CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ip_lepat

Berita Semasa [Pelbagai] Luar Negara & Ucap Selamat (10 Post Sehari)

 Close [Copy link]
Post time 2-11-2023 10:32 AM | Show all posts
Gaza terkini: Hamas janji bebaskan tahanan asing


WARIS tebusan yang ditahan Hamas memegang gambar ahli keluarga mereka semasa pertemuan di Perhimpunan Kebangsaan Perancis di Paris.-AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
2 November 2023, 10:00 am

GAZA: Kumpulan pejuang Hamas memaklumkan akan membebaskan beberapa tebusan warga asing dari Gaza dalam tempoh terdekat.

Jurucakap Briged Qassam, Abu Obeida mengumumkan keputusan itu dalam ucapan menerusi video di mana beliau turut berjanji untuk menjadikan Gaza sebagai ‘kubur’ untuk tentera Israel berikutan peningkatan operasi darat rejim Zionis.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran lanjut mengenai bilangan tahanan yang akan dibebaskan atau kewarganegaraan mereka.

Abu turut menafikan kenyataan Israel berjaya membebaskan tebusan ditahan Hamas yang dipercayai ditempatkan dalam terowong bawah tanah di serata Semenanjung Gaza.

Sebaliknya, tambah beliau, jumlah besar tahanan kini berada di bawah kawalan individu dan beberapa kumpulan berbeza.

Lebih 230 orang termasuk anggota tentera Israel dan orang awam, serta warga asing dari pelbagai negara dilaporkan ditawan oleh Hamas dan kumpulan bersenjata Palestin yang lain semasa serangan maut ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Lima tebusan sudah dibebaskan selepas rundingan melalui saluran diplomatik dengan bantuan dari negara-negara luar termasuk Qatar dan Mesir.

Seorang tebusan didakwa dibebaskan melalui serbuan darat oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza Isnin lalu.-AGENSI

Kredit: Utusan malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 11:16 AM | Show all posts
Neymar jalani pembedahan lutut




Penyerang Brazil, Neymar (kiri) terbaring selepas berlaga dengan pemain Uruguay, Nicolas de la Cruz pada aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Montevideo pada 17 Oktober lalu. – Foto AFP

BRASILIA: Bintang bola sepak Neymar akan menjalani pembedahan hari ini di negara kelahirannya Brazil selepas koyak ligamen dan meniscus di lutut kirinya ketika perlawanan pasukan kebangsaan bulan lalu, kata Persekutuan Bolasepak Brazil (CBF) semalam.

Pemain berusia 31 tahun itu, yang menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal dari Paris Saint-Germain (PSG) pada Ogos lalu, akan dibedah di hospital Mater Dei di bandar selatan Belo Horizonte oleh doktor pasukan kebangsaan Rodrigo Lasmar, kata CBF dalam satu kenyataan.

Lasmar sebelum ini membedah Neymar selepas mengalami keretakan kaki pada tahun 2018.

Neymar diusung keluar dalam tangisan ketika Brazil tewas 2-0 kepada Uruguay pada aksi kelayakan Piala Dunia 17 Oktober lalu, selepas berlaga dengan pemain tengah lawan Nicolas de la Cruz.


Kecederaan itu dijangka menyaksikannya terpaksa berehat beberapa bulan, termasuk aksi kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Colombia dan musuh tradisi Argentina bulan ini.


Hospital Mater Dei di Belo Horizonte, tempat penyerang Brazil, Neymar akan menjalani pembedahan lutut hari ini, menurut CBF. – Foto AFP

Ia kecederaan terbaharu dialami Neymar, yang menjalani pembedahan pada Mac lalu kerana masalah buku lali yang menyebabkannya berehat enam bulan.

Masalah kecergasan membelenggu enam musimnya di PSG, yang mengikatnya dengan rekod dunia AS$234 juta (RM1.1 bilion) pada tahun 2017.

Dia menandatangani kontrak bersama Al-Hilal dengan harga AS$95 juta (RM451 juta) pada Ogos lalu.

Di sebalik bergelut dengan kecederaan, Neymar melakar nama dalam rekod pada September lalu apabila dia mengatasi pemain legenda Pele untuk muncul penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 79 gol. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... ni-pembedahan-lutut
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:17 AM | Show all posts
CEO, tiga pegawai lain syarikat sirap batuk bawa maut dipenjara


Gambar hiasan

JAKARTA: Mahkamah Indonesia hari ini menjatuhkan hukuman penjara ke atas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan tiga pegawai lain sebuah syarikat ubat batuknya yang dikaitkan dengan kematian lebih 200 kanak-kanak kerana melanggar undang-undang keselamatan ubat-ubatan, kata peguam syarikat itu.

Syarikat tempatan, Afi Farma, didakwa mengeluarkan sirap batuk yang mengandungi bahan toksik berlebihan dan pendakwa raya mendakwa empat pegawai itu secara 'sedar' tidak menguji ramuan terbabit, walaupun mempunyai cara dan tanggungjawab untuk berbuat demikian, menurut kertas pertuduhan.

Peguam syarikat itu, Reza Wendra Prayogo, berkata mereka menafikan kecuaian dan syarikat terbabit sedang mempertimbangkan untuk membuat rayuan.

Pegawai itu termasuk CEO, Arief Prasetya Harahap, dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah di bandar Kediri, di wilayah Jawa Timur, tempat syarikat itu beroperasi.



Pendakwa raya yang memohon hukuman penjara sehingga sembilan tahun terhadap tertuduh berkata, Afi Farma tidak menguji bahan yang dihantar pembekalnya sebaliknya bergantung kepada sijil yang diberikan kepada pihaknya berhubung kualiti dan keselamatan produk.

Oktober lalu, Reza memberitahu Reuters, Agensi Pengawasan Ubat dan Makanan Indonesia (BPOM) tidak memerlukan pembuat ubat-ubatan melakukan ujian ketat terhadap bahan dalam pembuatan.

Kes itu berlaku ketika usaha berkembang di seluruh dunia untuk mengetatkan pengawasan rantaian bekalan ubat-ubatan selepas gelombang keracunan dikaitkan dengan sirap batuk tercemar yang membunuh berpuluh-puluh kanak-kanak di negara seperti Gambia dan Uzbekistan. - REUTERS
https://www.bharian.com.my/dunia ... bawa-maut-dipenjara
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:19 AM | Show all posts
Kereta api Jepun langgar beruang, penumpang terkandas semalaman


Seekor beruang coklat muda berlari di atas sungai di Shiretoko di pulau timur laut Jepun Hokkaido. - Foto EPA-EFE

TOKYO: Seramai lapan orang terpaksa bermalam di dalam kereta api yang tidak mempunyai pemanas di utara Jepun yang sejuk selepas kenderaan itu melanggar seekor beruang, kata pihak berkuasa hari ini, ketika negara itu bergelut menangani peningkatan insiden berkaitan haiwan terbabit.

Ia berikutan bilangan serangan beruang ke atas manusia meningkat mendadak tahun ini, dengan pakar menyalahkan kaedah penuaian kacang oak yang lemah memaksa haiwan itu mendapatkan makanan lebih jauh sebelum hibernasi musim sejuk.

Menurut Japan Railways (JR) Hokkaido, kereta api kecil di pulau Hokkaido bertembung dengan beruang setinggi 1.8 meter di bandar Furano kira-kira jam 11.30 malam (waktu tempatan) malam tadi.

Kemalangan itu menyebabkan kereta api itu tidak dapat bergerak dan mereka yang berada di dalam kereta api dinasihatkan tidak keluar sehingga pemburu tiba untuk memastikan tiada beruang lain.



Katanya, pemburu tidak dibenarkan melepaskan tembakan pada waktu malam dan penumpang perlu menunggu sehingga subuh.

Kata syarikat itu lagi, sebaik matahari terbit, beruang itu ditemui mati dan dikeluarkan oleh pekerja kereta api di bawah pengawasan pemburu.

Di Jepun, seramai lima orang terkorban akibat angkara beruang tahun ini, menurut statistik awal yang dikeluarkan Kementerian Alam Sekitar, hari ini.

Pada Mei lalu, penemuan kepala yang hampir terputus di pekan Hokkaido membawa jejak mayat seorang lelaki cedera teruk di bawah timbunan pokok berdekatan lokasi sama, menurut laporan media.

Angka kementerian menunjukkan pada tahun fiskal semasa, seramai 180 orang terbabit dalam serangan beruang, jumlah jauh lebih tinggi daripada purata 106 dalam tempoh lima tahun sebelumnya.

Menurut laporan media, terdapat 14,943 penampakan beruang di seluruh Jepun sehingga akhir September, meningkat 4,210 daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Di Furano juga, penampakan beruang turut meningkat tahun ini disebabkan kehadiran lebih ramai pelancong yang kembali selepas pandemik COVID-19, kata seorang pegawai bandar.

"Tidak jelas sama ada bilangan beruang sebenarnya meningkat atau jika ada spesies beruang tertentu tidak takut mendekati manusia," kata pegawai itu. - AFP
https://www.bharian.com.my/dunia ... terkandas-semalaman
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:20 AM | Show all posts
20 terbunuh akibat letupan periuk api di Nigeria
November 2, 2023 @ 10:12am


Gambar hiasan. - Foto AFP
KANO: Sekurang-kurangnya 20 penumpang beca bermotor yang baharu sahaja pulang dari menghadiri upacara pengebumian, terbunuh apabila kenderaan dinaiki mereka terkena periuk api di timur laut Nigeria.

Seorang anggota tentera, Gremah Bukar, berkata dua lagi penumpang kenderaan itu cedera parah dalam tragedi ketika semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pengebumian jenazah serangan pengganas semalam.

Beliau berkata, 22 mangsa yang semuanya lelaki berasal dari Kampung Karabiri,

terlanggar periuk api yang dipercayai ditanam oleh pengganas.

"Akibat daripada itu, 20 mangsa maut dan dua lagi cedera parah.

"Terdapat kebimbangan pengganas boleh kembali dan mengganggu upacara pengebumian tetapi orang ramai berkeras untuk tetap mengebumikan jenazah," katanya.

Sebelum kejadian, penduduk kampung mengadakan pengebumian untuk mangsa di Kayayya di daerah Geidam di Yobe, yang maut di tangan pengganas Boko Haram.

Dalam pada itu, Gremah berkata kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital besar di Geidam, yang jaraknya kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Serangan daripada pengganas yang melancarkan perang selama 14 tahun dilihat semakin reda di timur laut Nigeria kerana mereka tidak lagi menguasai kawasan yang luas.

Sebaliknya, mereka hanya menyerbu kawasan luar bandar, menyerang pangkalan tentera dan konvoi hendap.

Kumpulan Boko Haram kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dalam serangan ke atas sebuah perkampungan pertanian di negeri Yobe kerana keengganan penduduk membayar levi lembu. - AFP

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:31 AM | Show all posts

Kebakaran hutan California paksa ribuan penduduk berpindah


HELIKOPTER bomba mengugurkan air di kawasan kebakaran hutan di Aguana, California. - AFP



TEMECULA: Kebakaran hutan di California Selatan dilaporkan memusnahkan kawasan seluas 900 hektar, kata pihak berkuasa.

Malah, kebakaran hutan yang diburukkan lagi dengan angin kencang, turut menyebabkan arahan pemindahan dikeluarkan bagi kira-kira 5,700 penduduk termasuk 4,000 orang di Riverside County.

Kebakaran hutan dikenali sebagai Highland Fire dikatakan meningkat hampir dua kali ganda saiznya semalaman.

Ia merebak ke arah barat selepas disebarkan oleh angin Santa Ana.

Fenomena bermusim berlaku apabila angin gurun kering bertiup ke arah lautan sehingga mencetuskan risiko kebakaran di California Selatan.

Highland Fire yang berlaku di kawasan luar bandar tenggara Los Angeles turut menjejaskan sebuah lebuh raya, selain memusnahkan sekurang-kurangnya sembilan bangunan.

Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California (Cal Fire) memaklumkan kebakaran itu masih tidak dapat dikawal setakat pagi semalam.

Menurut jabatan itu, pasukan bomba yang berada di lokasi sedang berusaha memadamkan kebakaran itu, manakala helikopter turut digunakan dalam operasi berkenaan.

Jabatan Bomba Riverside County mengeluarkan arahan pemindahan kepada ribuan penduduk di daerah itu termasuk bandar kecil Aguanga, lokasi kebakaran bermula pada Isnin lalu.

Pihak berkuasa menubuhkan pusat perlindungan untuk penduduk dan sebuah lagi dibuka bagi haiwan.

Sementara itu, Cal Fire memaklumkan punca kebakaran hutan itu masih sedang disiasat.

Jelasnya, kebakaran itu dilihat sebagai ancaman berterusan dengan beberapa jalan sudah ditutup dan arahan pemindahan penduduk berkuat kuasa.

Setakat ini, California Selatan hanya mengalami kebakaran ringan pada tahun 2023, selepas hujan lebat luar biasa termasuk ribut tropika pertama melanda kawasan padat dengan penduduk di negeri itu dalam tempoh 84 tahun. – REUTERS/AFP
https://www.utusan.com.my/luar-n ... penduduk-berpindah/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2023 01:24 PM | Show all posts
Myanmar bakal bawa pulang pelarian Rohingya dari Bangladesh


PELARIAN rohingya menunggu untuk bertemu dengan pegawai Myanmar di Teknaf. - AFP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
2 November 2023, 1:00 pm

YANGON: Pegawai Myanmar mengadakan pertemuan dengan keluarga pelarian Rohingya di Bangladesh bagi membincangkan mengenai proses membawa pulang ke negara itu.

Kumpulan pegawai itu mengadakan lawatan ke Bangladesh untuk bertemu dengan pelarian berkenaan, di tengah-tengah pelan baharu itu yang dikendalikan uruskan oleh China.

Memetik laporan Al Jazeera, langkah itu merupakan sebahagian pelan perintis yang dibincangkan dalam pertemuan tiga hala antara Myanmar, Bangladesh dan China pada April lalu.

Pasukan pegawai Myanmar tiba Teknaf untuk bertemu dengan puluhan keluarga pelarian Rohingya.

“Mereka akan membincangkan mengenai proses membawa pulang dan pengesahan identiti mereka,” kata Timbalan Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Shamsud Douza.

Ramai pelarian Rohingya di Bangladesh menetap di sejumlah kem yang sesak dan kekurangan sumber.

Beberapa usaha dilakukan sebelum ini untuk menjadi perantara proses penghantaran pulang itu gagal disebabkan keengganan dari Myanmar.

Malah, pelarian juga enggan pulang ke Myanmar kerana bimbang akan dianiaya lagi.

Bangladesh menempatkan hampir sejuta pelarian Rohingya, kebanyakannya melarikan diri dari Myanmar pada 2017 susulan operasi ketenteraan di negara itu.

Dibawah pelan baharu itu, Myanmar bersetuju untuk menerima semula kira-kira 3,000 pelarian Rohingya menjelang Disember.

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 01:26 PM | Show all posts
Iran seru negara Islam boikot Israel, henti bekal minyak dan makanan


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
2 November 2023, 1:09 pm

DUBAI: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyeru negara-negara Islam untuk menghentikan eksport minyak dan makanan ke Israel serta menuntut penamatan pengebomannya di Semenanjung Gaza.

Pemerintah ulama Iran telah memberi amaran kepada Israel tentang peningkatan serangan jika Zionis itu gagal menamatkan pencerobohan terhadap rakyat Palestin.

Menyokong perjuangan Palestin telah menjadi tonggak politik republik Islam itu sejak Revolusi Islam 1979.

Khamenei berkata, Amerika Syarikat (AS) terlibat dalam “jenayah perang terbaharu ini terhadap rakyat Palestin”.

Tegasnya, dunia Islam tidak harus lupa dalam isu penting Gaza, mereka yang menentang negara Palestin yang tertindas adalah AS, Perancis dan Britain.

Israel telah lama menuduh pemerintah ulama Iran mencetuskan keganasan dengan membekalkan senjata kepada Hamas.

Teheran memaklumkan, pihaknya memberi sokongan moral dan kewangan kepada kumpulan itu yang mengawal Semenanjung Gaza.

Tambah Khamenei lagi, salah satu tindakan barat yang tidak tahu malu ialah menuduh pejuang Palestin melakukan keganasan.

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 01:27 PM | Show all posts
Edited by anniez08 at 2-11-2023 01:29 PM

Selamat tengahari

Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 01:33 PM | Show all posts
Konflik Palestin-Israel: Situasi hospital Indonesia di Gaza genting
Oleh KOSMO
2 November 2023, 12:36 pm



Orang ramai berjalan di hadapan jasad-jasad mangsa yang terbunuh dalam serangan udara Israel di luar bilik mayat hospital di Bandar Gaza, semalam. - AFP
BANDAR GAZA – Generator utama hospital Indonesia di utara Gaza telah berhenti berfungsi, lapor sebilangan media Palestin yang memetik kenyataan kementerian kesihatan.

Situasi itu mencetuskan risiko kepada beratus-ratus penduduk Palestin yang cedera, termasuk berpuluh-puluh orang yang dimasukkan ke hospital berkenaan selepas Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas kem pelarian Jabalia kelmarin.

Kementerian kesihatan membuat rayuan kecemasan kepada orang awam yang berperikemanusiaan supaya membekalkan bahan api untuk menghidupkan semula generator.

Serangan udara Israel turut mengenai wad bersalin sebuah hospital di Bandar Gaza, kata kementerian sama semalam.

Jurucakap kementerian kesihatan, Ashraf al-Qudra memberitahu pemberita bahawa hospital utama Gaza, al-Shifa telah dipindahkan ke Hospital Tharwat al-Helou yang turut dibom walaupun bangunan itu sarat dengan wanita dan kakitangan perubatan.

“Kami meminta masyarakat antarabangsa supaya campur tangan untuk menghentikan Israel dan melindungi hospital-hospital, kakitangan perubatan dan pesakit sebelum pembunuhan beramai-ramai Hospital Al-Ahli berulang,” kata Qudra. – AGENSI

Kredit: KOSMO
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 03:36 PM | Show all posts
Polis Thailand tumpaskan sindiket penipuan emas dalam talian


Gambar hiasan. - Foto AFP

BANGKOK: Polis Thailand menumpaskan sindiket penipuan pelaburan emas dalam talian bernilai 1.2 bilion baht (RM158 juta) yang dijalankan oleh empat warga China dan 22 rakan jenayah di Thailand.

Butiran gerakan serbuan itu didedahkan pada sidang media Biro Siasatan Pusat (CIB) pada Selasa.

Penyiasat CIB menyerbu 21 lokasi di serata Bangkok dan tujuh wilayah lain, membawa waran tangkap untuk 50 suspek, yang mana 26 suspek ditahan bersama aset bernilai 30.9 juta baht (RM4 juta).

Ketua Operasi, Kolonel Thirapas Yungyuen, berkata lapan lokasi digeledah di Bangkok, enam di Tak, dua di Pathum Thani, dan masing-masing satu di Samut Prakan, Chon Buri, Surin dan Chaiyaphum.


Polis merampas akaun mata wang digital Bitkub berjumlah 28 juta baht (RM3.7 juta) dan 23 buku bank.

Turut dirampas dalam serbuan itu ialah 21 telefon bimbit, 19 kad Modul Pengenalan Pelanggan (SIM), wang tunai 100,000 baht (RM13,000) dan lapan komputer riba.

Anggota kumpulan itu didakwa menggunakan laman Facebook Aurora Gold Trading palsu, untuk menipu orang ramai supaya melabur.

Halaman itu menjanjikan pulangan tinggi sebanyak 20 hingga 30 peratus, tetapi apabila mangsa mendapati mereka tidak dapat mengeluarkan wang mereka, kumpulan itu memberi pelbagai alasan sebelum menyekat mereka daripada laman terbabit.

Kumpulan itu bekerja secara sistematik, membahagikan tanggungjawab untuk membeli dan mencipta laman Facebook palsu, menyiarkan catatan menipu, berbual dan memperdaya mangsa, menerima pemindahan wang daripada mangsa melalui akaun palsu dan pengubahan wang haram, kata Thirapas.

Beberapa ketua kumpulan warga China mengupah warga Thailand untuk membuka tiga syarikat penama untuk membantu mereka 'membersihkan' wang itu, tambahnya.

Kumpulan itu menggunakan tiga peringkat akaun bank milik warga Thailand, sebelum akhirnya memindahkan wang itu ke akaun milik bos di China, yang kemudiannya akan 'membersihkannya' melalui tiga kaedah.

Mula-mula, kumpulan itu membeli barangan seperti baja, pendingin hawa dan alat ganti kereta, serta menggunakan firma penama untuk mengeksportnya ke Laos dan Kemboja.

Mereka akan menggunakan firma lain untuk membeli mata wang digital melalui Bitkub, dan satu lagi untuk membeli hartanah di Thailand.

Thirapas berkata, 1.2 bilion baht (RM158 juta) dalam edaran antara ketiga-tiga syarikat itu.

Kebanyakan suspek menafikan pertuduhan tetapi sebahagiannya mengaku melakukan jenayah, tambahnya.

Beliau berkata CIB memantau empat bos China itu sejak sekian lama dan mendapati mereka telah keluar masuk negara beberapa kali.

Beliau berkata rakan jenayah Thailand itu kebanyakannya bekerja sebagai setiausaha, pengarah syarikat penama dan pemegang akaun penipuan.

Polis kini menyiasat sama ada penasihat undang-undang Thailand bagi tiga firma penama itu mengetahui mengenai jenayah terbabit. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/dunia ... n-emas-dalam-talian
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:36 PM | Show all posts
Polis Filipina buru enam warga China yang diculik
November 2, 2023 @ 3:56pm


Pihak berkuasa Filipina cuba menjejaki enam warga China yang diculik di wilayah ibu negara minggu ini. - Foto REUTERS
MANILA: Pihak berkuasa Filipina sedang berusaha menjejaki lokasi enam warga China yang diculik di wilayah ibu negaranya pada minggu ini, kata polis hari ini.

Ketua Polis Antipenculikan, Cosme Abrenica, berkata pihak berkuasa sedang menyiasat penculikan yang berlaku pada Isnin membabitkan sembilan individu di kawasan kejiranan mewah di selatan Metro Manila.

Katanya, enam daripada mangsa adalah warga China yang masih hilang dan tiga warga Filipina yang dibebaskan sejurus selepas mereka diculik.

"Kami tidak mempunyai maklumat sama ada penculikan itu bertujuan menuntut tebusan, diculik atau apa-apa motif yang lain. Kami belum dapat memastikannya," katanya.

Selain itu, beliau juga tidak mendedahkan identiti mangsa atau memberikan sebarang butiran mengenai status mereka di Filipina.

Sementara itu, Ketua Polis bandar Calauan, Philip Aguilar, di mana mangsa warga tempatan ditemui, berkata salah seorang yang terselamat memberitahu pihaknya penculik menceroboh kediamannya sebelum waktu subuh.

Kedutaan China di Manila mengambil maklum permintaan Reuters untuk memberi ulasan lanjut.

Walaupun polis berkata motif penculikan belum dikenalpasti, China pada masa lalu mengemukakan aduan kepada Filipina mengenai rakyatnya yang terpengaruh bekerja di firma permainan atas talian dan kemudian ditipu, diperas dan terdedah kepada 'perhambaan moden'. - REUTERS

KREDIT: BERITA HARIAN
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:40 PM | Show all posts
Penduduk Thailand diramal kurang 50 peratus dalam tempoh 60 tahun


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
2 November 2023, 4:00 pm

BANGKOK: Penduduk di Thailand diramal berkurang sehingga 50 peratus dalam tempoh enam dekad akan datang, susulan negara itu kini sedang bergelut dengan krisis demografi yang menyaksikan penurunan kadar kelahiran.

Penurunan yang membimbangkan itu mencetuskan gesaan daripada kumpulan pakar untuk menggalakkan kelahiran dengan ia dijadikan sebahagian daripada agenda nasional negara.

Pakar demografi, Kue Wongbunsin, berkata jumlah penduduk Thailand akan berkurangan daripada 66 juta kepada 33 juta menjelang 2083.

Selain itu, kata beliau, penduduk dalam lingkungan usia 15 hingga 64 tahun akan susut daripada 44 juta kepada hanya 14 juta.

“Sementara itu, bayi dan kanak-kanak sehingga berusia 14 tahun, akan turun daripada 10 juta kepada hanya sejuta.

“Warga emas berusia 65 tahun ke atas akan meningkat daripada lapan juta kepada 18 juta, membentuk 50 peratus daripada jumlah penduduk negara ini,” katanya.

Pada masa sama, Wongbunsin berkata, sekiranya penurunan penduduk berterusan dan penduduk dalam kalangan usia produktif berkurangan, kerajaan dikhuatiri berdepan cabaran dalam kutipan cukai bagi menyokong pembangunan negara.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Awam, Dr Cholnan Srikaew, berkata penurunan kadar kelahiran Thailand kini mencapai tahap kritikal.

Jelas beliau, bilangan bayi baru lahir menurun daripada lebih sejuta setahun dari 1963 hingga 1983, kepada hanya 485,085, berbanding 550,042 kematian pada 2021.

“Ini mengakibatkan penurunan penduduk bersih sebanyak 64,957 orang pada tahun itu,” katanya.

Pola itu sejajar dengan Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) Thailand, yang berada di bawah paras penggantian iaitu hanya kira-kira 2.1 kanak-kanak bagi setiap wanita sejak 1993.

Malah tahun lalu, TFR Thailand direkodkan lebih rendah iaitu 1.16 di hampir setiap wilayah, kecuali Yala.

Perubahan yang ketara dijangka berlaku tahun ini apabila penduduk usia produktif antara 20 hingga 24 tahun dijangka gagal mengimbangi jumlah individu yang meninggalkan dunia pekerjaan, berusia 60 hingga 64 tahun.

Ia akan mewujudkan jurang yang semakin melebar antara mereka yang memasuki dan keluar pasaran kerja, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan tenaga kerja.

Pada masa sama, akan berlaku peningkatan kebergantungan kepada orang yang berusia untuk bekerja, dan perbelanjaan penjagaan kesihatan lebih tinggi untuk warga tua.

Pelbagai faktor menyumbang kepada penurunan kadar kelahiran di Thailand, termasuk kebimbangan ekonomi, sosial, pendidikan dan alam sekitar yang menghalang orang ramai daripada mempunyai anak.

Sebaliknya, isu berkaitan kesihatan menyumbang hanya 10 peratus daripada penurunan kadar kelahiran itu.

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:44 PM | Show all posts
Facebook dan Instagram kenakan caj langganan tanpa iklan


META mengenakan caj perkhidmatan kepada pengguna untuk langganan tanpa iklan daripada laman Facebook dan Instagram di benua Eropah.
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
2 November 2023, 3:00 pm

LONDON: Pengguna Facebook dan Instagram mengecam pelancaran caj perkhidmatan bagi mengalih keluar iklan daripada dua platform berkenaan.

Syarikat induk Meta milik Mark Zuckerberg yang mengendalikan dua laman media sosial berkata, pihaknya melancarkan pilihan langganan itu demi mematuhi peraturan yang ditetapkan Kesatuan Eropah (EU).

“Bagi mematuhi peraturan Eropah yang sedang berkembang, Meta memperkenalkan pilihan baharu servis diperibadikan secara percuma dengan iklan atau melanggan untuk menyekat iklan.

“Pendekatan ini diambil bagi memastikan maklumat peribadi pelanggan selamat di bawah dasar sedia ada dan Peraturan Perlindungan Data Am EU,” kata jenama tersebut.

Pelan langganan bulanan tersebut berharga 9.99 euro (RM49.94) untuk pengguna web manakala pengguna iOS dan Android perlu membayar 12.99 euro (RM65.53) sebulan.

Meta dalam satu kenyataan baru-baru ini berkata, pengenalan servis tersebut ditawarkan di Switzerland, dan lebih 30 negara Kesatuan Eropah (EU) dan European Economic Area (EEA).

Ramai pengguna mengecam idea itu, malah mengakui sanggup memadamkan akaun mereka daripada membayar untuk keistimewaan tanpa iklan.

“Kami tertanya-tanya siapa yang sanggup membayar hanya untuk menggunakan platform media sosial, apatah lagi Facebook,” tulis seorang pengguna.-AGENSI

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:18 PM | Show all posts
LUAR NEGARA



2 November 2023, 5:00 pm

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Rabu menyeru supaya Semenanjung Gaza diberikan akses penuh kepada bantuan perubatan dan bahan api.

“Saya menggesa dan saya merayu untuk akses penuh bagi bantuan perubatan dan bahan api SEKARANG! Semakin lama kita tunggu, semakin terancam nyawa mereka,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Tedros di platform X.

Turkish-Palestinian Friendship Hospital, iaitu satu-satunya hospital awam yang merawat pesakit kanser di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi susulan serangan Israel dan kekurangan bahan api, menurut Doctors Without Borders (MSF) di platform X pada Rabu.

“Setakat hari ini, hospital itu tidak lagi beroperasi akibat kekurangan bahan api dan beberapa serangan telah menjejaskan kemudahan itu.

“Ia adalah satu-satunya hospital awam bagi pesakit kanser di Semenanjung Gaza, dan kini berpuluh-puluh pesakit kanser berada dalam risiko serius,” menurut MSF.

Israel terus menyekat kemasukan bahan api ke Gaza, yang menjadi sumber penting bagi memastikan hospital terus beroperasi.

Hospital dan kemudahan penjagaan kesihatan turut diserang semasa “serangan” ini.

Tentera Israel telah memperhebat serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza, hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 8,796 rakyat

Palestin maut manakala lebih 22,000 lagi cedera sejak 7 Okt.

Disiarkan pada 2 November 2023, 5:00 pm

https://www.utusan.com.my/luar-n ... uan-ubat-bahan-api/

Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:20 PM | Show all posts
Salam jumaat

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2023 01:22 PM | Show all posts
Wanita melecur terima pampasan AS$7.1 juta, terbanyak dalam sejarah AS


MINYAK masak dalam botol semburan keluaran syarikat Conagra Brands. - AP
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
3 November 2023, 12:00 pm

CHICAGO: Juri di Illinois mengarahkan syarikat Conagra Brands membayar pampasan sebanyak AS$7.1 juta (RM33.7 juta) kepada seorang wanita yang melecur selepas minyak masak dalam botol semburan jenama komersial itu meletup di dapur tempat kerjanya.

Insiden yang berlaku pada Mei 2017 itu menyebabkan mangsa mengalami luka melecur.

Keputusan yang memihak kepada Tammy Reese dari Shippensburg, Pennsylvania merupakan pertama daripada banyak kes lain membabitkan mangsa melecur di seluruh negara.

Malah, beberapa kejadian serupa membabitkan jenama minyak masak dalam botol semburan keluaran Conagra, turut dilaporkan.

Berdasarkan saman difailkan, ketika kejadian, Reese sedang bekerja di dapur sebuah kelab sosial apabila secara tiba-tiba sebotol minyak masak semburan Swell meletup lalu mengeluarkan bola api, sehingga menyebabkannya cedera melecur.

Peguamnya, Craig Smith berkata, anak guamnya mengalami luka bakar tahap dua di bahagian kepala, muka, lengan dan tangan selain kesan parut dalam menyekat pergerakannya selama enam tahun.

Berdasarkan keputusan Mahkamah Daerah Cook, Conagra Brand yang berpangkalan di Chicago perlu membayar ganti rugi pampasan sebanyak AS$3.1 juta (RM14.7 juta) dan ganti rugi punitif AS$4 juta (RM19 juta) kepada Reese.

Conagra Brands merupakan syarikat induk Pam dan banyak lagi jenama makanan berprofil tinggi.

Dalam pada itu, Smith memaklumkan lebih 50 kes tertangguh terhadap Conagra daripada mangsa melecur lain di seluruh negara.

Katanya, syarikat itu masih enggan mengumumkan penarikan balik produk minyak masak dalam botol semburan.

Sementara itu, syarikat Conagra Brands dalam satu kenyataan melalui emel memaklumkan pihaknya tidak bersetuju dengan keputusan juri.

Malah, tegas Conagra Brands, keselamatan produk dan penggunanya sentiasa menjadi keutamaan syarikatnya. – AP

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:23 PM | Show all posts
Tahap demokrasi dunia semakin merosot


Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
3 November 2023, 1:00 pm

STOCKHOLM: Hampir separuh dunia dilaporkan mengalami tahap demokrasi yang semakin merosot.

Malah, beberapa negara yang mempunyai rekod demokrasi yang lama dari segi sejarah antara turut tersenarai.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah badan pemikir antarabangsa dalam satu laporan dikeluarkan baru-baru ini.

Institut Antarabangsa untuk Demokrasi dan Bantuan Pilihan Raya (IDEA) mendapati 85 daripada 173 negara yang ditinjau `mengalami penurunan dalam sekurang-kurangnya satu petunjuk utama prestasi demokrasi sejak lima tahun lalu’.

“Banyak negara demokrasi yang mapan sedang mengalami halangan bermula kemerosotan dalam kesamarataan kumpulan sosial di Amerika Syarikat (AS), kebebasan media di Austria dan akses kepada keadilan di United Kingdom (UK).

“Ini adalah tahun keenam pihak kami menyaksikan lebih banyak negara mengalami demokrasi merosot berbanding penambahbaikan,” kata pegawai program, Michael Runey.

Runey merupakan salah seorang pengarang laporan `The Global State of Democracy 2023′.

Trend selama enam tahun itu mewakili `kemerosotan demokrasi’ paling lama yang disaksikan oleh organisasi berpangkalan di Stockholm yang mula mengumpul data sejak 1975.

Tambah laporan itu, kedaulatan undang-undang yang diwujudkan oleh mahkamah dan kebebasan daripada keganasan politik juga dilihat semakin lemah di beberapa negara seperti Austria, Hungary dan Peru.

Laporan itu turut memberi amaran bahawa asas demokrasi semakin lemah di seluruh dunia.

Meskipun penurunan tahap demokrasi dapat dilihat di hampir seluruh dunia, sebaliknya di Afrika antara negara contoh kerap berlaku rampasan kuasa. – AFP

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:25 PM | Show all posts
AS komited perangi Islamofobia, penduduk Islam kurang yakin dengan Biden


JOE BIDEN
Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
3 November 2023, 11:00 am


WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dilaporkan giat membangunkan strategi nasional untuk memerangi Islamofobia.

Keputusan itu dibuat ketika White House berdepan keraguan ramai warganya yang beragama Islam berikutan sokongan padu negara itu terhadap serangan tentera Israel ke atas Hamas di Gaza.

Rancangan untuk melaksanakan inisiatif yang disifatkan pertama seumpamanya diumumkan oleh Setiausaha Akhbar, White House, Karine Jean-Pierre kelmarin.

“Ia bertujuan untuk menyatukan penggubal undang-undang, kumpulan advokasi serta pemimpin masyarakat lain dengan pentadbiran untuk menentang momokan Islamofobia dan kebencian dalam semua bentuknya.

“Melangkah ke hadapan, Presiden, Naib Presiden, dan seluruh pentadbiran kami akan terus berusaha untuk memastikan setiap rakyat AS mempunyai kebebasan untuk menjalani kehidupan mereka dengan selamat tanpa rasa takut tentang cara mereka berdoa, apa yang mereka percaya, dan siapa mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Inisiatif baharu itu dijangka mengambil masa berbulan-bulan untuk diformalisasikan, berikutan proses serupa dengan rancangan untuk menentang antisemitisme yang melibatkan pelbagai agensi kerajaan.

Insiden kebencian anti-Yahudi dan anti-Islam melonjak di AS dan di luar negara sejak konflik Israel-Hamas tercetus 7 Oktober lalu.

Salah satu insiden didorong Islamofobia yang paling mendapat perhatian di AS ialah serangan terhadap penduduk Islam Wadea Al-Fayoume dan ibunya yang menyebabkan kanak-kanak berusia 6 tahun itu terbunuh di Illinois.

Ramai dalam kalangan umat Islam di AS menekankan keperluan strategi nasional untuk menentang Islamofobia tetapi pendirian negara itu terhadap perang Israel-Hamas menjadikan perlaksanaannya lebih rumit.

“Kami merasakan usaha itu akan mati begitu sahaja melainkan Biden mengutuk kekejaman Israel dan pentadbirannya lebih agresif menyeru jenayah kebencian yang menyasarkan orang Islam serta Arab Amerika.

“Kami juga mahu Biden memohon maaf atau sekurang-kurangnya menjelaskan secara terbuka tentang komennya baru-baru yang tidak yakin dengan kiraan jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan balas Israel,” kata Pengasas Inner City Muslim Action Network Chicago, Rami Nashashibi.-AP

Kredit: Utusan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2023 01:28 PM | Show all posts
Lelaki Malaysia seludup 10 anjing, 3 kucing ke Singapura dipenjara
November 3, 2023 @ 12:23pm


Gambar hiasan.

SINGAPURA: Cubaan lelaki warga Malaysia cuba menyeludup 13 haiwan peliharaan ke Singapura, dengan niat mahu melunaskan hutang, membawa padah apabila dia ditahan di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Lelaki itu, Wong Cai Long, 25, dijatuhi hukuman penjara 40 minggu oleh mahkamah selepas dia mengaku bersalah atas 10 pertuduhan.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai tukang kayu, cuba menyeludup 10 anak anjing dan tiga anak kucing itu dengan memasukkannya ke dalam ruang yang diubahsuai di bawah tempat duduk penumpang belakang, di dalam kenderaannya.

Namun, salah seekor anak kucing itu ditemui mati dalam beg nilon manakala lima ekor anak anjing terbabit maut dua minggu kemudian.

Punca kematian dikaitkan dengan radang paru-paru bakteria, yang akan menyebabkan masalah pernafasan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Cai Long, berdepan lima pertuduhan kerana mengimport haiwan tanpa lesen.

Baki lima pertuduhan membabitkan kegagalan mengambil langkah munasabah untuk memastikan haiwan itu tidak dikurung dan dipindahkan dengan cara yang betul.

Selain itu, Cai Long turut berdepan 16 pertuduhan sama, yang diambil kira semasa hakim menjatuhkan hukuman.

Merujuk kepada lima anak anjing yang mati dalam tempoh dua minggu, menurut doktor haiwan, cara haiwan peliharaan itu dibawa menyebabkan mereka mengalami penderitaan.

Dalam prosiding mahkamah, pihak pendakwa Lembaga Taman Negara, Shafiuddin Ong, berkata sampel yang diambil di pusat kuarantin mendedahkan bahawa semua 13 haiwan diuji positif virus berjangkit yang disebarkan melalui sentuhan najis dan mulut.

Selai itu, kata beliau, persekitaran yang sempit dan kurang pengudaraan dalam ruang kenderaan juga meningkatkan kemungkinan penularan virus terbabit.

"Lima haiwan itu dibawa dalam ruang yang sempit, dan apabila diletakkan bersama haiwan lain dalam keadaan terkurung, ia turut menimbulkan risiko kecederaan," katanya.

Menurut Shafiuddin, Cai Long bersetuju untuk menyeludup semua haiwan peliharaan itu ke Singapura untuk membayar hutang.

Beliau berkata, Cai Long, yang tiada pekerjaan secara tetap dan tidak mempunyai pendapatan stabil, meminjam wang daripada pemberi pinjaman wang tidak berlesen di negara ini, pada April lalu.

Katanya, Cai Long menanggung hutang sebanyak SGD$2,000 (RM7,000) dan apabila dia tidak dapat membayar, lelaki itu diarahkan oleh pihak pemberi pinjaman wang untuk menyeludup haiwan ke Singapura.

Dia dibayar sebanyak SGD$40 (RM189) untuk setiap haiwan yang berjaya dibawa masuk.

"Wong diberitahu upah yang diterima itu akan digunakan untuk membayar hutang tertunggaknya. Dia bersetuju dengan syarat terbabit dan mula menyeludup haiwan peliharaan ke Singapura sejak 5 Ogos lalu.

"Wong mendakwa dia berjaya menyeludup sejumlah 12 haiwan ke Singapura sebanyak dua kali sebelum ditahan," katanya. - AGENSI

Kredit: Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.512199 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list