CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

MYSTARZ LG

[Copy link]
Post time 28-6-2007 12:51 PM | Show all posts
comelnyer rachel..

wei sape ade lagu tema my starz nih?best woh..gemuruh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2007 03:20 PM | Show all posts
hmm lebih kurang af je...
sume peserta ditempatkan dlm satu banglo yg br diubahsuai...
yg beza sket.....limit umor peserta..
yg paling mude umo 12..emer..
studio bintang kecil pon dia masuk gak....
Reply

Use magic Report

nina27 This user has been deleted
Post time 28-6-2007 10:41 PM | Show all posts

askum

hye sumer..

jgn luper k tgk mystarz LG ahad ni pukul 6ptg kat tv3..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2007 01:15 AM | Show all posts
Originally posted by tudung_bawal at 28-6-2007 03:20 PM
hmm lebih kurang af je...
sume peserta ditempatkan dlm satu banglo yg br diubahsuai...
yg beza sket.....limit umor peserta..
yg paling mude umo 12..emer..
studio bintang kecil pon dia masuk g ...


oooo ye ke??? tiru gak konsep tuh nape.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 07:31 PM | Show all posts
wah wah bukan main lagi datuk hippo sesuka hati mengutuk org lain.  Lupa cermin diri kot.
Her komen entah apa-apa.  She being a judge is just sooo ****.
Mimi yg nyanyi lagu cahaya tu nampak sah buat performance mcm datuk hippo tapi si datuk hippo ni siap menyindir Misha Omar.  Her **** comments was "jgn terikut dgn persembahan artis lain.  yg hentak-hentak kaki tu kita tau siapa pun cara kan".
DAtuk hippo mcm makin besar kepala.  Dia ingat dia perform bagus ke!! DAri mula nyanyi sampai sekarang stail performance mcm tu jugak!  Misha pun mmg tak heran sgt berkawan dgn dia dan mungkin ramai jugak artis yg fikir datuk hippo ni entah apa-apa tapi tak ada pulak mereka bad mouth each other punya stail performance.

Even if Misha dgn her stail of performance is like that at least she always stay true and is not a liar like the **** datuk hippo!
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2007 07:46 PM | Show all posts

Reply #65 minime88's post

Mimi nyanyi tadi mmg hancur. Memang patutpun kena hentam oleh Sitii.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2007 01:16 AM | Show all posts
Originally posted by minime88 at 1-7-2007 07:31 PM
jgn terikut dgn persembahan artis lain.  yg hentak-hentak kaki tu kita tau siapa pun cara kan

rienn bukan peminat siti or misha.. tapi kalau komen di atas tu rienn tak rasa dia mengutuk sesapa.. just dia cakap, jangan tiru sesapa.. in this case, cara misha la.... kalau dia kata jangan tiru cara dia (siti) pun ok gak

[ Last edited by  rienn at 2-7-2007 01:18 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2007 12:29 PM | Show all posts


dier nih maner2 reality show/contest mesti ader Malaysian Idol 1&2, Blast Off, One in a million..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2007 10:29 PM | Show all posts
dak awang tu apsal banyak cakap?poyo nak mampos:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 12:49 AM | Show all posts

Reply #69 orangdalam's post

a ahh aku tgk cara dia ckp mmg poyo..

masa dia komen pasal bdk2 nie pun p[un poyo gak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2007 01:59 PM | Show all posts
aku mmg ikut mystarz ni...best gak...konsep >< mcm af...dok dlm sebuah umah..
tapi diaorg leh kuar bila2 masa kecuali time ada class xlehla...
mimi yg nyanyi lagu cahaya tu org kl ke?klu xsilap masa audition n masa mula2 dlu
ckp org phg...muka dia ni skali tgk dh mcm ct tp kekadang ada gak muka rosma...
si rubisa tu dh kawin ada ank sorg...sblm ni dh 3 kali audition af tp sbb dh kwin
kena reject...mula2 rahsia identiti tp bila dh di short listed org dpt trace...
suara dia boleh tahan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2007 11:05 PM | Show all posts
tetiber tersuke kat badri..sbb die nyanyi ptg tadiks cam best..cam smpai kat ati aku
tp awang tuh mmg patut kuar kot arinih..sbb antara 6 arinih.die yg nmpk plg kureng
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 10:33 AM | Show all posts
aku pun suka kat Badr....tambah2 lagi bila dia nyanyi lagu feveret......suka sesangat.....tp sayang mamat ni dah kawin rupanya.......hampeh tullll.....mati2 aku ingat dia bujang......

selain dia dan nurbisa tu sapa lagi yek yg dah kawin????

apapun mmg waktu siaran dia tak sesuai lansung......tak leh tukar ke????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2007 02:31 PM | Show all posts
Awang peserta MyStarz pertama tersingkir
09-07-2007 12:39:06 PM
Oleh RADIN SRI GHAZALI  


Awang peserta pertama tersingkir dari MyStarz
(Foto fail The Star)

BARU sahaja ingin berjinak-jinak dengan dunia pertandingan realiti, akhirnya Awang atau nama sebenarnya Awang Jasmin Jaimin menjadi korban pertama untuk rancangan realiti terbaru MyStarz LG.

Awang yang menyanyikan lagu nyanyian Farah Diya yakni Bertakhta Di Hati gagal memikat hati panel juri yang terdiri daripada Datuk Siti Nurhaliza, Iman Wan dan Man Kidal.

Malah ketiga-tiga mereka bersetuju bahawa peserta dari Sabah itu bagaikan kurang bersedia pada pertandingan tersebut.

"Saya sememangnya bersedia untuk konsert pada hari ini. Malah, saya tidak mengalami masalah ketika latihan. Ini dinamakan nasib kerana apa yang terjadi adalah luar daripada kawalan kita," ujar pemuda yang berusia 26 tahun ketika sidang akhbar selepas konsert kedua itu.

Ketika ditanya jika pemilihan lagu yang merupakan sebuah lagu nyanian penyanyi wanita yang menjadi punca, Awang tidak bersetuju.

"Saya amat menyukai lagu ini terutamanya senikatanya. Saya tidak merasakan bahawa lagu yang saya dendangakn yang merupakan lagu artis wanita yang membuatkan saya gagal untuk bertahan dalam pertandingan ini," ujarnya lagi.

Ketika ditanya mengenai masa hadapan Awang selepas penyingkirannya, Farihin Abdul Fattah sebagai pengetua MyStarz menjawab, "Dia akan masih bersama kami di rumah LG untuk meneruskan pengajian serta latihan bersama-sama kawan-kawannya yang lain.

"Selain daripada itu, Awang turut akan terbabit dengan kerja-kerja produksi bersama-sama krew kami. Saya mahu dia menerima pendedahan yang secukupnya mengenai kerja-kerja di belakang tabir."

MyStarz berformat baru

Pada minggu pertama rancangan MyStarz, kesemua peserta-peserta bertanding dalam durasi satu jam.

Namun minggu kedua melihatkan satu perubahan yang drastik apabila peserta-peserta MyStarz dibahagikan kepada dua buah kumpulan.

"Kami berbuat demikian kerana kesuntukan masa. Saya merasakan ianya tidak adil untuk peserta membuat persembahan dalam masa dua minit sahaja.

"Pada minggu ini, setiap peserta diberikan tiga minit untuk melakukan apa yang terbaik untuk persembahan mereka," ujar Farihin mengenai perubahan format rancangan tersebut.

"Pihak juri turut memerlukan masa yang panjang untuk membuat penilaian dan ianya lebih adil untuk mereka menilai dengan jangkamasa yang lebih panjang," tambahnya lagi.

Untuk mengelakkan sebarang ketidakadilan, kedua-dua kumpulan dibahagikan berdasarkan beberapa kriteria.

"Kedua-dua buah kumpulan bloleh dikatakan seimbang dan mempunyai peluang yang sama rata. Namun, terdapat beberapa kriteria yang kami gunakan untuk memisahkan mereka seperti jantina, konsep lagu , asal-usul serta umur mereka.

"Malah, konsert minggu ketiga nanti akan membawa perubahan serta kelainan daripada apa yang ditunjukkan pada minggu ini," ujar Farihin lagi.


Badri antara peserta yang paling menonjol pada konsert kedua
(Fail Foto The Star)

Peserta lelaki dominasi pertandingan

Tidak dapat dinafikan bahawa konsert minggu kedua melihatkan dominasi peserta-peserta lelaki.

Russel Curtis berjaya memukau hati ketiga-tiga panel juri profesional dengan dendangan lagu nyanyian Eric Clapton, Change The World. Malah, peserta tersebut turut menunjukkan bakatnya sebagai seorang pemain gitar dengan cukup cemerlang.

"Kamu bagaikan serasi dengan band yang bermain dengan kamu. Kamu mempunyai banyak potensi," ujar Iman terhadap kemampuan Russel pada petang tersebut.

"Kombinasi muzik kamu lebih kuat tetapi kamu perlu memperkemaskan lagi persembahan kamu," tegas Man Kidal yang terpikat dengan showmanship peserta dari Kuala Lumpur itu.

Peserta termuda pertandingan MyStarz,  Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri atau Emeer sekali lagi membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk bersaing di dalam sebuah program realiti.

Namun, sayangnya pada pertengahan persembahan Emmer, suaranya tidak kedengaran kerana asalah teknikal.

Dengan lagu dendangan daripada kumpulan Samsons yakni Kenangan Terindah, Emeer berjaya membuat ketiga-tiga panel juri terpegun dengan kelantangan serta kematangan suaranya.

"Saya bagaikan tidak percaya dengan kebolehan kamu dan kamu semestinya sudah mempunyai ramai gadis-gadis serta ibu-ibu yang meminati kamu," ujar Iman.

"Saya tertarik dengan Emeer. Walaupun menghadapi masalah mic tadi, Emeer masih bersemangat untuk meneruskan persembahan Emeer," ujar Datuk Siti Nurhaliza yang kagum dengan sikap profesional yang ditunjukkan oleh peserta berusia 12 tahun itu.

Peserta kegemaran penonton di studio, Badri atau nama sebenarnya Badri Ibrahim memilih sebuah lagu romantis yang berjudul Have You Ever Loved A Woman.

Ternyata dia berjaya mengambil hati mereka yang hadir serta panel juri yang berpuas hati dengan persembahannya.

"Itulah lagu kegemaran saya. Saya enjoy dan kamu bakal menjadi seorang idol nanti," ujar Iman.

"Pandai kamu pilih lagu ye. Malah ini merupakan persembahan terbaik. Kamu mempunyai kawalan vokal yang bagus," ujar Datuk Siti.

Saangnya tiga orang peserta kurang memberi impak pada petang tersebut.

Rubisa Tiasin memulakan saingannya dengan sebuah lagu dangdut yang berjudul Penasaran.

Walaupun menunjukkan pergerakan berdansanya, Rubisa masih kekurangnya identiti serta impak.

"Terdapat banyak penyanyi wanita di dalam industri ini. Kamu harus menunjukkan satu kelainan." ujar Iman.

"Kamu kelihatan gementar berbanding dengan minggu yang lalu. Pastikan kamu relaks untuk setiap persembahan kamu," kata Datuk Siti mengenai peserta dari Sabah itu.

Peserta dari Kuala Lumpur, Mimie Aishah pula mendendangkan lagu nyanyian juri tetap MyStarz, Datuk Siti Nurhaliza yakni Destinasi Cinta.

Walaupun menunjukkan peningkatan vokal namun peserta yang mirip-mirip seperti Datuk Siti kurang menyerlah daripada segi penguasaan pentas.

"Kamu berhenti di tempat yang kurang strategik. Kamu harus berada di posisi tengah agar kesemua penonton dapat memberi fokus terhadap kamu," ujar Datuk Siti.

"Kamu ada gaya tetapi kamu masih malu. Kamu mesti rasa selesa dengan diri kamu sendiri," kata Man Kidal.

Peserta dari Sabah, Awang pula gagal memberikan sebarang persembahan yang solid pada petang tersebut. Dengan nyanyian Bertaktha Di Hati, Awang bagaikan tidak bersedia serta bagaikan lupa cue untuk memasuki lagu tersebut.

"Vokal kamu ada pitchy. Walaupun bermula dengan baik, tetapi kamu bagaikan penyanyi karaoke ketika chorus bermula," ujar Iman mengenai peserta tersebut.

"Kamu bagaikan kurang latihan. Selepas ini, kamu harus memastikan bahawa kamu tahu mana untuk masuk semula untuk menyanyi," ujar Datuk Siti.

Kini tinggal sebelas peserta yang bakal bertanding merebut gelaran juara MyStarz. Mereka adalah Hamiza Tasyha Bashir dari Kuala Lumpur; Mimie Aishah (Kuala Lumpur); Rubisa Tiasin@Mimie (Kota Kinabalu); Rachel Wesley (Kota Kinabalu); Shaza Marina Azmi (Johor Bahru); Ahmad Aliff Afif Tirmizie (Kuala Lumpur); Russel Curtis (Kuala Lumpur); Mohd Emeer Iskandar Mohd Bakri (Kuantan); Badri Ibrahim (Kuala Lumpur); Andy Adrian J (Kota Kinabalu) dan Khairul Hizam Kaha (Kuching)

MyStarz, LG membariskan komposer Farihin Abdul Fattah sebagai pengetua dan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Program ini mempunyai kelainan tersendiri. Selain diberikan pendedahan latihan sebagai penyanyi, mereka turut terlibat dalam program kebajikan dan aktiviti kemasyarakatan.

Peserta juga akan diberi tips tentang perhubungan awam dan bagaimana untuk menjawab soalan-soalan dari pihak media. Setiap peserta diberi pengetahuan menjaga penampilan diri (grooming) dari minggu pertama sehinggalah ke akhir episod.

Selama 13 minggu juga, semua finalis akan mengikuti pembelajaran muzik di 'LG House' yang disampaikan sekumpulan pemuzik.

Mereka bagaimanapun tidak 'terkurung' di lokasi itu sahaja dan dikehendaki mengikuti modul pembelajaran yang telah disediakan. Mereka bebas berjumpa dengan keluarga dan rakan selepas sesi belajar.

Juara MyStarz, LG berpeluang memenangi wang tunai berjumlah RM100,000, sebuah TV LCD berukuran 42" (kedua-dua tajaan LG) dan rakaman album dengan label antarabangsa.

Penaja utama MyStarz, LG ialah LG sementara penaja penginapan rasmi ialah Best Western Premier Seri Pacific Hotel sementara penaja bersama lain ialah Yamaha Music, Proton Holdings Berhad, KCC Paint Sdn Bhd, Ayamas Food Cooperation manakala penaja pakaian ialah Rizman Ruzaini, ADIDAS (M) Sdn Bhd dan Converse (M) Sdn Bhd.

LG juga menaja pelbagai alat elektrik keluarannya dan telefon bimbit model terbaru LG Shine KE970, penghawa dingin dan juga Chocolate Audio sistem yang terbaru.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2007 06:10 PM | Show all posts
try pi godek2 kat youtube.. tp x jumpe lak vc si badri nih..
best la die nyanyi smalam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 02:29 AM | Show all posts
lagu tema my starz LG, gemuruh:

http://www.tv3.com.my/mystarzlg/music/MyStarzLG-Theme-Song.mp3

Gemuruh
lagu: Aubrey Suwito
lirik: Tessh RS

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2007 08:42 AM | Show all posts
Originally posted by minime88 at 1-7-2007 07:31 PM
wah wah bukan main lagi datuk hippo sesuka hati mengutuk org lain.  Lupa cermin diri kot.
Her komen entah apa-apa.  She being a judge is just sooo ****.
Mimi yg nyanyi lagu cahaya tu nampak sa ...



uikksss...marahnya...........
rilek la, program mcm ni tuk hiburan masa santai, bkn nak bg naik darah.
take it easy la dik

pape pun suka ngan badri. dia enjoy dan vocal dia suai dgn lagu. best
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 10:51 AM | Show all posts

Reply #73 qisha79's post

lerr.. badri tu da kawen ehh... aiseyy...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 01:52 PM | Show all posts
badri ni sora leh tahan...
fan dia kt sri pentas tu  giler ramai...
klu boleh fan dia nk conquer 1 hall..
padahal tmpt tuk family mmber 20seats je...
sian gak kt family peserta lain...
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2007 03:12 PM | Show all posts
aku mmg minat BADRI...
awal2 aku dh taw die akan jd fav contestant...

ske dgor suare die...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1739 Replies : 2
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177985 Replies : 4060
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22055 Replies : 126
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5356 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7193 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73134 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45540 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.604849 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list