CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fleurzsa

Sufisme

[Copy link]
 Author| Post time 18-7-2004 12:13 PM | Show all posts
Originally posted by Remy_3D at 16-7-2004 12:19 AM:
Silap mata untuk kuasa?
Selalunya ahli sufi nie menyendiri dan tidak bergaul dengan orang ramai. Malahan ada yang berpindah apabila status mereka disedari awam....


Sikap dan perbuatan pertapaan atau menyendiri, suatu persiapan yg tidak dpt diketepikan utk mencapai hakikat kerohanian.

Ini juga pernah merupakan ciri kehidupan Nabi saw..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-7-2004 12:19 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 16-7-2004 12:50 AM:
Satu soalan kepada orang Islam untuk difikirkan.
Kita sudah ada Islam, kenapa perlu ada Sufisme? Bukankah Islam itu satu cara hidup yang lengkap? Bukankah sepatutnya Islam, full-stop, bukannya  ...


Rambut sama hitam hati lain2...

Kalo i dr T Intan nak pergi ke KL pun...  I boleh guna byk jalan...  

U jugak tak gemar org yg jumud... so apa nak dihairankan kalo terdpt byk cara org mengaplikasikan perintah Allah...

Matlamat akhirnya menghadap Allah jua....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2004 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 16-7-2004 01:07 AM:
Sempurna = sudah tahap tepu. Tidak perlu dan tidak boleh ditambah apa-apa lagi. Jadi bila kita kata alternatif atau tambahan, bermakna ia belum sempurna.
Alternatif bermakna sesuatu yang lari d ...


Yg tak sempurna adalah manusia itu sendiri ;)

So mengapa kita perlu prejudis pd hak org lain?  

Mereka percaya bhw secara peribadi, manusia dpt berhubung langsung dgn Allah.

Firman Allah swt,

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
(al-Baqarah: 186)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2004 01:17 PM | Show all posts
By marquez

Boleh bagi reference dalam Quran tentang perjanjian mana yang sdri maksudkan...

Alhamdulillah..terjumpa lak ayat al Quran tu..

Firman Allah swt,

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini.
(al-A'raaf : 172)


Jawapan muktamad?

I lebih yakin penerangan asal usul dr perkataan Arab sendiri...

U jgn keliru dgn satu ideologi lagi...Sofisme.. golongan ini minat terhdp filasafat dan menamakan diri mereka 'bijaksana'.;)

Itu kata orang kebanyakan. Atau kalau sufi-speak itu pandangan secara literal. Dan bila satu lapisan kulit bawang dibuang, apa yang akan kita lihat?

Al Hallaj berkata "Akulah yg Haq" berdasarkan makna2 esoterik....lebih kurang konsep yg berlapis...  (sedangkan Allah yg Haq)

Allah itu ada dan yg ada ini ialah Allah...


Saya tak setuju. Peranan barat tidaklah sebesar mana. Empayer Islam jatuh kerana  krisis dalaman (seperti juga empayer-empayer dunia lain)... Hingga hari ini, sikap untuk menyalah kan barat bukanlah sikap yang betul... barat tidak akan mampu  melakukan apa-apa selagi tidak diberi ruang oleh orang Islam sendiri.
Seperti serangan virus, hanya kelemahan dalam badan akan membolehkan badan kita diserang dengan jayanya (wakaka) oleh organisma luar

Yup, pendapat u benar...

Tapi kalo tak ada angin tak kan pokok bergoyang....

U pernah dengar sekularism....  Buah sekularism ini tlh menimbulkan abad2 materialisme yg sampai sekarang menguasai alam fikiran Barat.  Buah sekularism itu, tlh dimakan bukan sj oleh org Barat tetapi juga oleh dunia Timur seluruhnya....

U percaya tak, bhw Eropah atau Barat tlh berhutang budi kpd kaum Muslimin, dlm segala corak ilmu pengetahuan yg tlh dicapainya?


[ Last edited by fleurzsa on 18-7-2004 at 01:23 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2004 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2004-7-18 12:19 PM:

Rambut sama hitam hati lain2...

Kalo i dr T Intan nak pergi ke KL pun...  I boleh guna byk jalan...  


Soalannya kenapa ada Islam +, sedangkan sepatutnya ada Islam. Soalannya: Jika (a) Islam sempurna

kenapa perlu ada penambahan dalam Islam?

Jika jawapannya, itu interpretasi dalam Islam,

ya (a) boleh diterima, tapi kalau Islam + (a) tidak boleh diterima


U jugak tak gemar org yg jumud...


Hujah ini tidak boleh disokong.

Matlamat akhirnya menghadap Allah jua...


Well said. But not the point.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2004 01:54 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2004-7-18 12:30 PM:


Yg tak sempurna adalah manusia itu sendiri ;)

So mengapa kita perlu prejudis pd hak org lain?  


Apakah sdri sendiri prajudis dengan hak saya?

Mereka percaya bhw secara peribadi, manusia dpt berhubung langsung dgn Allah.


Dan kita tidak boleh persoalkan kerana? (nota: persoalkan tidak bermana berkata ia salah, atau bersifat prajudis.  Sila rujuk thread critical thinking)
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-7-2004 02:39 PM | Show all posts
Soalannya kenapa ada Islam +, sedangkan sepatutnya ada Islam. Soalannya: Jika (a) Islam sempurna
kenapa perlu ada penambahan dalam Islam?
Jika jawapannya, itu interpretasi dalam Islam,
ya (a) boleh diterima, tapi kalau Islam + (a) tidak boleh diterima

Islam adalah Islam yg Sempurna.
U cari dlm al Quran... memang tak ada Islam + ....

U jgn keliru...penambahan itu adalah drp manusia sendiri..
Sebab ada penambahan ini kita kena tau sejarah asal usulnya...

Pendapat I...

Penambahan ini berlaku kerana adanya jemaah2 dgn pemikiran yg sama..
Dan berjemaah ini perlu utk memastikan bhw sesuatu perkara yg menjadi persetujuan itu tidak terkeluar dr landasannya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2004 02:47 PM | Show all posts
Originally posted by marquez at 18-7-2004 01:54 PM:
Apakah sdri sendiri prajudis dengan hak saya?
Dan kita tidak boleh persoalkan kerana? (nota: persoalkan tidak bermana berkata ia salah, atau bersifat prajudis.  Sila rujuk thread critic ...


I kata mengapa kita perlu prejudis.... secara retorik la...

Perbincang ni sebenarnya subjektif...  tak semesti u betul atau tak semesti u salah... tak semesti I betul atau tak semestinya I salah...

Dlm satu jemaah pun byk berlaku pertembungan pendapat..:nerd:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2004 03:58 PM | Show all posts
>>>I kata mengapa kita perlu prejudis.... secara retorik la

Perkataan ada nilai. Kalau tak ada makna kenapa gunakannya?

>>>Islam adalah Islam yg Sempurna.
U cari dlm al Quran... memang tak ada Islam + ....
U jgn keliru...penambahan itu adalah drp manusia sendiri..
Sebab ada penambahan ini kita kena tau sejarah asal usulnya...

Siapa tentukan penambahan-penambahan ini? Mengapa? Itu yang saya persoalkan.

>>>erbincang ni sebenarnya subjektif...  tak semesti u betul atau tak semesti u salah... tak semesti I betul atau tak semestinya I salah..

Jadi kenapa u berbincang? (perlu saya ingatkan di sini yang pertanyaan tidak bermakna menidakkan sesuatu...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2004 05:03 PM | Show all posts
Perkataan ada nilai. Kalau tak ada makna kenapa gunakannya?

Memang la setiap kata2 I ada nilai...  tapi I bukan utk berniat serong seperti menidakkan hak sesiapa...  
Secara retorik itu bertujuan... utk sesiapa sj berfikir mengenainya...


Siapa tentukan penambahan-penambahan ini? Mengapa? Itu yang saya persoalkan.

Siapa - jemaah2 atau golongan manusia yg berkenaan...  

Kita wajib memulakan kehidupan menurut Islam.  Kewajiban ini tidak dpt dilaksanakan tanpa membentuk satu jemaah.  Ia bermaksud mendirikan masyarakat Islam yg dikuasai oleh aqidah, konsep dan undang2 Islam.

Mengapa - Kewujudan sebuah jemaah yg memenuhi sifat sebuah jemaah Islam yg memperjuangkan keseluruhan ajaran Islam adalah harus dan boleh menjadi wajib.

Begini...  Macam kisah sekumpulan kambing dan seekor serigala...  anak kambing yg keluar dr kelompoknya bersendirian mungkin menjadi mangsa sang serigala...


Jadi kenapa u berbincang? (perlu saya ingatkan di sini yang pertanyaan tidak bermakna menidakkan sesuatu...)

I berbincang kerana mencari kebenaran.  I berbincang di atas landasan bhw I ini manusia yg tidak sempurna...  I berbincang krn mahu memperbaiki diri sendiri dan berkongsi ilmu dgn org lain...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2004 05:57 PM | Show all posts
Originally posted by fleurzsa at 2004-7-18 05:03 PM:
Memang la setiap kata2 I ada nilai...  tapi I bukan utk berniat serong seperti menidakkan hak sesiapa...Secara retorik itu bertujuan... utk sesiapa sj berfikir mengenainya...


Ini  soal menggunakan perkataan yang mempunyai konotasi negatif dan merujuk kepada orang bukan idea. Bolehkah perkataan prajudis digunakan luar daripada konoitasinya? Boleh, tetapi perlu ada konteks. Jika digunakan secara konvensional, ia mempunyai konotasi negatif dan mengganggu perbincangan.

Siapa - jemaah2 atau golongan manusia yg berkenaan...


Dan kerana itu juga tidak bermakna pertambahan itu (i) betul (ii) masih betul  (iii) tidak boleh disoal

Kita wajib memulakan kehidupan menurut Islam.  Kewajiban ini tidak dpt dilaksanakan tanpa membentuk satu jemaah.  Ia bermaksud mendirikan masyarakat Islam yg dikuasai oleh aqidah, konsep dan undang2 Islam.


Dan kerana ia satu masyarakat, yakni satu kumpulan manusia yang tidak dibatasi masa dan tempat, kita perlu sentiasa hati-hati mengkaji idea-idea yang terbentuk dari konsensus sejarah, kerana ia lebih berupaya menambat pemikiran. Contohnya keghairahan menjadi seperti orang Arab di Malaysia ini. Institiusi Ulamak. Tradisi ilmu Islam.

Mengapa - Kewujudan sebuah jemaah yg memenuhi sifat sebuah jemaah Islam yg memperjuangkan keseluruhan ajaran Islam adalah harus dan boleh menjadi wajib.


Dasi segi abstrak memang kita boleh kata begini. Tetapi kita perlu melihat titik sebelum dan selepas sesuatu itu diterima dan menjadi sebahagian daripada 'tradisi'.

Begini...  Macam kisah sekumpulan kambing dan seekor serigala...  anak kambing yg keluar dr kelompoknya bersendirian mungkin menjadi mangsa sang serigala...


Tapi itu tak bermakana sekumpulan kambing itu tidak boleh tersesat dan dibaham sekumpulan serigala. Kesimpulannya setiap apa yang kita warisi perlu kita fahami semula dari akar umbi kerana itu tanggungjawab kita sebagai orang Islam.

[ Last edited by marquez on 18-7-2004 at 06:01 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2004 09:50 PM | Show all posts
- Ini  soal menggunakan perkataan yang mempunyai konotasi negatif dan merujuk kepada orang bukan idea. Bolehkah perkataan prajudis digunakan luar daripada konoitasinya? Boleh, tetapi perlu ada konteks. Jika digunakan secara konvensional, ia mempunyai konotasi negatif dan mengganggu perbincangan.

Okay I faham apa yg u maksudkan.  Mungkin sedikit sebyk I ada prejudis pd u.  Tapi u kena terima kenyataan bhw dlm perlawanan sedikit sebanyak main kotor gak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2004 12:20 AM | Show all posts
[quote]Originally posted by fleurzsa at 2004-7-18 09:50 PM:
Okay I faham apa yg u maksudkan.  Mungkin sedikit sebyk I ada prejudis pd u.  Tapi u kena terima kenyataan bhw dlm perlawanan sedikit sebanyak main kotor gak
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2004 12:49 AM | Show all posts
hancur-hancur ..inilaa jadinya kalau kera mendapat bunga.

"tumpang lalu"


nota tambahan : "nak kemana sebenarnya kita ini semua?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2004 01:33 AM | Show all posts
Originally posted by daunterup at 19-7-2004 12:49 AM:
hancur-hancur ..inilaa jadinya kalau kera mendapat bunga.
"tumpang lalu"
nota tambahan : "nak kemana sebenarnya kita ini semua?"


Tumpang lalu boleh tapi sbg org Islam tentu ada adab sopannya...;)

Thooreau...

Menjadi filasuf, tidaklah bererti mempunyai fikiran besar, tidak pula mahu mendirikan sesuatu perguruan falsafah.  

Seorg filasuf, adalah seorg yg sentiasa mencari hikmat kebenaran.  

Kebenaran, tidaklah menjadikan org yg mempunyainya kaya, akan tetapi ia dpt menjadikan org itu org bebas..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2004 10:59 AM | Show all posts
Originally posted by daunterup at 2004-7-19 12:49 AM:
hancur-hancur ..inilaa jadinya kalau kera mendapat bunga.

"tumpang lalu"



Ataupun kera mendapat daun terup....


nota tambahan : "nak kemana sebenarnya kita ini semua?"


Bak kata orang-orang tua, kalau tak tau jalan nak pegi dan mulut tu berat nak bertanya sosatlah ekau, ye tak?

[ Last edited by marquez on 19-7-2004 at 11:07 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2004 03:20 PM | Show all posts
sufism?

jangan salah maksud the sufists dengan the sophists

the sufists ni dorongan dari dunia islam manakala the sophists Rom mari.

sufism ni salu di kaitkan pekara mistik, occultism ke secret order seme tu ke.. kalo di 'umum'kan nanti berlaku banyak fitnah

tapi dalam pada itu kalo terlalu mistik pun buleh di kuatiri sesat kerana depa takut di ketahui pihak berkuasa dan eliminate order depa


to me sapa kata tadak sufism dalam islam ..btui

sapa kata ada sufism pun betui. kalo puak wahabi depa tolak sufism. one thing very clear to me is that bila berkenaan sufism..ianya berkenaan individu dan pencipta dia.

tuan syeikh depa buleh tulun tapi tuan syeikh depa tak ubah cam tok guru saja..mursyid gitu. kalo di analisis in all seme ni end up being SELF. sufism cuma salah satu sekolah MICROanalysis dalam islam jek.

jangan fikir bila sufism jek oang itu miskinn tolak dunia tolak duit tolak isteri tak dak anak seme2? ni kefahaman yang sesat dan berbahaya.


nabi sulamian a.s. adalah manusia sufi. baginda kaya raya tapi idup seorang sufi. nabi isa a.s. seorang sufi tapi baginda tak nikah. lojik laa tak nikah, kalo baginda nikah dan ada anak..susah laa mana datuk pada anaknya pulak? lojik tak? ikutkan turutannya

kita seme ni manusia umum..awam..oang2 biasa..marhain..lemah banyak pekara.

rasul
nabi
wali
sufi
alim
baik
umum.

ni laa turutan kategori manusia untuk pengenalan jek..sebagai kefahaman.

seorang rasul itu adalah manusia atau lai cocok..insan yang bersifat kenabian juga wali juga oang sufi adalah alim dan baik orangnya. baginda manusia cam kita makan minum ada bernikah ada tidak sakit demam biasa , maksum yakni terpelihara dari DOSA BESAR.

atas alasan ini menurut hemat saya tiadalah SEMPURNA itu wajar di pakaikan kecuali pada pencipta. menurut lojik pun segala ciptaan itu ada kelemahannya hanya pencipta saja tahu. kritikal point dalam persoalan sufism ni bab wahdatul wujud esp pasal ayat quran yang duk kata tuhan meniup rohNYA kedalam jaasad manusia tuh. Seolah setiap jasad manusia yang lahir ke dunia ni, setiap kita mencari cari macam dalam porem Cari ni akan SESUATU. Oleh sebab tuhan itu Maha Suci makanya jasad tu perlu suci, makanan minuman segalanya mind body spirit wajib SUCI kalo nak bertemu dan pertemuan ini yang salu jadik impian para sufi yang menuntut NAFS or SELF or ego tu wajib di lenyapkan sama sekali. kalo nak ikut konsep yang di fahamkan dari kaca mata western , depa suke gunapakai istilah alchemy. the proses of turning base metals into gold. atau bahasa mudah stages in human dari 'kotor'/tadak value jadik 'bersih' or berharga gitu. pendapat ambo.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2004 09:57 PM | Show all posts
hehhehhe salam saudari marquez & fleurzsa.

bagus perbincangan awak berdua dan rakan lain.

saya suka memerhatii..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2004 10:10 PM | Show all posts
Ini pendapat Hamka pula;

Tasauf/Sufi adalah salah satu aliran falsafah Islam,yang maksudnya bermula ialah hendak zuhud dari dunia yg fana.Tetapi lantaran banyaknya bercampur gaul dengan negeri dan bangsa lain, sedikit sebanyak masuklaa jugak pengaruh agama dari bangsa lain itu didalamnya.

Kerana Tasauf bukanlah agama ,melainkan suatu ikhtiar yang setengahnya diizinkan oleh agama dan setengahnya pula dengan tidak sedar, telah tergelincir dari agama, atau terasa enaknya pengajaran agama lain dan terikut denga tidak sengaja.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-7-2004 10:41 PM | Show all posts
Quote oleh marquez..

- Saya tak perlu pengikut dan tak mahu pengikut. (but i wouldn't say no to a harem full of young, nubile, impressionable, er, that's kinda    )

I see  no evil, hear no evil, and speak no evil :lol  (Elehhh.. Fleur tu bukannya baik sgt)

- Bukan soal menjawab atau tidak. Tapi soal meluahkan pertanyaan. Persoalan boleh membuka lebih banyak ruang dan jawapan pula mungkin akan mematikan perbincangan.

Bagi I kita merdeka dlm semua tindakan kita.  Perbincangan tidak akan mati selagi kita kritis dlm memikir sesuatu persoalan krn sesuatu perkara itu berkait2 dgn perkara yg lain.  

- Tradisi ilmu, ya. Institiusi ulamak,  TIDAK. Bila sesuatu itu dijadikan komponen pengkhususan dan berada dalam organisasi, peluang untuk korup terlalu luas. Kita boleh lihat apa yang terjadi pada gereja di zaman Galileo.  
Lagipun Islam TIADA perantaraan. Wujudnya sistem Ulamak di antara ayat Tuhan dan manusia memberi konotasi bahawa kata-kata Tuhan itu perlu diterjemahkan (dalam erti yang lebih luas) oleh perantaraan. Ini menidakkan sifat universal Islam.
Lihatlah betapa angkuhnya ulamak-ulamak moden hari ini sedangkan pengetahuan mereka hanya terhad dalam bidang teologi sahaja...

U boleh mengutarakan pendapat u tapi jgn pula u membuat keputusan tanpa memahami situasi mereka yg terlibat itu.  U kena ada byk pilihan jawapan sebelum u membuat keputusan bahawa ulamak2 moden hari ini adalah angkuh.

I nak guna perkataan bias....  Kadang kala keputusan yg dibuat tanpa pengalaman boleh mewujudkan bias.

Meh kita lihat dilema para ulamak dgn menggunakan pandangan I...

Dunia kita dipenuhi oleh ahli fikir, ilmuan dan cendiakawan yg berkemampuan dan diiktiraf oleh berbagai jenis sijil.   Seterusnya fikiran dan pandangan merekalah yg diterima sebagai penentu.  Golongan ini merupakan 憁aster-mind
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.073982 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list