CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Eddlisa_uyuk

AKASIA : SPA Q-2

[Copy link]
Post time 15-12-2008 06:38 PM | Show all posts
hoh, dah setat woi...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2008 07:52 PM | Show all posts
tak best arr takde elly mazlein & intan azura..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 07:54 PM | Show all posts
mcm sengal jer tadik citer neh..
tp baru 1 episod..tggu ler esok2...
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 09:41 PM | Show all posts

Reply #43 wekwek1's post

dah start ker....
lupa plak haku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2008 09:45 PM | Show all posts
si lisa tuh makin kurang ajar lak gan mak dia.........
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 10:13 PM | Show all posts
Sheila Oh la la...

Sheila Oh la li...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2008 10:41 PM | Show all posts
aku suek sgt episod arinie..nak gelak aje aku...lebey2 lagi watak sheila oh lala oh lali tu....hehehe....apesal lisa jadik mcm tu yeee?....dah jadi mcm mmbr lame dier kat season 1..yg gothik sket tu...hihihih.....fatin xmati kee?...bior betol..ke dafi mimpi ??
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2008 11:26 PM | Show all posts
faradhiya berlakon tp sbg julia. ni mesti ala2 pelanduk dua serupa or kembar fatin ker. lol
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 01:32 AM | Show all posts
nape kat tv3 online x blh nak tgk..asyik buffer jer...boring tul
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2008 01:42 AM | Show all posts
Originally posted by LoVE_BiTe at 15-12-2008 11:26 PM
faradhiya berlakon tp sbg julia. ni mesti ala2 pelanduk dua serupa or kembar fatin ker. lol


ahha kan...tipikal citer selalu yg tuh arr
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 09:09 AM | Show all posts
apsal ler aku tgk ketet c jasmin hamid ni beso semcm jerk smlm..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 09:28 AM | Show all posts
Semalam punye episod macam bangang je....  terutama bab si ifa terpekik2, pastu si azizah mahzan tu mcm over la pulak. Lakonan tak se real SPA Q1 dulu. tapi tak tau la plak kut baru satu episod.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 10:00 AM | Show all posts
erk! x tgk..kne tgk online sat g..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 12:59 PM | Show all posts
Cerita wanita cantik Spa Q 2

METRA SYAHRIL MOHAMED metra.mohamed@utusan.com.my



NORISH Karman dan Ifa Raziah.

DRAMA bersiri Spa Q 2 kembali menghangatkan para penonton TV3 apabila ia mula bersiaran sejak semalam.
Menceritakan kehebatan cabaran yang dilanda Qistina, selain Norish Karman, Spa Q 2 menampilkan watak-watak baru sebagai 'pengancam' hidup Qistina yang diterajui Jasmin Hamid, Zizie Ezette selain Farahdhiya.
Siri 60 episod baru itu memperlihatkan kelainan daripada segi jalan ceritanya yang lebih menarik dengan pelbagai konflik terpaksa dihadapi Qistina sebagai wanita cantik dan berjaya.
Bukan sahaja konflik keluarga, Qistina turut ditekan musuh-musuh perniagaannya yang mula bersatu untuk menjatuhkan Spa Q.

Tanpa disangka, musuh-musuhnya itu dahulunya adalah kakitangan Spa Q dan ia ditambah dengan kemunculan Datin Sofira (lakonan Jasmin), yang cukup dikagumi Qistina tetapi sebenarnya menyimpan dendam terhadapnya.
Begitulah hebatnya cabaran dilalui Qistina yang mengharungi hidup tanpa kekuatan dan sokongan suami di sisinya.
Bercakap mengenai Spa Q 2, Hits tidak melepaskan peluang menghadiri majlis pelancaran drama bersiri itu yang diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor, minggu lalu.
Dihadiri semua bintang ternamanya, toleh kanan toleh kiri, Hits sempat menemu bual empat pelakon jelitanya iaitu Jasmin Hamid, Zizie Ezette, Farahdhiya dan Norish Karman.
Bukan sahaja cerita tentang apa yang berlaku dalam Spa Q 2, mereka diajak berbicara tentang pengalaman hidup mereka sebagai pelakon.


Berlakon bukan hobi - Jasmin

Memulakan bicara tentang pengalaman berlakon, Jasmin Hamid bertindak meluahkan perasaannya terhadap sikap pelakon baru yang dilihatnya semakin lupa soal disiplin, etika kerja dan hubungan sesama pelakon.
Katanya, sepanjang pemerhatian dan apa yang dilaluinya, ada pelakon baru yang tidak hormat dan enggan bertegur sapa dengan pelakon senior.
"Kita yang agak lama pun hormat dan tegur pelakon yang lebih senior. Kalau ada pun yang takut dan malu, mereka kena belajar dan tahu bagaimana untuk merapati pelakon senior.
"Saya cukup kecewa dengan mereka. Ada juga yang beranggapan berlakon cuma sebagai hobi dan kemudiannya main-main dalam soal kerja.
"Kalau hobi, baik kumpul setem. Ini periuk nasi kita dan kita tidak boleh main-main.
"Dahulu saya diajar oleh pengarah yang cukup garang dan hasilnya, kami masih berlakon hingga kini,'' ujar Jasmin.
Jelasnya, ramai juga pelakon baru yang dilihatnya perasan diri sudah cukup bagus dan justeru itu, mereka merasakan tidak perlu 'memandang' atau bertegur sapa dengan pelakon senior.
Dalam Spa Q 2, Jasmin memegang watak sebagai Datin Sofira yang menawarkan persahabatan kepada semua kakitangan Spa Q.
Malah, Qistina sendiri tertarik dengan personalitinya namun dalam diam, Sofira menyimpan dendam terhadap Qistina.

Zizie bosan watak jahat?

Asyik diberikan watak jahat, Zizie Ezette mengakui sudah semakin bosan dengan watak seperti itu.
Katanya, apa yang diimpikan selama ini adalah untuk melakonkan watak wanita psiko serta watak yang bermain dengan perasaan.
"Memang kita tidak boleh memilih watak. Pernah juga saya suarakan kepada pengarah atau produser tetapi mereka lebih suka saya bawa watak jahat.
"Tidak watak jahat, watak gedik dan perempuan sombong. Itu sahaja.
"Namun, apa yang saya hendak katakan, membawakan watak jahat lebih senang daripada watak baik,'' jelasnya.
Menyambung bicara mengenai kenyataan Jasmin, Zizie memberitahu, jika ada pelakon baru yang tidak mahu berkawan dengannya, dirinya tidak pernah merasakan apa-apa kerugian.
"Bagaimanapun, bagi saya, lebih banyak berkawan dengan pelakon senior, lebih banyak pengalaman yang akan saya diperolehi.
"Itu yang diajar kepada saya sejak dahulu,'' tegasnya yang membawakan watak sebagai Norell dalam Spa Q 2.
Norell merupakan pengurus Spa Q, namun ada perkara yang membuatkannya sanggup mengkhianati Qistina.


Farahdhiya serius bekerja

Sementara itu, bagi Farahdhiya pula, meskipun menganggap dirinya masih baru dalam industri hiburan, tetapi menegaskan disiplin dan keseriusan dalam bekerja adalah cukup penting.
"Ramai artis terutamanya yang baru kurang ambil peduli soal disiplin.
"Bagi saya, kalau ada yang datang lewat di lokasi penggambaran, itu membuang masa saya,'' katanya.
Menurut Farahdhiya, dia lebih suka menegur secara berhadapan dengan mana-mana artis yang datang lewat ke lokasi daripada bercakap di belakang.
Kepada satu soalan mengenai komitmennya terhadap nyanyian dan lakonan, Farahdhiya memberitahu, ada beberapa tawaran yang terpaksa ditolaknya bagi memfokus kepada kerja-kerja tertentu.
"Dalam lakonan, awal-awal lagi saya sudah maklumkan kepada pengarah yang saya ini adalah penyanyi.
"Oleh itu, ada waktunya saya terpaksa mengikut jadual nyanyian,'' ujarnya yang bakal muncul dengan album baru tidak lama lagi.


Siapa kata kami bergaduh? - Norish

Dalam pada itu, baru-baru ini, wujud dakwaan mengatakan pelakon Ifa Raziah dan Norish Karman 'tidak sebulu' sewaktu berada di lokasi pengambaran Spa Q 2.  Semuanya disebabkan masing-masing dikatakan hendak menunjuk diri mereka sebagai 'diva'.
Namun, sewaktu bertemu dengan Norish, wanita ini dengan nada lembut menjelaskan semuanya hanyalah dakwaan kosong daripada mereka yang digelarnya sebagai 'nyamuk'.
"Tidak ada apa-apa. Ini hanya nyamuk yang mahu menghancurkan imej Spa Q. Saya dan Ifa tidak ada masalah.
"Rasa terkilan juga kerana selama ini memang saya tidak pernah bergaduh dengan mana-mana artis.
"Mereka ingat saya ini jenis yang suka bergaduhkah? Saya bukanlah budak lagi,'' kata Norish.
Menurutnya, melihatkan dakwaan sebegini dihebahkan melalui media massa, dirinya merasakan ia sesuatu yang tidak perlu dilayan.
Ditanya mengenai Spa Q 2 pula, Norish yang bakal muncul dalam sebuah karya berbentuk komedi berjudul Kasut Tumit Tinggi berkata, budaya penampilan wanita dalam Spa Q sememangnya menampakkan kecantikan.
Meskipun ada yang mengatakan kecantikan itu diperlihatkan sebagai melampau, Norish menjelaskan ia sebenarnya mengikut imej pengusaha spa yang seharusnya menepati ciri-ciri kecantikan wanita.

[ Last edited by  jue7269 at 16-12-2008 01:01 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 01:15 PM | Show all posts
yg aku xsuke rambu qistina karat sgtttttttttttttttt:@ :@ :@ ...pastu jasmin hamid punye bulu mateee....ya ampunnnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 06:08 PM | Show all posts
rupanya jasmin hamid ni wataknya sbg madu c qistina. tp tak sape yg tau. aku tgk kat mytv3 td.
huhu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2008 06:08 PM | Show all posts
farahdiya plak watak baru.
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 06:35 PM | Show all posts
lum tengok lagi....leceh arr tv3 online skrg ni...kena register dulu, pastu server bengong!
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 06:53 PM | Show all posts
Poster asal Spa-Q 2... Tajuk pon lain.. Tentang Qistina

Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2008 07:14 PM | Show all posts
si zaefrul nih nanti main2 cinta ngan qistinakah
si mar asyik2 suruh zaef temankan si qis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.644322 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list