CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Kisah Ras Adiba Radzi

[Copy link]
Post time 15-12-2007 10:36 PM | Show all posts
aku pun dengar yg ni semua tipu jer...hmmm wallahualam...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2010 08:04 AM | Show all posts
Realiti bahagia bergelar OKU

Oleh ARIF NIZAM ABDULLAH
Foto IZHAM JAAFAR


NALURI kewanitaan Ras Adiba tetap sama seperti wanita normal lain yang cintakan kanak-kanak dan hidup berkeluarga.

LELAKI ini adalah kurniaan paling istimewa Allah. S.W.T buat saya."

Demikian antara luahan perasaan

Ras Adiba Mohd. Radzi dalam wajah bersinar-sinar, lewat pertemuan kami baru-baru ini.

Lelaki yang dimaksudkan itu ialah Umar Ras Engel Abdullah yang dipeliharanya sejak berusia tiga hari. Hari ini, Umar sudah berusia tiga tahun.

Saya agak terleka memerhatikan kemanjaan dua beranak ini biarpun mereka tidak mempunyai pertalian darah.

Umar begitu membahagiakan wanita berusia 42 tahun yang mesra dipanggil Dib.

Pernah bergelar selebriti popular, hakikatnya Dib tidak pernah terlepas berdepan ujian getir dan kesepian dalam hidup.

Rumahtangganya bersama lelaki bernama seniman Amri Ginang hancur di tengah jalan pada 1999 sebelum ujian lebih besar datang bertimpa-timpa. Keseluruhan hidupnya berubah secara total selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dan disahkan lumpuh sebahagian badan pada 2002.

Ibarat jatuh ditimpa tangga, khidmatnya di TV3 tidak disambung lagi sebaik dia dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU).

Bagaimanapun rezeki Allah tidak pernah kurang, hari ini, gaya penyampaian bersahajanya dapat ditonton menerusi Berita Edisi 7 pukul 1 petang dan 7 malam selain rancangan Seven Asia pukul 8 malam di ntv7.

Melewati episod sedih yang memedihkan, hidupnya sama sekali berubah dengan kehadiran Umar, si kecil yang memanggilnya 'mummy'.

Umar pengusir segala sepi, selain membangkit semangat untuk dia kuat berdepan hari-hari mendatang.

"Umar seorang kanak-kanak yang sangat kelakar, saya suka melihat dia tersenyum. Bila saya sedih, tengok wajah Umar, segala-galanya hilang bagaikan kilat.

"Dia jantung hati dan menjadi pengubat rindu saya hari ke hari. Macam persiapan Hari Raya ini, semuanya demi Umar. Bila sudah anak kecil ini, yang seronoknya apabila dapat juga saya pasang lampu warna-warni di rumah," katanya Ras Adiba panjang lebar.

Kriteria bakal suami

Semasa kami berbual pada petang yang disirami hujan lebat di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, saya menyakat Ras Adiba apakah dia tidak mahu menambah lagi ruang-ruang kebahagiaan tatkala usianya semakin berlabuh senja.

Dia langsung tidak mengelak menjawab soalan itu, malah memberi senyuman manis yang kekal indah.

"Saya tidak menafikan ada yang cuba memikat,sampai sekarang masih meminati saya. Siapa kata golongan OKU tidak ada peminat?

"Begitu pun, keutamaan sekarang untuk Umar dan saya bekerja mencari duit untuk membesarkannya, beri dia pendidikan sempurna.

"Mungkin belum sampai seru atau mungkin jodoh saya dengan lelaki pilihan itu tidak bertemu lagi," jawabnya sambil sesekali menegur keletah Umar yang agak nakal.

Apa yang paling penting, lelaki yang bakal menghuni kamar hatinya perlu memahami keadaannya sebagai OKU, kelakar dan matang.

"Ini kerana hendak menjaga golongan OKU bukan senang. Saya pun tidak pasti ada ke lagi golongan lelaki yang bersikap terbuka dengan orang macam saya ini.

"Di Malaysia ini, golongan OKU sudah biasa menerima 'kekurangan' berbanding di negara Barat yang dilayan seperti orang normal dan mendapat hak yang sama rata," katanya sedikit serius.

Namun, Ras Adiba tetap kelihatan berkeyakinan tinggi walaupun dia kini bukan lagi sempurna seperti asal kejadian kehidupannya.

Tahun pertama bergelar golongan OKU, wanita ini mengakui amat terseksa menanggung penderitaan untuk menjalani hari-hari dilalui yang dianggap terlalu sukar.

Namun dengan kuasa Allah, dia kini memperolehi nikmat luar biasa apabila terasa begitu tenang sekali, satu perasaan yang tidak pernah muncul ketika menjadi manusia normal.

Jelasnya, apa yang penting tuan punya badan itu perlu berfikiran positif dan sentiasa melawan perasaan negatif dalam diri.

Ras Adiba juga tidak menang tangan menerima jemputan ceramah motivasi untuk berkongsi rahsia kesihatan. Sempat juga dia bercerita keseronokan mengenai aktiviti masa lapangnya seperti berenang dan bermain badminton.

Membuktikan kebahagiaan menjadi golongan OKU, personaliti ini telah mewakili Malaysia sebagai atlet paralimpik yang membawa obor pada Sukan Olimpik Remaja di Singapura, bulan lalu.

Ras Adiba bersama empat lagi rakyat Malaysia berpeluang merasai suasana gemilang, dengan masing-masing menamatkan larian sejauh 100 meter, sambil memegang obor dengan bangga.

Wanita ini dikatakan menjadi perhatian utama apabila dia menyusur jalan dengan menolak kerusi rodanya di sepanjang Tanglin Road, sebelum memasuki kawasan membeli-belah dan hiburan tersohor di Orchard Road.

"Jemputan menyertai Larian Obor itu merupakan satu penghormatan," katanya dalam nada terharu.

Sambung Ras Adiba, semangatnya tidak boleh berhenti setakat ini sahaja sebaliknya dia perlu meneruskan usaha untuk membantu ramai lagi golongan OKU di luar sana.

"Harapan besar saya agar golongan OKU diberi peluang yang sama seperti individu normal lain.

"Sempena Syawal yang mulia ini, jangan kita melupai golongan OKU kerana masih ramai di antara mereka yang memerlukan bantuan daripada masyarakat," serunya bersungguh-sungguh sebelum mengakhiri perbualan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 08:16 AM | Show all posts
org tak nak offer dia kije sebab dia OKU or sebab org dah tau 'auta' dia yg sebenarnyer
mo_mocha Post at 18-11-2007 09:13

betul ker dia auta?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 08:21 AM | Show all posts
orG yG Lumpuh.... kaki akan menGeciL.... tp kaki die nampak ok je.....

inGat kesah die mintak bantuan kewanGan cos kata die susah... ntah ye ntah dak.....
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 09:19 AM | Show all posts
semoga bahagia...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 09:21 AM | Show all posts
kaki belit noh ko org percaya hidup mewah sebab tipu org tu pun ko org nak kesian............OKU tapi mewah gila umah mewah berapa bijik tah.......dia nih ada stpm jer asalnya masuk tv3 jaga tempat simpanan baju utk org masuk studio jer
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2010 09:35 AM | Show all posts
betul ker dia auta?
masuco Post at 5-9-2010 08:16



    mgkin dia pnah auta k apa, smp dah lumpuh pun org ingat auta....lama nak berlakun wei, tp aku ingt satu la, dia kena serang dgn org bermotosikal tuh kena hempuk dgn helmet, ingt tok pah pun kena org mcm tuh jugak, aku speku nih mmg upahan org, btw hope ras lebih baik skrg, dulu ala2 western skit
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 09:38 AM | Show all posts
mgkin dia pnah auta k apa, smp dah lumpuh pun org ingat auta....lama nak berlakun wei, tp  ...
ubieobie Post at 5-9-2010 09:35

hanya ALLAH yg maha mengetahui
apa yg sebenarnya terjadi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2010 09:52 AM | Show all posts
Reply 68# masuco


    Setuju sangat. Kita manusia kalau tanpa bukti X perlu lah cakap yg dia menipu. Kalau x betol dah jadi fitnah. Sepatutnya kita kena doa kan dia
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 10:08 AM | Show all posts
punya pandai bodek makcik nih...still nak war2 kan berita susah. cukup2lah.. ada OKU yg lagi susah dan merana hidup  tp dorang tak pulak gi ngadu nasib sini sana...agak2 sudahla.  klu dia masih nak idop gaya selebriti memangla susah tp aku rasa idop dia da kira baik klu tak masakan sedia nak amik anak angkat bagai..kita yg normal ni pun tak semewah dia skang.. or is it just bcos tk dpt job sbb tk dpt kuar tb?? so maknanya dia still nk gedik2 popular cam zaman dulu2..

sorry but i disagree dgn dia ni dok jmpa org itu ini just nk ckap dia sorang susah dlm donia nih..syukur dgn apa yg ada dib..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 11:20 AM | Show all posts
kalau tgk gaya hidup dia skrg, aku lagi kesian OKU kat kampung2 nun..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 11:25 AM | Show all posts
Bagaimanapun rezeki Allah tidak pernah kurang, hari ini, gaya penyampaian bersahajanya dapat ditonton menerusi Berita Edisi 7 pukul 1 petang dan 7 malam selain rancangan Seven Asia pukul 8 malam di ntv7Syd Post at 5-9-2010 08:04


Dah ada rezeki mcm atas tu kenalah bersyukur...ke dia ni tak reti bersyukur. Iols tertanya-tanya juga motif dia dihempuk helmet dulu
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 01:21 PM | Show all posts
orG yG Lumpuh.... kaki akan menGeciL.... tp kaki die nampak ok je.....

inGat kesah die mintak ba ...
Nicole Post at 5-9-2010 08:21



    agree...daku dulu time retak kaki,simen 1 bulan lebih,pas bukak simen dalam 2 bulan gak la baru leh jalan semula,tu pon kaki dah mengecut by a few cm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2010 01:45 PM | Show all posts
Reply 72# jetrofa


katanya...
ada kena mengena skandal ngan laki orang ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 01:58 PM | Show all posts
ko org yg tak tahu kesah memang la tak percaya kalau ko nak tahu tanya lah bekas husband dia......ex-husband dia siap nasihat lagi kembali lah ke pangkal jalan.............takkan la kita nak reka cerita n nasi tambah lak
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 02:00 PM | Show all posts
Pepandai jer korang ni mengata dia menipu berpurak purak lumpuh blah blah blah .. dia memang lumpuh la! disc dlm tulang belakang dia tu dah dia keluarkan tahun lepas.

Orang yang tolong urut urat saraf dia ni datang US dua tiga bulan lepas. Orang tu datan tolong my sil punya tulang belakang. Orang tu kerja dgn salah satu gym tersohor di Malaysia.Dia juga ada nak tolong Ida narina tapi cerita selanjutnya saya tak follow.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2010 03:17 PM | Show all posts
yes dia penipu besar!shes my old classmate.an attention seeker.kuat menipu dari sekolah lagi.tak bet ...
poshbabe08 Post at 15-12-2007 21:45


Iols pun BBGS gak dulu, junior sket dari Ras. I know of her 'ways' also tapi takkanlah dia nak menipu pasal hal camni. Sapa yg nak dok dalam wheelchair tak leh gerak dengan bebas macam biasa? Torturous existence tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 03:25 PM | Show all posts
dgr kata dia tpu kan??dia x lumpuh sbrnyer.. ye ke??
kupu2siang Post at 17-11-2007 14:40



    aku pun dgr cite yg sama. ade sumber blh dipercayai ckp dia x lumpuh pun. kalau ikut logik, org yg wheelchair bound ni kaki akan jadi kecik/mengerekot. tapi tgk kaki dia mcm biasa je.wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 04:43 PM | Show all posts
dah lama nk tau cite sal die ni.  dah selak2 benang cume ader due jek.  benang ni n yg satu lg.  kt mn yg ader cite sal die ni pnjang lebar?? tulun akak jap..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2010 08:09 PM | Show all posts
Pepandai jer korang ni mengata dia menipu berpurak purak lumpuh blah blah blah .. dia memang lumpuh  ...
DARSITA Post at 5-9-2010 14:00



    memang la dia menipu beb............lumpuh sekarang sebab balasan dia menipu terlantar dihospital dulu mintak derma, walhal sihat sebenarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 04:03 PM GMT+8 , Processed in 0.402984 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list