CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: 1mas2ra

ANEKA RESEPI POPIA [SPRING ROLL]

[Copy link]
 Author| Post time 19-8-2005 01:47 PM | Show all posts
oop sori, sambung lagi isi dia fresh carrot, fresh timun, kacang tanah hancur, sengkuang either stim or masak, ada dua lagi isitu crunchy, satu definitely telur garing hancur (I think) satu tu tak tahu, and sos either original, sambal atau sweet. I suka sambal dan sweet. Kulit popia tu pulak ada letak black sesame seed, something different.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2005 02:05 PM | Show all posts

Resepi kulit popiah



Ingredients

600g plain flour

1 tsp salt

200ml water
Method
Mix flour, salt and enough water to make a sticky, soft dough. Beat till smooth then slap dough till elastic. Cover with a damp tea towel. Leave to rest for 2
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 02:13 PM | Show all posts
Originally posted by pentium_catz at 19-8-2005 08:25 AM
sos popia

bahan2:

2 biji bwng merah
3 bijik bwng putih
lada kering (blender) dalam 5 sudu
gula merah (2 sudu)
gula pasir sikit
tepung jagung
asam jawa
air

cara2:

tuang air dalam ...


inti popia tu tak nak kasi ke...? bagilah sekali, hubby maklang memang suka popia basah lebih2 mamak punya popia...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 02:27 PM | Show all posts


Saya ingin sangat nak tahu cara inti popia tanpa menumis kesemua bahan. Inti popia yang ditumis boleh di pelbagaikan, tapi yang saya maksudkan ini, ialah suka popia yang berintikan sengkuang yang telah dimasak, berwarna perang (macam direbus dengan gula merah?????)

Biasanya disediakan dengan menyapu sos diatas kulit, letakkan sengkuang tadi kemudian bawang goreng serta satu lagi bahan bergoreng (tak tahu apa ke bendanya) kemudian digulung dan siap untuk dimakan
(kadang kala disapukan sekali lagi dengan sos sebelum dihidang)

Utk inti popiah jenis ini, hanya bahagian sengkuangnya saja yg dimasak, yg lain disediakan secara berasingan. Pilihannya adalah mengikut kegemaran sendiri.

INTI POPIAH
60 ml minyak masak
8 ulas bawang putih, ditumbuk
2 camb taucu, dicincang halus
300 g udang kecil, dibuang kulit
2 kg sengkuang, dihiris spt mancic
2 camb kicap cair
1 camt kicap pekat
2 camb gula
garam secukupnya
2 liter air

Bahan Lain
3 biji telur - dibuat dadar & dihiris halus
4 keping tauhu - digoreng & dikiub kecil
1 biji timun - dibuang empulur & dihiris halus
150 g taugeh - dibuang ekor & dicelur
sedikit bawang goreng & kacang tumbuk

Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga wangi. Masukkan taucu dan kacau hingga terbit minyak. Masukkan udang, kacau rata. Bubuh sengkuang, kacau 3 min kemudian masukkan kicap cair, kicap pekat, gula dan garam. Tuangkan air dan masak hingga mendidih kemudian perlahankan api dan renihkan hingga sengkuang lembut dan kuahnya kering. Angkat dan biar sejuk. Sudukan sengkuang dan semua bahan lain ke atas kulit popiah dan gulung kemas.

resepi daripada Norzailina Nordin

http://www.alaf21.com.my/buletin_isnin/N_masakan2/N_masakan7.htm

[archived]

[ Last edited by NoorMasri at 14-1-2006 07:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 02:37 PM | Show all posts

BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK MEMBUAT KULIT POPIA SENDIRI?

Saya ingin bertanya bagaimanakah caranya untuk membuat kulit popia sendiri? Saya pernah mencubanya sebelum ini namun tidak menjadi.

KULIT POPIA
300 g tepung gandum, diayak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 02:53 PM | Show all posts
selalu jugak jumpa gerai popia mcm ni...
tapi tokey dia cina...halal ke? huhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2005 03:19 PM | Show all posts
kat pasar malam biasa ada yg melayu buat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 03:48 PM | Show all posts
tapi biasalah kalau yang melayu buat tu kadang2 hanya taruk sengkuang semata-mata. harga mahal. tapi ada sekali shida beli kat pasar malam kat sentul. harga popia ni 50 sen satu. besar & penuh inti dia. memang puas hati le.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2005 03:52 PM | Show all posts
maksud nya mcm kat subang parade ngan midvalley tu..halal ker?
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 08:59 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 19-8-2005 02:27 PM


Saya ingin sangat nak tahu cara inti popia tanpa menumis kesemua bahan. Inti popia yang ditum ...

shida..
yang lagik satu tu..tauhu yang dihancurkan yang dicampur dgn udang!itu yang wat sedap tu..
mmg sengkuang tu kena masak..exactly yang mcm u kata tu..serupa kat sini jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 09:00 PM | Show all posts
Originally posted by 1mas2ra at 19-8-2005 01:38 PM
Kacip stall dia on the grd floor sebelah stall kuih nyonya and 1901.

alamak...
tak sempat nak belek laks..tadik pegi subang parade..
anyway..thank you.. :love:
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2005 09:20 PM | Show all posts
hai lamanya nak sediakan popia from scratch, baik beli jer kat kedai:ting:
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2005 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 19-8-2005 02:05 PM


Ingredients

600g plain flour

1 tsp salt

200ml water
Method
Mix flour, salt and enough wa ...


Maksudnya dough tu kena rub kat pan. Hmmm...... sure tak confident nak buat kulit fresh popia. Memang fail.
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2005 12:11 PM | Show all posts
Bai, sepatutnya memang kena rub atas pan le.

sabtu lepas berangan je nak buat popia skin. jumaat tu balik kerja terus beli pan tebal yang orang masak roti canai tu. tapi aku buat tak jadi. kena balik kampung jugak belajar dengan mak sedara macam mana nak buat kulit popia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 22-8-2005 12:11 PM
Bai, sepatutnya memang kena rub atas pan le.

sabtu lepas berangan je nak buat popia skin. jumaat tu balik kerja terus beli pan tebal yang orang masak roti canai tu. tapi aku buat tak jadi. kena  ...


Aduhai........ nasib kita serupalah. Rabu lepas saya ada cuba buat kulit popia tapi tak menjadi. Frustnya. Kulit popia tu koyak2 & berkecai. Dahlah dah buat inti dia. Last2 saya bubuh inti dlm daun salad - jadi popia lettuce rolls pulak. Sebab teringin sgt nak makan popia, suami beli roti pita sebab dia tak jumpa popia basah. Lagipun dah mlm, so makan roti pita je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 09:09 AM | Show all posts
BTW Shidaaziz, hari tu buat inti lebih kurang mcm inti yg Cokelat bagi tu. Guna sengkuang, isi ayam, taugeh, kacang tanah tumbuk, carrot, sayur masin tu. Memang sedap inti dia tu. Tapi bila kulit popia tak jadi bubuh je lah sos tiram sikit & tu lah popia jadi lettuce rolls.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2005 10:36 AM | Show all posts
Salam Shidaaziz,

Akhirnya menjadi jugak kulit popia basah saya. In fact saya guna resipi yg kedua tu cuma tak bagi vinegar je. Tadi memang tak confident nak buat. Tiba2 nampak non-stick pan kecik kat dapur. So gunalah pan tu. Tuang sikit minyak & bila panas baru masuk adunan popia. Sebab minyak tu maka rupa dia tak smooth. Second time tuang adunan tu & onwards barulah mcm rupa kulit popia basah tapi kecik je. Nak kena lenggang pan tu sp. adunan dia cover the whole pan. So apa lagi buat inti dia tadi. Just guna sengkuang, carrot, sayur masin, daging ayam. Sebab tak ada kacang tanah tumbuk, kurang sikit. Tak apalah janji kulit popia basah saya menjadi & saya dah kenyang dah ni. Rasanya tak boleh makan tengahari ni. Nanti nak masak sambal goreng petai utk makan tengahari.
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2005 08:42 PM | Show all posts
Sorry malas nak edit post kat atas. Nak tanya Shidaaziz pasal non-stick pan tu. Kat rumah memang ada non-stick pan ttp kecik & ada satu tu besar sgt. Kalau nak buat kulit popia basah ni sesuai guna yg besar mana sebab kat kedai ada mcm2 saiz.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2005 01:18 PM | Show all posts
tadi pegi subang parade stop kat stall paddy field tu and tanya staff dia pasal halal (staff melayu), dia sebut halal-owner dia malay + chinese dan yang prepare food pun orang melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2005 02:38 PM | Show all posts
Originally posted by Baiduri Othman at 28-8-2005 10:36 AM
Salam Shidaaziz,

Akhirnya menjadi jugak kulit popia basah saya. In fact saya guna resipi yg kedua tu cuma tak bagi vinegar je. Tadi memang tak confident nak buat. Tiba2 nampak non-stick pan keci ...


wah.....bestnya bai dah berjaya buat kulit popia. bai, tak de gambar ke? shida sanggup beli pan yang kaler hitam orang dok masak capati tu. tapi tak jalan jugak. shida tak nak membazir, maka kena tunggu balik kampung belajar dengan emak & mak sedara. mak sedara shida cakap 1kg boleh dapat dlm 50 keping kulit popia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-6-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.073234 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list