CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Raja Lawak 3 [ Juara SEPAH ]

[Copy link]
Post time 22-12-2008 03:35 PM | Show all posts
apa2 pon kita tgk sama2 jer nanti.. hehe harap2 best lagi dr RL1 & 2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-12-2008 11:52 AM | Show all posts
Raja Lawak Musim Ketiga lebih berbisa?

Barisan peserta Raja Lawak musim Ketiga. Dua di antara mereka adalah wanita. Mungkinkah ada pelapis Nabil, Sharifah Shahira dan Enot?

PENCARIAN Raja Lawak musim baru akan bermula tidak lama lagi dengan episod pengenalan Al-Kisah Raja Lawak Astro pada 24 Disember 2008 ini pada jam 9.00 malam.

Musim ketiga rancangan ini bakal bersiaran di saluran rasminya, Astro Prima (saluran 105) bermula pada 24 Disember 2008 ini.

Dek kehebatan Juara Raja Lawak musim kedua, Nabil yang begitu menonjol, ia bagai memberi semangat baru untuk pihak Astro meneruskan lagi pencarian pelawak-pelawak di tanah air.

Penemuan Nabil juga disifatkan sebagai sebaris dengan pelawak lain yang kaliber meskipun baru berusia setahun jagung.

Ini diakui sendiri oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani di majlis pelancaran Raja Lawak Astro (musim ketiga) baru-baru ini.

"Negara telah menyaksikan kelahiran Raja Lawak Astro yang baru iaitu Nabil berjaya menyandang gelaran juara. Kita semua dapat melihat perkembangan dan kemajuan yang berlaku pada diri Nabil.

"Tidak keterlaluan jika dia diangkat sebaris dengan nama-nama pelawak terkenal berkaliber yang lain seperti Saiful Apek, Zaibo dan Shamsul Ghau Ghau walaupun baru berusia setahun jagung di persada seni hiburan tanahair," jelas Nizam yang menggantikan Khairul Anwar Salleh yang kini dilantik sebagai Ketua Perniagaan bahagian Melayu Astro.

Justeru, kata Nizam, Astro terpanggil untuk meneruskan program ini di musim ketiga kerana percaya ada banyak lagi bakat-bakat komedi di luar sana yang perlu diber peluang dan digilap.

Ini terbukti apabila sessi ujibakat yang diadakan baru-baru ini mendapat sambutan yang hangat dan di luar jangkaan apabila menerima peningkatan penyertaan sebanyak purata 300%.

"Kami percaya peningkatan ini dapat menyumbang kepada usaha kami dalam mengangkat hiburan komedi ke satu peringkat yang lebih tinggi dan mewarnai lagi industri hiburan tanahair dengan program-program berkualiti tinggi.

"Setelah dua musim bersiaran, kami yakin Raja Lawak Astro berjaya menambat hati para penonton terutamanya di saluran Astro Prima apabila pada tahun ini juga berjaya menarik banyak penyertaan termasuklah penyertaan dari kaum wanita," jelas beliau.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani ketika di pelancaran Raja Lawak Musim Ketiga.

Ini terbukti apabila dua orang peserta wanita berjaya terpilih ke peringkat akhir. Jika bakat komedi mereka benar-benar terserlah, tidak keterlaluan jika kita ramalkan mereka juga layak berdiri setanding dengan pelawak-pelawak wanita terkenal seperti Enot, Sharifah Shahira dan lain-lain.

Pada musim yang kedua juga, Raja Lawak Astro berjaya meraih jumlah 1.1 juta penonton pada setiap minggu. Prestasi yang membanggakan ini merupakan salah satu testimoni utama kami bagi meneruskan program Raja Lawak ke musim ketiga, jelas Nizam lagi.

Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanahair dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisinya dalam berkongsi platform untuk menonjolkan bakat yang terpendam, program Raja Lawak Astro yang telah membuka peluang kepada peserta individu mahupun berkumpulan bagi mencuba nasib menerima sambutan yang menggalakkan termasuk penyertaan dari peserta wanita.

Senarai 12 finalis yang akan bertanding dalam musim ketiga ini ialah:Adam bin Abdul Karim Zamri, Aman Shah bin Asri, Mohammad Amirullah bin Azmi, Hazmeer bin Hassan (Amer) & Muhd Shaiful bin Bakri (Epul), Nuur Jihan binti Musa, Afzan Saffuan bin Ahmad Wasn Sharizon bin Rahim, Sutarmin bin Tukichan, Ahmad Faizlam bin Alam, Shamira bin Muhamad, Shamsir bin Mohd Shahar, Ahmad Faidz bin Ahmad Yusoff dan Rafizzan binti Yaacob.

Para finalis akan ditempatkan di sebuah akademi, apabila mereka akan diberi latihan dan bimbingan profesional oleh pengkritik jemputan pada setiap minggu untuk bersiap sedia mempersembahkan tugasan di hadapan penonton secara langsung.

Tiga orang pengkritik tetap untuk musim ini ialah pelawak dan pelakon terkenal; Zaibo, pelakon wanita yang berpengalaman; Fauziah Nawi dan pengacara serta pelawak terkenal; Shamsul Ghau Ghau.

Walau bagaimanapun, nasib para peserta akan ditentukan sepenuhnya dengan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dan talian tetap. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan tersingir.

Sebagai pembuka tirai, para penonton bakal menyaksikan sedutan-sedutan dari sessi ujibakat yang telah berlangsung di Kuantan, Ipoh, Johor Bahru dan Shah Alam melalui program Al-Kisah Raja Lawak Astro sebanyak tiga episod berurutan bermula pada pada 24 Disember 2008 (Rabu), jam 9.00 malam.

Setiap gelagat, aktiviti mahupun rutin harian para finalis akan dirakam dan dimuatkan ke dalam program diari Ceritera Raja Lawak Astro pada setiap Rabu dan Khamis pada jam 9.00 malam.

Manakala persembahan para finalis pada setiap minggu boleh ditonton menerusi program Gelanggang Raja Lawak Astro yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam dari studio rakaman, Studio 1, Astro. Program-program ini bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Prima (saluran 105).

Pemenang tempat kedua dan ketiga, Raja Lawak Astro (musim pertama) – Johan dan Zizan sekali lagi akan menggalas tugas bagi mengacarakan program ini buat kali kedua dan memperlihatkan cabaran kesemua peserta dalam merebut gelaran Raja Lawak Astro.

Celoteh dan gelagat komedi mereka yang bersahaja berjaya menawan hati para penonton untuk terus menonton Raja Lawak Astro pada setiap minggu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-12-2008 11:53 AM | Show all posts


aku nengok dorang ni pun dah lawak dah

Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2008 12:45 AM | Show all posts
dlm astroview yg baru, jozan jadi cover depan
promo tuk r.lwk 3
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2008 10:08 PM | Show all posts
wah!!!! nampak diaorg mcm best jer

ada mcm2 stail lawak diaorg

yg pompuan pakai tudung tu pon mcm best jer

ada sorang tu mcm ada pakej jer

yg budak kecik tu, slang mcm pekat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2008 12:05 PM | Show all posts
Originally posted by DTECCONAN at 26-12-2008 10:08 PM
wah!!!! nampak diaorg mcm best jer

ada mcm2 stail lawak diaorg

yg pompuan pakai tudung tu pon mcm best jer

ada sorang tu mcm ada pakej jer

yg budak kecik tu, slang mcm pekat s ...


mmg best raja lawak ni.heran nape ada gak yg xsuke ye..hiburan santai

yg budak kecik tu mmg lawak..smlm dia buat lawak pengaruh wrestling dlm hubungn somi istri kan..smpai gaduh2..
kahkahakha..dia ni action lebih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-12-2008 10:16 PM | Show all posts
aku suke raja lawak...

xsabar nk tgk...
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2008 01:21 AM | Show all posts
aku pun x sabar nk tgk r.lwk...beshnyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-1-2009 09:26 PM | Show all posts
leh tahan gak raja lawak 3, hensom2 gak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 09:27 PM | Show all posts
suka adam............. yang ajuk cakap cina
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 09:50 PM | Show all posts
aku sukerr amirrr bestt arrr
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 11:52 PM | Show all posts
ramai juga berbakat kali ni

kalau nak diikutkan Mat, Manbelon mcm tak boleh kekal lama, kalau ikut persembahan malam ni

Am tu juri2 mcm konfiden giler, jadi kalau betul2 hebat nak tgk juga minggu depan

Adam tu kalau boleh tak payah ulang2 ajuk cakap mcm org Cina

sayang ler si Yann tu, sebab gabra..... Jihan okey ler juga....tapi diaorg ni payah ler nak jadi Juara sebab yg lelaki ramai yg lagi best

kumpulan pon best juga

si Syem tu ada bahan dia buat lawak tapi mcm dia tak nak guna
part dia ajuk mcm trandformer, lepas tu buat2 muka masa Zizan ngan Johan bagitau cara mengundi okey gak

kalau nak bandingkan tahun ni ngan tahun lepas, tahun lepas minggu pertama hanya kumpulan Ketampi ngan Nabil jer yg best, tahun ni 5 persembahan best

1. Talam - memang lawak juga pasal cerita sebagai konduktor bas
2. Amir - memang dah ada tu, kalau boleh polish elok2, boleh pegi jauh
3. Kumpulan Chop ker apa nama - boleh dikatakan setiap apa diaorg buat lawak gak cuma ada sorang tu mcm kalut sikit
4. Kumpulan Sepah - sayang ler 3 org tapi 2 minit....tak dengar ler lawak masa part last2
5. Kumpulan LNJ - nak tgk diaorg buat lawak bukan atas sebab jadi pompuan. Kalau tgk audition aritu okey gak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2009 11:58 PM | Show all posts
yap, tol, nmpk yg musim ke 3 ni ramai yg boleh wat lawak
banding tahap ming 1 raja lawak dedulu
kirer okla....bnyk yg berbakat
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 10:31 AM | Show all posts
aku rasa episod pertama dah best dah raja lawak musim ke3 ni.. kalu raja lawak 1 dan 2.. hanya ada sorang dua je yg best.. yang lain mengarut je..

tp RJ 3 ni.. hampir semua peserta berbakat dan tak kekok.. dan yang penting takde yang buat lawak tah apa-apa..

kalu ini dikekalkan sampai episod akhir.. pening  kepala penonton nak undi siapa..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 02:22 PM | Show all posts
yg dua pompuan tu kuarkan le dulu..sian haku tgk..man belon pun boleh kuar..sekali ngan syem..tapi part penyokong si syem haku tak boleh tahan gelak...kalo korang perasan..masa fauziah nawi bg komen utk 2-3 perserta yg 1st..ada satu mamat pakai baju superman..dok ajuk si ibu ngan samsul ckp..adoyyaiiii haku gelak tak ingat..mmg lawak muka mamat tuh..

pastu haku tgk dia dah takde kat belakang dah..maybe kena sound ngan kameraman..kehkeh..rugi tol..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 02:48 PM | Show all posts
setakat nie aku suka amir kuat giler aku ketawa tgk dia ,adam,mat best gak tp am tu biasa jer ada stail nabil skit tp mcm juri suka kat dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2009 04:10 PM | Show all posts
ade 2,3 orang cam klon nabil lak aku tgkk tapi better from last season i guess
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2009 06:17 PM | Show all posts
talam the best.... selamba rock jee......
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by choolakaw at 3-1-2009 04:10 PM
ade 2,3 orang cam klon nabil lak aku tgkk tapi better from last season i guess

mmg better sgt dr pak tam tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2009 11:11 PM | Show all posts
pak tam tur best whatt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1739 Replies : 2
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177985 Replies : 4060
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22055 Replies : 126
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5356 Replies : 21
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7193 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39865 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3703 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73134 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45540 Replies : 309

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.932027 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list