Post time 10-11-2019 08:58 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bila kita asyik terlalu berhubung dengan perkara2 sihir maka kita akan terpengaruh. ...cth kita rajin bawa pesakit menjalani perubatan sihir. .jadi bila kita berdepan dgn sebarang penyakit terus kita kaitkan dgn sihir.....begitu juga tindak tanduk manusia...
Pengalaman aku dgn seseorang ni....sikit2 sihir. ..tepuk dahi aku....
slot Tanyalah Ustaz bertajuk Dosa besar, sihir
minit ke 31-35... amalan sebelum tidur
duduk kaki berlunjur menghadap kiblat
tadah tangan utk berdoa
baca 3 Qul
tiup ke tgn
kemudian sapu ke seluruh badan hingga tapak kaki
ulang 3 kali
kemudian baca ayatul Qursi
doa tidur of cos la mengucap segala tu. mcm amalan biasa sblm tidur
org yg buat sihir ni..mmg takde hati perut btul kan
dh la mensyirikkan Allah..khurafat pulak buat benda2 tahyul.
pastu menzalimi mangsa lg.kalau mati..waris2 dia terseksa.
haishh hidup la dlm dosa.
Post time 16-1-2020 12:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Pesakit mental atau kanker selalu dikaitkan dengan sihir, itu yang akak selalu dengar. Bila sakit, katanya sihir.. Tok moh tok kun selalu dijunjung bagai Tuhan. Berubat ngan tok moh tok kun, dah dekat nak mati baru pii Berubat katspital. By that time dah too late.
Post time 18-1-2020 10:28 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Keluarga I penah menjadi mangsa sihir. Puas berubat ke sana sini untuk pulih tapi I tell you, memang makan masa. I salah sorang mangsa dari umur 17 tahun. Until now dah beranak pun still lg ada cubaan, tapi alhamdulillah Allah SWT sebaik-baik pelindung.
Apa yg I nak kongsi kan kat sini ialah, jangan jadikan berubat dgn org lain tu sebagai alternative utama untuk sembuh.
After more than 12 years of experience ni, apa yg I boleh kongsi kan ialah, sebenarnya kita sendiri boleh ubatkan diri kita. Tahajud, solat hajat, mengaji al quran dgn consistent dan zikir. Boleh buat ruqyah sendiri jugak tapi i sarankan buat bila ada org kat rumah, someone who is reliable lah (org dewasa) bukan kanak-kanak. Sebab nanti kalau ada effects, kalau u tumbang ada org boleh bantu. 'Tumbang' doesnt mean u akan meracau tau. Tak semestinya. Kesan lain pun boleh ada. Contohnya I, bila I ruqyah kan diri I sendiri, kepala I sakit yg amat and I muntah teruk! Haaa, kalau jadi mcm tu kat you, kalau takde org dewasa payah jugak kan?
Ada org tak percaya benda-benda sihir ni. Tapi I percaya je. Kita jgn taksub berubat dengan orang. Allah dah cakap dalam quran macamana nak ubatkan diri kita dari gangguan syaitan & iblis ni. Kita mampu ubatkan diri kita.
Banyakkan bersedekah. Walaupun kita sendiri tak cukup, sedekah jugak.
I dengan ikhlas hatinya mendoakan kalau ada yg baca komen i ni pernah experience atau tgh experience menjadi mangsa sihir, akan sembuh dan sihat selalu. InsyaAllah.
Post time 27-1-2020 11:32 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Bende yg paling menyakitkan hati bila orang yg paling dekat dgn i (suami & mak) tak percaya mengenai sihir tapi at the same time mereka tiada usaha secara medic atau psikologi utk atasi "masalah" yg dikatakan tiada kaitan dgn sihir..
4thn i fight alone dgn perasaan, kesakitan, kepelikan.. lepas seorang ustaz yg dtg kenduri rumah mak mertua secara tiba2 berbual dgn suami & tnyakan sesuatu.. barulah lepas tu kami semua pergi berubat..
walaupun lepas 10thn masalah tu x selesai 100% tapi banyak juga dh kurang.. finding i dlm masalah ni (merujuk pd kes i shj), sesiapa pun boleh disihir dan menyihir.. tak perlu terlalu memikirkan apa yg org akan buat pd kita.. setiap drpd kita ada keburukan dan kebaikan.. tapi fokuslah pd apa yg kita boleh buat utk diri kita.. kita tak mampu kawal apa yg org akan buat pd kita tapi kita mampu utk kuatkan diri dgn amalan kita..
Masalah2 sihir ni sepatutnya dijadikan turning point dlm hidup kita utk dekatkan diri dgn lebih lg pd Allah.. skrg baru i faham apa maksud "jangan risau, Allah ada" (walaupun it takes more than 10years to realize).. lagi bnyk u berserah pd Allah , dan menjadi lebih redha, In Shaa Allah lagi kurang u memikirkan dan merasai masalah..
Itu pengalaman i.. wlpun sihir tu tak merosakan fizikal kami mcm sesetengah org akan demam berpanjangan, terlantar di katil, cengkung etc... tapi sihir yg kami hadapi melihat pasangan dgn wajah yg sgt hodoh dan mengerikan, merosakkan jiwa, menyemai kebencian, menghancurkan kasih sayang.. sampai tahap kecewa dgn diri sendiri.. setiap kali balik rumah, tgk sekeliling "i have everything but i have nothing"
Tp bila kita mula berubat, dan selalu berjumpa dgn ustaz2 , selalu dengar ayat Quran, solat jgn lewat/tinggal... Masalah tak kurang/berubah tapi hati jadi lebih tenang sbb i tak rasa i fight alone lagi.. i know He always listen to my prayer selama ni..
Untuk yg menyihir, ustaz/mana buku rawatan ada ajar ayat2 utk kembalikan sihir tu tapi i tak pernah buat sebab i rasa dia tak mampu nak hadapi apa yg kami hadapi.. kalau i doakan dia hancur, anak dan isteri dia akan terpalit sekali.. mereka tak salah.. i dah rasa mcm mn anak dan suami i terseksa selama ni.. tapi kalau suami yg doakan i tak halang.. itu pilihan dia..