaskan mustahil kedua-dua laporan daripada individu yang sama itu sebagai benar.


Berkenaan dengan laporan penonton no 2 dan penonton no 3. Saya ingin kaitkan dengan permasalahan catatan oleh Matius dan Lukas berkenaan dengan silsilah Jesus yang saling bercanggah (Untuk memahami permasalahan tersebut sila baca persoalan yang saya kemukakan dalam thread "Kesalahan dalam bible"). Laporan penonton no 2 dan 3 saling bercanggah kerana dia hanya membuat pengiraannya sendiri tanpa memperolehi sebarang bantuan oleh pihak lain. Jika penonton no 2 dan no 3 memperolehi maklumat jumlah sebenar penonton daripada satu individu yang sama, maka pastinya kedua-dua penonton itu iaitu no 2 dan no 3 akan melaporkan jumlah penonton yang sama yang hadir ke konsert itu.
Kaitkan ini dengan percanggahan catatan Matius dan Lukas. Persoalannya adalah apakah situasi Lukas dan Matius ketika mencatatkan silsilah Jesus itu sama dengan situasi penonton no 2 dan no 3, iaitu tidak memperolehi maklumat daripada satu individu yang sama? Dengan kata lain, apakah Matius dan Lukas mencatatkan silsilah Jesus berdasarkan anggaran atau pengetahuan yang mereka perolehi sendiri? Jika demikian bagaimana pula dengan dakwaan pihak kristian bahawa semua penulis bible itu di bawah bimbingan roh kudus ketika mencatatkan tulisan mereka? Apakah dakwaan pihak kristian tersebut sebenarnya hanya dakwaan yang tidak benar?
Jikalah Matius dan Lukas memperolehi bimbingan daripada roh kudus, maka kenapakah mereka mencatatkan catatan yang saling bercanggah? Apakah bimbingan yang diperolehi oleh Matius dan Lukas itu saling bercanggah? Apakah roh kudus memberikan maklumat yang salah kepada salah satu daripada mereka iaitu Matius dan Lukas itu? Jika demikian bagaimana pula dengan sifat Maha Benar roh kudus itu? Apakah roh kudus berbohong?

Tetapi oleh kerana sikap tidak menggemari penynayi itu maka erusi dan tora bora akan mencari apa jua helah untuk mendakwa yang konsert itu tidak wujud tanpa menyiasat terlebih dahulu kenapa keterangan ketiga-tiga penonton itu berbeza.


Sekali lagi sila fahami, saya tidak pernah mengatakan konsert itu tidak wujud.

Begitu juga dengan agama Kristian ini.

Sepatutnya kita fokus kepada penggorbanan Tuhan terhadap manusia kerana kasih sayangNya terhadap umat ciptaaNya.


Dan jika kesalahan telah wujud dalam bible itu, maka atas dasar apa untuk kamu mengatakan bahawa ayat-ayat yang menjelaskan pengorbanan Tuhan terhadap manusia di dalam bible itu adalah ayat yang mustahil salah dan ayat tersebut tidak seperti mana ayat-ayat yang terbukti salah itu? Soalan ini telah banyak kali saya tanyakan, namun tiada satupun jawapan yang diberikan.
Dengan kata lain pihak kristian tidak punya sebarang alasan untuk mengatakan ayat-ayat lain dalam bible itu mustahil salah atau tidak seperti ayat-ayat yang diakui salah dalam bible itu. Justeru mereka mempercayai ayat yang menjelaskan pengoobahan tuhan itu tanpa mempunyai dasar yang kukuh. Dengan kata lain, mereka hanya percaya secara buta tuli.

Dan yang paling penting ialah perbezaan sebegitu tidak akan menggubah mesej utama Yesus Kristus.


Permasalahan sama seperti di atas. Mesej utama Jesus dapat diketahui daripada bible. Justeru jika bible itu telah mengandungi kesalahan, maka atas dasar apa untuk mengatakan mesej utama Jesus yang tercatat di dalam bible itu tidak mengalami pengubahan? Tiada. Justeru pihak kristian tidak dapat mengetahui apakah mesej utama Jesus yang tercatat dalam bible itu masih asli, tulen dan sahih. Dengan kata lain mereka mempercayai mesej tersebut secara buta tuli.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2010 04:41 PM | Show all posts
Maaf TT sya nak mencelah..

Kalau TT nak mempercayai yg Injil skrg yg asli pun terpulang kpd TT, tiada paksaan untuk TT mempercayai sprt org muslim percaya. TT nak mengimani Bible, silakan. Kami muslim dgn sepenuh hati mengiman Al Quran.

Kalau TT nak cari Injil yg asli jgk, mmg xde skrg.
Cuma klu x keberatan, TT boleh cari jawapannya dgn merujuk Al Quran.
Manatau kalau2 TT boleh mendapat apa2 'clue' kat sana..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2010 05:21 AM | Show all posts
Reply 74# tiptop123


   
Sebenarnya ketiga-tiga penonton itu adalah betul. Adakah saudara berasa hairan?


Namun tak mengapa tiptop123. Jika kamu merasakan laporan ketiga-tiga penonton  itu benar, makanya kita ikut pendapat kamu itu. Mati kita allpykan pendapat kamu itu ke dalam permasalahan sebenar bible itu. Sila tanggani berdasarkan pendapat kamu itu.

Tajuk thread " Kesalahan dalam bible":
Matius mencatatkan Ram memperanakkan Aminadab (Matius 1:4)

Lukas pula mencatatkan Aminadab, anak Admin, anak Arni (Lukas 3:33)

Apakah laporan kedua-duanya adalah betul? Jika demikian, bagi kamu sila nyatakan tanpa menafikan mana-mana catatan Matius atau Lukas, siapakah anak kepada Ram (atau Arni)? Admin atau Aminadab?

dalam masa yang sama jika dilihat dalam bible versi New King James di bawah,

the son of Amminadab, the son of Ram, the son of Hezron, the son of Perez, the son of Judah, (Luke 3.33)

Justeru apakah kedua-dua versi Lukas 3:33 itu betul? Jika demikian sila nyatakan kepada saya siapakah anak kepada Ram atau Arni bagi Lukas tanpa menafikan mana-mana laporan Lukas itu? Adakah Admin atau Aminadab? Dipersilakan.

Seterusnya tajuk thread "Permasalahan catatan umur Ahazia dalam bible":
2 Raja-Raja 8:26 disebutkan umur Ahazia ketika menaiki takhta adalah 22 tahun.
2 Tawarikh 22:2 jika kita lihat dalam Septuaginta menyebut dalam ayat tersebut umur Ahazia adalah 20 tahun.
2 Tawarikh 22:2 bagi kitab Hebrew  mencatatkan umur Ahazia adalah 42 tahun.

Justeru jika semua laporan tersebut betul, maka dipersilakan untuk kamu menyatakan Ahazia naik takhta pada umur berapa tanpa menafikan mana-mana catatan tersebut.

Seterusnya tajuk thread "Permasalahan catatan Wahyu 1:11 dalam bible":
Terdapat dua versi wahyu 1:11 iaitu,
Saying, What you see, put in a book, and send it to the seven churches; to Ephesus and to Smyrna and to Pergamos and to Thyatira and to Sardis and to Philadelphia and to Laodicea.
Bible in Basic English

Saying, I am Alpha and Omega, the first and the last: and, What thou seest, write in a book, and send [it] to the seven churches which are in Asia; to Ephesus, and to Smyrna, and to Pergamos, and to Thyatira, and to Sardis, and to Philadelphia, and to Laodicea.
Revised Webster Version


Justeru catatan versi mana yang sebenar-benarnya yang dicatatkan oleh penulis asal wahyu 1:11 itu? Adakah catatan yang menyertakan "I am Alpha and Omega, the first and the last: and,"  atau tanpa menyertakan ayat tersebut? Dipersilakan menangganinya tanpa menafikan mana-mana versi tersebut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2010 06:03 PM | Show all posts
Post Last Edit by tiptop123 at 21-11-2010 18:41

Kita dapat lihat dua standard yang digunakan untuk mengukur sesuatu kepercayaan.

Standard yang digunakan pada Injil ialah ialah Injil sekarang bukanlah yang asal.

Sebabnya terdapat beberapa ayat yang bercanggah walaupun ayat bercanggah itu tidak sekalipun menpengaruhi ajaran Yesus Kristus mahupun seluruh ajaran dalam Injil.

Fokus utama kita ialah pada ajaran penting dalam Injil. Seperti dalam wujudnya konsert itu.

Kita harus melihat yang konsert itu amat berjaya sekali dan suara penyanyi itu amat sedap didengar.

Adakah kamu semua akan mengikuti jejak erusi dan tidak mahu menerima laporan ketiga-tiga penonton itu gara-gara terdapat laporan bercanggah tentang jumlah penonton?. Meragui kenyataan ketiga-tiga penonton itu sebenarnya samalah seperti tidak percaya yang konsert itu amat berjaya sekali. Cuma erusi cuba bermain ayat dan mempertahankan diri dan berkata yang beliau tidak pernah meragui yang konsert itu wujud.

Keterangan tentang jumlah penonton itu sebernaya tidak sedikit pun mepengaruhi hakikat yang konsert itu amat berjaya sekali.

Telah juga dijelaskan mengapa terdapat ayat dalam Injil yang berbeza. Saya pernah memberi link kepada jawapan tersebut. Namun erusi masih tidak mahu menerima penerangan itu.

Tetapi beliau sanggup menerima dakwaan Injil sekrang telah korup hanya kerana ia didakwa oleh umat islam.

Saya percaya Quran tidak pernah pun menyatakan yang Injil yang ada sekarang adalah korup.

Dan pada masa yang sama, beliau menggunakan standard yang lain untuk mengukur Islam.

Walaupun erusi tidak dapat menerima ajaran Injil kerana pada erusi ada beberapa ayat dalam Injil yang bercanggah.

Saudara erusi berpendapat kitab-kitab Tuhan tidak boleh bercanggah.

TETAPI BELIAU BOLEH MENERIMA YANG KITAB TUHAN YANG MAHA BERKUASA BOLEH DIKORUP OLEH MANUSIA lemah.

Erusi juga boleh menerima yang Tuhan menyelamatkan Yesus Kristus dan akibat daripada perbuatan itu mengelirukan umatNya dan melahirkan agama Kristian. Agama yang mempunyai paling ramai sekali penganut pada masa kini.

Ini dikatakan double standard yang digunakan semasa berhujah.

Tuhan tidak mampu melindungi bukan satu malah beberapa kitabNya daripada dikorup oleh manusia. Erusi mendakwa bahawa Tuhan membenarkan perkara itu berlaku.

Bagaimana kalau saya pula berhujah yang Tuhan membenarkan ayat-ayat bercanggah berlaku dalam Injil?


Yang lagi pelik ialah selama beberapa ribu tahun, tidak pernah pun sesiapa yang mendakwa Kitab Torah ataupun Injil telah dikorup atau diubah.

Banyak manusia telah menggunkan kedua-dua kitab ini (Torah & Injil)  tanpa sebarang masalah. Dan nampaknya Tuhan sendiri pun membiarkan perkara ini berlaku.

Tetapi keadaan telah berubah sebaik saja Islam dimula diasaskan pada lebih kurang tahun A.D 650an.

Kepada semua yang tidak terlibat dalam hujah ini.

Saya menyeru agar saudara/ saudari menyiasat lebih mendalam tentang hal sebegini.

Jangan percaya saja kepada satu pihak iaitu erusi mahupun saya.

Jangan gunakan pandangan bias semasa membuat penilaian. Kuatkan sikap ingin tahu.

Tidak salah disisi agama apabila kita mempunyai sikap yang ingin tahu.

Cuba tanya daripada pelbagai pihak dan cuba lihat dari pelbagai sudut.

Jangan dengar saja hujah daripada satu pihak.

Saudara boleh melawati laman laman web seperti http://www.answering-islam.org/ ataupun http://www.answeringmuslims.com/

Kuatkan sikap ingin tahu dan sifat meyiasat lebih mendalam sebelum membuat sesuatu kesimpulan.

Dalam laman answeringmuslim, saya percaya saudara David Wood akan menjawab segala kemuskilan ataupun kesangsian saudara terhadap agama Kristian. Saudara boleh cuba email ataupun berhubung dengan David Wood.

David Wood juga seringkali berdebat dengan para pakar agama Islam dalam laman webnya. Cuba buka laman webnya dan lihat dan dengar hujah daripada kedua-dua pihak.

Sebenarnya terdapat juga kesangsian dalam Quran. Cuba lihat link dibawah:

http://www.answering-islam.org/Quran/Incoherence/index.html

Dalam mana-mana buku pun kalau manusia mahu mencari kesalahan, mereka akan cuba sedaya upaya untuk mencari kesalahan.

Walaupun dikatakan bahawa bulan adalah bulat, kalau ada segelintir yang suka mencari kesilapan, maka mereka akan cuba berbagai cara untuk berhujah dan mengatakan bahawa bulan berbentuk sabit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor biawak komodo
PrickfordDharma Harun Adik Manja tanggung 2 ekor
Views : 2562 Replies : 31
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 203821 Replies : 4860
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 50444 Replies : 325
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 12271 Replies : 6
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41532 Replies : 254
Guo Wengui Wolf son ambition exposed to open a farm wantonly amassing wealth
rangefinderforuGuo Wengui Wolf son ambition exposed to
Views : 606 Replies : 0
Kenapa Biri Biri Jalan Lambat?
XimKenapa Biri Biri Jalan Lambat?
Views : 21609 Replies : 63
yes that's right
Mrperfect2yes that's right
Views : 6080 Replies : 32
PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
rizalra75PENDARATAN UFO DI KAMPUNG BEMBAN HILIR
Views : 6480 Replies : 9
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74553 Replies : 2996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 12:43 PM GMT+8 , Processed in 1.782106 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list