CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: temansejati17

UKRAINE: latest; 26 maut apartment malatop!!!

[Copy link]
Post time 26-12-2008 07:21 PM | Show all posts
Letupan apartmen di Ukraine: Kematian meningkat 26 orang

KIEV (Ukraine): Angka kematian sebuah apartmen yang musnah akibat letupan di selatan Ukraine, kini meningkat kepada 26 orang.

Pegawai kecemasan, Volodymyr Ivanov, berkata sebahagian besar penghuni 35 unit apartmen yang musnah, pada malam Rabu itu dipercayai masih terperangkap di celah bangunan yang ranap.

Beliau berkata, setakat ini, 21 penghuni sudah diselamatkan dan dirawat di hospital.


Pihak kecemasan dan penyelamat bertugas 24 jam untuk mengalihkan sisa runtuhan dan berjaga-jaga sekiranya ada penghuni yang menjerit meminta pertolongan.

Ivanov berkata, pihak penyiasat percaya tong gas yang meletup yang diletakkan di tingkat bawah bangunan lima tingkat itu sebagai punca kejadian.

Kejadian berlaku di sebuah pusat peranginan menghadap Laut Hitam di Crimea, Wilayah Yevpatoriya. - AP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-6-2024 07:18 PM GMT+8 , Processed in 0.049137 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list